7 Cara Main Saham Global – No 3 Wajib

Anda mesti tertanya-tanya macam mana cara main saham global. Tetapi sebelum itu, saya nak betulkan istilah, bukan main saham tetapi labur saham. Saya gunakan term “main saham” kerana ianya lebih popular setakat ini. Apapun berbalik kepada topik, berbaloi ke nak trade saham global.

Ianya berbaloi kalau anda rasakan yang saham di Bursa sudah tidak menarik lagi. Kemudian ingin cuba-cuba untuk melabur dalam pasaran global. Ya, anda boleh lakukan tiada masalah untuk itu. Apapun, pada kali ini, kami nak berikan sedikit panduan kepada anda tentang bagaimana tips dan cara untuk anda mula melabur dalam saham global.

Apapun, nak tahu macam mana nak trade saham global dan platform ataupun broker terbaik untuk anda gunakan, boleh baca artikel ini sampai habis. 

cara main saham global

Broker Saham Global Terbaik

Pertama sekali, kalau nak trade saham global, kena fikirkan pasal broker. Macam di Malaysia pun, kalau nak trade saham di bursa, kenalah melalui participating organization ataupun dalam istilah lebih mudah, broker saham. Untuk nak trade saham global pun, anda perlu untuk mempunyai broker.

Beberapa manfaat jika anda trade saham global, tentulah anda mempunyai akses kepada kaunter yang anda minat dan boleh cuba untuk melabur secara long term. Anda boleh akses kepada kaunter-kaunter yang ada di serata dunia seperti di New York Stock Exchange (NYSE), Thailand, Indonesia dan Singapore. Pada masa itu, semua strategi perlu berubah dan tak digalakkan untuk anda cuba main saham strategi intraday.

Kelas Saham Global

Untuk melabur dalam saham global perlu ke kelas ke? Bagi saya, cukup kalau mempunyai platform pelaburan dan akses live chart yang membantu. Kenapa saya berkata begitu, kerana analisa masih lagi menggunakan live chart ataupun candlestick yang sama sahaja dengan candle dalam pasaran Malaysia.

Jadi persoalan perlu ke kelas khas kalau nak trade saham global? Ianya terpulang kepada keperluan anda tetapi kami tak rekemen ambil kelas khas. Jika anda memang dah mahir dengan teknikal analisis, tak perlu pun nak ambil kelas yang baru kerana ianya masih lagi perkara yang sama. Jika anda rasa perlu, boleh tak ada masalah untuk ambil kelas yang baru dan iany bergantung kepada keperluan anda.

Apapun, berikut adalah antara beberapa manfaat kalau anda berdagang saham global;

  • Kepelbagaian kaunter saham yang tidak terhad kepada saham di Malaysia sahaja. Kalau di Malaysia ada sektor glove yang unik dan tidak banyak tempat lain yang mempunyai sektor yang sama, akan tetapi, anda boleh akses saham yang popular seperti Zoom, yang berkaitan dengan Vaksin dan lain-lain di peringkat global. 
  • Nak pelbagaikan modal anda, memang tak salah nak cuba berdagang saham global kerana anda mempunyai akses untuk pelbagai saham yang ada di Malaysia. Akan tetapi, ianya tetap datang dengan risiko dan anda kena jelas untuk hal tersebut.

Platform Saham Global Patuh Syariah

Antara soalan yang sering ditanya saya, saham global mana yang patuh syariah? Kalau dalam CGS CIMB, jika anda memilih platform yang patuh syariah, secara automatik anda hanya boleh membeli saham yang patuh syariah sahaja. Termasuklah saham global. 

CGS CIMB memang dah filter siap-siap kautner yang patuh syariah dan ini memudahkan anda untuk buat keputusan. Tak ada istilah “terbeli” pada waktu ini. Tetapi, jika anda memilih akaun conventional, memang anda boleh memilih kaunter yang tidak terhad kepada kaunter syariah ataupun sebaliknya. Apapun, pilihn di tangan anda untuk membuat pemilihan berdasarkan kepada kaunter yang anda masuk.

Apapun, untuk edisi lebih mudah, boleh dapatkan info lanjut di dalam video di bawah;

Saham Global Yang Patuh Syariah

Memang ada pihak ataupun app tertentu yang tentukan sama ada sesuatu saham terutamanya di NYSE itu patuh syariah ataupun sebaliknya. Untuk itu, anda kena subscribe additional charge untuk akses app tersebut.

Tetapi di CGS CIMB, anda tak perlu pun untuk subscribe additional charge untuk tahu sesuatu saham patuh syariah. Cukup dengan akses kepada platform yang kami berikan. 

Terpulang kepada anda, tetapi bagi cara main saham global, faktor patuh syariah adalah antara concern penting untuk berdagang.

Berapa Charge Ataupun Brokerage Fee Kalau Trade Global

Secara jujurnya, brokerage kalau anda nak trade saham di Malaysia ini jauh lebih murah berbanding dengan kalau anda nak trade saham global. Ya betul, in dan out brokerage di CIMB setakat ini adalah RM8 / 0.1% tetapi kalau platform global berapa brokerage yang dikenakan?

Disebabkan oleh kemugkinan ada perbezaan charge yang bakal dikenakan dari masa ke semasa. Kami tak dapat nak letak di sini kerana mungkin caj brokerage berbeza pada waktu artikel ini di tulis dan ketikan anda sedang membaca artikel ini. Jika anda nak tahu berapa brokerage, boleh isikan maklumat anda dalam link di bawah ini dan kami akan berikan anda maklumat yang anda pinta.

Ada kemungkinan juga yng anda nak melabur secara long term dalam pasaran daham di US, tak ada masalah dan lagi digalakkan.

Live Data – Boleh Guna Platform Tradingview

Tak semestinya dengan broker saham yang berdaftar sahaja, anda pun boleh gunakan akses charting platform lain terutamanya Tradingview untuk analisa saham yang anda mahukan. Penting untuk sukses secara jangka panjang.

Apapun, terpulang kepada anda untuk menggunakan charting platform yang mana asalkan ianya memberikan anda keuntungan jangka masa panjang.

Boleh daftar Tradingview dulu secara percuma di SINI.

Mula Main Saham Global Sekarang

Harapnya artikel cara main saham global ini memberikan semua informasi kepada anda untuk berdagang diluar negara.

Alternatif lain saya sangat rekemen untuk anda lihat semula pasaran crypto currency seperti Bitcoin, Etherium dan lain-lain. Boleh baca dulu sebab kenapa saya lebih selesa dengan Crypto berbanding saham dalam video di bawah ini.

Nak daftar Crypto pun tak susah, boleh tengok beberapa review penting dari kami dalam artikel di SINI dan SINI.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *