2 Tips Pelaburan Hartanah Tanpa Modal

Sebenarnya ada ke Pelaburan hartanah tanpa modal ini? Dan jawapan bagi pertanyaan ini sebenarnya memang ada. Teknik Pelaburan Hartanah Tanpa Modal ini memang sudah lama dipraktikkan oleh ramai pelabur untuk menjimatkan kos dan membeli hatanah lain yang ada di kawasan sekitar. Teknik ini juga diberi nama, teknik no money down. Kalau anda ingin menjadi seorang pelabur hartanah, anda memang perlu untuk menguasai teknik ini untuk berjaya dalam pelaburan yang anda sedang lakukan.

Boleh baca artikel ini sampai habis kerana di akhir artikel, kami akan kongsikan kepada anda beberapa strategi penting untuk membuat pelaburan hartanah tanpa membuat pinjaman dengan bank. Jangan lupa untuk consider strategi yang bakal kami berikan ini dalam pelaburan hartaanah anda, insyaAllaah berbaloi dan anda boleh cuba praktikan strategi ini untuk jangka masa panjang.

pelaburan hartanah

Tips Untuk Mendapatkan Pelaburan Hartanah Tanpa Modal

Untuk mendapatkan dan menjadikan pelaburan hartanah anda adalah tanpa modal, perkara pertama yang perlu anda lakukan untuk merealisasikan hasrat tersebut adalah anda perlu mencar rumah yang berada di bawah harga market value. Paling kurang 15% daripada harga pasaran Untuk menjadikan pelaburan anda betul-betul tanpa modal. Ada banyak cara untuk dapatkan harga rumah di bawah pasaran, saya berikan beberapa tips mudah;

1) Tips pertama untuk dapatkan rumah bawah harga pasaran adalah dengan cari desperate seller atau penjual yang terdesak. Penjual yang terdesak ini selalunya akan menjual dengan harga terdesak dan biasanya di bawah pasaran.

2) Fokus pada 2 atau 3 kawasan yang anda sudah kenal, pantau kawasan tersebut, harga jualan, agen terlibat kerana kalau ikutkan pengalaman saya, pasti akan ada penjual yang ingin menjual rumah di bawah harga pasaran. Apabila sudah jumpa, inilah masanya untuk anda beli dengan harga di bawah harga pasaran. Tips untuk mendapatkan rumah di bawah harga pasaran boleh didapati dalam video di bawah ini. Ikuti perkongsian kami berkenaan dengan hartanah dalam video di bawah ini.

Apa lagi yang anda perlukan untuk beli rumah subsale tanpa modal?

Teknik seterusnya yang bakal saya ceritakan ini adalah salah satu rahsia pelaburan hartanah yang unik. Kalau anda sudah dapat harga dibawah pasaran yang anda mahukan, langkah ke dua adalah anda mintak agen yang anda sedang berurusan untuk mark-up S&P. Apa tu? Secara mudahnya proses mark up S&P ini adalah seperti berikut;

Harga pasaran = RM100,000
Harga ingin dijual = RM85,000 (15% diskaun daripada harga pasaran)

hartanah komersial

Loan anda adalah berdasarkan kepada harga pasaran, bukan harga yang ingin dijual. Jadi, anda perlu apply loan untuk nilai RM100,000 harga pasaran. Bank akan assume anda sudah membayar deposit 10%, jadi bank akan berikan RM90,000 kepada lawyer.

Disebabkan harga yang ingin dijual adalah RM85,000 dan bank sudah berikan kepada lawyer sebanyak RM90,000, maka, anda ada lebihan Rm90,000 – Rm85,000 = Rm5000. Lagi banyk diskaun daripada harga pasaran yang anda dapat, lagi banyak modal yang tidak perlu anda bayar.

Untuk gunakan strategi ini, memang anda kena dapatkan lebih banyak maklumat dan perlu untuk dapatkan maklumat secara detail berkenaan dengan hartanah yang anda mahukan. Lagila dalam keadaan selepas Covid19 ini, ramai penjual mula terdesak dan mula nak menjual rumah mereka, di sini anda datang membantu mereka bagi mendapatkan deal hartanah yang murah-murah. Pastinya mereka sangat bersyukur jika anda datang membantu mereka bagi mendapatkan deal hartanah yang terbaik dan padu.

Perkara Penting untuk mendapatkan deal pelaburan hartanah tanpa modal

Apa perkara penting tersebut? Pertama adalah harga rumah di bawah nilai pasaran. Sekurang-kurangnya 15% diskaun daripada harga pasaran. Kedua adalah ada kena cari lawyer yang dah biasa mark up S&P. Tidak banyak lawyer yang boleh buat dan biasa buat kes mark up S&P ini. Kalau anda cari lawyer yang tak biasa buat, ianya tidak lain hanya akan melambatkan kerja anda.

Apapun boleh layan video di bawah ini dahulu berkenaan dengan pelaburan hartanah dan tips berkaitan.

Betul ke tanpa modal?

Sebenarnya, anda masih perlu untuk memberikan modal permulaan seperti bayaran booking kepada agen, kadangkala anda masih perlu dahulukan deposit dan lain-lain. Ya, anda perlu ada modal permulaan, apapun, semua modal ini akan anda dapat semula selepas transaksi selesai. Sebab tu memang anda kena cari deal hartanah yang baik untuk pelaburan.

Tak Nak Buat Loan – Komitmen 35 Tahun? Ini Cara Terkini Beli Rumah Tanpa Buat Loan

Selepas peristiwa Covid-19, banyak pemilik rumah tidak dapat membayar hartanah untuk rumah mereka. Lebih terus, lebih banyak perniagaan yang gulung tikar kerana terkesan dengan perintah kawalan dan pergerakan oleh pihak kerajaan dalam usaha mengekang penularan Covid-19.

Ramai yang mula sedar, buat pinjaman sehingga komitmen 35 tahun dengan bank pun adalah satu risiko yang pembeli kena tanggung. Antara cara lain kami kongsikan beberapa strategi untuk melabur dalam hartanah tanpe perlu membuat pinjaman sehingga 35 tahun pun. Lebih mudah, ianya lebih mudah untuk anda membeli dan menjual berbanding dengan kalau anda nak jual atau beli sesuatu hartanah.

Macam mana caranya? Kami ada kongiskan tentang tips ataupun cara bagaimana pelaburan hartanah tersebut dalam artikel di SINI.

Apapun, pilihan di tangan anda. Semoga anda sukses dengan pelaburan hartanah yang anda ceburi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *