Antara perkara terpenting sebelum anda nak jual rumah, nak beli rumah ataupun nak refinance rumah adalah untuk tahu cara untuk check harga market value rumah. Nak check harga ataupun penilaian harga rumah ini bukan setakat main rasa-rasa atau agak-agak berbanding dengan jiran sebelah rumah, ianya mesti berdasarkan kepada mereka yang profesional mahukan.
Khas untuk anda, pada kali ini kami akan tunjukkan kepada anda berkenaan dengan cara untuk check harga pasaran rumah. Dengan itu anda bakal mendapat maklumat yang tepat berkenaan dengan rumah yang anda nak beli, ataupun nak jual. Dengan itu, lebih mudah jualan anda nanti.
Boleh baca sampai habis kerana ada beberapa lagi tips pembelian rumah dan pelaburan hartanh yang anda boleh tahu dengan lebih lanjut.
Situasi Membeli Rumah Melebihi Harga Pasaran
Contoh Harga Jualan RM120k
Harga Pasaran RM100k
Dalam situasi seperti ini, bank cuma akan bagi pinjaman berdasarkan kepada harga pasaran RM100k. Pastinya pembeli kena keluarkan RM10k sebagai deposit 10% dan perlu bagi membayar RM20k untuk iaitu beza harga jualan dan harga pasaran (RM120k – RM100k).
Untuk deposit rumah sahaja pembeli perlu membayar RM30k, belum lagi masuk kos-kos lain yang pastinya akan memakan duit yang banyak. Ianya termasuk kos-kos seperti lawyer, valuation dan juga insurans. Perkara paling basic dalam pembelian rumah adalah jangan beli rumah melebihi harga pasaran. Kecuali kalau anda memang mahukan rumah tersebut, bolehlah keluarkan duit sendiri untuk bayar baki lebihan rumah tersebut.
Cara Untuk Periksa Harga Pasaran
Kali ini kami ingin berikan tips dan cara untuk periksa harga pasaran agar tidak terlalu tinggi ataupun terlalu rendah. Ianya membolehkan anda untuk lihat sama ada rumah yang anda mahukan berbaloi ataupun sebaliknya. Selain daripada sini, kami juga akan berikan perangan kepada anda dalam bentuk video bagi memudahkan nda untuk memahami proses jual dan beli rumah serta cara untuk memeriksa market value rumah.
#1 Periksa Daripada Agen Hartanah
Biasa agen hartanah mempunyai akses untuk dapatkan harga pasaran dengan penilai. Ataupun jika anda ingin periksa harga rumah anda (Malaysia kecuali Terengganu, Kelantan dan Perlis) boleh isi borang ini untuk kami hubungi anda dalam masa terdekat. Kami juga boleh memeriksa hartanah sama ada anda nak jual, nak beli ataupun nak refinance rumah anda.
Agen hartanah terdekat mempunyai akses kepada penilai. Nasihat saya, anda hanya deal dengan agen hartanah berdaftar dan elakkan dengan agen yang freelance kerana kerap kali kadang-kadang, agen ini akan mengambil kesempatan untuk mendapatkan untung lebih daripada rumah anda. Kalau anda nak periksa market value rumah anda, boleh isi maklumat anda di SINI dan kami akan cuba dapatkan harga pasaran yang anda mahukan. Sama ada untuk jual ataupun untuk beli rumah, kami bantu anda untuk dapatkan apa yang anda mahukan secepat mungkin.
#2 Periksa daripada pegawai bank
Boleh periksa dengan pegawai bank, tetapi memang kena betul-betul nak beli rumah tersebut. Biasa pegawai bank tidak akan melayan mereka yang sekadar nak tanya ataupun nak dapakan harga pasaran saja-saja. Boleh ke cawangan bank terdekat dan lihat daripada penilaian mereka.
#3 Lihat daripada laman web Brickz
Laman web ini membolehkan anda untuk melihat harga pasaran tetapi, akaun percuma mempunyai restriction dan anda tidak boleh melihat transaksi yang lebih detail. Ianya terhad kepada sesuatu unit dan satu tempoh masa sahaja. Boleh ke laman web ini untuk dapatkan detail unti yang anda mahukan. KLIK sini untuk ke laman web brickz dan anda boleh lihat harga pasaran di kawasan rumah anda.
#4 Deal dengan Penilai
Cara yang paling tepat adalah dengan cuba dapatkan daripada penilai. Tetapi kalau anda bukan agen hartanah, bukan banker agak susah untuk anda deal dengan penilai untuk dapatkan harga pasaran. Kecuali kalau ada sedara mara anda yang merupakan penilai tersebut. Kalau nak deal dengan penilai, lebih baik melalui pegawai bank ataupun agen hartanah. Lebih baik untuk isi borang ini dan kami akan bantu untuk anda dapatkan harga pasaran rumah anda secepat mungkin.
Selain daripada 4 cara ini, ada lagi cara lain yang lebih mudah dan cepat untuk periksa harga pasaran rumah. Boleh tengok dalam video di bawah ini untuk anda mendapatkan info lanjut berkenaan dengan tips dan cara check market value rumah;
Tips Lain Melabur Hartanah
Memang tak dinfikan, ada yang nak membeli rumah sebab nak duduk. Ada juga yang nak beli rumah sebab untuk melabur ataupun lebih tepat lagi, nak melabur dalam hartanah.
Kalau nak melabur dalam hartanah ni pula, ada yang kata, kena ada modal yang besar, 10% deposit, kos lawyer semua dah berjumlah belasan hingga puluhan ribu ringgit. Soalnya, ada ke cara yang lebih murah walaupun dah ada 100% loan.
Jawapan kepada persoalan tersebut, ada sahaja, cara yang jauh lebih murah, terutama kalau nak mula melabur dalam hartanah. Kalau nak terangkan di dalam artikel ini sangatlah panjang nanti, jadi lebih baik anda baca je artikel kami ini. Ianya berkaitan dengan tips dan cara lain untuk melabur dalam hartanah di SINI.
Beli Rumah Sekarang – Rugi Kalau Tak Beli
Kalau belum ada rumah tu, usahakan untuk mula membeli rumah sekarang. Sekarang ini bukan macam dulu, anda dah boleh nak keluarkan duit KWSP untuk beli rumah. Ya memang boleh keluar. Belum lagi buat pinjaman sehingga 100% macam yang kami cakap dalam artikel di atas.
Selepas ada rumah sendiri, mungkin dah boleh plan untuk pelaburan pula. Mula membaca topik berkaitan dengan pelaburan seperti saham, unit trust dan lain-lain. Ianya penting untuk jangka masa akan datang.
Apapun, ini adalah beberapa tips penting untuk anda dapatkan harga pasaran rumah. Dengan 4 cara ini membolehkan anda untuk dapatkan value rumah anda sama ada untuk jual rumah ataupun untuk beli rumah ataupun nak buat pembiayaan semula rumah anda.