9 Tips Pengantin Baru – Malam Pertama?

Artikel pada kali ini, kami nak berikan info berkenaan dengan tips pengantin baru terutama dalam aspek kewangaan. Aspek kewangan menjadi perkara pokok bagi setiap pasangan yang berhasrat untuk mendirikan rumah tangga. 

Dalam masyarakat kita sendiri, seringkali jumlah hantaran diterima oleh pengantin perempuan menjadi kayu pengukur kemampuan kewangan bakal suami.

Apabila pasangan bercinta yang ingin ke fasa seterusnya, faktor yang diambil kira iaitu adakah cukup wang simpanan pihak lelaki untuk dijadikan hantaran.

Sekiranya wang hantaran  sebanyak RM10,000 pada masa ini adalah untuk lepasan SPM, bagaimana pula yang ada ijazah dalam tangan. Itu tidak termasuk, jika pihak perempuan sudah ada kerjaya bagus berapa pula amaun yang sesuai dengan status mereka.

Itu baru soal wang hantaran, berapa pula kos kenduri-kendara, pakej bulan madu, deposit rumah, perabot dan barangan elektrik pula, perkara-perkara ini sahaja sudah buat bakal suami pening kepala, mana nak cari duit?

Mujur pada masa sekarang, pihak bakal pengantin tidak perlu risau memikirkan tentang bajet kenduri-kendara bertaraf ‘wedding of the year’, perkahwinan zaman pandemic covid-19 hanya adakan yang wajib sahaja iaitu akad nikah bagi yang beragama Islam.

Malah perkahwinan sebegini adalah yang disyorkan dalam ajaran Islam supaya tidak berlebih-lebihan sehingga membazir sekali gus dapat menjimatkan kos.

tips pengantin baru

Namun cabaran lain pula terpaksa dihadapi, ada yang mungkin sudah kehilangan kerja, atau pendapatan pula tidak seperti sebelum era pendemik. Justeru setiap daripada bakal mempelai perlu bijak penguruskan kewangan.

Perkahwinan yang bahagia memerlukan setiap pasangan perlu bersedia bukan sahaja dari segi mental tetapi kedudukan kewangan yang baik juga perlu diambil kira, paling penting perlu ikut kemampuan sesuai dengan isitlah ukur baju di badan sendiri.

Elakkan menambah HUTANG, kerana zaman sekarang bukan lagi masa untuk mengikut trend, malah anda perlu mengukur keupayaan kewangan anda malah peribahasa ‘biar papa asal bergaya’ boleh menjerat diri.

Jika tidak ada ilmu tentang pengurusan kewangan yang baik, anda semua jangan risau di sini, saya kongsikan tips-tips yang amat berguna khususnya bakal pengantin baru.

Selain daripada ilmu rumah tangga, pasangan pengantin baru juga perlu mempunyai ilmu mengenai asas kewangan.

Dalam perkongsian ini, terdapat  info mengenai komponen utama kewangan selain, jenis-jenis pendapatan, formula untuk perbelanjaan dan simpanan sumber lain yang boleh dimanfaatkan untuk mengetahui selok belok bidang kewangan. Diharapkan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita semua khususnya yang bakal melangkah ke gerbang perkahwinan.

Komponen utama kewangan adalah membabitkan : – 

PENDAPATAN 

Bagi mengupas mengenai aspek ini, tahukah anda apakah yang terkandung dalam komponen pendapatan? 

Melalui sebuah buku kewangan yang saya baca, penulis telah menggariskan sebanyak tiga komponen pendapatan yang diadaptasi daripada teori seorang investor luar negara terkenal iaitu, Robert Kiyosaki meliputi :-

i – pendapatan yang diterima hasil daripada pekerjaan dijalankan seperti gaji, upah komisen. 

Kita tidak menerima secara keseluruhan pendapatan ini kerana ia perlu ditolak elemen lain seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) termasuk cukai berjadual.

Apabila ditolak dengan elemen tersebut, kita hanya menerima kira-kira 50 peratus hingga 70 peratus sahaja daripada gaji setiap bulan.

 Ia tidak termasuk potongan yang perlu ditanggung membabitkan komitmen lain setiap bulan seperti bayaran rumah, kenderaan, hutang pinjaman peribadi, kad kredit, hutan pelajaran dan sebagainya.

ii- Pendapatan Portfoliio 

  • Tidak semua pekerja menerima pendapatan ini jika dibandingkan dengan gaji, pendapatan portfolio merangkumi hasil aktiviti pelaburan seperti saham, amanah saham, stok, bon, pasaran modal dan  sebagainya.

Pendapatan portfolio juga, dianggap lebih baik kerana ia tidak bergantung kepada satu sumber semata-mata. Malah anda dianggap membuat keputusan yang bijak kerana mampu mencambahkan lagi sumber pendapatan.

        iii- Pendapatan Risidual

  • Tidak semua orang mempunyai sumber pendapatan ini, hanya sebilangan kecil sahaja yang mampu memperolehinya. Hasil pendapatan residual diterima melalui bayaran royalti melalui hasil karya muzik, filem atau penulisan buku.

Jika kita berasa tidak mempunyai bakat untuk berkarya seperti insan seni, anda mempunyai peluang lain untuk memiliki hasil pendapatan residual.

Ia juga termasuk hasik diterima melalui  wang sewaan aset yang anda miliki seperti rumah, lot kedai dan sebagainya.  

Ramai yang mampu mempunyai ‘income ‘ lebih baik melalui pendapatan residual jika mampu membuat perancangan kewangan dengan bijak.

PERBELANJAAN 

Berapa peratuskah perbelanjaan yang anda peruntukkan setiap bulan daripada pendapatan diperolehi? 

Ramai yang gagal menguruskan kewangan mereka sehingga menjerat diri akibat berbelanja melebihi kemampuan poket anda. Apabila gagal menguruskan belanja sehingga melebihi pendapatan yang ada maka terpaksalah untuk berhutang. 

Paling perit apabila terpaksa buat hutang baru ibarat ‘gali lubang tutup lubang’ kerana ingin melunaskan hutang maka senario ini tidak mampu menyelesaikan cengkaman hutang.

Justeru, anda dinasihatkan untuk merekod perbelanjaan, dengan cara ini anda akan dapat membezakan apakah perbelanjaan dibuat adalah untuk memenuhi keperluan atau bertujuan memuaskan kehendak diri semata-mata.

Amalkan perbelanjaan secara tunai untuk mengelakkan anda menambah hutang baru atau berbelanja diluar kemampuan. 

Jika anda mempunyai kad kredit, gunakan pada waktu kecemasan sahaja. Lebih baik anda mempunyai satu kad kredit dan hadkan jumlah perbelanjaan kad anda. 

Terapkan formula ini setiap kali merencanakan kewangan anda iaitu :

PENDAPATAN – SIMPANAN = PERBELANJAAN

SIMPANAN ATAU PERLINDUNGAN 

Peribahasa sediakan payung sebelum hujan amat bertepatan untuk menggalakkan kita membuat simpanan kewangan. 

Berapa peratuskah anda memperuntukkan simpanan daripada duit gaji setiap bulan? 

Berdasarkan sifir mudah ada yang berpendapat simpanan adalah sebanyak 10 peratus daripada gaji kita.

Sudah tentu, ramai yang berpendapat bahawa lebih banyak menyimpan adalah lebih bagus lebih-lebih lagi pada zaman pendemik ini kerana situasi yang sukar dijangka.

Namun tidak semua berada dalam ‘kasut yang sama’ setiap orang melalui ujian yang berbeza-beza, ada yang cukup-cukup makan, kerana gaji kecil sahaja tinggal pulang di bandar besar, sudah tentu kos hidup tinggi.

Kadangkala kita terpaksa telan juga di mana orang kita sering dilabel gagal untuk menguruskan kewangan masing-masing. 

Dalam hal ini, berapa ramai yang mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM1,000 dalam akaun untuk peruntukkan sekiranya berdepan situasi kecemasan.

Inisiatif kerajaan membenarkan pencarum KWSP membuat pengeluaran akaun skim I lestari, I Sinar dan I Citra amat melegakan rakyat. 

Pengeluaran sebelum umur pencen iaitu 55 tahun untuk meringankan beban akibat pendemik untuk golongan sasar amat bertepatan dalam membantu pencarum meneruskan kelangsungan hidup. 

Tidak kurang juga yang memanfaatkan wang KWSP itu untuk membeli emas, dengan berpendirian  supaya  pembelian barangan kemas adalah bertujuan untuk digadai sekiranya berdepan situasi sesak. 

Bagaimanapun adakah itu satu tindakan yang wajar dan boleh menyelesaikan masalah kewangan dalam tempoh jangka pangjang.

Jika anda tidak tahu formula apa yang dapat membantu menguruskan duit gaji, berapa peratus perlu disimpan?

Formula 30/10 boleh diaplikasikan dengan melibatkan pembahagian duit gaji kepada empat bahagian iaitu :

30 % = simpanan, perlindungan, pelaburan 

30 % = hutang dan tabung simpanan perbelanjaan

30 % = perbelanjaan keperluan dan lain lain

10 % = sedekah, zakat, cukai  dan hadiah

Bagaimanapun, simpanan bukan menggunakan dalam bentuk wang sahaja, malah perlindungan  seperti insurans atau takaful dianggap salah satu bentuk simpanan dilakukan melalui pengurusan risiko sekiranya  kemalangan atau  kematian.

PELABURAN 

Umum beranggapan bahawa dengan menceburi bidang pelaburan adalah salah satu jalan untuk bergelar jutawan dalam tempoh singkat.

Maka ada yang berani mengambil risiko walaupun tidak mempunyai ilmu mengenai dunia pelaburan.

Kesudahannya masyarakat kita mudah gelap mata apabila dijanjikan dengan pulangan berlipat kali ganda dengan modal sedikit.

Disebabkan kurangnya ilmu mengenai pelaburan, ramai yang menjadi mangsa penipuan skim cepat kaya

Walaupun penipuan seperti ini bukan satu isu baru, namun masih ramai yang terjebak sehingga menyebabkan kerugian ribuan ringgit.

Apakah yang dimaksudkan dengan pelaburan ?

Pelaburan adalah suatu kegiatan menanamkan modal atau wang melalui pembelian instrumen kewangan atau aset baik secara langsung atau tidak bertujuan mendapatkan sejumlah keuntungan.

Jenis- Jenis Pelaburan

Berikut adalah antara beberapa jenis pelaburan yang bagus difikirkan sebagai tips penting baru. Bukan setakat pengalaman malam pertama sahaja, padahal lebih dari itu.

Pelaburan Tunai dan Faedah Tetap

Ia menyediakan kemudahan apabila anda memerlukan wang dan anda tidak mungkin kehilangan modal kerana ia terjamin.

Hartanah

Pelaburan hartanah menawarkan nilai kepada pelabur melalui dua cara iaitu :

  • Peningkatan dalam nilai modal memandangkan harga rumah atau premis perniagaan dan dalam satu jangka masa tertentu.
  • Memperoleh pendapatan daripada sewaan hartanah seperti rumah atau premis perniagaan.
  • Info lanjut berkenaan dengan tips dan cara untuk melabur dalam hartanah, boleh dapatkan di SINI.

SAHAM 

Saham yang juga dikenali sebagai ekuiti atau syer mewakili pemilikan dalam sesebuah syarikat. Apabila anda membeli saham, anda menjadi sebahagian daripada pemilik syarikat dan berhak atas nilai masa depan saham dan keuntungannya.

Kalau nak berdagang saham, wajib kena buka akaun CDS untuk berdagang saham. Info lanjut untuk buka akaun CDS boleh ke SINI.

BON

Apabila anda membeli bon kerajaan atau bon syarikat, anda meminjamkan wang anda bagi jangka masa tertentu, pada jangka masa tertentu, pada kadar faedah ditetapkan.

Hasilnya, anda menerima pulangan pendapatan yang tetap melalui pembayaran faeadah yang juga tetap.

DANA UNIT AMANAH

Dalam unit amanah, wang daripada ramai pelabur individu akan dikumpulkan untuk membeli beberapa kelas aset yang berlainan dalam kuantiti yang besar.

Pengurus dana profesional akan menentukan peratusan daripada dana dilaburkan dalam setiap kelas aset dan pasti negara, industri dan syarikat yang mempunyai prospek serta pulangan terbaik

Setiap pelabur akan menerima unit dalam dana ini. Setiap unit mewakili campuran pelbagai kelas aset seperti saham, bon dan simpanan tetap.

 PERSARAAN 

KWSP/ SKIM PENCEN

Skim persaraan KWSP membabitkan pencarum yang berkeja di sektor swasta dan staf tidak berpencen sektor awam dengan mencarum ke akaun persaraan mereka melalui potongan gaji bulanan majikan.

Amaun caruman tersebut terdiri daripada syer ahli dan majikan yang akan dikreditkan ke dalam akaun KWSP ahli.

Pada era dunia dilanda pandemik Covid-19, caruman persaraan KWSP yang objektifnya untuk kegunaan hari ini telah dapat dinikmati  oleh pencaruman melalui pengeluaran I Lestari, I Sinar dan I Citra bergantung simpanan pencarum.

Penjawat awam dianggap beruntung kerana dilindungi skim pencen selepas persaraan. Mereka tidak perlu risau hilang sumber pendapatan walaupun tidak bekerja atau tidak mampu meneruskan perkhidmatan.

Skim pencen sekarang dibiayai kerajaan melalui dana awam, kerajaan, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi berkaitan kerajaan sebagai majikan menyumbang kepada Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP).

PUSAKA 

Pengenalan Harta Pusaka :

  • Menurut Kamus Dewan, pusaka adalah harta benda yang ditinggalkan oleh seorang yang telah meninggal dunia (untuk diwarisi oleh keluarganya).

Harta pusaka termasuk: 

  • Semua harta yang telah ditinggalkan oleh simati yang diperolehi semasa hayatnya secara halal seperti melalui jual beli, mendapat pusaka, melalui hibah, hadiah, sedekah dan melalui wasiat.
  • Sewaan yang belum dijelaskan kepada simati
  • Hutang kepada simati yang dijelaskan selepas kematian 
  • Dividen /faedah yang terbit daripada harta simati 
  • (KWSP) simati
  • Barang yang terbit selepas mati seseorang dari usaha simati semasa hayatnya.

Harap artikel berkaitan dengan tips pengantin baru ini dapat berikan anda info yang lebih baik untuk menempuh cabaran dalam dunia perkahwinan.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *