6 Cara Buat Link WhatsApp – Bonus Misteri Menanti

Macam mana cara buat link Whatsapp yang efektif? Bukan itu sahaja, artikel ini juga membolehkan anda untuk mendapatkan bonus misteri, cara untuk menggunakan whatsapp sebagai senjata killer jualan anda. 

Memaksimumkan penggunaan teknologi dalam dunia perniagaan adalah salah satu strategi paling efektif dan mengguntungkan yang perlu anda terapkan dalam ekosistem peniaga kepada pelanggan. Artikel pada kali ini, kami akan membincangkan tentang sebuah aplikasi komunikasi popular iaitu WhatsApp dan bagaimana ia menjadi pemudah cara dalam perniagaan anda hanya dengan sebuah link. 

cara buat link whatsapp

Aplikasi komunikasi tanpa sempadan di seluruh dunia

WhatsApp adalah aplikasi pemesejan paling popular di dunia dengan 55.6% jumlah pengguna untuk 109 daripada 187 buah negara yang ada. Negera-negara di rantau Asia Tenggara khususnya, telah menjadikan aplikasi ini sebagai ruang komunikasi tanpa sempadan dan had. 

Apa itu WhatsApp Messenger?

WhatsApp Messenger adalah perkhidmatan mesej perisian percuma, platform terus dan suara. Aplikasi ini membolehkan penghantaran mesej teks, panggilan suara, video, dan media lain (dokumen, gambar, maps). Ia bukan sahaja boleh berfungsi melalui telifon bimbit tetapi juga boleh diakses dari komputer dengan WhatsApp Web di mana anda hanya perlu scan kod QR peribadi. Apa yang perlu anda sediakan cumalah nombor telifon untuk mendaftar sahaja. Setelah itu, anda boleh berkomunikasi dengan orang lain secara individu atau berkumpulan.

Apa itu WhatsApp Business?

WhatsApp Business adalah aplikasi percuma yang boleh dimuat turun dari Google Play Store (android) atau Apps Store (iOS). Bezanya, ia direka khusus untuk pemilik perniagaan kecil. Tema ini memudahkan interaksi antara peniaga dan pelanggan dengan menyediakan alatan untuk mengautomasi, mengisih, dan membalas mesej dengan cepat. 

Kalau anda memang mempunyai perniagaan sendiri, tools Whatsapp business ini boleh dikatakan wajib. Banyak fungsi yang ada jika nak dibandingkan dengan Whatsapp Chat yang biasa.

Pengaruh Whatsapp dalam bisnes

Bila “percuma” semua orang akan tertumpu. Begitulah yang terjadi pada aplikasi Whatsapp di mana pengguna tidak perlu mengeluarkan apa-apa dana untuk menggunakan servis yang ditawarkan. Hanya dengan sekali klik, anda boleh memuat turun secara zero kos di Google Play Store atau Apps Store. Aplikasi yang membantu dalam menyampaikan mesej dalam bentuk teks, video, dan audio ini terlalu banyak manfaatnya kepada perniagaan. 

Konsep “mudah dan praktikal” memberi impak terus kepada semua peringkat pengguna sama ada baru atau lama, tua atau muda. Hal ini kerana, anda tidak memerlukan kemahiran baru untuk menggunakannya kerana semua orang tahu dan sinonim dengan ekosistem teknologi yang diterapkan dalamnya. Jadi tidak hairan sekiranya aplikasi perniagaan WhatsApp akan memberi anda kredibiliti yang jauh lebih tinggi berbanding yang lain. 

Pentingnya link WhatsApps untuk perniagaan online

Selalu anda nampak peniaga-peniaga online akan mempromosikan produk mereka di laman sosial seperti di Facebook, Instagram, dan Twitter. Dekat bahagian hujung posting, pasti mereka akan meletakkan nombor yang boleh dihubungi untuk memudahkan pelanggan berhubung. 

Biasanya peniaga akan meletakkan nombor telifon secara terang atau ada juga yang hanya memberikan link ringkas. Link ini membolehkan orang lain atau bakal-bakal pelanggan anda menghantar mesej terus ke WhatsApps anda dengan sekali klik sahaja. Automatik semuanya tersedia tanpa perlu menyimpan nombor telifon terlebih dahulu. 

Dapatkan Nombor Baru Untuk Perniagaan Anda

Adalah lebih baik untuk anda cuba khususkan 1 nombor baru iaitu nombor yang khusus untuk perniagaan ataupun untuk tujuan nak buat whatsapp blasting.

Ianya sangat penting untuk tidak dicampurkan dengan nombor peribadi kerana jika berlaku apa-apa pada nombor perniagaan anda, anda masih ada lagi nombor peribadi. Memang menarik dan sangat berbaloi kan.

Nak dapatkan nombor baru tak susah, boleh je beli dari Trusted Seller di Shopee yang merupakan kedai Shopee kami sendiri. Ya, anda boleh dapatkan nombor baru tune talk di sana nanti dan ianya akan sedikit sebanyak memudahkan perjalanan perniagaan anda.

Kaedah mudah membuat link WhatsApps

Cara membuat link WhatsApps mempunyai beberapa langkah antaranya seperti:

1. Direct dari WhatsApp

Bagi anda yang menggunakan WhatsApp Business, anda boleh menggunakan fungsi link WhatsApp secara terus daripada link yang telah diberikan untuk nombor telifon yang didaftarkan. 

Pergi sahaja ke bahagian “Settings”. Klik “Business Settings”, lalu klik pada pilihan “Short Link”. Copy link tersebut dan anda boleh paste atau menggunakannya di semua posting media sosial anda. Kelebihan menggunakan link direct dari WhatsApps ini adalah ianya lebih laju untuk masuk ke paparan WhatsApp berbanding link alternatif yang lain.

2. Buat link dengan wa.link

Keistimewaan wa.link daripada yang lain adalah anda boleh melindungi nombor telifon anda dari terdedah atau menjadi tatapan umum. Sesetengah orang sangat menjaga privasi peribadi seperti ini atas faktor keselamatan, scammer, dan lain-lain. 

  • Taip https://create.wa.link/
  • Pilih negara untuk tujuan kod negara
  • Isikan nombor telifon pada ruangan pertama
  • Sekiranya anda ingin menambah mesej nota atau notis kepada pelanggan, anda boleh menggunakan pilihan “custom message”. 
  • Setelah siap, anda diberikan pilihan untuk menyemak paparan link tersebut di “Preview”
  • Atau sekiranya sudah berpuas hati, klik sahaja “Generate my wa.link”
  • Copy link tersebut dan paste pada mana-mana posting perniagaan anda

3. Buat link dengan Chatwasap.com

Tidak banyak perbezaan yang ketara antara Chatwasap.com dengan WhatsApps Link Generator yang lain. Tetapi untuk Chatwasap.com, anda perlu mengisi alamat email sebelum memasukkan nombor telifon. Malah anda bukan sahaja boleh copy link WhatsApp, tetapi juga QrCode dan HTML khusus. 

4. Shortener URL

Kebanyakkan WhatsApp URL yang anda generate daripada website-website alternatif biasanya agak panjang dan sukar difahami. Teknik memendekkan URL dengan alamat URL yang baru dapat memudahkan pengguna untuk menuju ke laman yang dikehendaki. Contohnya, URL “Contoh Ayat Promosi Makanan Di Whatsapp – 2022 – Smartinvest101” boleh dipendekkan kepada “https://bit.ly/34PlcnM”.

Antara pengendali servis URL shortener yang boleh digunakan adalah seperti:

  • bit.ly (Bitly)
  • goo.gl (Google)
  • ow.ly (Hootsuite)
  • t.co (Twitter)
  • TinyURL (Gilby)
  • Tr.im (Gravity4)

Dengan shortener URL ini, kerja-kerja pencarian maklumat di internet akan lebih “ringkas, mudah, dan praktikal”. Ia sudah tentu dapat mengurangkan jumlah aksara, mempercepatkan menaip atau kerja copy and paste, menjimatkan masa dan ruang, memgurangkan kesilapan, dan paparan website kelihatan lebih kemas.

5. Buat link dengan Wapp.my

Wapp.my menyediakan servis WhatsApp link generator yang cukup mudah dan ringkas untuk anda gunakan. Taip sahaja https://www.wapp.my/ . Kemudian masukkan nombor telifon beserta kod negeri (+60) dan pilihan bagi anda untuk menyertakan sekali mesej atau tidak. Jika selesai, klik butang “Get Link”. Anda bukan sahaja boleh copy dan paste link WhatsApp tersebut tetapi juga boleh memuat turun Qr Code khusus. 

6. Buat link dengan Wasap.my

Web wasap.my adalah pilihan yang boleh digunakan sekiranya anda tidak mempunyai WhatsApp Business. Kelebihanya link peribadi ini lebih ringkas, boleh direka sehingga 5 URL untuk 1 nombor telifon, boleh lihat berapa banyak klik, dan yang paling penting anda boleh detect dari mana klik itu dibuat sama ada dari Facebook, Website, Instagram atau lain-lain. Bagi yang sudah terbiasa dengan FB Pixel ID dan Adwords tag, personalized URL yang ada pada Wasap.my sangat membantu untuk memudahkan urusan anda. 

  • Taip https://manage.wasap.my
  • Daftar dengan memasukkan alamat email, nombor telifon, password, dan sebagainya
  • Selepas pengesahan email, anda sudah boleh membina link perniagaan sendiri
  • Add link dan create link baru sama ada untuk letak nama atau sebagainya. Setelah selesai, link itu boleh terus digunakan untuk ke semua platform perniagaan anda. 

Untuk lebih mudah, boleh tengok video di bawah untuk penerangan lanjut berkenaan cara buat link di Whatsapp.

Ciri istimewa pada aplikasi WhatsApp perniagaan

  • Boleh menambah maklumat perniagaan
  • Boleh menetapkan mesej ucapan (greeting message)
  • Boleh menetapkan mesej jauh (away message)
  • Boleh masukkan balas pantas (quick reply)
  • Boleh lihat statistik mesej dan interaksi pelanggan
  • Boleh melabel profil perniagaan
  • Ada katalog produk (termasuklah harga, info, pautan laman web, dan kod produk)
  • Boleh memverifikasikan akaun
  • Jangkaun yang lebih meluas dalam media sosial seperti Instagram dan Facebook
  • Mempunyai kod QR
  • Mempunyai fungsi broadcast kepada 256 orang
  • Sesuai untuk kegunaan pemilik perniagaan atau mesej secara perseorangan atau berkumpulan
  • User-friendly
  • Boleh mencipta sehingga 20 label chat yang berbeza
  • Ada fungsi add to cart (bakul pembelian)

Cara Buat Link Whatsapp Tanpa Nombor

Dalam banyak situasi, saya nak whatsapp seseorang akan tetapi tak nak save nombor orang tersebut. Agak leceh sebab kalau kita ada 10 nombor yang nak dihubungi, takkan nak save semua no tersebut satu persatu. Dahulu memang saya akan save nombor tersebut satu persatu akan tetapi, sekarang ini ada banyak cara dan teknik yang anda boleh guna untuk whatsapp sesuatu nombor tanpa perlu save no tersebut.

Cara pertama adalah dengan menggunakan perisian Waboost, cara ini agak menarik akan tetapi kami tak nak cerita banyak kerana cara ini, akan kami cerita dalam perenggan akhir sebagai bonus istimewa.

Cara lain, anda install je applikasi Whatsapp direct. Aplikasi ini memang saya guna dan anda boleh dapatkan link aplikasi tersebut di akhir artikel.

Dengan cara ini, anda tak perlu nak save sesuatu nombor dan anda boleh terus sahaja whatsapp no tersebut. Menarik kan! Nak download Whatsapp Direct boleh ke SINI.

Bonus Istimewa – Whatsapp Blaster

Tahukah anda yang anda boleh mendapatkan database pelanggan anda dengan menggunakan Whatsapp dan dibantu oleh software istimewa ini. Saya sendiri dah cuba, dengan bantuan perisian ini, saya dapat 3000 database pelanggan dalam masa sehari.

Fungsi lain, anda boleh blast ke banyak no terutama untuk tujuan dan proses follow up dan lain-lain lagi. Cara buat link Whatsapp adalah step pertama dan jika digabungkan dengan perisian ini, memang ianya boleh membantu anda untuk memperoleh lebih banyak jualan.

Jelas, kegunaan link yang ada pada WhatsApp bukanlah sesuatu yang boleh dipandang enteng kerana ianya membawa impak yang besar kepada progress sesebuah perniagaan. Sehebat mana pun anda, usaha atau kudrat anda pasti akan terbatas apabila sampai pada faktor masa, tenaga, dan jarak. 

Namun dengan adanya bantuan alternatif seperti link ini, anda boleh mengatasi dan menjangkau kesemua kebatasan yang ada. Diharapkan artikel pendedahan tentang WhatsApps dan cara buat link WhatsApp ini dapat memberikan anda informasi yang bermanfaat untuk memudahkan urusan peribadi dan perniagaan anda. Jadikan teknologi sebagai kunci kejayaan bisnes dan bukannya halangan untuk anda maju ke depan. 

Related Posts

12 thoughts on “6 Cara Buat Link WhatsApp – Bonus Misteri Menanti

  1. This is a good marketing strategy. But doesn’t this link only available for WhatsApp Business? Please answer. Thank you.

    1. not necessarily in whatsapp business only. you can create link in wa.link for example. For waboost user, also not necessarily for whatsapp business.

  2. wow, i am so amazed with the features offered by Whatsapp Blaster. it’s really helpful especially for business owners. thanks for introducing!

    1. welcome and hope this helps business out there.

  3. Whatsapp business ni memamng bagus dan sangat berguna kepada ownwe business…. Kalau guna whatsapp biasa untuk buat blast whatsapp silap-silap akaun whatsapp boleh kena ban…

    1. betul, ada banyak kegunaan dan boleh aplikasi dalam banyak perkara.

  4. Senang dah nak buat link whatsapp lepas nih. Saya dah lama nak cuba whatsapp business nih tapi masih sedang belajar lagi. Terima kasih atas perkongsian.

    1. sama-sama, whatsapp business memang banyak fungsi dan antara tools yang wajib guna.

  5. Menarik juga kan WhatsApp ni! Makin banyak features yang cool and user-friendly buat para peniaga untuk berurusan! Boleh put this into action plan bila dah startup business nanti!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *