Beli Rumah Tanpa Deposit – 2 Cara Mudah Ini Dapat Membantu Anda

Kali ini kami nak berkongsi cara beli rumah tanpa deposit. Ianya sesuai untuk mereka yang mahukan rumah sama ada untuk duduk ataupun untuk tujuan pelaburan. Daripada situ, akan jadi lebih mudah untuk anda mendapatkan rumah yang anda idamkan dan kemudian, anda bolehlah mendapat yang terbaik untuk rumah anda.

Nak beli rumah ini memang kena ada duit yang banyak. Ianya memerlukan deposit 10% daripada harga rumah yang anda beli dan selain daripada itu juga, ianya memerlukan wang lain sekitar 5% untuk bayaran guaman dan lain-lain lagi. Pendek kata, memang memerlukan kos yang besar dan mahal. Untuk itu, kalau anda dapat beli rumah tanpa deposit, memang akan sangat berbaloi dan menjimatkan anda.

Ada ke rumah tanpa deposit?

Jawapannya ada. Kami tunjukkan 2 cara untuk anda mendapatkan rumah tanpa perlu mengeluarkan downpayment pun dan ini memang menjimatkan. Apapun, sebelum kami berikan tips yang akan kami berikan kepada anda, boleh dapatkan tips dan panduan untuk kiraan harga rumah anda. Rujuk link ini untuk mendapatkan maklumat lanjut.

#1 Rumah Under Construction

Apa itu rumah under construction ini? Ianya adalah rumah yang sedang dalam pembinaan. Sekarang ini memang banyak projek-projek perumahan yang ada di Malaysia dan disetiap negeri dan untuk itu, memang kebanyakan projek ini memberikan deal dan pakej menarik kepada pembeli. Disebabkan oleh projek-projek ini masih baru, antara pakej yang diperkenalkan oleh pemaju adalah memberikan rebate 10% untuk deposit dan juga kadangkala mereka memberikan rebate untuk bayaran peguam. Memang menjadi lumrah, pemaju memberikan pelbagai pakej untuk melariskan jualan mereka dan ianya adalah sebahagian daripada teknik marketing mereka.

Nak tahu deal-deal berkaitan dan apa yang ditawarkan, kena pergi ke tempat-tempat berdekatan ataupun projek berdekatan dengan rumah anda untuk pilihan rumah berbaloi ini. Apa yang pemaju lakukan adalah, mereka menaikkan harga SPA ataupun dalam istilah lain ‘mark up SPA’ bagi membolehkan anda tidak perlu membayar sebarang deposit. Apapun, memang banyak pakej-pakej seperti ini dan apa yang anda perlu lakukan adalah untuk pergi ke sales gallery berdekatan dan dapatkan informasi berkaitan dengan pakej-pakej yang ada di sana.

#2 Rumah Bawah Market Value

Cara kedua ini adalah antara cara yang mudah iaitu membeli rumah bawah market value. Untuk ini, lebih mudah kalau anda berbincang dengan agen anda dan tahu berapa harga market yang ada di tempat tersebut. Dari situ, lebih mudah dan berbaloi untuk anda mintak tolong agen “mark up S&P” dan dapatkan deal bawah harga pasaran yang berbaloi.

Dengan teknik ini, memang ada kemungkinan juga yang anda hanya perlu membayar sedikit yuran guaman untuk lawyer menyediakan SPA dan Loan Agreement. Apapun, cuba caru deal-deal seperti ini agar anda tidak perlu mengeluarkan cash yang banyak semasa membeli rumah nanti. Lebih berbaloi, anda mendapat cash semula selepas membuat pembelian nanti.

Nak tahu lebih lanjut berkenaan dengan teknik beli rumah tanpa cash yang banyak, kami sarankan untuk anda dapatkan ebook INI.

Nak tahu harga dan kos yang anda perlu bayar untuk pembelian rumah, boleh download file excel di SINI.
Apapun, untuk membeli rumah, memang perlu untuk anda melengkapkan diri dengan ilmu dan teknik yang betul dalam pembelian rumah anda. Dengan itu, anda mendapat lebih manfaat dan lebih mudah untuk loan anda lulus selepas ini. Itu yang penting.

Leave a Reply