Apa itu Celcom port out? Ianya adalah proses di mana anda nak bertukar dari satu syarikat telekomunikasi kepada satu syarikat telekomunikasi dengan mengekalkan no yang sedang anda gunakan sekarang.
Ini merupakan satu proses biasa akan tetapi ada banyak masalah yang biasa dihadapi akibat dari pelbagai isu yang merenyahkan. Syarikat telekomunikasi ini, ada beberapa syarikat itu yang apabila nak port in ke talian mereka, itulah yang paling pantas dan laju, akan tetapi apabila nak meninggalkan syarikat mereka, macam-macam syarat yang dikenakan. Syarikat mana? Saya tak mahu nyatakan di sini untuk elak masalah di kemudian hari.
Fokus pada artikel ini adalah tentang macam mana cara nak port out Celcom ke telco lain seperti Tune Talk dan lain-lain.

Dealer Tune Talk
Nak beritahu siap-siap yang saya merupakan seorang dealer Tune Talk Halo Telco. Proses Mobile Network Portability ataupun MNP ini memang adalah perkara biasa yang saya biasa lakukan.Ada sesetengah kes, ianya siap dan selesai dengan mudah, ada juga kes yang tak boleh nak selesai akibat isu yang bermacam-macam dan akan kami cuba nyatakan dalam artikel ini.
Sebelum saya nyatakan apa kelebihan dan kekurangan apabila bertukar syarikat telekomunikasi ini, dan jika anda berminat nak dapatkan no baru atau kekal no lama, boleh terus beli simkad di kedai kami di Shopee.
Nak port out dari mana-mana syarikat telekomunikasi pun boleh, nak dapatkan no baru pun boleh. Yang menarik dengan Tune Talk ni, anda boleh pilih no berdasarkan kepada 4 no paling belakang. Masukkan sahaja 4 no dalam sistem, anda boleh memilih beberapa pilihan no baru. Memang best dan memudahkan dan tak semua syarikat telekomunikasi ada kelebihan ini.
Boleh ke kedai kemi di link atas ini bagi anda nak dapatkan Simkad Tune Talk. Ianya merupakan salah satu alternatif ataupun option terbaik untuk anda.
Sebelum Port Out, Apa Perlu Buat
Banyak kali terjadi, apabila nak buat port out sahaja mesti gagal. Gagal ada banyak sebab dan berikut adalah antara beberapa persedian yang anda perlu tahu terutama kalau anda nak buat port out. Tak kisahlah daripada Telco mana pun, proses atau syarat lebih kurang sama sahaja.
Nak bertukar telco ke Tune Talk? Bagus! Tapi sebelum port out nombor anda, pastikan anda penuhi syarat-syarat penting ini untuk elak masalah. Jom semak checklist wajib ini, dan kami tambah info terkini tentang 5G untuk anda manfaatkan!
5 Syarat WAJIB Sebelum Port Out ke Tune Talk
-
Pastikan SIM Kad Berdaftar Atas Nama Anda
-
Nombor asal perlu didaftarkan atas nama sendiri atau pihak yang boleh sediakan kad pengenalan (untuk proses pengesahan).
-
Masalah biasa: Ramai gagal port out sebab nombor masih atas nama orang lain (contoh: beli nombor secondhand).
-
-
SIM Asal Perlu AKTIF & Boleh Terima/Panggil
-
Pastikan nombor boleh buat panggilan keluar dan terima panggilan.
-
✅ Tips: Uji dengan hantar SMS ke 12345 atau panggil nombor lain.
-
-
Ada Kredit Minimum RM2 (Prepaid) atau Bayar Lebih RM2 (Postpaid)
-
Bagi pengguna prepaid: Top up sekurang-kurangnya RM2 sebelum proses.
-
Bagi pengguna postpaid: Bayar bil terkini + RM2 sebagai lebihan.
-
-
Tiada Hutang Tertunggak
-
Pastikan tiada hutang SOS, pinjaman kredit (credit advance), atau bil yang belum diselesaikan.
-
Semak status: Hubungi telco asal atau gunakan USSD code (contoh: *123#).
-
-
Gunakan SIM Asal dalam Telefon Semasa Proses
-
Dealer Tune Talk perlu akses OTP atau kod pengesahan. Pastikan telefon menyala dan SIM dalam keadaan aktif.
-
Tambah Nilai: Kenapa Tune Talk + 5G = Kombinasi Terbaik?
Kini, Tune Talk menggunakan jaringan Celcom 5G untuk memberikan kelajuan internet yang lebih pantas dan stabil! Berikut perkara perlu tahu tentang 5G:
-
Apa Kelebihan 5G?
-
Kelajuan hingga 10Gbps: Muat turun filem 4K dalam beberapa saat!
-
Latensi Rendah (<10ms): Sesuai untuk gaming, video call, dan IoT.
-
Sambungan Lebih Stabil: Kurang masalah buffering walaupun dalam kawasan sesak.
-
-
Cara Aktifkan 5G di Tune Talk
-
Pastikan telefon anda sokong 5G (contoh: iPhone 12 ke atas, Samsung Galaxy S21+).
-
Pastikan berada dalam kawasan liputan 5G (semak peta liputan Celcom 5G di sini).
-
Aktifkan 5G mode dalam tetapan telefon.
-
-
Adakah 5G Tune Talk Percuma?
-
Ya! Tune Talk tidak mengenakan bayaran tambahan untuk akses 5G. Cuma pastikan anda ada data yang mencukupi dalam pelan.
-
FAQ Port Out ke Tune Talk
❓ Berapa lama proses port out?
Biasanya 2-24 jam, bergantung pada kelulusan telco asal.
❓ Boleh kekal nombor sedia ada?
Ya! Proses MNP (Mobile Number Portability) membolehkan anda kekalkan nombor lama.
❓ Apa berlaku jika gagal port out?
Hubungi dealer Tune Talk atau hubungi cust service untuk bantuan.
Jangan Lupa!
Selain penjimatan bajet dengan pelan Tune Talk yang murah, anda kini boleh menikmati teknologi 5G terkini tanpa bayaran premium. Jadi, tunggu apa lagi? Penuhi syarat di atas, dan sambut era digital laju dengan Tune Talk!
Hubungi Dealer Tune Talk Terdekat boleh ke kedai shopee kami.
Artikel ini dikemas kini dengan info 5G terkini (Oktober 2023). Pastikan peranti anda serasi dan berada dalam kawasan liputan untuk pengalaman terbaik! ⚡
Kenapa Nak Buat Port Out Celcom?
Kalau tanya kenapa nak buat port out ini, biasanya adalah masalah kos ataupun nak dapatkan better offer.
Sebelum ini mungkin perlu untuk membayar sehingga RM80 sebulan untuk langganan dengan syarikat telekomunikasi, akan tetapi apabila bertukar, anda boleh mendapat sehingga RM35, pelan ini pun pada saya sudah sangat berbaloi dan boleh anda cuba.
Anda boleh semak satu persatu pelan yang ada dalam Tune Talk terbaru DI SINI.
Better offer bukan sahaja harga murah, selain daripada harga, ada lagi kelebihan Tune Talk Halo Telco yang tiada pada syarikat telekomunikasi yang lain. Antaranya adalah:
- Manfaat khairat kematian RM800 – ikut pada pelan
- Manfaat takaful kemalangan percuma – pelan RM30 ke atas
Selain daripada dapat better offer untuk harga pelan yang lebih murah, faktor lain adalah disebabkan oleh masalah line coverage yang biasanya tak memuaskan. Coverage di tempat tersebut tak memuaskan menyebabkan seseorang nak cuba bertukar ke syarikat telekomunikasi yang lain.
Untuk info, syarikat Tune Talk menggunakan line ataupun coverage dari Celcom. Kalau coverage Celcom di tempat anda bagus, insyaAllah tiada masalah kalau anda nak gunakan syarikat ini dan kekal no anda dari telco lain ke Tune Talk. Boleh cuba dahulu tak ada masalah.
Langkah Port Out Dari Celcom Ke Tune Talk
Nak buat port out ni simple sahaja kalau anda menggunakan Tune Talk. Anda pun boleh sahaja buat “self registration” ataupun pendaftaran kendiri. Berikut adalah antara langkah-langkah yang anda boleh lakukan untuk proses pendaftaran kendiri.
- Beli simkad Tune Talk di kedai kami di Shopee. Simkad pada harga diskaun dan sangat berbaloi. LINK DI SINI.
- Tunggu simkad sampai untuk buat pendaftaran sendiri.
- Anda akan dapat nota kecil cara dan step by step untuk buat pendaftaran.
- Daftar no baru / no sementara menggunakan applikasi Tune Talk ataupun Halogo Lifestyle.
- Buat proses port in dari pada salah satu applikasi tersebut.
- Tunggu SMS
Alternatif lain, anda boleh cuba tengok dalam video di bawah ini tentang step by step cara nak port out Celcom ke telco lain khususnya Tune Talk,
Cara Reply SMS Port Out Celcom
Untuk SMS ini agak tricky sikit terutama kalau anda nak balas SMS yang anda terima dari Celcom. Kesilapan membalas SMS akan menyebabkan proses kekal no lama anda tak selesai. Yang ini memang saya akui agak leceh. Pihak Tune Talk pun tak boleh nak buat apa-apa jika syarikat telekomunikasi yang asal tak mahu nak melepaskan no anda.

Kalau ikutkan daripada image di atas, memang agak tricky dan sedikit mengelirukan. Anda perlu untuk reply SMS dengan PortOut YES 0xxxxxxxxx. Saya akui memang agak sedikit panjang untuk pihak Celcom lakukan ini. Lebih mudah sebenarnya kalau reply YES sahaja. Akan tetapi, ikut sahajalah apa yang telah mereka tetapkan. Memang user perlu lebih berhati-hati di sini dan cuba ikut sahaja dan reply ayat mereka.
Kadang-kadang terjadi apabila sudah reply pun, masih terima balasan, “We have not received your confirmation”
Kena la submit semula beberapa kali dan ini memang agak menyusahkan.
Celcom Buat Survey Kenapa Bertukar
Selepas anda reply port out YES PortOut YES 0xxxxxxxxx, ada pelanggan yang mengadu mereka menerima survey. Ianya adalah seperti gambar di bawah.

Anda memang bebas menjawab dan lebih mudah anda reply je dengan 1 iaitu better offer.
Akan tetapi, sekiranya proses tak berjaya cuba lakukan 2 perkara ini.
- call customer servis untuk dapatkan penjelasan dan maklumat lanjut. Kadangkala ada beberapa isu seperti akaun tertunggak dan lain-lain lagi.
- Jika tiada apa-apa isu, laporkan sahaja kepada pihak SKMM di aduan.
Ada Counter Offer Biasanya
Kadangkala saya bertanya kepada pelanggan saya yang melakukan proses ini. Kadang mereka dapat counter offer dari syarikat telco tersebut dalam bentuk panggilan telefon. Kadangkala tiada pun proses counter offer ini. Kadangkala hanya dalam bentuk survey seperti di atas sahaja. Apapun ianya biasa dan merupakan salah satu langkah terakhir untuk pelanggan setia dengan syarikat telekomunikasi yang ada.
Anda Nak Tukar Ke Tune Talk Tak?
Tak kiralah anda nak bertukar sama ada Celcom port out ataupun syarikat lain, kalau anda nak bertukar ke Tune Talk, sangatlah di alu-alukan.Terus sahaja ke kedai shopee kami dan jika ada sebarang pertanyaan dan permasalahan, boleh terus sahaja berhubung dengan kami di ruangan chat Shopee. Kami akan cuba membalas sebarang pertanyaan anda sepantas yang boleh.
terima kasih di atas infonya
sama-sama
artikel yang menarik dan sangat bermanfaat. senang untuk orang rujuk. terima kasih kongsi
tak ada masalah, apapun terima kasih.
wowo…so so detailed no. thanks for sharing this informative post, learnt so much more. cheers Siennylovesdrawing
thanks for coming, hope this article celcom port out can help
Thanks for sharing this detail info, i will consider mine also
no problem at all, if this suits you.
Informasi yang bermanfaat. Akak pun selalu port out. Di antara asbab adalah liputan hauk atau kewangan merosot macam masa PKP dulu. Jika kita tak mampu, perlu buat keputusan segera untuk port out. Bleh jimat dan bebas hutang. hehe
Wah, bagus kalau selalu port out, mana tau boleh cuba servis Tune Talk lepas ni
Terima kasih atas info nya..
sama-sama, terima kasih singgah dan berikan komen
sama-sama, terima kasih singgah dan berikan komen. Terbaik dan kalau nak cari alternatif lain selain celcom, boleh hubungi kami
saya dah terima SMS celcom RM0 Your request to switch to another network is being processed. Kena tunggu lagi ke, sbb handphone dah keluar No Servis. waktu bila nk tukar ke simcard lain tu
dah boleh tukar ni, kalau pakai tune talk, boleh check status pertukaran dalam app
Portout celcom ke umobile berapa lama ya sbb saya dari kul5 lebih skrg kul10 lebih tidak berjaya lagi
kadang ada isu tunggakan dan sebagainya, blh hubungi celcom utk info lanjut
hye nk tnya. utk port out celcom ke halo telco berapa lama ye nk utk dptkn sms dri celcom. sy dh xsabar nk bye2 kt celcom ni.
Biasanya dalam sehari dah boleh. Kalau tak ada apa-apa masalah lah