Apakah risiko perniagaan burger yang perlu anda tahu sebagai seorang peniaga? Artikel pada kali ini akan menerangkan secara terperinci berkenaan masalah ini dan solusi terbaik untuk membantu anda mencapai keuntungan berganda.
Melihat pada corak pemakanan rakyat Malaysia pada hari ini, mereka tidak hanya menjadikan nasi semata-mata makanan ruji yang dimakan setiap hari. Generasi millennial sanggup berjalan kaki pukul 2-3 pagi ke restoran makanan segera 24 jam untuk menikmati burger.
Malah generasi tua juga tidak hairan apabila diletakkan seketul burger dalam hidangannya kerana mereka turut melalui fenomena “fast food everywhere” di Malaysia ini.

Sejarah Burger di dunia
MacDonald’s, Burger King, Kentucky Fried Chicken (KFC), A&W adalah contoh-contoh restoran international yang mempunyai cawangan makanan segera di Malaysia dengan membawa menu utama iaitu burger. Tercetusnya idea teknik daging kisar adalah dari tentera Mongol pada abad ke-13 yang mula menakluk sepertiga Dunia Lama.
Apabila Mongol berjaya menguasai Poland, budaya mengisar daging popular di Eropah, termasuk bebola daging yang popular di Skandinavia, dan Frikedeller di Belanda. Perkataan “Hamburger” diambil kerana ramai pekerja dari Poland bekerja di pelaburan Hamburg, sehingga menyebabkan makanan ini terkenal di bandar itu.
Asal Usul Burger Bertapak di Malaysia
Bagaimana burger boleh terkenal di Tanah Melayu sedangkan ia mula diperkenalkan di barat? Penduduk Melayu yang hanya kenal nasi lemak, dan kuih muih tradisional sahaja pada masa itu, mula mengenali burger disebabkan oleh perkembangan pesat ekonomi negara. Ramai orang asing datang ke negara kita untuk mempengaruhi sumber ekonomi, agama, dan politik.
Sebagaimana pengaruh budaya makanan dari luar seperti rempah ratus masuk dalam menu hidangan tempatan, begitu jugalah dengan tertubuhnya Cold Storage di Klang pada tahun awal 1930-an.
Syarikat yang merupakan pembekal kepada barangan import dari negara seperti Amerika Syarikat dan Eropah ini telah memberi kesan pada corak makanan rakyat tempatan sehingga ke hari ini.
Trend & Inovasi Makan Burger
Roti, daging, sayur, sos, dan keju adalah bahan asas dalam seketul burger. Tetapi “burger skema” seperti ini sudah semakin berinovasi dengan sangat kreatif dari cetusan idea rakyat tempatan kita. Contohnya seperti burger nasi lemak, burger donut, burger coklat leleh, burger hitam, burger musang king, burger salted egg, dan bermacam-macam lagi.
Malah tidak perlu hairanlah jika ramai peniaga burger ini bukanlah seperti sentimen masyarakat yang beranggapan mereka dari golongan geng “takde kerja”, “pengangguran”, atau “sekolah tak habis”. Kerana, banyak di antaranya mempunyai latar belakang yang cemerlang seperti bekas pilot, atau chef di hotel lima bintang.
Burger Paling Mahal di Dunia Berharga RM 24, 718
Macam tidak masuk akal langsung ada orang sanggup menghabiskan puluhan ribu ringgit demi seketul burger. Tetapi itulah yang berlaku di Belanda, apabila mereka telah memegang rekod sebagai burger termahal di dunia setakat ini.
Gelaran “Golden Boy” yang sangat catchy dan memukau adalah cetusan idea dari Robbert Jan de Veen, pemilik restoran Belanda iaitu De Daltons. Anda pasti tertanya-tanya mengapa burger ini mempunyai harga kayangan?
Menurut info, burger ini dihasilkan dari roti yang menggunakan champagne Don Perignon dan disaluti dengan daun emas, daging wagyu Jepun, ketam raja Alaska, 100% Iberico Vintage Jamon Joselito Bellota, dan truffle putih serta kaviar Beluga.
Manakala sosnya pula diperbuat daripada kopi luwak, dan wiski Rare Cask Maccalan, serta mayonis kucai saffron salai dari telur itik. Bukan itu sahaja, burger ini juga melalui proses pengasapan menggunakan wiski untuk proses terakhir.
Maka tidak hairanlah harganya jauh melangit kerana bahan-bahan yang digunakan pun amat premium, berkualiti tinggi, dan terhad di dapati di seluruh negara,
Dalam video di bawah, ada beberapa idea lain selain makanan yang anda boleh kaji selain daripada burger.
8 Risiko Perniagaan Burger
Setiap perniagaan mempunyai cabaran dan risikonya yang tertentu. Begitu juga dengan perniagaan burger, ramai yang sedang bergelut dengan masalah luaran dan dalaman sepanjang membangunkan perniagaan tersebut. Sebelum anda nak tahu senarai barang nak jual burger, ketahui dulu beberapa risiko yang anda perlu untuk tahu.
1. Bencana alam
Bencana alam seperti hujan ribut, tanah runtuh, angin taufan, bajir, dan wabak penyakit adalah kejadian yang kita tidak mampu untuk mengawalnya. Wabak pandemik seperti Covid-19 yang melanda seluruh dunia termasuk Malaysia sangat memberi kesan kepada peniaga di tepi jalan.
Hal ini kerana, mereka terpaksa akur dengan perintah kerajaan melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) bagi membendung virus ini dari terus merebak dalam kalangan masyarakat tempatan.
Dengan waktu perniagaan yang terhad, dan rasa takut masyarakat untuk keluar dari rumah menyebabkan perniagaan burger akan kekurangan pembeli dan merencatkan keuntungan yang diperoleh secara mendadak.
2. Stok bahan mentah yang rosak
Bahan utama yang mudah rosak dalam membuat burger adalah sayur-sayuran dan daging. Walaupun kita masih boleh menyimpannya di dalam peti sejuk tetapi sudah pasti hanya untuk tempoh yang sekejap sahaja seperti 2-3 hari. Lebih daripada itu, bahan yang disimpan akan rosak, layu, dan tidak segar.
Peniaga yang masih sanggup menggunakan bahan-bahan seperti itu akan mengurangkan kualiti produknya dari dipandang pembeli. Jika nasib tidak baik, ia boleh menyebabkan faktor keracunan dari bahan mentah yang sudah busuk dan rosak.
3. Pemilihan pekerja
Mencari pekerja yang jujur, amanah, bertanggungjawab dan mempunyai peribadi yang baik bukanlah mudah. Sebagai majikan, mungkin kita boleh membentuk skill dan kemahiran mereka menjadi lebih hebat dan cekap. Namun dari segi kemahiran interpersonal dan intrapersonal, itu terletak 100% pada diri pekerja sendiri. Pekerja yang tidak jujur dan tidak komited dalam pekerjaan akan memberi potensi kepada perniagaan anda mengalami kerugian.
4. Penipuan oleh pembeli
Jika penjual barang online amat takut dengan perkataan “COD”, bagi peniaga makanan pula, mereka sering ditipu oleh pembeli yang order makanan dengan ayat, “nanti saya datang semula untuk ambil.”
Ayat tersebut menjadi tanda tanya kepada peniaga sama ada pembeli betul-betul akan datang untuk mengambil pesanannya atau lesap hilang begitu sahaja. Lebih teruk jika pembeli membuat pesanan yang baik lalu tidak bertanggungjawab. Jelas, kita akan mengalami kerugian yang besar.
5. Disaman oleh pihak berkuasa
Disaman oleh pihak berkuasa kerana tiada lesen, tiada permit perniagaan, masalah gerai tidak bersih, atau tidak mematui SOP kerajaan memang sangat menganggu perniagaan seseorang. Apabila peniaga disaman, mereka biasanya akan diberi denda untuk berhenti meniaga buat sementara waktu. Sedangkan itulah mata pencariannya.
6. Lokasi yang tidak strategik
Kedudukan lokasi yang tidak strategik sudah tentu tidak mampu menarik pembeli untuk membeli burger di kedai kita. Apabila pembeli tidak ramai, jadi amat sukar untuk kita menjana keuntungan yang lumayan dari bisnes tersebut.
7. Pengurusan yang tidak sistematik
Bisnes bukan sekadar buat, jual, dan dapat untung sahaja. Malah proses pengurusan memainkan peranan yang sangat penting untuk memudahkan semua tugasan. Tanpa pengurusan yang baik, kita tidak mampu mencatat, dan menerima order dengan betul sehingga menyebabkan kelewatan yang teruk.
8. Kurang teknik pemasaran yang berkesan
Dunia hari ini adalah dunia viral di media sosial. Walaupun kita meniaga burger di tepi jalan sahaja, itu tidak bermakna teknik pemasaran kita masih ditakuk lama sahaja. Gunakan pengaruh media sosial semaksimum yang boleh kerana ia percuma dan tiada had masa yang tertentu.
Untuk teknik pemasaran yang efektif ini, saya rekemen anda baca dahulu beberapa artikel di bawah bagi mendapatkan gambaran yang lebih detail berkenaan dengan strategi pemasaran perniagaan yang berkesan.
- Cara Dapatkan Pelanggan Dengan Whatsapp
- Strategi Facebook Marketing Efektif Untuk Perniagaan Burger
- Contoh Ayat Jualan Untuk Makanan
Kepentingan USP dalam bisnes
Bila ramai pesaing, kita perlu ada USP dalam membezakan peniagaan kita dengan orang lain. Unique Selling Proposition (USP) adalah fakor yang membezakan produk peniaga itu berbeza atau unik dari produk yang dijual di pasaran semasa.
Contohnya seperti Starbucks, USP mereka adalah menyediakan minuman kopi premium yang berkualiti tinggi kepada para pelanggan mereka. Sekarang, mereka telah menyediakan lebih 30 jenis kopi dan makanan seperti sandwitches, salad, oatmeal dan banyak lagi.
E-book Bisnes Burger
Tidak susah mendapatkan bimbingan secara eksklusif dari Jurulatih Usahawan Makanan & Masakan Komersial Terkemuka Malaysia, Afiq Dato’ Rusly. Buku ini akan memberikan pendedahan terperinci kepada anda dari mula berniaga burger dari aspek produk, pemasaran, pengurusan, operasi serta khidmat pelanggan sehinggalah bagaimana untuk terus maintan dalam perniagaan ini. Boleh dapatkan ebook perniagaan Burger ini di bawah.
Diharapkan artikel berkenaan dengan risiko perniagaan burger ini dapat membantu lebih ramai usahawan-usahawan street food di luar sana.