Bagaimana cara bermain saham yang betul? Ramai yang menghadapi masalah apabila nak melabur dalam saham. Antara masalah yang dihadapi adalah, tiada teknik dan panduan yang betul ataupun tersalah memilih kaunter saham ketika membuat pelaburan anda. Apapun, yang penting adalah, untuk membuat pelaburan yang berbaloi, anda perlukan strategi yang betul terutama ketika melabur dalam saham.
Pada kali ini, kami akan memberikan kepada anda beberapa strategi penting dan teknik pelaburan saham untuk anda bermula. Juga kepada yang sudah lama bermula dalam pelaburan saham, inilah masanya untuk anda mencuba yang terbaik teknik-teknik pelaburan saham yang anda pelajari. Seterusnya, membolehkan anda untuk mempelajari teknik dan cara main saham dengan lebih berkesan dan terbaik.
Yang penting dalam saham ini adalah mindset yang betul dan semangat untuk tidak mudah menyerah kalah. Ini sangat penting untuk kejayaan jangka masa panjang.
Teknik dan cara bermain saham terbaik
Untuk teknik yang betul dalam pelaburan saham anda, yang penting adalah ilmu pengetahuan yang cukup dalam pelaburan saham. Juga, asas yang penting seperti teknik teknikal analisis dan juga fundemantal analisis dalam membuat penilaian tentang saham yang anda mahukan.
Ada banyak strategi kalau anda nak memahami ataupun mendalami teknikal analisis ini. Antara caranya adalah dengan belajar menggunakan teknik yang betul untuk analisa anda. Apapun, antara cara yang boleh dilakukan adalah dengan 2 cara berikut;
- Ataupun anda boleh akses training saham percuma di SINI dan Youtube Playlist kami di SINI
Apa itu teknikal analisis?
Teknikal analisis adalah teknik yang menggunakan graf dan carta bagi membolehkan anda untuk membuat analisis dalam pelaburan yang anda sedang lakukan. Sama anda anda patut beli dan jual bergantung kepada analisis anda pada carta tersebut. Ada banyak sumber yang anda boleh pelajari mengenai pelaburan saham menggunakan teknikal analisis ini.
Dalam kelas dan client smartinvest101, kami ada tunjukkan 2 SOP penting untuk membuat pelaburan dalam saham. SOP pertama kami rekemen dan ajar untuk client sahaja. SOP kedua pula berkenaan dengan tempat entry terbaik. Di mana nak entry jika anda nak masuk dalam sesuatu kaunter. Nak tahu lebih lanjut boleh tengok video di bawah ini.
Untuk software chart, saya paling gemar kalau gunakan Tradingview berbanding lainnya. Ianya web based dan ada app untuk Android dan juga Apple IOS. Terkini saya hanya menggunakan fungsi “alert” dalam platform Mplus sahaja. Simple tapi berkesan. Jangan lupa memanfaatkan 30 day trial percuma oleh Tradingview tu ye.
Macam mana tu, apa setting yang saya gunakan untuk software alert tersebut, anda boleh tengok video di bawah ini ya. InsyaAllah sedikit sebanyak membantu anda.
Apa itu fundemantal analisis?
Kalau teknikal analisis adalah analisa menggunakan graf dan trend, fundemantal adalah analisa menggunakan penyata kewangan syarikat. Anda harus mempelajari bagaimana cara untuk menilai kekuatan kewangan sesuatu syarikat dan adakah syarikat tersebut ‘undervalue’ berdasarkan kepada analisa anda. Jika syarikat tersebut undervalue, memang ini adalah sayarikat yang anda cari dan boleh terus membuat pembelian.
Untuk mempelajari cara menilai sesuatu syartikat ini memerlukan kesungguhan dan ilmu. Mungkin anda kena menghadiri benyak kelas yang berkaitan dengan fundemantal analisis untuk berjaya dalam pelaburan saham anda jika anda memilih menggunakan teknik fundemantal analisis.
Apapun, terpulang kepada anda, yang penting akhirnya anda mendapat untung dalam pelaburan saham yang anda lakukan. Saya dah lihat ramai yang berjaya dalam pelaburan saham menggunakan teknik teknikal analisis dan fundemantal analisis.
Gabungan Teknikal Analisas Dan Fundemantal Analisis
Apa jadi kalau anda gabungkan teknikal analisis dan fundemantal analisis? Jawapannya kaboom….. Memang ada kemungkinan untuk saham yang anda pilih melonjak naik. Kenapa? Kerana anda pilih saham berdasarkan kepada kekuatan kewangan saham tersebut. Adakah kaunter itu profitable ataupun sebaliknya. Juga ambil kira aspek lain seperti PE Ratio dan info berkaitan dengan fundemantal analisis. Maaf la saya ni tak berapa nak mahir sangat dengan fundemantal analisis.
Kalau anda gabungkan fundemantal analisis dan pada masa yang sama, gunakan kaedah teknikal untuk entry dan exit. Memang ada kebarangkalian untuk kaunter yang anda pilih melonjak naik lebih daripada biasa. Apapun, belajar kedua-dua teknik dan ilmu bagi membolehkan anda mendapat keuntungan. Ingat, saham ni adalah aspek kebarangkalian. Cuma masuk kepada signal yang mempunyai kebarangkalian yang tinggi sahaja.
Alternatif Terbaik Kepada Saham
Saham cuma “one way” market. Maksudnya, anda cuma boleh buat untung apabila market sedang naik, tetapi tak boleh nak buat apa-apa keuntungan ketika market sedang dalam keadaan downtrend. Untuk itu, kami rekemen anda dapatkan info yang lebih detail berkenaan dengan pelaburan satu lagi. Jangan bimbang ianya patuh syariah. Oh ya, anda tak perlu KLIK LINK INI untuk tahu info lanjut berkenaan dengan pelaburan tersebut.
Juga satu lagi, anda boleh download signal penting dalam pelaburan saham. Harap anda mendapat kejayaan dalam pelaburan saham yang anda ceburi.
Semoga berjaya dalam pelaburan saham anda. Harapnya artikel cara bermain saham ini memberikan anda input yang berguna untuk sukses dalam pelaburan anda. Apapun, saya rekemen anda follow channel Telegram kami di SINI bagi mendapatkan info lanjut berkenaan dengan tips-tips kewangan lain yang berguna untuk anda pada masa hadapan. Tidak terhad kepada pelaburan, ada banyak topik lain yang akan kami bincangkan dalam channel tersebut bagi membantu anda untuk sukses dalam pelaburan anda.