Kerja Hantar Barang Guna Kereta Sendiri Berbaloi Tak?

Berbaloi ke kalau kerja hantar barang guna kereta sendiri? Sebenarnya tak ada masalah pun sama ada part time ataupun full time. Cuma saya lebih rekemen kalau anda lakukan kerja seperti ini secara part time dan anda mempunyai pendapatan lain selain daripada kerja menggunakan kereta anda ataupun motosikal anda sendiri.

Ada beberapa perkara yang anda perlu tahu sebelum memilih kalau nak jadi penghantar barang dan dalam artikel ini, kami tunjuk macam mana cara untuk anda nak memohon untuk menjadi seorang penghantar barang.

Ianya menarik dan berbaloi kerana, Anda mempunyai kawalan sepenuhnya ke atas proses penghantaran. Anda boleh mengatur masa, laluan, dan cara penghantaran mengikut keperluan anda. Tak salah pun nak cuba kan, boleh cuba part time ataupun full time bergantung kepada keadaan anda.

Kerja Hantar Barang Guna Kereta Sendiri

Macam Mana Nak Mula?

Ada beberapa syarikat penghantar barang yang anda boleh sertai. Cuma saya nak ingatkan berdasarkan kepada pengalaman saya sendiri, ada beberapa kawasan yang mungkin tak berapa sesuai kalau anda nak melakukan servis penghantaran barang ini. Terutama jika anda berada di kawasan luar bandar dan sedikit pedalaman ataupun mungkin sabah dan sarawak.

Jika anda tinggal di kawasan padat penduduk seperti Johor Bahru, Melaka, Bangi di Selangor ataupun di Pulau Pinang, memang tak ada masalah dan mereka memang mencari rider yang boleh lakukan pekerjaan ini. Apapun, tak salah pun nak mencuba mana tahu ada rezeki anda sambil-sambil boleh lakukan perkara lain ataupun perniagaan lain.

Berbalik kepada persoalan, macam mana nak bermula? Saya rekemen anda boleh cuba daftar dengan lalamove. Macam mana nak daftar dengan Lalamove, boleh ikuti step by step di bawah ini.

Untuk menjadi rider Lalamove, berikut adalah langkah-langkahnya:

  • Memiliki kenderaan: Anda boleh menggunakan motosikal, kereta, van, 4×4 pikap, atau lori.
  • Warganegara Malaysia: Pastikan anda mempunyai kad pengenalan warna biru yang sah.
  • Anda perlu berumur 18 tahun ke atas dengan lesen memandu yang sah. Pemandu van dan lori perlu mempunyai lesen GDL.
  • Pastikan anda mempunyai telefon pintar dengan iOS 11 atau ke atas, atau Android 6.0 atau ke atas.

Daftar di Laman Web Lalamove:

  • Layari laman web Lalamove.
  • Isi borang pendaftaran dengan maklumat peribadi anda.
  • Anda boleh memilih untuk menghantar barang atau menjadi pemandu perjalanan (e-hailing).
  • Terima pesanan dan pilih yang sesuai dengan anda.
  • Anda juga boleh mendaftar sebagai pemandu perjalanan (e-hailing) untuk jana pendapatan.

Ingat, keselamatan adalah keutamaan. Pastikan anda mematuhi semua peraturan dan ciri keselamatan terkini. Hati-hati memandu.

Seterusnya nanti cuba dapatkan networking daripada driver ataupun rider lain mengenai ruang dan peluang yang ada. Bina networking pun penting sebenarnya. Dari perkenalan ini mungkin akan berikan anda peluang dalam perniagaan pada masa akan datang.

Boleh Ke Buat Kerja Ini Walaupun Part Time?

Kalau ikut pengalaman saya, boleh je sebenarnya kalau anda lakukan perkara ini walaupun anda lakukan secara part time. 

Sebagai contoh, anda habis kerja pada pukul 6 petang, dalam perjalanan balik itu, boleh sahaja terima “job” yang perjalanan sama dengan rumah. Ini membolehkan anda untuk lakukan perkara ini secara part time. Tidak semestinya kereta, ada motosikal pun, anda boleh lakukan perkara ini secara part time dengan motosikal anda. Kan best tu, nak balik rumah pun boleh lagi sambil-sambil buat kerja part time.

Apa Pilihan Yang Ada Selain Daripada Lalamove?

Kalau menggunakan lalamove ini, ianya lebih fleksible kerana anda dapat kawal masa anda sendiri. Kalau menggunakan Shopee express rider ini, mungkin anda ada target yang anda perlu capai setiap hari. Boleh tengok beberapa conversation rider-rider dalam beberapa group di Facebook. 

Saya pernah buat part time shopee. Kalau pakai kereta jimat mnyk, dpt hntr 100pcs atau paling kurang 70pcs sehari berbaloi dh sbb dia cmpur berat. Tp kalau dh biasa buat, dpt hntr lebih 100pcs sehari memg lagi berbaloi lah. Saya pakai ford ranger, minyak larung gila tp sbb shopee hntr satu taman yg sama je berbaloi lgi lah drpd buat lalamove.

3kg kbwh rm1.50, lebih dari tuh semua rm3. Komisyen ok tkda kurang ke apa sbb gaji dpt hari2 setiap seminggu so kita boleh check tally tk dgn parcel yg kita hntr ikut tarikh tuh. Mcm saya kira 1.50 1parcel, kalau dpt hntr 100pcs mksudnya gaji sehari dptlah rm150 tp slalunya akn dpt lebih lah dlm rm170 ke rm180 so yg lebih tuh kira parcel yg beratnya lebih 3kg lah.

Tgk kwsn jgk bang , klau main 2/3 taman , lagi untung klau dpt kondo ataupon aparment , silap2 parcel smua drop dekat mailbox , klau mcm sya partime poslaju , 1 parcel rm2 sbb id sndri , tghari bwak ptg bwak 50-60 brg , paling lewat siap pkul 8mlm tgk tmpt , tpi xda brg cod , smua jnis drop je.

Boleh baca lebih banyak conversation di dalam group Facebook ini. Banyak perkara yang anda boleh alami dan tahu dengan lebih mendalam daripada perbualan santai dalam group di atas pun tak ada masalah sebenarnya.

Macam mana nak jadi rider Shopee, anda boleh baca dengan lebih lanjut dalam artikel kami Cara Jadi Shopee Rider di SINI.

Jadi di sini, berbaloi tak kalau anda nak buat kerja hantar barang guna kereta sendiri ni? Jawapannya boleh jadi berbaloi ataupun tak, apapun anda kena cuba sendiri dahulu dan kemudian lihat hasilnya.

Invest ataupun laburkan masa untuk pengalaman dan cuba dapatkan networking daripada rider lain yang ada. Ianya akan membantu anda sama ada untuk kerjaya ataupun perniagaan anda pada masa akan datang.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *