Pada kali ini, kami nak berikan penerangan berkenaan dengan review Halo Telco Plan yang merupakan antara pelan yang bagus dan mempunyai pelbagai kegunaan. Yang paling menarik, anda ada kelebihan untuk tambah pendapatan dengan pelan ini secara part time ataupun full time. Macam mana? Boleh baca artikel ini sampai habis dahulu.
Saya pun baru beralih menggunakan plan ini dan setakat ini sangat OK dan berbaloi dengan harga. Tak banyak pelan yang boleh berikan anda peluang untuk tambah pendapatan sambil menggunakan pelan internet yang bagus dan berkualiti. Apapun, ini adalah antara review dari kami berkenaan dengan plan dari Halo Telco yang merupakan antara kerjasama dengan Tune Talk.

Internet Coverage – Pakai Line Celcom
Isu coverage adalah antara isu kritikal yang patut untuk diambil berat dalam banyak perkara. Kalau isu coverage tak berapa OK, baik jangan gunakan plan tersebut. Untuk ini, Halo Go menggunakan coverage dari Celcom yang pada saya sangat OK.
Untuk info, Celcom adalah antara telco yang menawarkan coverage yang luas termasuklah di dalam kawasan kampung. Kalau tanya saya berbaloi ke tak, pada saya memang berbaloi, Kalau nak pergi ke kawasan pedalaman seperti kampung-kampung pun tak ada masalah. Apapun, anda boleh periksa coverage untuk pelan ini di pada akhir artikel.
Kenapa Bertukar Ke Halo Go?
Baru berpindah daerah dan berada dalam sedikit kawasan pedalaman. Coverage untuk syarikat telco yang lama agak mengecewakan dan cuba mencari alternatif yang ada. Sebab ada rakan yang mengesyorkan Halo Go kerana menggunakan coverage Celcom, jadi berhasrat untuk bertukar ke Halo Go.
InsyaAllah bukan satu pilihan yang mengecewakan dan sambil-sambil tu, bolehlah ajak pembaca untuk guna sekali Halo Go ini.
Pun dah ada kerjasama antara Halo Telco dan Kedah FC. Kepada peminat Kedah FC, bolehlah gunakan platform ini.
Jika kerjasama ini menjadi, jenama Halo Telco akan meningkat naik sedikit masa lagi.

Nak Call Tak Ada Masalah
Ada beberapa pelan yang membolehkan anda untuk call rakan dan kenalan. Kalau yang terlibat dalam bidang sales dan jualan seperti agen hartanah ke, agen takaful ke, baik ambil pakej unlimited call sahaja. Senang boleh terus sahaja call customer dan sesiapa tanpa perlu risau kena tambah nilai.
Kalau yang nak jimat tu, boleh sahaja ambil pakej internet tanpa had sahaja. Nak call pun boleh sahaja call pakai whatsapp ataupun pakai sahaja telegram.
Berikut adalah pelan yang membolehkan anda untuk membuat panggilan, apapun bergantung kepada keperluan anda juga.
Unlimited Call 20

Pelan ini membolehkan anda untuk membuat panggilan tidak terhad kepada mana-mana telco. Menarik kan! Pun ada dibekalkan sedikit data untuk anda gunakan.
Monthly Hi 35

Antara pelan terbaik dan berbaloi yang anda boleh gunakan.
Pelan Flexible – Jenis Pelan Yang Ada
Sekarang sudah sampai ke era teknologi 5G dan juga penggunaan blockchain dan cryptocurrency. Dalam teknologi telefon juga, pelan yang memberikan unlimited internet adalah antara pelan yang perlu dan menjadi keutamaan.
Lagi satu kalau anda menggunakan prepaid, adalah lebih baik dan lebih fleksible berbanding dengan kalau anda menggunakan pelan postpaid. Detail berkenaan dengan perbezaan antara postpaid dan prepaid ada kami kongsikan dalam artikel di SINI.
Berikut adalah antara beberapa pelan bagus dan berbaloi untuk anda gunakan dalam simkad Halo Go
Belum ada simkad dan nak simkad, hanya untuk 10 penerima terawal, kami nak berikan simkad Halo Telco ini secara FREE ataupun Percuma sahaja. Ya memang free, cuma anda perlu isikan detail anda di bawah untuk kami hubungi anda.
Promosi Pakej Remaja Keluarga Malaysia
Terbaik dan ada promosi untuk remaja. Kalau anda layak boleh gunakan pakej ini sebagai salah satu teknik dan cara promosi. Cuma pakej ini terbuka kepada semua student yang mempunyai student card ID sahaja. Kalau anda merupakan seorang undergraduate yang berumur 18 tahun ke atas dan merupakan seorang student, boleh dan layak mengambil pakej ini.
Hi 25pr
- RM25
- High Speed Internet Quota
- Validity 90 Hari
Menarik, memang menarik dan ianya khusus untuk remaja dan pelajar. Boleh manfaatkan pelan ini dan gunakan untuk pelbagai kegunaan. Dengan hanya Rm25, anda boleh dapat validity yang agak lama dan panjang. Bila lagi kalau nak gunakan pelan yang seperti ini.
Kalau anda layak, memang pelan ini sangat berbaloi.
Saya Dah Ada Wifi
Ada juga mereka yang sudahpun mempunyai wifi sendiri seperi sambungan Unifi dan sebagainya. Untuk mereka yang sudah mempunyai wifi sendiri, boleh dan tak ada masalah untuk dapatkan pelan yang lebih murah. Saya cadangkan pelan Unlimited Call 20 ini. Kenapa pelan ini? Kerana ianya unlimited call ke semua network dan pada masa yang sama, mempunyai data yang sedikit untuk anda gunakan. Validiti pula adalah selama 30 hari.
Bagi yang heavy user pula, dan tiada wifi di rumah, alang-alang terus boleh ambil pelan Unlimited Internet ini.Ianya juga didatangkan dengan 5GB Hotspot untuk pelbagai kegunaan.
Apapun, ianya sangat bergantung kepada penggunaan anda sendiri. Setiap orang mempunyai keperluan dan kehendak yang berbeza. Anda boleh pilih sendiri berdasarkan kepada keperluan anda sahaja.
Validiti Sehingga Setahun
Ada masa anda cuma nak kekalkan tempoh penggunaan sahaja. Terutama untuk telefon line kedua ataupun anda nak travel ke luar negara. Boleh dan tiada masalah untuk gunakan validiti setahun ini.
Caj yang dikenakan tidaklah mahal, maklumat lanjut boleh lihat di bawah.
Ataupun anda boleh terus langgan pakej RM200 ini setahun terus.
Atau mungkin anda boleh berikan kepada ibu bapa atau nenek tersayang pelan yang mempunyai validiti lama seperti ini. Terutama sekali apabila dah ada wifi dalam rumah. Apapun, boleh sesuaikan ikut kretiviti dan keutamaan anda.
Boleh Tambah Income Sambil Guna Telefon Anda
Tanpa perlu mendaftar menjadi seorang dealer pun, anda sudah boleh tambah pendapatan secara sambilan. Iaitu melalui pakej refer 2 refer.
Anda boleh refer client anda dan untuk pastikan yang client anda itu berdaftar di bawah anda, boleh gunakan referal code yang ada dalam applikasi anda. Macam mana nak dapatkan referal code anda sendiri, boleh sahaja gunakan appliasi Halo Go, bahagian bawah sekali ada butang Toolkit, pergi ke referal code. Dari situ anda boleh refer rakan, kenalan dan keluarga anda untuk gunakan simkad Halo Go.
Untuk dapatkan simkad pula, boleh sahaja dapatkan daripada kedai Mesra Petronas terdekat yang terpilih. Sekarang sudah banyak kedai Petronas yang mempunyai rankaian dengan Halo Go.
Oh ya, di Petronas, anda kena beli simkad Tune Talk ye. Daripada simkad Tune Talk tu, anda boleh buat pendaftaran sendiri dan daftarkan simkad anda.
Ini adalah antara idea menarik untuk tambah pendapatan tanpa ada apa2 komitmen. Tapi, kalau anda nak jadi dealer pun tak ada masalah, modalnya cuma Rm50 sahaja untuk menjadi dealer dan boleh dapatkan simkad di kedai Halo Go terpilih. Dari situ, anda sudah boleh menjual dan cuba serious menjual simkad anda.
Nak dapatkan simkad ni, tak ada masalah, boleh terus dapatkan dari kedai kami di Shopee. Klik je link di bawah ini untuk terus membeli dari kedai Shopee kami.
Jom Daftar Dan Mula Sekarang
Alang-alang nak gunakan telco, gunakan yang banyak manfaat. Saya suka Halo Telco kerana ianya banyak manfaat dari pelan yang fleksible, pelan yang mempunyai validiti yang agak lama sehingga 1 tahun dan yang terkini, ada peluang untuk tambah pendapatan daripada simkad anda. Yang ini memang tak semua telco berikan peluang untuk tambah pendapatan daripada simkad.
Pun sekarang ini ada ura-ura Halo Go akan menjadi penaja utama untuk Kedah FC. Ianya hanyalah ura-ura dan harap menjadi realiti.
Sampai sini sahaja artikel pada kali ini. Harap anda dapat input dan pelajaran berguna berkenaan dengan Halo Telco Plan dan review simple dari kami.