2 Rahsia Cara Guna Gann Chart 2023

Pada kali ini kami nak terangkan cara guna gann chart yang efektif untuk anda gunakan. Pada artikel kali ini, kami akan reveal 2 cara yang khusus kepada anda. InsyaAllah teknik pada kali ini tidak banyak diceritakan pada mana-mana siri. Teknik yang pertama sesuai untuk pasaran saham dan yang kedua adalah sesuai untuk anda gunakan untuk market Malaysia juga, tetapi lebih menjurus kepada Futures Crude Palm Oil.

Cuma nak bagi disclaimer siap-siap yang teknik yang bakal saya tunjuk ini mungkin sesuai untuk saya, tapi tak sesuai untuk anda. Ianya untuk tujuan pembelajaran sahaja dan anda perlu lakukan back test sendiri. Teknik ini efektif apabila ada signal lain yang digunakan bersama-sama dengan gann chart ini. Sebagai contoh support dan resistant, order stacking dan sebagainya.

cara guna gann chart

Bagaimana Nak Guna Gann Chart Dalam Saham di Malaysia

Teknik ini sangatlah sesuai untuk strategi “intraday trader” ataupun mereka yang inginkan strategi Buy Today Sell Tomorrow (BTST). Strategi ini sangatlah tidak sesuai untuk mereka yang ingin trade secara swing atapun berminggu-minggu. Untuk swing, perlukan strategi lain ataupun anda boleh sahaja ubah apa yang bakal saya tunjuk dalam artikel ini.

Siapa Pencipta Gann Chart Ini

William D Gann merupakan orang yang bertanggungjawab mencipta Gann Chart ini. Beliau merupakan trader yang terkenal dengan keupayaannya meramal pasaran dengan menggabungkan campuran geometri, astrologi, dan teknik matematik kuno. Beliau mula berdagang pada usia 24 tahun. Dengan pengetahuan yang beliau ada, banyak metode technical analysis yang beliau cipta seperti Gann angles, Master charts, Hexagon chart dan Circle of 360. Perkembangan teknologi moden juga membolahkan teknik beliau digunakan secara meluas termasuklah wujudnya beberapa kalkulator hasil daripada Gann Chart ini.

Link siapa pencipta Gann Chart ini pada akhir artikel ye.

Macam Mana Gann Square Of 9 Berfungsi

Gann square of nine mendapat namanya kerana jika anda lihat carta di atas lagi, angka 9 mewakili penyelesaian persegi pertama. Rasa complicated dan susah nak faham? Abaikan sahaja kerana yang penting aplikasi chart ini dan cara serta penggunaan dalam pasaran saham. Ia juga dikenali sebagai carta 9×9.

Konsep Asas Dalam Gann Chart Untuk Tentukan Support & Resistant

Ada 2 line penting iaitu line berwarna biru iaitu (Ordinan Cross) dan line berwarna merah iaitu (Cardinal Cross). Kedua-dua line ini merupakan support dan resistant yang kuat menurut pengamal Gann Chart dan semestinya anda harus cuba dan backtest dahulu sama ada ianya berkesan dan sesuai untuk dimasukkan dalam trading strategi serta trading plan anda ataupun sebaliknya.

Kalau ikut prioriti, line merah adalah Support dan Resistant penting, boleh jadi Prioriti no 1 dan line biru pula boleh jadi prioriti no 2.

Sekarang Kita Aplikasikan Dalam Saham

Macam mana nak gunakan strategi ini dalam saham. Jangan risau kerana kalau anda tak faham dalam bentuk teks, kami juga akan provide video di Youtube untuk memudahkan anda agar boleh trade dengan lebih berkesan. Pun kami galakkan anda untuk tengok video di youtube kerana ada banyak tips dan strategi lain yang bakal kami bongkarkan khas untuk anda pembaca di smartinvest101.com.

Ok macam mana nak gunakan strategi Gann Chart ini dalam saham. Mudah sahaja, apa yang anda perlu lakukan adalah untuk cuba lihat balik kaunter yang anda nak masuk dan apply balik dalam chart ini. Macam mana tu.

Case Study No 1 – TELADAN (0230)

Tarikh 7 Julai

Harga pembukaan adalah pada 0.6, di Gann Chart, anda lihat angka 60. Sebelah angka 60 ini adalah satu line merah iaitu pda angka 61. Menurut chart ini, ada satu resistant yang kuat pada angka 0.61. Sebab itu kaunter ini tidak menunjukkan kenaikan pada hari tersebut kerana mempunyai resistant yang kuat pada 0.61. Mana dapat angka 0.61 ini adalah mengikut kepada Gann Chart.

Case Study No 2 – KAB (0193)

Tarikh 7 Julai

Harga pembukaan adalah 0.705. Kita tengok di Gann Chart, cari 70. Menurut Gann Chart, akan ada satu line merah pada angka 69 dan line biru pada angka 73. Di sini kita boleh lihat yang, bagi kaunter KAB ini pada hari tersebut, 0.69 adalah support dan 0.73 adalah resistant. Boleh jadikan satu guidance untuk anda nak jadikan ini sebagai intraday strategi.

Apapun trading dalam apa juga market merupakan satu probability. Lagi tinggi probability, lagi tinggi peluang untuk anda mendapat keuntungan. Gunakan strategi Gann ini bersama dengan indikator dan strategi lain untuk lebih mendapat probability dalam teknikal analisis anda. 

Versi video pula ada di bawah ini. Ada beberapa pantang larang yang kami tak dapat nak tulis di sini dan cuma ada dalam video ini sahaja. Ianya sangat penting terutama kalau anda nak sukses dalam Gann Chart ini dan gunakan ia sebagai salah satu senjata untuk pelaburan anda. Untuk lebih info, saya memang rekemen anda tengok video di bawah ini;

Cara Guna Gann Chart Kedua

Cara kedua ini tak sesuai untuk digunakan dalam saham tetapi lebih sesuai untuk digunakan dalam market lain. Market yang dicadangkan adalah Futures Crude Palm Oil ataupun FCPO. Ianya adalah antara FCPO Trading Strategy yang berkesan yang saya telah gunakan juga. 

Jangan risau, akan ada versi video yang bakal kami kongsikan nanti. Nantikan dalam tips kali ini.

Apapun nak remind semula yang strategi ini mungkin sesuai dengan saya, untuk anda tidak semestinya. Jadikan ianya sebagai pembelajaran sahaja dan pastikan anda backtest dan dapatkan data yang bersesuaian sebelum mula melabur.

Strategi kali ini lebih simple kerana anda hanya perlukan opening price bagi FCPO dan juga, gann calculator. Macam mana nak akses gann calculator tersebut, boleh akses di sini. Bagi yang tak pernah tahu apa itu FCPO pula, boleh ke SINI.

Dalam laman web tersebut, ada satu ruangan, “enter current market price”, di sini anda masukkan opening price FCPO. Kita tengok kalau anda masukkan akan jadi apa.

Case Study FCPO 7 Julai

Opening Price = 3780

Lepas masukkan angka tersebut dalam laman web yang saya cadangkan tu, akan keluar macam ni.

Recommendation:Buy at / above: 3782.25   Targets: 3795.74 – 3811.15 – 3826.6 – 3842.07Stoploss : 3766.89Sell at / below: 3766.89   Targets: 3753.43 – 3738.13 – 3722.86 – 3707.61Stoploss : 3782.25

Follow je recommendation tersebut, saya pasti anda akan rasa kagum. Tapi pastikan anda backtest dan lakukan 100 kali sebelum mencuba strategi ini. Trade at your own risk ya.

Untuk penerangan yang lebih jelas dan detail, memang kami rekemen untuk anda lihat sendiri video di atas. Dan harapny ianya membantu anda untuk sukses dalam dunia trading.

Salam sukses dan semoga berjaya.

Harap artikel pada kali ini memberikan anda kefahaman berkenaan dengan cara guna gann chart yang betul dan efektif.

Pengasas Gann Chart.

Kalkulator yang kami maksudkan dalam video di atas ini anda boleh akses di Kalkulator Gann Chart

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *