Betul Ke Asri Ahmad Penipu? 5 Sebab

Betul ke Asri Ahmad penipu je lebih? Pada artikel kali ini, kami nak membawakan beberapa info yang ands perlu tahu berkenaan dengan individu bernama Asri Ahmad ini.

“Duit tidak akan mampu mempengaruhi hidup seseorang, tetapi apa yang anda buat untuk menjadi kaya dan bagaimana anda uruskan kewangan itulah yang akan menentukan kehidupan anda seterusnya.” Isu kewangan dengan rakyat Malaysia adalah satu isu yang tidak asing lagi. Apapun, artikel ini akan menjawab persoalan, betul ke Asri Ahmad penipu.

Sebilangan besar dari anda memang selalu gagal dari sudut kewangan terutamanya yang berkaitan dengan insurans-takaful, cara penyimpanan wang, terpedaya dengan skim penipuan, dan harta beku kerana kematian. Tetapi jangan kecewa dulu, gagal itu perkara biasa yang penting anda perlu berubah untuk menjadi lebih baik. Salah satu inisiatif yang terbukti berkesan untuk menjana pendapatan adalah dengan bermain saham. 

asri ahmad penipu

Anak Muda VS Main Saham

Pertengahan tahun 2019, mencatatkan peratusan hanya 26% golongan bumiputera sahaja yang terlibat dalam pasaran saham. Jelas, jumlah ini sangat sikit jika dibandingkan dengan keseluruhan jumlah rakyat Malaysia sedangkan inilah lubuk kekayaan yang perlu anda kuasai bermula sekarang. 

Apabila diselidik dengan lebih mendalam, terdapat empat faktor utama mengapa rakyat Malaysia takut untuk melabur saham. Antaranya kerana perasaan takut gagal dalam pelaburan, takut rugi, tiada ilmu pelaburan, dan takut ditipu. 

Kenali Asri Ahmad Dalam Dunia Pelaburan?

Tuan Haji Mohd Asri Ahmad (THMA) atau lebih dikenali sebagai Asri Ahmad adalah sosok lelaki berusia 40 tahun yang sudah dikenali ramai dalam dunia pelaburan saham. Malah jika ada industri seminar pelaburan, Asri Ahmad pasti guru besarnya. Pemilik kepada Asri Ahmad Academy ini berkelulusan dalam bidang Diploma Analisa Pelaburan dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dari UiTM, Ijazah Sarjana dalam bidang (Kewangan) dari Univeristi Putra, Malaysia serta Full Member of The United Kingdom Society of Technical Analysts (MSTA) dan Certified Financial Technician (CFTe).

Pengalaman selama 20 tahun di Bursa Malaysia dan memegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal selama 15 tahun telah membawa perubahan yang sangat ketara kepada dunia pelaburan dunia. Kejayaan demi kejayaan yang dikecapi telah berjaya mengiktiraf beliau sebagai ikon Social Influence Bursa Market Place 2016 yang mana semua perkongsian beliau dalam pelaburan saham adalah sah di sisi undang-undang. 

Antara anugerah dan perhargaan yang pernah beliau rangkul adalah seperti The One Awards 2018 (Outstanding National Entrepreneurs), Bumiputera Dealer Representatives Education Fund, Bursa Marketplace Social Influencer of The Year 2018, Ikon UiTM , Top Remisier & Top Performer Dari Hong Leong Investment, dan The Most Influential Young Entrepreneurs 2019. 

Anda Nak Mula Belajar Saham?

Nama Asri Ahmad memang sinonim dengan pelaburan saham. Tentu anda pun nak tahu serba sedikit mengenai pelaburan saham. Kalau nak melabur saham ini, ada satu soalan yang anda perlu jawab,

“dah ada akaun CDS ke belum?”

Kenapa Seminar Saham THMA Selalu Fullhouse?

Kalau anda rajin, cuba tengok foto-foto seminar THMA yang pernah berlangsung selama ini. Anda pasti akan terpegun kerana seluruh dewan penuh dengan peserta dari pelbagai pelosok tempat, malah ada yang sanggup berdiri dan bersila di lantai sehingga ke akhir seminar semata-mata untuk mengikuti ilmu yang disampaikan oleh THMA. 

Jadi mengapa orang ramai terlalu obses dengan seminar THMA? Antara sebab utamanya adalah THMA seorang yang dipercayai kerana beliau sudah berpengalaman selama 21 tahun dalam dunia saham. Selain itu, beliau juga orang pertama yang mampu buat seminar saham sehingga pecah panggung. Kalau anda pernah pergi konsert artis Malaysia, seminar THMA seakan-akan begitulah suasananya. 

Kalau anda perasan, setiap kali masuk ke Facebook pasti iklan seminar THMA akan kelihatan. Bukan sekali dua tetapi berkali-kali. Pada mulanya memang anda rasa menyampahkan tetapi lama kelamaan anda akan tertekan’, lepas tu ‘terlike’ page, ‘terpergi’ pula seminar. Kemudian ‘terbuka mata’ dengan apa yang disampaikan oleh THMA, dan akhirnya ‘terbuka’ akaun CDS dan berjaya buat duit di pasaran saham

5 Sebab Kenapa Anda Tidak Perlu Hadir Dalam Kelas THMA

1. Semua ilmu yang diajar patuh syariah

Setiap seminar saham mempunyai guru yang berbeza dan bermacam ragam. Ada yang betul-betul mengajar untuk berkongsi ilmu, dan ada juga yang mahu mengaut keuntungan semata-mata dari yuran seminar tetapi tidak mempunyai pengalaman langsung dalam dunia saham. Anda jangan risau, semua kelas atau seminar yang dianjurkan oleh THMA memang sangat bermanfaat, berpengalaman, dan patuh syariah kerana beliau akan ajar yang Syariah-Compliant sahaja. 

Kaya di dunia semata-mata dengan rezeki yang syubhah dan tidak halal pun tiada gunanya kerana nanti di akhirat anda sendiri yang menangung dosa. Lebih baik pilih yang terbaik untuk hidup anda di dunia dan akhirat. 

2. Perkongsian ikhlas dari hati

Liku-liku perjalanan THMA ibarat sebuah roda. Kadang manis, kadang pahit, kadang tawar. Paling teruk beliau pernah berkongsi cerita zaman gelap beliau ketika dotcom dulu. “Jangan berhutang untuk melabur”, itu nasihat beliau kepada semua peserta yang hadir. Setiap apa yang keluar dari mulut THMA sama ada nasihat, gurauan, dan ilmu, amat berguna bukan sahaja dalam pelaburan tetapi kehidupan juga. 

3. Lahirkan beribu protege

Impian THMA untuk melahirkan orang Melayu yang berjaya dalam pelaburan saham akhirnya berjaya. Beliau telah berjaya melahirkan ramai anak murid (protege) yang hebat-hebat seperti Master Yus, Roslinah Laikoi, Jaz Jamaluddin, Iqbal Illias, Aidil Syukri dan ramai lagi. 

4. THMA satu dalam sejuta

Tuan Haji Mohd Asri Ahmad boleh dikatakan tokoh dalam dunia pelaburan. Perkongsiannya tidak hanya merangkumi ilmu dunia tetapi menyentuh juga isu-isu agama dari sudut muamalat dan ekonomi. Kerana itu jika anda perasan seminar-seminar Asri Ahmad akan menghimpunan barisan ustaz atau ilmuan agama yang terkenal dari tanah air. 

Tidak cukup dengan perkongsian seminar, beliau juga sangat aktif berkongsi ilmu di sosial media khususnya Facebook serta menulis dan menerbitkan pelbagai buku keluaran Asri Ahmad Publication seperti Mudahnya Pelaburan Saham, Seni Analisa Chart Pattern, Melabur atau Melebur, dan bermacam lagi. Betul ke Asri Ahmad penipu dan scam?

5. Bukan Skim Cepat Kaya

Rakyat Malaysia dan isu Skim Cepat Kaya memang suatu perkara yang tidak asing lagi. Masih ingatkah anda tentang Scamer Skim Cepat Kaya paling lagend di Malaysia, Pak Man Telo. Lebih 50 ribu rakyat Malaysia sudah tertipu dalam skim ini malah sudah ramai yang berhabis jutaan ringgit. Mungkin sekarang kita rasa tindakan mereka bodoh kerana masih percayakan skim seperti ini. Anda jangan terlalu teruja dulu kerana taktik scammer zaman moden ini lebih hebat berbanding dulu. Kesan darinya ramai masyarakat yang berpendidikan maju pun terjebak sama dalam penipuan ini sama ada menjadi mangsa yang ditipu atau scammer yang menipu. Jadi, betul ke Asri Ahmad penipu?

Siapa Yang Patut Seminar THMA?

  • Jika anda bekerja makan gaji
  • Jika anda kerja sendiri atau usahawan
  • Jika anda merupakan seorang suri rumah
  • Jika anda graduan yang ingin menjana pendapatan pasif
  • Jika anda mahu gandakan simpanan untuk hari persaraan
  • Untuk anda yang zero tentang saham
  • Untuk anda yang kata melabur saham ini untuk orang kaya sahaja
  • Untuk anda yang kata saham ini susah
  • Untuk anda yang kata tiada masa
  • Untuk anda yang katakana saham ini haram
  • Untuk anda yang tidak tahu apa-apa tentang saham
  • Untuk anda yang ingin belajar Formula 7-RM bagi pemilihan saham
  • Untuk anda yang inginkan kebebasan kewangan dan masa

Seribu Satu Rasa Dalam Seminar THMA

Pengalaman yang dikongsi oleh seorang blogger Nadia Johari (miszrockers.com) semasa mengikuti seminar saham bersama Asri Ahmad Academy. Beliau pada mulanya langsung tidak ambil tahu tentang saham atau dengan kata lain zero knowledge tentang saham. Momokan tentang melabur untuk orang kaya, melabur takut rugi makin membuatkan beliau tidak memasang niat langsung untuk belajar ilmu pelaburan. Sehinggalah suatu hari rakan beliau mengajak untuk dengar satu Seminar Labur Saham bersama Asri Ahmad Academy di Tenera Hotel Bangi. 

Kelas bermula seawall 8.30 pagi, pertama kali menjejakkan kaki di situ beliau sudah terkesima dengan lautan peserta dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang mahu mendaftarkan diri. Sosok lelaki awal 40-an kelihatan manis dengan senyuman dan penampilannya yang sangat kemas. Mana-mana mata yang memandang pun pasti sudah mempunyai tanggapan yang baik terhadapnya, itulah Tuan Haji Mohd Asri Ahmad. 

Seminar THMA memang lain dari yang lain kerana cara beliau berinteraksi dengan peserta bukan sebagai seorang yang berkedudukan tinggi dalam dunia saham sebaliknya beliau meletakkan dirinya sebagai seperti seorang guru dan murid. Cara ini sangat berkesan untuk membuatkan suasana pembelajaran menjadi lebih santai dan menarik. 

Tips dan strategi silih berganti diberikan, pengalaman jatuh bangun beliau tidak malu untuk diceritakan sebagai pengajaran untuk peserta yang hadir, ilmu dunia diselitkan sekali dengan ilmu akhirat. Ringkasnya, seminar THMA adalah pakej yang lengkap untuk pelabur baru yang ingin belajar dengan lebih mendalam tentang saham. Bagi beliau, beliau ingin memartabatkan ekonomi ummah dengan melahirkan 1 rumah 1 pelabur berlandaskan syariah. Jadi tidah hairan jika beliau inginkan yang terbaik demi memastikan kepuasan pelanggannya.

“Kalau anda tidak jumpa caranya untuk buat duit ketika anda tidur, anda akan hidup bekerja buat selama-lamanya.” Ilmu pelaburan adalah ilmu yang sangat bernilai dan eksklusif untuk dipelajari. Diharapkan perkongsian tentang dua individu paling dikenali dalam dunia pelaburan ini dapat memberikan anda informasi yang berguna untuk kehidupan anda pada masa ke depan. 

Jadi, pada pandangan anda, betul ke Asri Ahmad penipu?

Related Posts

One thought on “Betul Ke Asri Ahmad Penipu? 5 Sebab

  1. Salam, saya ingin bertanya untuk kepastian. Ada pemilik akaun Telegram ini orang yg sama? @Mohd_Asri_4hmad

    Adakah THMA menganjurkan program seperti dalam group Telegram yg dikendalikan oleh pemilik akaun tersebut?

    Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *