Kenapa Line Celcom Slow? 5 Sebab Penting

Kenapa line Celcom makin lama makin slow sekarang ini? Terutama kalau ada di dalam rumah atau dalam bangunan tempat kerja. Bila line slow ni, memang akan buat macam-macam masalah mental akibat tak dapat nak akses internet yang berkualiti. Cara lain, terpaksa gunakan wifi rumah sahaja akibat kepada gangguan kualiti internet di dalam rumah.

Apapun, boleh baca artikel ini sampai habis, kerana mungkin salah satu sebab dalam artikel ini adalah penyebab kepada masalah line Celcom yang slow di tempat anda. Boleh cuba gunakan beberapa alternetif yang kami cadangkan sebagai salah satu cara untuk tambah baik kualiti talian komunikasi di tempat anda. Yang penting, anda sebagai pengguna, puas hati dengan rangkaian anda.

Gelombang Tak Sampai Ke Dalam Rumah

Dalam keadaan rumah yang tertutup, biasa gelombang 4G dan kadangkala 5G tidak dapat sampai dan masuk ke dalam rumah. Kalau anda perasan, diluar rumah biasanya tiada masalah, akan tetapi di dalam rumah, ada masalah coverage yang tak menentu. Kadang-kadang tu, kalau nak buka internet atau nak buat panggilan, terpaksa buat di luar rumah agar tiada gannguan perkhidmatan.

Memang ada banyak cara untuk atasi masalah ini dan cara yang paling mudah dan simple adalah, beli 1 modem dan yang paling simple adalah modem Huawei ini dan letak di luar rumah. 

Kemudian, anda boleh letakkan simkad Bebas55 tune talk ini ke dalam modem. Kenapa simkad tune talk dan bukan simkad lain? Kerana:

  • Internet tanpa had sehingga 100gb FUP
  • Panggilan juga tanpa had
  • Unlimited hotspot (ini yang paling penting kalau anda nak letak dalam modem)
  • Boleh jana pendapatan tambahan dengan jadi dealer Tune Talk
  • Percuma Takaful Kemalangan (ikut syarat yang ditetapkan)

Memang menarik kan apa yang Tune Talk offer, nak dapatkan simkad ini, boleh terus beli di kedai Shopee kami.

Ini cara paling mudah terutama kalau coverage internet anda sangat teruk di dalam rumah, letakkan sahaja modem di luar rumah, terus selesai masalah anda. Simple je kan.

Terlalu Ramai Pengguna Di Sesuatu Kawasan

Antara sebab yang ketara kalau coverage internet terutama agak perlahan di sesuatu kawasan adalah disebabkan oleh terlalu ramai pengguna di kawasan tersebut menggunakan coverage yang sama. Bila ini terjadi, anda boleh cuba menggunakan platform lain yang menggunakan coverage berbeza. Alternatif kepada Celcom, anda boleh cuba Tune talk, antara alternatif yang baik untuk anda gunakan terutama jika anda di rumah.

Anda boleh kekal no lama yang anda gunakan sekarang ataupun prosesnya dalam bahasa teknikal, Mobile Network Portability (MNP) ataupun anda boleh gunakan sebagai no baru untuk nombor kedua anda. Nak pilih nombor pun semuanya boleh dilakukan dalam applikasi sahaja dan nak buat pendaftaran pun sangat mudah dan simple.

Nak dapatkan simkad ini, boleh terus beli di kedai Shopee kami di SINI

Buang Applikasi Yang Tak Digunakan

Kadangkala bukan sebab coverage Celcom yang tak bagus, akan tetapi telefon yang anda gunakan terlalu berat kerana banyak sangat applikasi yang anda tak gunakan pun. Benda ini memang ada benarnya.

Cuba buang applikasi yang memang sudah lama tak digunakan. Ianya akan membantu untuk melajukan telefon anda dan sekali lagi, sebab line seperti Celcom ini menjadi slow ataupun perlahan bukan disebabkan oleh coverage, kadangkala adalah disebabkan oleh pengguna sendiri.

Satu perkara lagi, kalau misalkata smartphone anda sudah agak lama anda gunakan, dan jika anda mempunyai bajet, tak salah kalau anda boleh cuba untuk upgrade smartphone yang baru. Pilih smartphone yang mempunyai RAM 3GB dan ke atas bagi membolehkan smartphone anda mempunyai performance yang jauh lebih baik. Ianya akan membantu telefon anda untuk mudah digunakan dan memudahkan untuk melayari internet. Ada banyak pilihan smartphone yang ada di pasaran sekarang ini dan anda boleh dapatkan info lanjut di SINI.

Tutup App Yang Tak Digunakan

Banyak applikasi yang berjalan di belakang ataupun “background”. Ambil masa untuk anda tutup applikasi yang berjalan di latar belakang telefon ini kerana ianya akan melambatkan penggunaan internet yang anda gunakan.

Boleh check di bahagian setting untuk anda dapatkan info lanjut berkenaan dengan cara elak daripada app berjalan di “background” telefon pintar anda.

Bandingkan Speed Internet Anda Dengan Pengguna Lain

Cuba anda bandingkan dengan pengguna lain seperti Celcom juga untuk periksa coverage ataupun internet speed. Kalau perbezaan terlalu ketara, pengguna lain mempunyai speed yang tinggi dan anda mempunyai speed yang rendah, ketahuilah yang ianya merupakan masalah smarpthone anda dan mungkin boleh consider untuk bertukar dengan smartphone yang baru.

Kalau speed pengguna yang sama (menggunakan network Celcom) pun tak laju dan sangat perlahan, tak salah untuk anda cuba coverage lain seperti Maxis ataupun Tune Talk. Boleh cuba untuk dapatkan nombor baru dahulu sebelum anda kekal no lama anda. Ianya untuk lihat sama ada berbaloi ataupun sebaliknya untuk anda buat pertukaran.

Sampai sini sahaja artikel kenapa line Celcom slow sangat. Akhir kata, kalau bukan masalah telefon anda, memang masalah Celcom, tak ada masalah nak buat pertukaran. Tukar sahaja kepada syarikat telekomunikasi yang lain dan harapnya syarikat tersebut dapat berikan coverage yang anda inginkan. Tune Talk adalah antara syarikat yang bagus untuk anda sendiri cuba.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *