4 Cara Pos Barang Guna J&T – 2024

Macam mana cara pos barang guna J&T? Syarikat penghantaran yang ada di Malaysia ketika ini bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Lebih-lebih lagi apabila norma baru mempengaruhi gaya hidup masyarakat sekarang, aktiviti pembelian secara atas talian bukanlah satu perkara yang pelik. 

Buktinya, statistik Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) telah menunjukkan pembelian barang atas talian berlaku peningkatan kepada 45 peratus pada 2020 melalui e-dagang seperti Shopee, Lazada, dan Grab. Artikel pada kali ini kami akan membantu anda bagaimana untuk mengepos barang menggunakan khidmat kurier J&T. 

pos barang guna j&t

Apa itu J&T Express?

J&T Express adalah sebuah syarikat penghantaran ekspress yang beroperasi di negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Thailand, Filipina, Indonesia, Vietnam, dan Kemboja dengan menggunakan teknologi canggih, moden, dan terkini.

Kelebihan yang diterapkan oleh syarikat penghantaran ini ialah mereka beroprasi setiap hari dan menjanjikan tempoh penghantaran dalam masa sehari untuk lokasi-lokasi tertentu. Ianya sedikit berbeza jika nak dibandingkan dengan Shopee Express.

Cara pos barang guna J&T

Kaedah pengeposan barang menggunakan J&T tidak memberikan anda satu pengalaman  tetapi sebaliknya dua atau tiga pengalaman baru dengan cara yang lebih efisien dan mudah. Tidak perlu beratur panjang berjam-jam hanya semata-mata sebuah barang sahaja. Dari rumah, anda sudah boleh mengepos barang dengan sangat jimat, murah, dan mudah. 

1. Pos melalui J&T Express apps/ Smart Order

  • Muat turun aplikasi J&T Express Malaysia dari Google Play Store (android) atau Apps Store (iOS) secara percuma
  • Mulakan dengan membuat pendaftaran akaun atau “Sign Up” terlebih dahulu. Setelah selesai mengisi butiran peribadi dan pengesahan akaun, anda boleh “Log In” semula
  • Untuk mengepos barang dengan J&T apps ini, anda perlu tekan butang “Single Order” untuk menghantar satu barang atau pilihan yang lain untuk bulk order.
  • Pada bahagian “Sender”, isikan maklumat anda sebagai penghantar seperti alamat, nama, nombor telifon, poskod, dan sebagainya. Pastikan butiran diisi dengan tepat dan betul. Kemudian tekan “Next”
  • Di bahagian “Recipient” pula, isikan juga maklumat mengenai penerima barang tersebut. Pastikan juga semua butiran adalah tepat dan betul untuk mengelakkan sebarang masalah ketika proses penghantaran nanti
  • Untuk bahagain “Item”, anda memiliki dua pilihan (Drop Off, atau Pick Up). Drop Off bermakna anda perlu ke office J&T berhampiran untuk hantar sendiri barang anda. Namun, jika anda malas, anda boleh pilih “Pick Up” dan nanti pihak J&T akan datang sendiri ke rumah penghantar dan mengambil barang tersebut.
  • Pilih jenis item yang ingin dihantar sama ada barangan elektrik, aksesori, kosmetik, makanan, barangan rumah, pakaian, atau sebagainya. 
  • Jika anda ingin barang anda dijaga dengan insurans, anda boleh tick pada pilihan tersebut. Cas tambahan 1% juga akan dikenakan sebagai kos insurans
  • Kemudian kaedah pembayaran. Ada dua pilihan juga iaitu (Paid By Me, atau Paid By Receiver). Untuk pay by me, anda sebagai penghantar yang akan membayar kos shipping barang tersebut terus di kaunter J&T. Manakala untuk paid by receiver pula, kaedah ini boleh dipilih sekiranya anda menggunakan konsep COD (Cash On Delivery) yang mana barang akan dibayar oleh penerima setelah menerima barang
  • Siap semua, semak sekali lagi segala butiran yang diisi di bahagian order.
  • Jika anda telah berpuas hati, tekan butang “Submit”, dan tekan OK untuk “Proceed” penghantaran
  • Untuk membuat bayaran di kaunter J&T Express, anda boleh tekan butang “Status” di tab bawah aplikasi itu dan klik pada tab “Sent”. Senarai order yang telah anda buat akan terpapar di skrin. Klik pada order yang ingin dibuat pembayaran. Tunjukkan Bar Code yang terpapar di skrin anda semasa membuat pembayaran di kaunter nanti.

2. Pos melalui website J&T Express

  • Layari pautan https://www.jtexpress.my/
  • Pilih “One Time Order”
  • Baca terma dan syarat. Jika setuju, tekan “Accept”
  • Kemudian, pilh “Make Order” untuk penghantaran parcel atau dokumen
  • Anda akan ditanyakan kuantiti barang yang ingin dihantar. Pilih “Single Order” jika ingin menghantar satu barang sahaja, atau “Multiple Order” jika banyak
  • Seterusnya, masukkan nama pengirim, no telifon dan alamat penerima
  • Masukkan juga butiran berkaitan barang yang dihantar sama ada “parcel atau document” dan berat barang
  • Ringkasan maklumat penghantaran akan dihantar oleh sistem. Jika lengkap dan  kesemua maklumat telah diisi dengan betul, pilih “Confirm and Proceed”
  • Anggaran harga akan dinyatakan sebaik sahaja anda mengesahkan maklumat penghantaran
  • Sediakan wang secukupnya. 
  • Pilih bayaran “Pay By Me” untuk membayar
  • Selesai, anda akan menerima order number untuk penghantaran yang telah dibuat

3. Pos melalui aplikasi DelyvaNow

  • Anda boleh pilih sama ada memuat turun aplikasi DelyvaNow ke telifon di Google Play Store atau Apps Store atau anda juga boleh melayari laman web rasmi DelyvaNow https://delyva.com/my/
  • Isikan terlebih dahulu maklumat peribadi untuk pendaftaran akaun atau “Sign Up”. Kemudian, “Log In” semula ke dalam akaun anda.
  • Sebelum membuat proses penghantaran, pastikan akaun anda mempunyai kredit yang mencukupi untuk proses pembayaran online nanti
  • Seterusnya, anda boleh pilih “segera” untuk penghantaran segera atau penghantaran pada hari yang sama
  • Mula buat pesanan dengan mengisi maklumat penghantar barang. Pastikan anda mengaktifkan lokasi anda di tetapan telifon untuk memasukkan lokasi pengambilan barang dengan tepat
  • Isi pula maklumat penerima barang dengan butiran seperti pakej, jenis bungkusan, berat, dan lain-lain. 
  • Sebagai tambahan, anda boleh memasukkan nota dalam perincian untuk memberitahu penunggang/pemandu barang anda
  • Pilih courier J&T Express
  • Kemudian, print consignment nombor anda di barangan yang untuk dihantar dan tampal pada barang tersebut

4. Pos melalui kaunter J&T 

Cara pengeposan yang terakhir ini adalah cara lama yang biasa anda lakukan sebelum sistem operasi pengeposan barang yang lebih canggih diperkenalkan. Namun cara ini juga masih menjadi pilihan sehingga ke hari ini, bagi sesetengah golongan yang lebih selesa walk-in sendiri ke kaunter-kaunter servis yang berhampiran dari menggunakan alternatif moden. 

Mudah, anda tidak perlu pening kepala, datang sahaja ke kaunter J&T yang berhampiran dan serahkan barang yang ingin anda hantar. Semua urusan akan dibantu secara bersemuka oleh pekerja-pekerja yang bertugas.

Cara menyemak harga postage J&T Express mengikut berat

Kebiasaannya, sebelum anda membuat sesuatu penghantaran, anda pasti ingin membuat anggaran atau semakan terlebih dahulu tentang harga postage dan sebagainya. Maklumat ini boleh diakses dengan sangat mudah melalui laman web rasmi J&T Express sendiri

1. Layari pautan https//www.jtexpress.my/rates.php

2. Masukkan maklumat berikut seperti:

  • Sender poskod – Poskod penghantar barang
  • Receiver poskod – Poskod penerima barang
  • Goods type: Dokumen/parcel
  • Weight (kg) – Berat barang yang dihantar
  • Dimension
  • Jika anda ingin mengambil insurans untuk barang anda, tick juga pada ruangan yang telah disediakan

3. Kemudian, tekan “Check”

4. Selesai, paparan harga postage barang akan terpapar dalam skrin telifon atau komputer anda.

Cara semak barang dengan nombor tracking

1. Layari laman web J&T Track &Trace

2. Masukkan nombor tracking pada ruangan yang disediakan. Nombor perlu dimasukkan sehingga 10 nombor.

3. Klik pada butang “Go”

4. Hasil keputusan akan menunjukkan lokasi semasa barangan yang anda hantar

Kelebihan J&T Express yang perlu anda tahu

  • Beroperasi 365 hari setahun dan khidmat panggilan servis selama 24 jam untuk semua pelanggan
  • Menyediakan service pick-up secara percuma dari tempat anda 
  • Menyediakan servis VIP platform untuk mempercepatkan urusan 
  • Menyediakan khidmat pembungkusan dengan bubble wrap percuma dan plastik parcel J&T khas
  • Penghantaran adalah untuk kawasan Semenanjung Malaysia dan Sabah & Sarawak sahaja
  • Ada  300 drop point di seluruh Malaysia
  • Mempunyai pelbagai sistem tracking seperti SMS, website, dan aplikasi J&T
  • Dilengkapi dengan insurans 1% dari harga barang untuk keselamatan pelanggan 
  • Paling penting sekali, harga servis penghantaran yang ditawarkan sangat berpatutan dan mampu milik. 

Oh ya, kalau anda nak dapatkan info lanjut dan nak cari peluang sebagai part timer penghantar barang J&T, boleh ke SINI.

Senarai Barang Yang Tidak Boleh DiHantar J&T

Alang-alang anda nak menggunakan khidmat J&T ini, adalah lebih baik untuk anda tahu dan dapatkan senarai terkini pelbagai barangan yang tak boleh di hantar. Yang boleh hantar tu ada banyak, yang tak boleh, boleh tengok dalam senarai ini. Kita fokus pada barangan yang tak boleh dihantar sahaja.

Secara asasnya, barangan yang dilaran seperti dadah, dan lain-lain adalah tak boleh untuk dihantar menggunakan khidmat courier J&T.

All kinds of radioactive elements and containersSuch as uranium, cobalt, radium, plutonium, etc.ProhibitedProhibited
FoodCurry sauce, Sambal sauce, Chili sauce, Belacan sauce, Douban (Bean) sauce, Asam sauceRestricted Restricted 
Medical appliancesMedical gloves, masksRestricted Restricted 
All drugs, strong poisons and narcotics and tools1. Drugs, narcotic drugs and psychotropic drugs: such as opium (including all parts of plant such as ketum leaves), morphine, heroin, cocaine, marijuana, methamphetamine (meth), ketamine, methcathinone, amphetamine, anaphylamine, etc. 2. Precursor chemicals: such as piperonal, safrole, sassafras oil, ephedrine, pseudoephedrine, hydroxyzine, ketone, phenylacetic acid, bromopropiophenone, acetic anhydride, toluene, acetone, etc. 3. Drug paraphernalia: such as glass hashish pipes, crack cocaine pipes, smoking masks, etc. 4. Such as arsenic, arsenic trioxide, mercury compounds, thallium compounds, cyanide, selenium powder, phenol, mercury, highly toxic pesticides, etc. 5. Toxic gases: such as carbon monoxide, nitric oxide, chlorine, etc.ProhibitedProhibited
Standard commercial packaging powderhomemade coffee, seasoning, chili powder, protein/nutrition powderRestricted Restricted 
PerfumesPerfumes, fragrancesRestricted Restricted 
Personal Care productsNon-alcohol sanitizerRestricted Restricted 
Pet ProductCanned food for pets, pets toy, cat littersRestricted Restricted 
Alcohol productsDisinfectants, industrial alcohols, hand sanitizersProhibitedProhibited

Boleh ke sini untuk sumber.

Kesimpulannya, jika sebelum ini anda sebagai pemilik perniagaan sangat bergantung sepenuhnya kepada walk-in customer, ini adalah masa yang sesuai untuk anda mempertimbangkan khidmat penghantaran daripada syarikat kurier atau runner sebagai alternatif lain. Diharapkan artikel berkenaan dengan cara pos barang menggunakan J&T Express ini dapat memberikan anda informasi yang berguna untuk anda merancang strategi logistik berkesan, efektif, dan berkualiti. 

Jika anda pemilik perniagaan, nak tak saya kongsi cara untuk gandakan perniagaan anda dengan Whatsapp? Kalau tak berminat, tak perlu ke LINK INI.

Related Posts

17 thoughts on “4 Cara Pos Barang Guna J&T – 2024

  1. Laaa. I tak tau plak ada apps bagai. Hahaha. Memang kalau pos, terus cari kaunter je, sebab nak puas hati. Now dah tau boleh la nak try kaedah lain tu.

  2. Guna J&T memang memudahkan! Saya sendiri sella guna J&T je untuk pos anything, tak pandang dah service lain hehe…

    1. saya pun kerap guna j&t ni, cawangan banyak dan mudah dan cepat. Memang best.

    1. ya, ada je cara lain, ni lebih kepada penjual online la, kalau sesekali pos barang di j&t tak perlu nak guna servis online ni.

  3. Masih hidup lagi J&T ni yer kerana barang saya beli online terutama kat shopee semua dah beralih pada persaing lain yg lebih laju dan pantas… Harap J&T akan bagi yang terbaik lepas ni…

    1. owh, ada cerita tak best ye pasal j&t. Takpe, harap diorg improve servis diorang lepas ni.

    1. betul, j&t antara platform ataupun courier yang cepat dan bagus.

      1. Kalau guna cara pay by receiver tu, penerima hanya perlu bayar duit pos atau harga barang skli kos pos? Then, mcm mna cara untuk penghantaran dapat duit tu?

  4. Saya nak tanya kenapa kalau nak pos barang ke sabah atau sarawak pekerja jnt kena buka dulu parcel yg dah di pack baik2 untuk tengok isi di dalam.. lepastu x pack balik baik2.. memang mcm tu ke caranya kalau nak hantar ke sabah atau sarawak?

  5. Kini, servis penghantaran barang sudah menjadi salah satu perkhidmatan yang sangat penting di Malaysia disebabkan oleh kemudahan dan fleksibiliti yang ditawarkan.

  6. Saya pergi ke kaunter J&T di TSB Sg Buloh tadi (29 Feb 2024) tapi staff tak mahu Terima barang. Dia suruh saya guna applikasi. Penat datang jauh2 Dia suruh balik je. Tapi kat sini kata kaunter masih Terima. Tu saya pelik. Kalau kaunter tak Terima, kenapa masih ada kaunter. Kenapa ada pekerja kat situ. Pelik betul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *