2 Cara Pos Barang Di Shopee – 2023

Pada artikel kali ini, kami akan membincangkan tentang cara pos barang di Shopee. Kami yakin pasti ada di sini dari kalangan anda yang baru sahaja ingin berkecimpung dalam perniagaan atas talian. Anda pasti masih tercari-cari maklumat untuk proses menjual dan menghantar barang yang dipesan pelanggan. 

Tidak dinafikan dalam era teknologi dan norma baru hari ini, perniagaan-pernigaan e-dagang menjadi daya tarikan yang sangat diminati oleh semua. Jika dulu mungkin platform ini hanya menjadi kemahuan segelintir pengguna tetapi sekarang ia lebih kepada keperluan semua. 

Mulai Januari 2021, kami memberikan akses kelas Shopee percuma kepada anda. Ramai yang terkesan dengan covid 19 dan lain-lain dan perlukan tips untuk tambah income. Macam mana nak akses training percuma ini? anda boleh dapatkan link untuk akses training ini pada akhir artikel ini. Salam sukses dan semoga berjaya.

cara pos barang di Shopee

Apa itu Shopee?

Shopee adalah salah sebuah platform perniagaan atas talian terbesar di Asia Tenggara dan Taiwan yang diasaskan seorang jutawan Singapura kelahiran China iaitu Forrest Li. Platform perniagaan online yang telah masuk ke negara-negara rantau Asia pada 2015 ini tampaknya telah melonjakkan namanya setaraf dengan yang lain bila mana pelbagai anugerah telah di terima antaranya seperti Anugerah Vulcan. 

Data yang diperoleh mendapati lebih daripada 200 juta pengguna memuat turun aplikasi ini. Hal ini terbukti, pencapaian mereka makin memberangsangkan lagi profitabiliti syarikat tersebut dengan GMV sebanyak USD 11.9 billion dan pesanan kasar 771.2 juta pada tahun yang sama iaitu 2019. 

Raih RM10K dengan berniaga di Shopee

Pernahkah anda dengar berita di akhbar tentang seorang lelaki yang mampu memperoleh pendapatan RM10K dengan berniaga atas talian? Ya, ini memang benar-benar berlaku. Tiada yang mustahil jika anda memang seorang peniaga yang aktif dan mempunyai teknik-teknik perniagaan berkesan. Malah, apa yang memeranjatkan lagi lelaki ini juga mampu menjana pendapatan secara konsisten beribu-ribu ringgit dalam sebulan. 

Kalau anda belum ada kedai di Shopee, boleh baca artikel kami di SINI berkenaan dengan tips dan cara nak berniaga di Shopee.

Kebaikan berniaga di Shopee

1. Tatacara pendaftaran yang tidak menyusahkan

2. Proses yang singkat

3. Tiada syarat yang ketat terhadap produk

4. Interface yang lengkap dan mesra pengguna

5. Sangat mudah untuk diuruskan

6. Coverage yang sangat luas

7. Mempunyai servis listing percuma

8. Kos penghantaran di tanggung sepenuhnya oleh Shopee

Dua jenis penghantaran di Shopee

Kali ini kami akan membincangkan secara terperinci mengenai proses pengeposan barang melalui platform e-dagang ini. Tetapi sebelum itu, apa yang perlu anda tahu adalah terdapat dua jenis penghantaran yang boleh dipilih iaitu:

1. Manual shipping

2. Shopee free shipping program

1. Pos barang secara manual

Kaedah ini boleh dikatakan sebagai keadah biasa yang di lakukan oleh peniaga-peniaga atas talian di mana mereka tidak mahu terikat dengan mana-mana platform jualan. Malah sesiapa sahaja bukan hanya peniaga tetapi orang awam yang ingin menghantar barang kepada orang lain turut menggunakan kaedah seperti ini. Easy parcel juga di klasifikasikan sebagai pos barang secara manual.

Bagi peniaga yang menggunakan pos barang secara manual, anda perlu meletakkan kos shipping secara manual. Yang mana bila anda sudah mendapat tempahan, anda perlu menanggung segala kos pos dan mengisi borang Poslaju secara manual. Jangan lupa nombor tracking juga perlu dihantar oleh peniaga kepada pembeli secara manual.

Leceh bukan? Tetapi jangan silap masih ramai lagi yang menggunakan cara ini terutamanya mereka yang berniaga di media sosial bukan di platform-platform e-dagang yang terpilih. Namun kebanyakan peniaga di Shopee jarang sekali mengguna pakai kaedah ini kerana agak rumit dan tidak menguntungkan. 

Kelemahan pos barang secara manual

  • Shopee tidak akan kira kos shipping secara automatik bila pelanggan membuat tempahan. Contoh, jika pelanggan membeli produk anda yang mempunyai berat 300 gram. Katakan anda sudah tetapkan kos shipping adalah RM 4. Tapi bila pembeli mahu membeli 5 pieces, kos shipping tidak bertambah. Malah masih kekal RM 4. Sedangkan anda perlu tambah kos jika berat melebihi 1 kilogram

Bagaimana berat volumetrik di kira?

Bila bercakap soal berat barangan, anda pasti tertanya-tanya bagaimana berat volumetrik dikira?

Sebenarnya berat sebenar atau berat volumetrik (yang mana lebih tinggi) yang diterima oleh Poslaju dan DHL adalah 30 kilogram manakala J&T Express pula adalah 50 kilogram.

Anda boleh rujuk link di bawah ini untuk mengira berat volumetrik bagi syarikat kurier yang anda gunakan:

(Poslaju) https://ezisend.poslaju.com.my/volumetric
(DHL) http://www.dhl.com/en/tools/volumetric_weight_express.html
(J&T) https://www.jtexpress.my/rates.php

2. Pos barang menggunakan Shopee Free Shipping Program

Kaedah yang kedua ini menjadi pilihan ramai peniaga-peniaga semua. Apa yang boleh kami katakan ianya simple, mudah, ringkas, praktikal dan murah. Peniaga tidak perlu pening-pening kepala untuk menetapkan kos penghantaran kerana semuanya akan diuruskan oleh pihak program.

https://eezwanmanaf.com/wp-content/uploads/2018/12/xgerak-kerja-shopee-free-shipping.png.pagespeed.ic.guiVNgk_7T.webp

3 perkara penting yang perlu anda ada:

  • Printer
  • Fail kemas kini berat produk
  • Kemas kini alamat pengambilan

Langkah – langkah yang perlu anda lakukan:

Langkah 1: Daftarkan diri di https://shopee.com.my/poslajusignup. Di sini ada perlu mengisi beberapa maklumat seperti activation date, username dan lokasi.

Langkah 2: Check pada akaun Shopee anda di bahagian “My Shipping.” Jika perkataan “Shopee Supported Logistics” sudah terpapar, maknanya permohonan anda sudah berjaya dan lulus.

https://1.bp.blogspot.com/-4Y5i5Uim3uc/XOo2Ya1_6ZI/AAAAAAAARsI/KpYLYzZmg8wZ84vANbMiAM-WZp8lMMbTACLcBGAs/s1600/Shopee%2BSupported%2BLogistics.png

Langkah 3: Kemaskini alamat shipping di “My Addresses.” Pastikan anda menggunakan alamat yang sah. Ini bertujuan untuk menentukan kos penghantaran dan membolehkan pengguna untuk membeli dari kedai atas talian anda.

Langkah 4: Kemaskini berat produk anda di “My Product” berdasarkan kiraan berat volumetrik.  

Langkah 5: Bila dapat sahaja order, tekan “Arrange Shipment.” 

Langkah 6: Pilih “I will Dropoff” (jika anda mahu hantar sendiri di mana-mana Poslaju atau Pos Malaysia) atau pilih “I will pickup” (jika anda mempunyai pesanan yang banyak dan anda mahukan pos laju untuk datang ambil ke tempat anda).

Langkah 7: Kemudian tekan “Print AWB” (AWB atau Air Waybills ialah tracking number atau consigment note dari Shopee). Anda perlu print slip ini sebanyak 2 set iaitu 4 AWB. 2 slip akan dimasukkan ke dalam parcel anda, 1 slip dikepilkan bersama borang kontrak bagi simpanan poslaju dan 1 slip lagi untuk anda sendiri. Pastikan anda print dengan paparan horizontal bukan landscape. Tidak perlu bercetak dalam warna cukup sekadar hitam dan putih sahaja. 

Langkah 8: Sediakan parcel yang anda ingin poskan kepada pelanggan

Langkah 9: Isi Borang Kod PL9 berwarna pink yang anda boleh dapatkan di mana-mana pejabat Poslaju secara percuma. Maklumat seperti no akaun Shopee, tarikh penghantaran, nama, alamat anda, jumlah barang yang di pos dan tanda tangan perlu anda isikan. 

Langkah 10: Parcel anda sudah sedia untuk diposkan di mana-mana Pusat Poslaju yang berdekatan. 

Ini adalah antara langkah mudah cara pos barang di Shopee, saya lebih rekemen untuk anda gunakan platform ataupun kaedah Shopee Free Shipping Program kerana ianya memang memudahkan.

Boleh juga tengok penerangan kami di bawah ini berkenaan dengan tips dan cara untuk menjual di Shopee.

Kadar penghantaran

Manfaat pos barang secara Free Shipping

  • Tidak perlu berbaris
  • Sediakan bungkusan dan Borang PL9
  • Bungkusan anda akan dikemas kini dalam sistem dalam masa 4 jam selepas penyerahan
  • Ada Shopee Priority Lane khas untuk anda. Jadi tidak perlu berbaris panjang.
  • Semua program penghantaran boleh wujud bersama
  • Penyerahan pesanan tanpa bayaran pendahuluan
  • Automated air waybills
  • Automatic calculation of shipping fee

Di harapkan artikel cara pos barang di Shopee ini  dapat memberikan info yang berguna kepada anda terutamanya kepada peniaga-peniaga baru yang mahu berjinak-jinak dalam dunia perniagaan atas talian. 

Boleh subscribe Channel Telegram kami di atas untuk mendapatkan lebih info lanjut berkaitan dengan topik kewangan, pelaburan dan tambah pendapatan. Jangan lupa, sehebat mana servis yang boleh anda berikan kepada pelanggan akan menjadi penentu kepada kesetiaan mereka kepada kedai atau produk yang anda jual.

Seperti yang dijanjikan, anda boleh akses training ataupun kelas Shopee secara percuma melalui laman ini. Macam mana nak akses, boleh KLIK je butang di atas ini. Semoga berjaya dan salam sukses.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *