Pada kali ini, kami ingin memberikan informasi berkenaan dengan syarat memohon kad kredit Maybank. Penggunaan kad kredit ini mempunyai kesan baik dan juga kesan buruk, apapun, gunakan sebaiknya kerana ianya mempunyai pelbagai manfaat seperti cashback dan lain-lain lagi.
Penggunaan kad kredit seringkali dikaitkan dengan tabiat boros, suka berhutang, tiada perancangan kewangan dan yang paling teruk sehingga menjadi punca muflis. Sebenarnya penggunaan kad kredit memberikan banyak manfaat jika digunakan secara berdisiplin dan bijaksana.
Kad kredit diibaratkan seperti pisau atau senjata. Ia boleh memberikan banyak manfaat jika betul penggunaannya, sebaliknya boleh membunuh jika disalahguna.

Kebaikan kad kredit
- Boleh digunakan sebagai rekod mata kredit (credit score) sebelum membuat pembiayaan kewangan yang lebih besar seperti pinjaman kenderaan, kediaman, pinjaman peribadi dan sebagainya.
- Lebih mudah dan selamat kerana tidak perlu membawa wang tunai yang banyak.
- Transaksi anda dilindungi kerana terdapat sistem keselamatan seperti nombor pin, One Time Password(OTP) yang dihantar ke telefon pintar dan sebagainya. Sebarang transaksi yang asing juga dapat dikesan dan dilaporkan terus kepada pihak bank.
- Dapat menyemak dan menyelia semula rekod perbelanjaan untuk perancangan kewangan.
- Terdapat mata ganjaran yang boleh ditukar dengan hadiah atau pulangan tunai (cash back).
- Kuasa membeli yang lebih tinggi di mana kita dapat membeli dulu walaupun tidak mempunyai wang tunai ketika membeli.
Terdapat banyak pengeluar(bank) kad kredit sama ada bank tempatan atau luar negara. Syarat-syarat untuk memohon kad kredit pun tidaklah susah. Antara bank tempatan yang menawarkan pelbagai pilihan kad kredit konvensional dan islamik ialah Maybank.
Pengguna boleh memilih daripada pelbagai pilihan kad kredit daripada Maybank bersesuaian dengan penggunaan dan syarat minimum untuk lulus permohonan kad. Info lanjut berkenaan dengan kebaikan dan keburukan kad kredit anda boleh tengok pada artikel di SINI.
Syarat-syarat memohon kad kredit Maybank
Secara umumnya mana-mana rakyat Malaysia yang mencapai umur 21 tahun layak memohon kad kredit. Berikut adalah syarat-syarat memohon untuk setiap kad kredit Maybank mengikut jenis kad.
Kad kredit islamik
Jenis Kad Kredit | Yuran Tahunan | Pendapatan Minimum | Umur Layak | Kerakyatan |
Maybank Islamic Petronas Ikhwan Visa Gold Card-i | Tiada | 2500 | 21 hingga 65 tahun | Semua |
Maybank Islamic Ikhwan Visa Infinite Card-i | Tiada (Bersyarat) | 8333.33 | 21 hingga 65 tahun | Semua |
Maybank Islamic MasterCard Ikhwan Gold Card-i | Tiada | 2500 | 21 hingga 65 tahun | Semua |
Maybank Islamic MasterCard Ikhwan Platinum Card-i | Tiada | 5000 | 21 hingga 65 tahun | Semua |
Maybank Islamic Ikhwan American Express Platinum Card-i | Tiada | 5000 | 21 hingga 65 tahun | Semua |
Maybank Islamic Petronas Ikhwan Visa Platinum Card-i | Tiada | 5000 | 21 hingga 65 tahun | Semua |
Maybank Islamic World Mastercard Ikhwan | Tiada (Bersyarat) | 8333.33 | 21 tahun ke atas | Semua |
Kad kredit konvensional
Jenis Kad Kredit | Yuran Tahunan | Pendapatan Minimum | Umur Layak | Kerakyatan |
Maybank Shopee Visa Platinum | Tiada | 3000 | 21 hingga 65 tahun | Semua |
Maybank GRAB Mastercard Platinum | Tiada | 3000 | 21 hingga 65 tahun | Malaysia sahaja |
Maybank Visa Signature | Tiada (Bersyarat) | 5833.33 | 21 hingga 65 tahun | Semua |
Maybank 2 Gold Cards | Tiada | 2500 | 21 hingga 65 tahun | Semua |
Maybank American Express Cash Back Gold | Tiada (Bersyarat) | 2500 | 21 hingga 65 tahun | Semua |
Petronas Maybank Visa Platinum | Tiada | 5000 | 21 hingga 65 tahun | Semua |
Maybank FC Barcelona Visa Signature | Tiada | 4000 | 21 hingga 65 tahun | Semua |
Maybank 2 Platinum Cards | Tiada | 5000 | 21 hingga 65 tahun | Semua |
Maybank Manchester United Visa Infinite | Tiada (Bersyarat) | 8333.33 | 21 hingga 65 tahun | Semua |
Singapore Airlines KrisFlyer American Express Gold | Tiada (Bersyarat) | 4000 | 21 hingga 65 tahun | Semua |
Maybank Manchester United Visa Card | Tiada | 2500 | 21 hingga 65 tahun | Semua |
Maybank Visa Infinite | Tiada (Bersyarat) | 8333.33 | 21 hingga 65 tahun | Semua |
Maybank 2 Cards Premier | Tiada (Bersyarat) | 8333.33 | 21 hingga 65 tahun | Semua |
Maybank American Express Platinum | Tiada (Bersyarat) | 5000 | 21 hingga 65 tahun | Semua |
Petronas Maybank Visa Gold | Tiada | 2500 | 21 hingga 65 tahun | Semua |
Maybank World MasterCard | Tiada (Bersyarat) | 8333.33 | 21 hingga 65 tahun | Semua |
Dokumen yang diperlukan Ketika memohon ialah,
- Salinan kad pengenalan (depan belakang) atau passport.
- Salinan terkini boring BE beserta resit cukai.
- Salinan slip gaji 3 bulan terkini.
- Salinan penyata bank 6 bulan terkini.
Untuk yang bekerja sendiri,
- Salinan pendaftaran perniagaan.
- Salinan penyata bank 6 bulan terkini.
Untuk bukan warganegara Malaysia, sila sertakan surat daripada majikan yang menyatakan tempoh kontrak bekerja di Malaysia.
Untuk memohon kad kredit, sebenarnya tidaklah sukar tetapi kelulusannya akan bergantung kepada pihak bank.
Setelah memiliki kad kredit, pastikan anda betul-betul berdisiplin menggunakannya. Banyak atau sikit anda menggunakannya bukanlah perkara utama, tetapi yang penting anda bijak dan berdisiplin untuk mengurus perbelanjaan supaya ia tidak menjadi beban hutang yang boleh menjerat.
Artikel ini ditulis oleh Zambri Zakaria. Meminati bidang hartanah dan pelaburan serta rajin berkongsi ilmu di blog Smartduit.com.