Keburukan Emas Bangkok Anda Perlu tahu

Kaum wanita dan barang kemas berpisah tiada. Pasti sekurang-kurangnya bagi setiap orang idamkan barang kemas asas seperti cincin, anting-anting, atau rantai emas. 

Namun disebabkan harga emas yang memang sentiasa melambung tingginya menyebabkan tidak semua orang mampu untuk membeli, memiliki, dan memakainya baik sebagai barang perhiasan atau disimpan.

Sungguhpun begitu, untuk pengetahuan anda permintaan emas semakin hari semakin tinggi disebabkan itu berlakulah lambakan jenis emas di pasaran contohnya seperti emas bangkok.

Mungkin ramai di kalangan kita khususnya kaum wanita yang tidak tahu akan kewujudan emas ini. Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda tentang emas bangkok dan keburukannya yang perlu anda tahu sebelum membeli.

keburukan emas bangkok

Apa itu emas Bangkok?

Emas bangkok adalah emas sadur yang berkualiti tinggi dan dihasilkan di Bangkok, Thailand. Bahan asas dalam pembuatan emas ini adalah daripada aloi tembaga dan saduran syiling emas 999 yang juga dikenali dengan emas sadur 18k atau emas sadur 18k Bangkok.

Emas 18k adalah salah satu jenis emas yang kurang biasa digunakan kerana ia berharga lebih daripada 14k emas tetapi tidak menawarkan banyak faedah tambahan. Ia terdiri daripada 75% emas dan 25% aloi.

Jika kita tidak teliti dengan betul sebelum membelinya pasti kita tidak perasan sama sekali kerana kualitinya sama seakan-akan emas 916 atau emas 999.

Tambahan lagi dari segi reka bentuk dan warna, ia juga telah direka dan ditiru “copy ori” hampir serupa bahkan lebih cantik serta berkualiti daripada emas Korea yang lain.

Dari segi ketahanan, biasanya penjual “claim” emas ini dikatakan mampu untuk bertahan selama 5 tahun bergantung dari segi ketebalan saduran emas, cara penjagaan dan pemakaian emas tersebut di tangan si pemakai. 

Baca : Hukum Trade Emas SINI

Keburukan emas Bangkok

Dalam pelbagai kebaikannya yang boleh kita peroleh, sudah tentu banyak juga keburukan yang ada. Antara keburukan emas bangkok adalah seperti: 

1. Mempunyai ketulenan emas yang rendah 

Barang kemas yang mempunyai ketulenan di bawah 916, sebenarnya mempunyai hanya sedikit jumlah emas di dalamnya. 

Contoh, barang kemas yang menggunakan ketulenan 750 hanya mempunyai 75% sahaja emas dan selainnya mempunyai campuran logam yang lain. Barang kemas yang sedemikian biasanya tidak mendapat tempat di kedai-kedai emas untuk dijual kerana tiada nilai terutamanya emas putih. 

2. Kualiti yang rendah

Kelemahan utama yang ada pada emas bangkok ini sudah semestinya adalah kualiti yang rendah. 

Untuk sebahagian besar, barang kemas palsu dibuat dengan bahan yang lebih murah dan selalunya dihasilkan dengan teruk. Hal ini sebenarnya, untuk mengurangkan kos, proses pembuatan dan bahan adalah gred rendah dan substandard.

3. Isu tindak balas alergik dan kegatalan

Kebiasaannya, emas bangkok dibuat dengan bahan yang murah seperti logam murah bersalut emas atau perak. 

Selain itu, banyak logam murah menyebabkan reaksi alahan kepada pemakainya. Isu kesihatan dan tindak balas alahan termasuk ruam, gatal-gatal dan jerawat.

4. Mempunyai ketahanan yang rendah

Barang kemas yang disadur emas selalunya mempunyai lapisan emas nipis. 

Yang mana lapisan ini akan beransur-ansur menipis lalu mendedahkan bahan asas. Apabila ini berlaku, anda perlu sama ada membeli yang baru atau membayar untuk salutan semula.

5. Gaya dan reka bentuk yang serupa

Keburukan emas bangkok yang seterusnya adalah dari segi gaya dan reka bentuknya sudah ketinggalan jauh. 

Walaupun sekali pandang ia nampak serupa dengan emas tulen tetapi mereka yang arif soal jual beli emas dan berpengalaman pasti dengan mudah mampu untuk membezakannya. 

6. Tiada nilai bila dijual semula 

Barang kemas bersalut emas jauh lebih murah daripada perhiasan emas tulen. Ia tidak tidak boleh digadai, sukar dijual dengan harga yang setanding, dan tidak meningkat nilainya seiring dengan harga emas.

Kebiasaannya, barang kemas ataupun emas perhiasan mempunyai susut nilai yang sangat tinggi. Anda akan lihat susut nilai harga barang kemas tersebut akan jatuh sehingga 25%.

Namun bagi susut nilai emas bangkok ianya pasti berkali ganda rendah berbanding emas tulen biasa.

Perbezaan barang kemas dan gold bar

PerbezaanBarang KemasGold Bar atau Dinar
Sesuai untuk Dipakai Disimpan
KeselamatanTerdedah kepada risiko dan menjadi sasaran mudahKurang risiko kerana sentiasa disimpan
Bisnes Pasaran yang luas dan mudah mendapatkan barang kemas dengan harga murahSebagai aset komoditi yang mesra pelbagai lapisan masyarakat
KetulenanMutu 916 dan ke bawahMutu tertinggi 999, emas tulen
HargaKos upah (workmanship) membuatkan harga barang kemas menjadi mahal Tiada kos upah menjadikan gold bar atau dinar lebih murah dan setara dengan nilau duit
Susut NilaiTinggi, boleh mencecah 40%Rendah, antara 4% – 10%. Lagi besar gram maka lagi rendah spread, lagi cepat untung
Jual Balik (buy back)Rendah, bertambah murah jika calar, bengkok atau patahTinggi, walaupun calar bengkok atau patah

Kelebihan menarik beli emas di PG Mall

Hari ini, untuk membeli emas tidak perlu bersusah payah lagi kerana kita boleh beli emas di PG Mall secara atas talian sahaja.

PG Mall atau Public Gold ini merupakan sebuah syarikat pengeluar emas dan perak fizikal yang terbesar dan terbaik di Malaysia. Ia juga dikenali antara syarikat emas yang teguh, mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia dan syarikat pertama di Malaysia yang mengeluarkan jongkong emas dan perak yang diiktiraf oleh Malaysia Book Of Record.

Antara kelebihan dan keistimewaan yang boleh anda perolehi apabila beli emas di PG Mall adalah seperti:

1. Ketulenan yang asli emas tulen 

Emas Public Gold diyakini akan ketulenannya kerana ia mempunyai sijil ketulenana yang sah dan dipercayai. 

Justeru itu, pemilik emas Public Gold tidak akan mempunyai masalah sama sekali untuk gadai di mana-mana Arrahnu atau kedai pajak gadai.

Selain itu, gold bar dan syiling dinar juga kini diterima untuk digadai di semua 70 Arrahnu Pos Malaysia, semua Arrahnu Koperasi Dagang Emas (KDE) tanpa di buka sampulnya atau di uji ketulenannya.

2. Boleh beli secara online 24 jam, setiap hari

Emas dan perak fizikal daripada Public Gold boleh dijual dan dibeli 24 jam menggunakan sistem booking menerusi laman sesawang mereka atau telefon pintar masing-masing. 

Ini sangat memudahkan setiap orang untuk membeli emas walau dimana pun anda berada.

3. Harga emas lebih rendah 

Menarik lagi tentang emas ini, anda boleh dapatkan harga emas yang lebih rendah berbanding kebanyakkan pengeluar emas yang lain. 

Hal ini kerana, Public Gold tidak menggunakan orang tengah untuk menjual emas, iaitu sistem jualan langsung dari syarikat Public Gold terus kepada pelanggan atau pengedar emas Public Gold.

4. Susut nilai emas terendah

Perkara utama dalam jual beli emas yang diambil kira adalah susut nilai emas tersebut. 

Bagi emas Public Gold, susut nilai emas atau spread harga emas adalah terendah iaitu antara 4.5%  hingga  10% sahaja. 

5. Mempunyai 18 cawangan di seluruh Malaysia

Jika anda tidak mahu membeli emas secara atas talian, boleh sahaja berkunjung atau walk in ke mana-mana 18 cawangan Public Gold di seluruh Malaysia. 

Anda boleh datang sendiri seawal pukul 8.30 pagi hingga 6 petang setiap hari kecuali cuti am. 

6. Boleh dibeli secara ansuran

Bagi anda yang tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli emas, dengan Public Gold anda boleh memilikinya secara ansuran. 

Public Gold mempunyai sistem istimewa yang dipanggil sebagai EPP (Easy Payment Purchase). 

Di mana setiap pembelian boleh dibuat dengan ansuran selama 4 bulan tanpa faedah, cuma anda dikenakan caj perkhidmatan simpanan emas yang rendah iaitu 0.5% sahaja. 

Diharapkan semoga perkongsian kami mengenai keburukan emas bangkok ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat dalam membeli emas yang terbaik dan mengguntungkan. 

Beli emas jangan lupa Public Gold, dijamin selamat, untung, dan tulen sentiasa. 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *