Keburukan FCPO Sebelum Anda Trade 2024

Asyik cerita benda baik kan, kali ni saya nak cerita berkenaan dengan keburukan FCPO yang anda perlu tahu sebagai seorang trader. Kalau betul serious dan nak tahu dengan lebih lanjut, boleh baca artikel ini sampai habis.

Asam garam berdagang, lagilah kalau berdagang FCPO yang merupakan antara platform pelaburan yang mempunyai risiko yang tinggi dan pada masa yang sama, menawarkan pulangan pelaburan yang sangat baik. (baca : high risk, high gain). 

Banyak yang anda perlu tahu dan belajar kalau betul nak trade FCPO, apapun pada kali ini saya nak cerita tentang beberapa keburukan berdagang FCPO yang anda perlu tahu dan sedia maklum.

keburukan fcpo

Pengalaman trade FCPO

Setiap orang ada pengalaman trade FCPO yang tersendiri, sama ada konsisten atau tidak itu bergantung kepada keadaan. Ada yang dah trade bertahun-tahun tapi masih tak nampak lagi rentak dan ada yang dah trade dan jadikan income utama pun ada. 

Kepada yang masih tak dapat nak capai income konsisten tu, saya lebih rekemen untuk anda cuba trade dan dapat income konsisten. Ini kalau ada hajat nak berhenti kerja dan nak jadi full time trader ataupun FTT. Ianya bukan satu kerjaya yang mudah dan memang saya akui, agak sedikit mencabar. Walaupun anda nak jadi FTT pun tiada masalah, yang penting kena ada income yang konsisten setiap bulan, iaitu income selain daripada FCPO.

Mungkin boleh jadi seorang dealer syarikat telekomunikasi dan dapat income konsisten setiap bulan pun tak ada masalah. Nak jadi dealer Tune Talk boleh ke sini.

Pengalaman trade FCPO setiap orang berbeza dan untuk anda yang membaca artikel ini, apa kata anda cuba buat pengalaman anda sendiri. Mana tahu ianya lebih bermakna.

High Risk High Gain

Semua tentang pengurusan risiko. Sebab tu dalam pelaburan, ada yang kata, “high risk high gain”

“Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai” kata peribahasa Melayu.

“Kalau takut dengan risiko, jangan bicara soal perjuangan” kata PM ke 10 Dato Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pelaburan pun sama, ianya memang tentang risiko dan ke mana anda boleh bawa risiko tersebut. 

Pelaburan FCPO memang tak dinafikan, boleh kaya cepat, dan boleh juga rugi cepat habis makan depost ataupun margin anda. Sebab itu, pengurusan risiko adalah antara perkara paling utama anda kena selesaikan kalau nak trade FCPO.

Boleh tengok di bawah ini juga berkenaan dengan beberapa strategi trade FCPO dan keburukan FCPO.

Strategi memang penting, akan tetapi, selain daripada strategi, teknik apapun yang anda guna, ianya tidak menjamin keuntungan sebanyak 100%. Pasti akan berlaku kebocoran dan disini, pengurusan risiko sangat penting, Di mana dan masa bila anda harus “cut loss” supaya anda tak terus rugi. Kena pastikan, trade seterusnya anda boleh dapat untung untuk memadam kerugian pada trade sebelumnya.

Nak tahu berbaloi tak dengan risiko, cuba buat analisa teknikal FCPO dulu. Ianya memang perlukan kemahiran teknikal yang tinggi untuk berdagang pasaran hadapan kelapa sawit ini. Untuk buat analisa teknikal, saya cadangkan untuk anda gunakan je Tradingview. Boleh claim trial 30 hari di bawah ini.

Cuba fungsi paper trade dalam Tradingview, kalau berbaloi anda boleh cuba sendiri.

Hukum Trade FCPO

Isu hukum sememangnya ada betulnya. Walaupun ada pandangan yang mengatakan FCPO ini halal, ada juga yang mengatakan FCPO ini tak boleh ataupun dalam bahasa lainnya adalah haram. Yang mengatakan FCPO ini tak boleh ataupun haram inipun bukan calang-calang orang, ustaz yang ternama juga.

Apapun, semua orang ada pandangan masing-masing, dan kepada anda pembaca, nilaikan sendiri kerana anda yang akan jawab di hadapan Allah di akhirat kelak. 

Isu berkenaan dengan ini boleh baca lebih lanjut dalam artikel kami Hukum Trade FCPO di SINI

Susah Nak Konsisten Untung

Antara isu utama ramai yang tak dapat bertahan trade FCPO adalah susah nak dapat untung secara konsisten. Kalau ikut statistik, lebih 90% pedagang hilang duit ataupun lost money dan dalam 10% sahaja yang buat duit dengan berdagang.

Ianya merupakan antara peratusan yang agak besar yang membezakan antara mereka yang sukses dengan mereka yang tidak.

Kalau memang tiada asas teknikal yang baik dan juga strategi money management yang baik, memang sukar nak sukses dalam FCPO. Bukan setakat FCPO, ianya juga terpakai dalam pelaburan lain seperti saham , Bitcoin dan juga Forex yang memerlukan kemahiran analisa teknikal yang tinggi.

Nak konsisten dapat untung dalam FCPO, memang kena skill dan strategi + emosi dan money management. InsyaAllah nanti baru anda akan dapat hasilnya.

Kaki Depo?

Ramai juga geng-geng jenis ini dalam FCPO. Asyik depo je, withdraw jarang ataupun hampir tak pernah. Ada kenalan trader saya yang memang mengaku yang dia adalah “kaki depo” dan jarang sekali withdraw duit. 

Dengan strategi dan teknik yang konsisten, insyaAllah semunya boleh berubah. Teknik yang betul, emosi yang stabil dan money management, insyaAllah dah tak perlu nak depo lagi. Perlu ke pergi ke kelas FCPO? Mungkin perlu, mungkin tidak bergantung kepada keadaan.

Brokerage Fee Mahal

Isu brokerage fee ini tidaklah perlu dirisaukan. Kalau memang anda dah kerap trade, anda boleh cuba call beberapa broker untuk bandingkan berapa bayaran yang mereka kenakan untuk berdang dengan mereka. Memang ada banyak pilihan broker ternama yang ada di Malaysia yang anda boleh pilih dan pastikan broker tersebut tawarkan sistem dan harga brokerage yang munasabah dan tidak terlalu mahal.

Percayalah! Kalau anda tunjukkan track rekod anda berapa kali berdagang sebulan, anda boleh demang dengan beberapa broker untuk dapatkan rate yang bagus, tak terlalu mahal dan tak terlalu murah. Oh ya, nak tahu lebih lanjut berkenaan dengan tips buka akaun FCPO SINI.

Nak Withdraw Susah Ke?

Tak susah senang je. Sekarnag ni banyak yang ada sistem online sendiri, hubungi je broker. Mungkin ada yang perlu untuk isi form, isi je form. Nak buat pengeluaran tak susah dan tak ada isu seperti di Forex yang kadangkala tak boleh nak buat pengeluaran.

Jadi saya boleh kata, nak buat pengeluaran, langsung tak jadi apa-apa masalah.

Buat Duit Dengan FCPO Sekarang

FCPO ini tiada apa keburukan yang ketara selain daripada risiko yang perlu ditanggung oleh pedagang. Pedagang ataupun istilah lain trader hanya perlu fokus kepada pengurusan risiko dan strategi untuk sukses dalam pelaburan ini sahaja.

Bab-ba teknikal seperti buka akaun, withdraw dan lain-lain tu tak jadi isu besar pun sebenarnya. Hanya dengan sedikit analisa teknikal di Tradingview dan juga strategi in dan out, insyaAllah anda pun boleh berjaya.

Sampai sini sahaja artikel berkenaan dengan keburukan FCPO yang anda perlu tahu dan harap ianya menjawab persoalan anda tentang tips dan strategi nak berdagang FCPO.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *