5 Step Cara Buat Bank Draft 2024

Macam mana cara buat bank draft? Pada artikel kali ini, kami akan tunjukkan kepada anda beberapa langkah untuk buat bank draft dengan mudah. Tapi sebelum itu, anda perlu tahu apa itu bank draft dan kegunaan bank draft.

Pertama kali saya dengar dan ambil tahu berkenaan dengan bank draft adalah semasa nak bid rumah lelong di mahkamah tinggi. Ya, nak bid rumah lelong memang kena ada bank draft, kalau anda datang ke sini sebab nak buat bank draft untuk bid rumah lelong, boleh baca dahulu info berkaitan dengan tips beli rumah lelong di SINI.

Bank draft merupakan satu instrumen yang sah untuk anda melakukan pembayaran wang yang besar, biasanya RM10k dan ke atas, tanpa perlu mengeluarkan tunai yang banyak. Nak bid rumah lelong biasanya perlukan deposit 10% daripada harga rumah, jika rumah berharaga 200k, anda perlukan 20k. Di sinilah bank draft sangat diperlukan untuk melicinkan lagi proses pembayaran.

Tak terhad kepada rumah lelong sahaja, kereta lelong, nak mohon IPO pun kadang-kadang perlukan bank draft, tetapi untuk IPO kebanyakannya hanya perlu transfer dari akaun bank sahaja.

cara buat bank draft

Bank Draft Selamat Digunakan

Untuk pengetahuan anda, bank draft adalah selamat digunakan dan ianya dijamin oleh institiusi kewangan di Malaysia. Ianya memang memudahkan pembayaran dalam jumlah yang besar kepada pihak lain. 

Jika gunakan bank draft, tak akan ada isu kena tendang ataupun cek tendang kerana memang ada duit dalam bank draft tersebut.  Apapun, kami akan tunjukkan kepada anda step by step apa yang anda perlu lakukan untuk buat bank draft.

Pergi Ke Kaunter Bank

Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah pergi ke kaunter bank mengikut jenis bank yang anda mahukan. Jika anda mahu keluarkan bank draft Maybank, pergi ke kaunter Maybank terdekat, jika anda mahukan CIMB, pergi ke kaunter CIMB terdekat.

Pergi Ke Kaunter Pertanyaan

Seperti biasa, pergi ke kaunter pertanyaan untuk dapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan langkah-langkah untuk buat bank draft. Pastinya officer di kaunter pertanyaan akan membantu anda nanti.

Dapatkan Nombor Giliran Dan Isi Borang Berkaitan

Isi  borang berkaitan untuk anda buat bank draft. Isikan semua butiran yang dikehendaki seperti nama penuh penerima / nama syarikat, juga maklumat lain seperti no kad pengenalan, no telefon alamat dan lain-lain.

Dah selesai anda isikan semua maklumat berkaitan dalam borang bank draft, apa yang anda perlu lakukan adalah untuk ambil no giliran. Mudah sahaja kan.

Isi Borang Pengeluaran

Dah tiba giliran pergi ke kaunter dan biasanya akan ada lagi borang yang anda perlu isikan iaitu borang pengeluaran. Setelah semuanya selesai, maka siaplah bank draft anda. 

Kegunaan Bank Draft

Bank draft mempunyai beberapa kegunaan lain selain daripada untuk kes rumah lelong dan kereta lelong.

  • Digunakan dalam pelbagai jenis pembayaran dalam banyak mata wang. Fungsinya sama sahaja seperti wang tunai cuma yang menariknya, tiada tarikh luput bagi kebanyakan institiusi kewangan di Malaysia.
  • Anda perlu buat pemeriksaan terdahulu terutama ada bebrapa institiusi kewangan di Malaysia yang tak menerima bank draft melebihi beberapa bulan.
  • Bankers cheque ataupun cek bank adalah antara nama lain untuk bank draft.
  • Boleh digunakan untuk pelbagai transaksi dan tiada had pengeluaran. Saya pun pernah menerima bank draft dalam jumlah kecil RM20 untuk refung takaful kenderaan yang tak digunakan. Jumlah kecil dan jumlah besar, mana-mana pun boleh.
  • Ianya boleh dibatalakan jika berlaku kerosakan dan sebagainya.

Sampai sini sahaja artikel berkaitan dengan cara buat bank draft ni. Tak susah sebenarnya nak buat bank draft, pergi sahaja ke mana-mana institiusi kewangan (baca : Bank) di Malaysia ini dan anda boleh buat bank draft dari situ. Biasnaya akan dikenakan sedikit caj untuk keluarkan bank draft tersebut tetapi, ianya sangat berbaloi.

Nak buat bank draft, boleh buat sekarang.wo

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *