Bagaimanakah cara masuk Singapore dan prosuder penting yang perlu kita lakukan untuk bekerja atau melancong?
Singapore merupakan salah satu dari negara jiran Malaysia yang sering menjadi tumpuan para pelancong termasuk rakyat Malaysia sendiri untuk bekerja.
Bagi kebanyakkan rakyat Malaysia, bekerja di Singapore mungkin menjadi impian tersendiri kerena pertukaran nilai mata wang yang lebih tinggi antara dollar Singapore dan ringgit Malaysia.
Hal ini terbukti dari dapatan laporan The Sun Daily bahawa seramai 900,000 rakyat Malaysia telah menyertai Tenaga Kerja Singapura dan daripada 900,000 rakyat Malaysia ini, satu pertiga daripada mereka berulang-alik antara Malaysia dan Singapore setiap hari untuk bekerja.
Justeru, artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda 5 cara masuk Singapore melalui Johor Bahru dengan mudah khusus kepada mereka yang pertama kali hendak bekerja atau bagi tujuan melancong.
1. Naik kereta / motor sendiri
Untuk masuk Singapore menggunakan kereta atau motor, anda perlu mempunyai VEP atau permit masuk kenderaan. Permohonan boleh dibuat di sini. Selepas membuat permohonan ini, anda juga perlu mengambil Kad Autopass di Pusat Servis Johor Bahru LTA.
Jangan lupa pastikan pendaftaran kenderaan, insurans dan cukai jalan anda sudah sedia, untuk memudahkan proses permohonan. Berikut kami kongsikan cara masuk Singapore menggunakan kereta atau motor:
Langkah 1: Pastikan lesen memandu masih hidup
- Saman bagi lesen yang tamat adalah RM3000.
- Peraturan di Singapura sangat ketat dan tidak akan dilepaskan selagi tidak selesaikan bayaran saman.
- Jadi pastikan sebelum jalan, lesen memandu anda belum tamat tempoh.
Langkah 2: Download app ‘SG Arrival Card’
- White card tidak perlu diisi lagi kerana telah digantikan dengan aplikasi SG Arrival Card.
- Download aplikasi dan isikan maklumat yang diperlukan.
- Perlu ada maklumat penginapan.
- Maklumat yang diperlukan di Imigresen Singapore.
Langkah 3: Pembelian Autopass Card
- Autopass Card sangat penting untuk digunakan semasa di Singapore. Anda boleh membelinya dengan harga 10SGD.
- Kegunaan kad ini adalah untuk masuk parking, tol dan akses ke tempat tertentu.
- Autopass tersebut juga tidak boleh dikongsi dengan kereta lain. Di mana setiap kereta dan jenis serta nombor pendaftaran memerlukan autopass sendiri.
- Kaunter jualan autopass tersedia sebaik sahaja melepasi imigresen Singapore.
Langkah 4: Pastikan ikut had laju yang ditetapkan.
- Pastikan anda memandu kenderaan anda mengikut peraturan jalan yang hadkan pemanduan pada 70km/jam.
2. Naik bas awam
Rata-rata rakyat Malaysia sangat gemar menggunakan bas awam untuk ke Singapore. Berikut kami kongsikan cara perjalanan dari JB Sentral ke Singapore.
JB Sentral > JB CIQ > Bas JB CIQ > Woodlands CIQ > Bas Woodlands CIQ > Singapore.
Perjalanan anda bermula dari JB Sentral. Dari JB Sentral, anda boleh berjalan kaki ke JB CIQ ikut tanda arah ke Bangunan Sultan Iskandar / Woodlands. Sampai sahaja ke JB CIQ, beratur untuk cop passport di kaunter Passport Malaysia atau terus ke Autogate.
Kemudian jalan terus sahaja hingga ke Stesen Bus. Pilih Terminal 2 iaitu ke kanan untuk naik bas awam ke Woodlands, Kranji & Queen Street. Turun melalui escalator/lift dan cari bas anda.
Ada beberapa pilihan bas yang boleh digunakan untuk anda masuk ke Singapore, seperti:
- Causeway CW1 to Kranji RM1.50
- Causeway CW2 to Queens Street RM3.40
- SBS Transit 160 to Jurong East via Kranji MRT RM1.60
- SBS Transit 170 to Queens Street via Kranji MRT RM1.60
- SMRT 950 to Woodlands RM1.60
Kalau anda hendak pergi ke Woodlands, naik sahaja bas SMRT 950 dan bayar RM1.60. Bas ini akan membawa anda menghala ke Woodlands CIQ.
Sampai di Woodlands CIQ, anda akan diminta untuk mengisi borang putih (Visa On Arrival) sebelum beratur jumpa pegawai imigresen.
Apabila selesai pegawai imigresen akan koyakkan sebahagian borang tersebut dan tinggalkan sebahagian dalam passport anda. Ingat jangan hilangkan borang putih tersebut.
3. Naik shuttle
Selain itu, anda juga boleh menggunakan perkhidmatan Shuttle Tebrau dari Stesen Johor Bahru Sentral (JB Sentral) ke Stesen Woodlands, Singapore bermula 19 Jun 2022.
Sebanyak 31 perkhidmatan beroperasi setiap hari dari JB Sentral – Woodlands – JB Sentral membabitkan 18 perkhidmatan dari JB Sentral ke Woodlands manakala 13 lagi perkhidmatan dari Woodlands ke JB Sentral.
Bagi setiap trip, shuttle akan membawa 320 penumpang dengan kekerapan perkhidmatan tren setiap 30 minit sekali.
Harganya juga murah sekitar RM5 seorang (perjalanan dari JB Sentral ke Woodlands) dan SGD5.00/RM15.86 (perjalanan dari Woodlands ke JB Sentral).
4. Naik kapal terbang
Bermula 29 November 2021, semua rakyat Malaysia yang sudah lengkap di vaksinasi boleh berulang alik ke Singapore tanpa perlu menjalani proses kuarantin melalui program, Vaccinated Travel Lane (VTL).
Selain Malaysia, VTL juga menyenarikan negara terpilih yang lain seperti Australia, Brunei Darussalam, Germany, Canada, Denmark, France, Italy, the Netherlands, Spain, Finland, Sweden, United Kingdom (UK), United States of America (USA), Republic of Korea, dan Switzerland.
Rakyat Malaysia boleh menggunakan enam penerbangan harian antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapaan Terbang Changi, Singapore dengan syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines, Singapore Airlines, Scoot, Malindo Air, Jetstar Asia dan Air Asia.
Bermula 12 Februari 2023, anda boleh memasuki Singapore tanpa mengira status vaksin. Bahkan, individu yang masih belum mengambil vaksin sepenuhnya juga tidak lagi dikehendaki untuk melakukan ujian Covid-19 sebelum penerbangan dan tidak dikehendaki untuk membeli insurans perlindungan berkaitan Covid-19.
Namun demikian, anda wajib untuk menyerahkan Kad Ketibaan Singapura (SGAC) mereka dalam masa 3 hari sebelum tiba di Singapura. Ini bagi memastikan proses ketibaan di Singapura berjalan lancar. Pautan SGAC boleh didapati di sini.
Untuk pengalaman melancong yang mudah. Aplikasi Visit Singapore menawarkan servis dan tip Safe Travel buat pelancong di Singapura.
- Safe Travel Pass dan dokumen untuk pra-penerbangan dan imigresen
- SG Arrival Card (SGAC)
- Jadual perlancongan pintar
- Khidmat nasihat buat pelancong dan detinasi SMMs.
5. Berjalan kaki
Dalam banyak-banyak cara masuk Singapore yang kami senaraikan tadi, memilih untuk berjalan kaki adalah yang paling jimat sekali. Selain isu penjimatan, sesetengah orang pilih untuk berjalan kaki dari Woodlands ke Johor Bahru kerana malas untuk beratur menunggu bas terlalu lama.
Menurut pengalaman rakyat Malaysia yang berjalan kaki kerja di Singapore, mereka mengambil masa sekitar 35 hingga 40 minit untuk sampai dengan melalui highway dan laluan pejalan kaki khusus.
Diharapkan perkongsian kami berkenaan dengan cara masuk Singapore ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat khususnya kepada anda yang pertama kali ingin melancong ke Singapore atau bagi tujuan bekerja.