7 Senarai Kerja Lepasan SPM 2023

Apa kerja lepasan SPM yang sesuai sekarang ini untuk anda lakukan? Dah habis belajar dan sementara tunggu keputusan SPM tu, bolehlah buat beberapa kerja sambilan dahulu. Lagi bagus kalau kerja yang anda lakukan itu, boleh berikan anda pendapatan untuk jangka masa panjang, bukan setakat selepas SPM, pun boleh anda gunakan walaupun sudah masuk ke alam universiti nanti.

Apa kerja yang anda boleh lakukan? Banyak je kerja yang anda boleh buat, anda boleh sahaja pergi ke mana-mana kilang terdekat dan kerja sebagai operator pengeluaran dan sebagainya. Apapun, itu bukan fokus pada artikel kali ini. Artikel pada kali ini lebih fokus kepada kerja sambilan dan pada masa sama yang anda boleh anggap sebagai satu perniagaan yang memberikan pendapatan jangka masa panjang.

Sentiasa fikirkan pekerjaan yang boleh berikan pulangan untuk jangka masa panjang. Pun ada beberapa alternatik yang anda boleh juga lakukan untuk pekerjaan selepas SPM bagi mendapatkan cash secara cepat.

kerja lepasan spm

Jadi Seorang Youtuber

Nampak mudah dan memang mudah pun. Anda upload je video di Youtube dan video tu sememangnya berikan penyelesaian kepada masalah orang lain di luar sana la. Jika anda berikan penyelesaian kepada permasalah orang lain, insyaAllah video ada akan ada tontonan. Bila ada yang menonton, ada la pendapatan dari situ.

Ada banyak topik yang anda boleh buat untuk video di youtube. Sebagai contoh, chanel smartinvest101 cuba fokus pada topik berkaitan dengan cara untuk tambah income, tambah pendapatan dan lain-lain. Bolehlah cuba tengok dan mintak tolong subsribe sebagai tanda sokongan.

Anda pun boleh buat topik seperti topik deco rumah, memasak, topik penjagaan kereta dan lain-lain. Mula sahaja dengan satu video dan kemudian cuba untuk improve satu persatu. Pada masa yang sama, boleh tengok beberapa artikel kami berkaitan dengan cara untuk bermula dengan Youtube.

Jadi Penjual di Shopee

Tak semua orang boleh upload video content secara konsisten. Ada yang lebih selesa jadi penjual di Shopee. Nak jual di Shopee tak susah pun, ada barang yang anda nak jual, lepas tu cuba upload listing produk anda tersebut di Shopee.

Nak jadi penjual di Shopee ini sangatlah mudah, walaupun anda baru lepas SPM, anda dah boleh buka kedai anda sendiri. Lagilah kalau kedai di Shopee ni tak perlu nak tunjuk muka sangat, semuanya boleh dilakukan secara online. Boleh baca step by step macam mana nak buka kedai online di Shopee dalam artikel di SINI.

Mungkin anada akan cakap, tak ada modal sangat, tak mengapa pun kalau tak ada modal. Boleh gunakan stail dropship dan jual semula di Shopee. Kos pula sangatlah minima dan pada saya sangat berbaloi untuk anda yang tak ada modal yang besar untuk bermula. Nak tahu lebih lanjut berkenaan dengan cara untuk menjadi seorang penjual di Shopee stail dropship, boleh baca artikel di SINI untuk anda dapatkan info lanjut.

Jual Simkad Halo Telco

Walaupun anda baru lepas SPM ataupun sebagai seorang student, sememangnya anda akan perlukan simkad ataupun talian untuk anda berhubung. Untuk internet, untuk call dan sebagainya. Macam mana kalau saya katakan yang, anda boleh guna talian telefon macam biasa akan tetapi, pada masa yang sama, anda boleh dapat pendapatan pasif secara sambilan konsisten setiap bulan.

Ada banyak pelan menarik yang anda sendiri boleh cuba termasuk pelan khusus untuk pelajar. Boleh sahaja anda gunakan pelan Halo Telco terlebih dahulu dan jika anda nak tambah pendapatan dengan telco tersebut, anda boleh tambah pada bila-bila masa sahaja. Info lebih lanjut berkenaan dengan Halo Telco plan boleh ke SINI. Oh ya, anda pun boleh claim simkad FREE dari kami. Bagus untuk anda bermula awal. Macam mana nak claim? Boleh sahaja ke artikel di atas untuk anda dapatkan info lanjut.

Dah alang-alang anda pun guna pelan prepaid ataupun postpaid, apa salahnya kalau anda beli dan guna Halo telco ini.

Trade Cryptocurrency

Pernah dengar Bitcoin? Anda dah boleh trade ataupun berdagang Bitcoin sebenarnya. Tidak terhad kepada Bitcoin, anda pun boleh trade coin lain yang anda untuk mendapatkan sedikit keuntungan daripada trading anda. Antara coin yang anda boleh trade adalah Etherium, XRP dan lain-lain untuk platform LUNO.

LUNO cuma terhad kepada 5 coin sahaja untuk anda trade. Kalau anda nakkan lebih exposure, boleh cuba untuk trade ataupun berdagang coin-coin lain di platform international. Antara platform yang anda boleh cuba adalah platform Kucoin. 

Untuk trade Cryptocurrency ini, anda perlukan kemahiran dalam membuat analisa teknikal. Ini sangat penting untuk jangka masa panjang. Untuk buat analisa teknikal, saya cadangkan untuk anda daftar sahaja Tradingview di SINI. Nak daftar free je dan kalau anda nak akses chart pun free je. Semua mudah dan simple.

Jadi Dropship

Kami ada cadangkan untuk anda gunakan model dropship ini kalau anda tak ada modal yang besar. Tak ada tempat nak simpang barang dan juga stor dan lain-lain lagi. Gunakan strategi dropship pun bagus sebagai satu permulaan. Untuk dropship, tak semestinya anda kena bermula dengan menjadi dropship di Shopee sahaja, ada banyak produk dropship yang anda boleh cuba.

Jika anda seorang perempuan dan sangat ambil berat dan tahu apa trend terkini, boleh cuba gunakan dropship tudung. Info lanjut boleh dapatkan dalam artikel di SINI.

Penting untuk tengok video di atas terutamanya kalau anda serious nak buat business dropship tudung.

Selain daripada tudung, apa lagi alternatif lain yang ada?  

Boleh baca beberapa artikel di sini;

Drophsip ni sangat luas, tidak terhad kepada strategi di Shopee sahaja. Anda pun boleh cuba gunakan strategi marketing menggunakan platform lain sebagai contoh platform Facebook dan juga Whatsapp. Kedua-dua platform ini memang sangat penting selain daripada platform di Shopee. Selain itu jangan lupa juga, selain daripada tools, ayat jualan yang memukau pun adalah antara perkara penting yang anda perlu ambil kira untuk melariskan jualan.

Jual Makanan Secara Sambilan

Tak perlu nak pening kalau tak minat nak buat perniagaan online. Jual je makanan tu dan kemudian nak dapat pelanggan post je di Facebook group terdekat dan juga kedai whatsapp daerah anda. Selain daripada Facebook group daerah, anda pun sebenarnya boleh akses dan menjual di Whatsapp group daerah anda. Nak tahu caranya, boleh ke video di SINI.

Tak semestinya kalau makanan tu, anda kena jual burger je. Ada banyak pilihan produk lain yang anda boleh jual sebenarnya. Tak nak pening sangat, boleh jual produk ataupun dapatkan senarai produk yang anda boleh jual di SINI.

Perniagaan makanan adalah antara perniagaan yang menguntungkan terutama diwaktu PKP sebelum ini. Jangan risau, pada masa akan datang pun, permintaan berkaitan dengan makanan akan sentiasa bertambah. Nak cari kerja lepasa SPM, boleh ambil kira secara serious untuk menjual makanan ini.

Ambil Upah Menulis

Minat menulis dan ingin jadi penulis sambilan, tak ada masalah. Ada laptop, semuanya boleh. Kalau menulis ni memang perlukan laptop untuk lebih mudah. Nak tahu cara dan step by step untuk mula menulis boleh dapatkan info lanjut dalam artikel di SINI.

Mula Dengan Affiliate

Ada banyak cara untuk anda tambah income dengan strategi affiliate. Affiliate ini, anda promosi je produk orang lain melalui. Info lanjut untuk anda buat duit dengan affiliate anda boleh baca dalam artikel kami di SINI.

Ini adalah serba sedikit kerja lepasan SPM yang anda boleh lakukan untuk jangka masa panjang. Lakukan dan promosi secara konsisten, akan membolehkan anda untuk mendapat keuntungan jangka masa panjang. Harap beberapa idea dalam blog ini membuka mata anda untuk mula mencari pekerjaan dan membolehkan anda untuk mempunyai pendapatan sendiri jangka masa panjang.

Related Posts

2 thoughts on “7 Senarai Kerja Lepasan SPM 2023

  1. Wowo…a good list to suggest a temporary jobs to take on for those finished SPM exam now & waiting results before further studies. Absolutely useful. Cheers Siennylovesdrawing

  2. Sekarang banyak pilihan, asalkan ada kerajinan dan masa. Dah banyak platform untuk menjana kewangan, even dari usia muda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *