Badal Umrah Untuk Arwah Jimat RM2000!

Tuntutan mengerjakan ibadah umrah dan haji adalah salah satu kewajipan bagi setiap umat Islam yang berkemampuan untuk menyempurnakan Rukun Islam kelima itu. 

Namun begitu, bagi seseorang yang mempunyai keuzuran seperti sakit parah atau sudah meninggal dunia tetapi ada kemahuan ingin mengerjakan ibadah umrah tersebut, maka waris terdekatnya boleh melakukan badal umrah untuk arwah. 

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda semua berkenaan dengan badal umrah untuk arwah. 

badal umrah untuk arwah

Apa itu badal umrah?

Badal dari segi ertinya bermaksud ganti atau penganti. Manakala badal umrah atau upah umrah adalah satu kaedah yang digunakan untuk menggantikan seseorang individu yang terhalang daripada melaksanakan ibadah umrah atas beberapa alasan seperti keuzuran atau kematian.

Hukum melaksanakan badal umrah

Terdapat banyak ahli fuqaha yang berpendapat ia dibolehkan untuk badal umrah ke atas orang lain atas beberapa sebab tersebut.

Badal umrah ini tidak boleh dikerjakan oleh orang lain melainkan ada beberapa keadaan seperti:

  • Seorang yang telah meninggal dunia dan memiliki kewajipan haji yang belum ditunaikan.
  • Seorang yang lumpuh dan tidak mampu untuk bergerak.
  • Seorang yang memiliki sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh.

Manakala dalam keadaan selain dari yang disebutkan itu, berdasarkan pandangan mazhab Syafie adalah tidak dibenarkan orang lain untuk melakukan badal umrah. 

Hal ini bertepatan dengan sebuah hadis daripada Abu Razin bahawa beliau telah berkata kapada Rasulullah SAW:

يا رسولَ اللَّهِ إنَّ أبي شيخٌ كبيرٌ لاَ يستطيعُ الحجَّ ولاَ العمرةَ ولاَ الظَّعن. قالَ: احجج عن أبيكَ واعتمر

Maksudnya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya ayahku sudah sangat tua, dia tidak mampu untuk menunaikan haji dan umrah serta tidak berkemampuan lagi untuk menaiki kenderaan ke sana. Baginda SAW bersabda: “Tunaikanlah haji dan umrah bagi pihak ayahmu.” – (Hadis Riwayat Abu Daud, No. 1810; Al-Tirmizi, No. 930; Al-Nasa’I, No. 2621)

Syarat badal umrah

Sebelum mengetahui tatacara untuk mengerjakan badal umrah untuk arwah, penting juga untuk kita memahami dahulu syarat-syarat yang perlu diperhatikan ketika hendak melakukan ibadah ini.

Syarat badal umrah ini merangkumi beberapa pihak yang berhak untuk mewakilkan umrah, peraturan untuk badal umrah lawan jenis, dan sebagainya.

Berikut ini kami kongsikan beberapa syarat yang perlu kita tahu sebelum melaksanakan badal umrah untuk arwah:

  • Badan umrah tidak sah dilakukan jika ia diwakili oleh orang yang masih mampu secara fizikal dan kesihatan untuk melakukan ibadah tersebut.
  • Badal umrah sah dilakukan untuk mewakili orang yang sakit dan tidak sembuh, orang tua yang tidak kuat tubuh badannya, dan orang yang telah meninggal dunia.
  • Badal umrah bukan untuk mewakili orang yang tidak mampu dari segi harta, sebab hukum mengerjakan umrah adalah sunat dan dianjurkan bagi yang mampu sahaja.
  • Orang yang mewakilkan umrah untuk orang lain haruslah terlebih dahulu melakukan ibadah umrah untuk dirinya barulah dilanjutkan untuk orang lain pula.
  • Boleh melakukan ibadah umrah untuk orang yang berlainan jantina.
  • Tidak boleh melakukan badal umrah untuk dua orang atau lebih dalam sekali ibadah.

Oh ya, anda boleh jimatkan kos umrah dengan buat stail umrah DIY dan pada masa yang sama, laksanakan badal umrah untuk arwah. Nak tahu macam mana caranya, boleh dapatkan info lanjut di SINI.

Rukun badal umrah dan larangan ketika badal umrah

Umumnya, dari segi rukun badal umrah dan larangan ketika badal umrah adalah sama seperti mana yang telah ditetapkan untuk ibadah umrah biasa.

Cara mengerjakan badal umrah

Berikut ini kami kongsikan rukun umrah atau cara mengerjakan badal umrah yang tepat.

1. Berniat badal umrah / ihram

Setiap amalan perlu diawali dengan niat. Dalam ibadah, niat adalah perkara wajib yang perlu dilafazkan termasuklah dalam halnya malaksanakan ibadah badal umrah.

Sesiapa yang melakukan ibadah umrah perlu memakai pakaian ihram (tanpa jahitan) dan melafazkan niat dari Miqat (titik awal memulai ibadah umrah).

Lafaz badal umrah adalah seperti yang berikut:

نَوَيْتُ العُمْرَةَ عَنْ فُلَانٍ وَأَحْرَمْتُ بِهِ للهِ تَعَالَى

Nawaitu ‘umrata ‘an fulan (sebut nama jemaah umrah yang dibadalkan) wa ahramtu bihi lillahi ta ‘ala

Maksudnya: “Sahaja aku berniat badal umrah bagi (nama) dan aku berihram dengannya kerana Allah Ta’ala.”

2. Tawaf

Seterusnya adalah bertawaf. Tawaf bermaksud mengelilingi kaabah sebanyak 7 kali pusingan. Tawaf bermula dari Hajar Aswad dan kita sangat disarankan untuk mengusap Hajar Aswad ketika melawatinya. 

Sekiranya tidak berkesempatan, maka diperbolehkan dengan memberi isyarat lambaian tangan ke arah Hajar Aswad sambil membaca “Bismillah Allahu Akbar”, berzikir, atau, apa-apa doa yang ingin dilafazkan. 

Ketika bertawaf, pastikan kaabah sentiasa berada di bahagian bahu kiri sepanjang masa tawaf. Perlu dipastikan juga garis permulaan dan penamat kita berakhir perlulah sama.

3. Sa’i

Langkah mengerjakan ibadah badal umrah yang berikutnya adalah sa’i. Sa’i adalah perjalanan ulang-alik dari Safa ke Marwah sebanyak 7 kali.

Ketika melaksanakan rukun ini, tidak ada doa yang diwajibkan dibaca sehingga dalam melakukan Sa’i kita diperbolehkan untuk memanjatkan doa yang diinginkan.

Amalan Sa’i ini adalah bersempena memperingati peristiwa Siti Hajar yang mencari air untuk diberikan kepada anaknya, Nabi Ismail yang ketika itu masih kecil.

Siti Hajar terpaksa berlari ke sana dan ke sini sebelum menjumpai sumber mata air yang kini dikenali dengan mata air Zam-Zam.

4. Tahallul

Tahallul adalah bercukur atau bergunting. Ia memberi kita kebebasan untuk melakukan larangan ihram seperti mencukur rambut atau menggunting rambut paling sedikit tiga helai rambut.  

Untuk lelaki sebaiknya mencukur rambut sampai habis dan jemaah perempuan memotong rambut minimal 3 helai.

Proses ini dilakukan ketika kita berada di luar Masjidil Haram dekat Bukit Marwah. Selesai sahaja proses tahallul, para jemaah boleh melakukan perbuatan-perbuatan yang dilarang menunaikan ibadah umrah.

5. Tertib

Akhir sekali adalah tertib yang mana kita haruslah melaksanakan segala rukun umrah satu persatu atau sesuai dengan tuntutan, turutan, dan peraturan yang ditetapkan.

Ringkasnya semua tatacara untuk melaksanakan ibadah badal umrah untuk arwah ini sama sahaja seperti umrah biasa. Hanya perbezaannya kepada niat yang perlu dibaca sahaja dimana nama mereka yang kita buat badal haji ke atasnya perlu dilafazkan sekali. 

Kelebihan mengerjakan badal umrah untuk arwah

Banyak sebenarnya keistmewaan yang boleh kita perolehi sekiranya mengerjakan badal umrah untuk arwah.

Pertama, kelebihannya tentulah kepada si mati. Yang mana pahala dan sedekah umrah yang kita kerjakan di atas nama mereka akan mengalir kebaikannya dan membantu mereka di alam kubur sana.

Hal ini bertepatan dengan sebuah hadis dari Abi Huhairah RA, 

Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia,maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya.” – (Hadis Riwayat Muslim)

Kedua, bukan sahaja pahala mengerjakan badal umrah itu diperolehi oleh si mati tetapi juga kepada mereka yang bantu untuk mengerjakannya. Kebiasannya orang-orang yang diamanahkan untuk buat badal umrah ini bukanlah sekali ke tanah suci untuk melakukan ibadah. 

Sebaliknya berkali-kali ke sana untuk mengerjakan umrah iaitu umrah untuk dirinya sendiri dan badal umrah. Justeru itu, bagi orang lain yang buat umrah untuk dirinya hanya mendapat satu kebaikan, sebaliknya mereka ini mendapat banyak pahala atas badal umrah yang dikerjakan.

Diharapkan artikel berkenaan dengan badal umrah untuk arwah ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Pakej jimat umrah paling murah dan telus

Buat umrah dalam usia muda memang sangat memudahkan. Namun tentunya tidak ramai yang berani sahut cabaran itu atas faktor utama seperti bajet. 

Ingin tahu bagaimana anda boleh kerjakan umrah dengan bajet kurang di bawah RM7,000 seorang, paling murah, dijamin telus dan bukannya scam! 

Layari sahaja www.rahsiaumrahdiy.com dan dapatkan segala informasi bermanfaat untuk bantu anda rancang bajet umrah dengan mudah dan cepat.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *