Hukum Trade FCPO Terkini

Apa hukum trade FCPO yang terkini? Kalau bab hukum ini, adalah lebih baik kita merujuk kepada mereka yang lebih pakar ataupun badan yang berkaitan yang boleh berikan pandangan dan nasihat berkaitan dengan hukum pelaburan hadapan kelapa sawit ini. Ianya agar membolehkan padagang untuk berdagang dengan tenang.

Dalam artikel pada kali ini, kami akan kongsikan padangan berkaitan dengan hukum pelaburan FCPO sama ada harus ataupun tidak dibolehkan dan seterusnya terpulang kepada anda untuk menyokong ataupun untuk menerima. Apa yang lebih penting adalah untuk anda menjawab di akhirat nanti berkaitan dengan hukum pelaburan jenis ini.

hukum trade fcpo

Kenapa Ramai Nak Trade FCPO

Bagi saya FCPO ini adalah antara platform pelaburan yang menarik dan satu platform ataupun tempat pelaburan sebagai alternatif kepada Forex. Ada banyak info yang mengatakan pelaburan Forex adalah haram dan anda boleh dapatkan info dan baca dengan lebih lanjut di SINI.

Antara yang menarik dalam pelaburan FCPO adalah kebolehan untuk mendapat untung (juga rugi) apabila pasaran dalam keadaan menaik ataupun menurun. Dalam istilah Forex, anda boleh short dan long iaitu beli dahulu dan jual kemudian, ataupun jual dahulu dan beli kemudian. Anda boleh mandapat keuntungan kedua-dua arah sama ada pasaran menaik atuapun menurun. Menarik bukan.

Volume FCPO juga agak besar berbanding dengan pasaran lain seperti saham individu di Bursa Saham. Ianya memudahkan anda untuk menjual dan membeli kontrak hadapan kelapa sawit dan menjadikan pasaran jauh lebih rancak berbanding biasanya.

Analisa Dan Buka Akaun FCPO

Sebelum pergi kepada hukum trade FCPO sama ada halal ataupun haram, adalah lebih baik untuk anda buat analisa dahulu berkenaan dengan carta ataupun asas teknikal analisis FCPO yang ada di Malaysia ini. 

Nak buat analisa, tak lain menggunakan platform Tradingview. Special, anda boleh dapat free trial selama 30 hari menggunakan Tradingview, claim di butang bawah.

Mudah kalau nak buat analisa menggunakan platform tradingview yang memang saya gunakan hampir setiap hari. 

Boleh juga tengok video di bawah untuk dapatkan info lebih lanjut berkenaan dengan teknik dan strategi untuk berdagang pasaran hadapan kelapa sawit ini.

Nak buka akaun FCPO pula, boleh baca artikel dengan lebih lanjut Buka Akaun FCPO untuk anda mula buka akaun FCPO pada harga yang berbaloi.

Kenapa FCPO Haram?

Memang ada yang mengatakan FCPO ini haram dan tak patuh syariah, ya betul memang ada dan ada pendapat masing-masing. Penerangan ustaz Zaharuddin dalam video di bawah ini anda boleh baca dan fahami dan mengikut pemahaman saya, Ust Zaharuddin lebih ke arah tidak bersetuju dengan FCPO trading yang kebanyakan dilakukan oleh trader di Malaysia ini. Boleh tengok video di bawah ini untuk penjelasan lebih lanjut.

Sedikit ringkasan;

  • FCPO trading adalah jual dan beli kontrak, bukan jual dan beli kelapa sawit
  • Tak bersetuju dengan short selling
  • Hukum Harus oleh Majlis Penasihat Syariah tak termasuk Short Selling?
  • Boleh tengok sendiri dalam video di atas bagi mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan dengan hujah kenapa trade FCPO tidak dibolehkan dari segi hukum.

Hujah FCPO Halal Dari Mana?

Dah nampak hujah trade FCPO haram? Kali ini saya cuba kupas kenapa FCPO harus berdasarkan kepada pandangan yang ada.

Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah (FCPO) (bursamalaysia.com)

FCPO mempunyai penyerahan fizikal, boleh tengok “screenshot” di bawah ini untuk penjelasan lanjut.

Mempunyai penyelesaian fizikal adalah antara salah satu ciri penting yang membezakan FCPO dengan kontrak lain yang antaranya adalah CFD. Ianya membolehkan FCPO dikategorikan sebagai harus.

“Penyerahan Fizikal” berbeza sama sekali dengan “cash settlement” ataupun penyerahan secara tunai yang terpakai untuk beberapa komoditi dan itu adalah antara sebab yang kuat mengapa FCPO ini boleh dikategorikan sebagai harus dan patuh syariah.

Pandangan Suruhanjaya Sekuriti – Penasihat Syariah

Saya kongsikan screnshot Keputusan Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, yang bertarikh 31 Disember 2019.

Dalam dokumen ini, ada banyak isu dan panduan syariah yang lain seperti bai’ inah, tawaruq, saham, isu-isu berkaitan ijarah dan sebagainya.

hukum trade FCPO

Berikut adalah keputusan yang telah ditetapkan berkenaan FCPO:

“KONTRAK NIAGA HADAPAN MINYAK SAWIT ISI RONG MENTAH [CRUDE PALM KERNEL OIL FUTURES CONTRACT (FPKO)]

Kontrak niaga hadapan komoditi merujuk kepada perjanjian untuk membeli atau menjual sejumlah komoditi yang telah ditetapkan pada harga tertentu dan tarikh tertentu pada masa hadapan.

Di Malaysia, antara kontrak niaga hadapan komodit yang diniagakan di pasaran ialah (FCPO)] dan Kontrak Kontrak Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah [ Crude Palm Oil Futures Niaga Hadapan Minyak Sawit Isi Rong Mentah [ Oil Futures Kontrak (FPKO)].

FCPO telah diputuskan oleh MPS sebagai salah satu produk patuh Syariah.

Namun, Kontrak FPKO memerlukan penentuan status kepatuhan Syariahnya sama ada Shariah membenarkannya atau tidak.

MPS telah memutuskan bahawa kontrak FPKO adalah dibenarkan kerana ia selaras dengan prinsip-prinsip Syariah.”

Ini adalah antara 2 hujah yang menyatakan FCPO adalah patuh syariah. 

Apa Pandangan Anda Berkenaan Dengan Isu Ini?

Apa yang lebih penting adalah pandangan anda sendiri. Sama ada patuh syariah ataupun sebaliknya. 

Pada saya, selagi Majlis Penasihat Syariah SC tidak menyatakan yang FCPO tak patuh syariah, hukumnya masih lagi seperti asal. Akan tetapi, apabila akan datang Penasihat Syariah menyatakan yang FCPO tidak patuh syariah, sebagai rakyat biasa, semestinya kena akur dengan pendapat mereka yang lebih pakar.

Apa pandangan anda tentang berdangang FCPO ini sama ada dibolehkan ataupun tidak? Kalau rasa wans-was nak trade FCPO ini adalah lebih baik tinggalkan sahaja dan hanya berdagang kalau anda benar-benar yakin sahaja.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *