Macam mana nak port out YES ke mana-mana syarikat telekomunikasi termasuklah Tune Talk. Dalam artikel ini, kami akan beritahu kelebihan dan kekurangan serta cara untuk anda port out daripada YES ke Tune Talk. Macam mana nak buat step by step ini tidaklah terlalu sukar dan anda boleh baca sampai habis.
YES ataupun YTL Communication adalah antara syarikat telekomunikasi yang sudah bertapak lama di Malaysia. Untuk proses port out, proses ini tidaklah terlalu sukar jika anda tiada langsung hutang ataupun tunggakan dengan pihak telekomunikasi. Kalau ada tunggakan ataupun hutang, memang kena jelaskan tunggakan tersebut sebelum anda boleh lakukan proses port out ini.
Apapun berikut adalah beberapa info yang anda patut tahu kalau anda nak Port Out dari telco YES ke telco lain.

Nak Port Out Memang Susah, Nak Port In Laju
Saya pernah beberapa kali cuba buat port out dari telco YES ke Tune Talk. Kalau dengar khabar angin daripada forum, nampak “scary” dan susah nak buat proses ini. Tapi sebenarnya, tak la susah mana pun proses nak kekal nombor lama dari telco YES ni.

Sumber info di SINI
Tapi sebenarnya tak susah mana pun kalau nombor anda masih lagi aktif dan segala proses akan jadi mudah.
Sebelum tu nak beritahu yang saya merupakan seorang dealer Tune Talk yang menjual simkad Tune Talk. Untuk proses port out ataupun kekal nombor lama ini, memang saya lakukan agak kerap.
Proses port out YES ini anda boleh lakukan sendiri sebenarnya. Kalau nak bertukar ke Tune Talk, step pertama anda beli je simkad Tune Talk di kedai shopee kami di bawah ini.
Di atas ini adalah kedai Shopee kami yang menjual simkad Tune Talk dan proses nak port out semua anda boleh lakukan sendiri dalam applikasi Tune Talk. Macam mana prosesnya? Apabila anda menerima simkad, ikut sahaja step by step dalam nota yang saya berikan nanti.
Kenapa Nak Bertukar Ke Syarikat Telekomunikasi Lain?
Biasanya ada 2 sebab sahaja kenapa seseorang itu nak bertukar ke telco lain. Kalau bukan sebab ini biasanya mereka tak akan bertukar kerana beberapa faktor.
Masalah Coverage
Kalau ada periksa coverage syarikat YTL Telekomunication ini, ianya tidaklah meluas. Sama ada untuk 4G ataupun 5G. Kalau anda tinggal di bandar-bandar besar saya yakin tiada masalah kerana coverage YES di bandar dan beberapa kawasan di kampung agak memberangsangkan.
Akan tetapi kalau anda mula melancong ke kawasan yang mungkin agak pedalaman, coverage akan menjadi tak stabil. Ianya mungkin merupakan sesuatu yang pihak YES boleh cuba improve dari masa ke semasa. Nak lihat sendiri coverage pihak YES anda boleh ke SINI
Cadangan saya yang lain, disebabkan coverage YES yang masih belum meluas, anda tiada masalah untuk gunakan no kedua daripada syarikat telco lain, Tune Talk umpanya. Kalau anda nak travel ke tempat yang jauh sikit daripada tempat yang anda sedang tinggal sekarang, mungkin boleh aktifkan simkad Tune Talk. Tune Talk mempunyai coverage yang agak meluas (coverage Celcom) dan sangat sesuai digandingkan dengan YES.
Better Offer Daripada Telco Lain
Saya port out daripada satu syarikat telekomunikasi ke syarikat lain, faktor utama adalah kerana fartor harga dan better offer yang syarikat tersebut tawarkan. Bukan setakat harga yang lebih murah, akan tetapi faktor lain juga memainkan peranan penting yang menyebabkan saya secara peribadi ataupun seseorang itu bertukar.
Di Tune Talk dan Halo Telco, ini adalah antara beberapa perkara menarik yang anda boleh dapat kalau anda bertukar ke Telco lain.
- Khairat kematian minimum RM800 mengikut pelan. Ya, anda boleh mendapat pelan khairat kematian secara percuma dengan melanggan pelan.
- Takaful kemalangan (personal accident takaful) pun anda boleh dapat. Dari segi perancangan kewangan, anda dah tak perlu nak ambil PA Takaful lagi dan fokus pada produk perlindungan lain.
- Menjadi dealer pun salah satu sebab kenapa saya bertukar. Anda boleh jadikan ianya sebagai salah satu pendapatan tambahan kalau anda menjadi dealer.
Apapun, ianya bergantung kepada anda juga, yang mana yang paling sesuai untuk anda. Saya yakin anda mempunyai sebab tersendiri kenapa anda nak Port Out dari YES ke syarikat Telco lain.
Nak tahu lebih detail kenapa perlu nak port out YES ataupun nak cuba Tune Talk, boleh tengok dalam video di bawah ini.
Faktor Yang Anda Perlu Lakukan Sebelum Port Out YES
- Pastikan simkad nombor asal tu didaftarkan atas nama sendiri. Atau atas nama orang yang anda boleh dapatkan kad pengenalannya.
- Pastikan sim yang nak ditukar taliannya tu aktif. Boleh buat panggilan keluar dan boleh terima panggilan.
- Pastikan ada kredit sekurang-kurangnya RM2. Sekiranya nombor tu adalah postpaid, pastikan bill telah dibayar mengikut jumlah current bill dan lebihkan RM2 dari jumlah itu.
- Pastikan simkad asal tiada hutang. Sama ada hutang SOS, credit advance, atau bil tertunggak.
- Pastikan simkad asal berada di dalam phone semasa proses MNP dilakukan oleh dealer telco.
Port Out Simple Sahaja
Ya betul sangat simple dengan syarat anda selesaikan apa yang anda perlu lakukan seperti dalam perenggan di atas. Akaun syarikat telekomunikasi anda langsung tiada hutang, mudah nak buat proses ini.
- Pertama sekali anda beli sahaja simkad Tune Talk di kedai Shopee kami di SINI. Kami jual dengan harga diskaun kepada anda.
- Apabila anda membeli dan dah terima simkad ini nanti, kami akan tunjukkan step by step untuk buat pendaftaran. Secara ringkas, anda perlu mendaftar 1 nombor sementara menggunakan applikasi Tune Talk dan ianya mudah sahaja.
- Dalam applikasi yang sama, buat proses pertukaran, more > extra services > switch to tune talk dan kemudian anda dah boleh terus untuk bertukar.
Simple sahaja proses ini dan memang anda boleh lakukan sendiri. Cuma kalau lepas anda lakukan proses ini masih belum berjaya dan tersangkut di mana-mana, boleh pm kami untuk kami bantu proses pendaftaran anda.
Cara Reply SMS
Tunggu sahaja SMS masuk dan reply sahaja SMS. Ianya sebagai satu konfirmasi ataupun validitasi untuk keluar daripada syarikat telco milik YES.
Kalau misalkata pendaftaran tak berjaya, tak ada masalah pun nak buat aduan kepada pihak SKMM.
Akan Ada Counter Offer
Kumugkinan itu tetap ada. Setakat saya lakukan proses untuk syarikat telekomunikasi dengan YES ini, tiada lagi counter offer daripada syarikat telco. Kalau syarikat telekomunikasi seperti CELCOM ya, biasa memang akan ada counter offer daripada pihak mereka untuk menurunkan harga.
Tak Salah Nak Cuba Sesuatu Yang Baru
Apapun, tak salah nak mencuba sesuatu yang baru. Kalau anda rasa anda boleh dapat better offer, better coverage daripada syarikat telekomunikasi lain, boleh teruskan niat anda. Sebagai pelanggan memang kita kena sentiasa memilih yang mana yang terbaik untuk servis yang kita guna dan kita bayar.