Cara Trade Forex Susah?

Macam mana cara trade Forex yang betul dan menguntungkan? Kalau dalam berdagang (baca : trading) ini memang adat ada untung dan ada ruginya. Semuanya berkait rapat dengan emosi, money management dan juga strategi. Faktor-faktor ini penting untuk tentukan sama ada anda boleh berjaya dalam dunia trading ataupun sebaliknya.

Dalam artikel ini, kami nak tunjuk beberapa strategi macam mana nak berjaya dalam Forex. Juga, beberapa alternatif lain berkaitan dengan perdagangan forex terutama sekali bab hukum dan yang seumpama dengannya. Boleh baca sampai habis kerana artikel ini akan membantu anda dalam perjalanan trading anda untuk lebih sukses.

cara trade forex

Support Dan Resistance Dalam Forex

Bukan setakat dalam forex sahaja, dalam mana-mana asset class seperti saham, FCPO dan juga cryptocurrency, support dan resistance adalah sangat penting. 

Trendline boleh jadi support dan resistance, ada kalanya bollinger band pun boleh jadi support dan resistance bergantung kepada keadaan. Anda perlu lihat sendiri apa yang sesuai dengan keadaan dan situasi kelas asset yang anda trade ataupun pair yang anda trade dalam forex. Dari situ, ada banyak info dan maklumat yang anda boleh perolehi untuk sukses dalam dunia perdangan ini.

Support dan resistance ini biasanya boleh dilihat daripada trend line, resistance sebelum ini akan menjadi support yang baru dan sebagainya. Ada kalanya, support dan resistance ini tidaklah betul-betul solid dan boleh jadi setup ataupun cara entry berdasarkan kepada strategi support dan resistance ini tak menjadi. Akan tetapi, ianya menjadi satu kelebihan dan kemestian kepada anda untuk tahu jenis-jenis support dan resistance ini dalam dunia perdagangan.

Analisa Lebih Jitu

Kalau nak buat analisa dalam dunia forex ini, saya selalu gunakan applasi ataupun lama web tradingview. 

Walaupun trader Forex ini kebanyakan platofrm ataupun broker dilengkapi dengan platform seperti MetaTrader4 ataupun Metatrader5, analisa menggunakan platform tradingview adalah sangat penting untuk satu jangka masa panjang.

Selain daripada indikator, support dan lain-lain, anda boleh lihat strategi ataupun asset class lain seperti futures yang mana produk utamanya adalah Futures Crude Palm Oil ataupun kelapa sawit. Selain daripada itu anda boleh buat analisa juga berkenaan dengan aset class lain seperti Crude Oil dan juga emas. Tak lupa juga Cryptocurrency seperti Bitcoin, Etherium dan lain-lain.

Ada promosi Tradingview ini di mana anda boleh dapat $15 selepas anda buat pendaftaran. Juga boleh claim trial 30 hari sebelum langgan apa-apa pakej. Nak tahu lebih lanjut, boleh tengok di bawah ini.

Bagi saya, Tradingview adalah antara tools analisa wajib kalau nak berdagang apa-apa kelas aset seperti Forex, juga saham. 

Money Management Dalam Trading

Kalau ikut sifu pelaburan, bukan teknik ataupun jurus yang terbaik dalam trading, akan tetapi, adalah money management untuk sentiasa menjadi mereka yang teratas dalam dunia perdagangan ini. 

Apa strategi anda untuk dapatkan profit, katalah anda nak profit 10% daripada trade, set juga berapa nak stop loss sebab in case kalau trade anda tak jadi, anda masih boleh bernafas dan cuba lagi untuk trade seterusnya. Tulsi dalam kertas apa strategi anda dan kemudian, follow apa yang anda tulis dan jadikan ianya sebagai goal anda untuk sukses.

Nampak simple akan tetapi, ianya sukar dilakukan kerana banyak faktor terutama apabila ketamakan menguasai jiwa. Biar sikit asalkan sentiasa profit.

Mentaliti Trading Sebagai Part Time Income

Adalah lebih baik untuk anda jadikan income di Forex ini sebagai satu part time income dan bukan pendapatan yang utama. Kalaupun ianya pendapatan utama anda pada ketika ini, harus juga ada pendapatan lain untuk support income anda jikalau pada waktu tersebut semua setup yang anda buat tak menjadi. Ini untuk elak daripada terjadinya “mental breakdown” yang boleh meranapkan emosi anda.

Walau macam mana hebat pun strategi anda, memang ada masa ianya tak menjadi juga. Salah satu cara untuk anda pendapatan lain, boleh cuba jadi dealer simkad Tune Talk di sini. Dapat 1 customer sekali, pendapatan pula berkali-kali dan sangat sesuai sebagai satu pendapatan sampingan. Ataupun anda boleh cuba untuk pendapatan lain seperti jadi rider di Shopee Express ataupun jadi penjual di Shopee pun tak ada masalah.

Apabila anda tahu yang, anda mempunyai pendapatan lain selain daripada pendapatan dari berdagang Forex ataupun asset class lain, ianya akan memudahkan anda dan mententeramkan jiwa dan membolehkan anda untuk berdagang dengan lebih tenang tanpa ada gangguan emosi. Kalau misalkata setup anda tak jadi, anda ada income lain yang membolehkan anda untuk membayar bil-bila bulanan anda termasuklah bil telefon prepaid setiap bulan. (nak jimat bil telefon prepaid setiap bulan baca sini)

Harap anda faham yang cara trade Forex yang betul bukan hanya teknik dan strategi semata-mata, ketenteraman emosi juga sangat penting untuk anda sukses jangka masa panjang.

Hukum Terkini Dalam Forex

Kalau cerita bab hukum, memang agak isu kerana semua pun tahu, kebanyakan fatwa tak menyebelahi perdangan forex. Kalau anda berdagang seperti komoditi seperti FCPO, saham dan Cryptocurrency, memang ada pendapat ataupun padangan fatwa yang menyebelahi pedagang akan tetapi, bukan dalam perdaganan forex.

Betul ada yang mengatakan hukum trade Forex ini halal, betul dan anda boleh baca hukum terkini trade Forex di SINI.

Alternatif lain boleh tengok video di bawah.

Dah baca, anda tentukan sendiri sama ada ianya halal ataupun haram kerana apa yang lebih penting sekali adalah apa yang anda perlu katakan di “hari kemudian” nanti. 

Alternatif Terbaik Forex

Kalau nak alternatif terbaik selain daripada Forex, sekarang ini dah adan banyak. Yang paling dekat adalah anda boleh cuba berdagang Futures Crude Palm Oil (FCPO) yang merupakan pasaran hadapan kelapa sawit. Ianya dekat dengan kita sebagai orang Malaysia dan adakalanya faktor-faktor ini memberikan kesan langsung kepada pergerakan FCPO.

  • Musim panas dan musim hujan ada berikan kesan langsung kepada FCPO, anda boleh nampak kalau berjaya kaitkan.
  • Musim perayaan seperti Tahun Baru Cina dan Aidilfitri kadangkala berikan kesan ke atas pergerakan FCPO. Biasanya akan ada kenaikan akibat demand yang tinggi.

Anda sebagai orang Malaysia pun, memang memasak dan menggoreng makana  dengan minyak sawit dan ianya memang memberikan kesan kalau tak sikit, banyak, kepada pergerakan sawit. Ianya dekat dengan anda, apa kata anda cuba lihat dan “paper trade” FCPO dahulu.

Oh ya, FCPO ada long dan short, saya tak nak explain apa itu long dan short dan anggap anda yang baca ini dah tahu. Secara mudah, anda boleh berdagang semasa pasaran naik dan juga turun. Boleh buat untung dua arah. Berikut adalah antara beberapa artikel berkenaan dengan FCPO anda boleh baca;

  1. buka akaun FCPO
  2. hukum FCPO
  3. apa itu FCPO
  4. cara trade FCPO

FCPO pun sekarang ini ada sesi malam. Taklah 24 hour market macam Forex, akan tetapi, anda boleh trade pagi, siang dan malam. Ok la lepas tu anda ada kehidupan anda sendiri.

Cara Trade Forex Terkini

Ini sedikit info macam mana nak jadi seorang trader Forex berjaya. Sedikit nukilan saya dan harap ianya membantu anda untuk sukses dalam dunia trading anda. Semoga berjaya.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *