Apa Itu Khairat Kematian – Dapat FREE

Apa itu khairat kematian dan apa yang anda perlu lakukan untuk dapatkan manfaat khairat kematian ini. Tapi, sebelum pergi lebih jauh, apa yang anda perlu tahu mengenai khairat kematian? Dalam Bahasa Arab, khairat adalah bermaksud kebajikan. Khairat kematian pula dalam bahasa mudahnya adalah wang yang dikumpulkan dalam suatu kawasan dan diberikan kepada akhi yang menerima musibah kematian dalam bentuk wang ringgit untuk memudahkan urusan pengkebumian.

Khairat kematian akan sangat memudahkan waris untuk urusan pengkebumian. Ianya tak lari jauh dengan konsep takaful dimana wang yang dikumpulkan, diberikan kepada ahli ataupun pencarum yang menerima musibah. Tabung ini memang biasanya dikumpulkan oleh kariah masjid setempat untuk memudahkan aktiviti di sesuatu kawasan. Jika anda sudahpun tinggal di sesuatu kawasan, adalah lebih baik untuk anda cuba berbaik dengan orang masjid bagi memudahkan urusan anda di kemudian hari.

apa itu khairat kematian

Cara Untuk Anda Dapatkan Khairat Kematian

Ada banyak cara untuk dapatkan khairat kematian secara percuma. Apapun, pada kali ini, kami tunjukkan beberapa cara untuk anda dapatkan khairat kematian ini.

Daftar Program Khairat Kematian Di Masjid / Surau

Saya ada nyatakan di atas tadi, memang ini adalah cara paling mudah untuk dapatkan program khairat kematian di tempat anda. Buat baik dengan kariah masjid berdekatan dan tanya berkenaan dengan program khairat kematian di tempat anda. InsyaAllah memang akan ada program seperti ini.

Menguruskan jenazah adalah fardhu kifayah. Ianya haruslah diusahakan sesegera mungkin. Pengurusan jenazah ini mestilah datang dengan kos tertentu. Kos ini juga boleh dikongsikan bersama dengan penduduk setempat melalui program khairat kematian. Sambil-sambil duduk dan kenal dengan jiran tetangga, sambil anda menyumbang kepada pembangunan penduduk setempat.

Dengan adanya program khairat kematian ini, ianya sedikit sebanyak akan membantu mempercepatkan proses pengurusan jenazah dengan dana yang sedia terkumpul.

Khairat Kematian Halo Telco Tune Talk

Ini paling menarik antara semua, anda boleh melanggan program khairat kematian secara percuma dengan syarat anda melanggan pelan di Halo Telco Tune Talk ini 6 bulan dan ke atas. Menarik kan!

Anda guna je talian telefon macam biasa dan dari situ, anda bayar macam biasa pakej yang mereka tawarkan dan dari situ, anda boleh dapat khairat kematian sebanyak RM800 secara percuma sahaja. Dah alang-alang anda gunakan talian telefon, gunalah yang boleh berikan manfaat lebih kepada anda dan keluarga.

Nak kekal no lama ataupun nak pilih no baru pun boleh. Semua anda boleh lakukan dalam applikasi sahaja. Nak dapatkan simkad ini, anda boleh beli sahaja di bawah ini.

Bagus adanya program seperti ini kerana paling kurang pun, keluarga mangsa boleh mendapatkan sedikit bantuan tunai untuk kegunaan sendiri dan meringankan sedikit beban kepada waris.

Khairat Kematian KWSP

Jika anda merupakan seorang pencarum KWSP, anda pun sebenarnya layak untuk mendapat program khairat kematian ini. KWSP boleh memberikan sebanyak RM2500 kepada mereka yang layak. Ianya dibayar sekali sahaja kepada waris. Untuk mendapatkan program khairat ini, pastikan anda membuat tuntutan kepada pihak KWSP dan diharapkan proses tuntutan berjalan lancar. 

Manfaat Khairat Kematian Anda Perlu Tahu

Sememangnya khairat kematian ada banyak manfaat yang anda perlu tahu. Nampak macam rugi tapi ianya datang dengan beberapa manfaat yang sangat digalakkan umat islam untuk melakukannya.

Amalan Bersedekah Kepada Umat Islam

Islam memang menggalakkan amalan bersedekah terutama dalam program khairat kematian. Untuk info, program takaful yang ada di Malaysia juga mengambil konsep yang sama daripada program khairat kematian yang sudah menjadi amalan umat islam di Malaysia ini.  Cumanya, untuk takaful itu pastinya lebih kompleks dan detail, dana semua dilaburkan di dalam syarikat yang memberikan pulangan semula yang lebih besar,

Khairat kematian pula adalah lebih ringkas kerana dana yang ada ini, dikumpulkan dan kemudian diberikan kepada mereka yang mempunyai musibah seperti kematian dan lain-lain. Ada juga pemegang amanah yang melaburkan dana ini di dalam pelaburan yang berisiko rendah seperti Tabung Haji, ASB dan lain-lain. Cumanya, janganlah laburkan dana seperti ini dalam pelaburan seperti saham ataupun crypto, memang nak cari nahas!

Apapun, khairat kematian ini memang mendidik umat islam untuk bersedekah dan bantu membantu. 

Sesungguhnya orang-orang yang membenarkan (Allah dan Rasul-Nya) baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah peinjaman yang baik, niscaya akan dilipat gandakan (pembayarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak. (QS. Al hadid: 18).

Digunakan Untuk Keperluan Jenazah

Dana daripada khairat kematian yang dikumpulkan ini boleh digunakan untuk keperluan jenazah. Peralatan jenazah, kos-kos lain seperti kain kafan, kapur barus, upah menggali dan lain-lain pastinya memerlukan kos dan ianya bukanlah percuma. Ada dana khairat kematian ini memang sedikit sebanyak membantu untuk pengurusan jenazah.

Membantu Waris Dan Mempercepatkan Urusan Jenazah

Waris yang bersedih di atas kematian mereka yang tersayang pastinya akan lebih lega jika urusan pengkebumian dalam dijalankan dengan cepat dan efektif. Sebab itu penting adanya pengurusan jenazah dan dana daripada khairat kematian ini. Dengan dana ini, waris dapat dibantu dan urusan jenazah dapat dipercepatkan. 

Apapun, harapnya artikel ini menjawab serba sedikit berkenaan dengan apa itu khairat kematian yang anda perlu tahu. 

Khairat kematian memang satu perkara yang penting dan sangatlah digalakkan untuk anda sertai. Peluang-peluang yang ada untuk anda melanggan pakej telekomunikasi seperti Tune Talk Halo Telco dan pada masa yang sama melanggan pakej khairat kematian adalah antara benda baru yang anda boleh fikirkan. Ianya memang satu perkara yang menarik untuk anda fikirkan. 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *