Dealer Tune Talk – 5 Info Penting

Ada banyak sebab anda sedang mencari dealer tune talk. Biasanya ada 2 sebab kenapa anda nak tahu dan dapatkan info berkenaan dengan dealer Tune Talk ni. Yang pertama adalah, sebab anda nak dapatkan simkad Tune Talk terkini. Ada banyak cara nak dapatkan simkad Tune Talk ni dan kami akan huraikan dengan lebih lanjut dalam artikel pada kali ini.

Sebab lain adalah anda nak jana pendapatan dengan menjadi seorang dealer di Tune Talk. Tak ada masalah pun untuk anda jadi dealer Tune Talk sebenarnya sambil-sambil tambah pendapatan menjual simkad. Macam mana nak jadi dealer tu, anda boleh baca lagi artikel ini sampai habis untuk anda dapatkan info tersebut.

dealer tune talk

Nak Dapatkan Simkad Tune Talk

Ada banyak cara nak dapatkan simkad tune talk. Cuma dalam artikel pada kali ini, kami tak nak share banyak sangat cara, cukuplah beberapa cara mudah ini untuk anda dapatkan simkad tune talk. 

Beli Di Shopee

Anda boleh beli simkad ini di Shopee pada harga murah dan berbaloi sangat. Kalau anda tak terdesar nak dapatkan simkad ini di Shopee dan boleh tunggu sehingga 2 ataupun 3 hari (bergantung kepada courier Shopee) tak ada masalah untuk anda dapatkan dengan cara ini. Beli di Shopee memang akan menjimatkan masa anda jika anda tak terdesak untuk dapatkan simkad jenis ini.

Untuk pembelian di Shopee, anda boleh dapatkan simkad ini di kedai kami di link bawah. Untuk simkad ini, anda cuma perlu bayar kos penghantaran sahaja kerana harga simkad adalah hampir percuma. Boleh tengok dalam link di bawah untuk anda dapatkan info lanjut berkenaan dengan simkad Halo Telco Tune Talk ini.

Mudah dan simple sahaja kalau anda beli di Shopee.

Beli Di Petronas Terdekat

Kalau nak cepat dan tak dapat nak tunggu 3 hari untuk simkad anda sampai melalui Shopee, anda boleh terus membeli di Petronas terpilih. Bukan semua petronas ya, akan tetapi, Petronas yang terpilih sahaja. Ya memang tak semua Petronas ada jual simkad ini.

Nak kami tolong guide pendaftaran dan nak tahu di mana Petronas terdekat,  boleh sahaja hubungi kami di whatsapp bawah. Dari situ kami akan cuba tolong anda untuk guide pendaftaran di Petronas dan juga beritahu anda di mana Petronas terpilihan yang terdekat. Klik je butang Whatsapp di bawah ini.

Kalau beli di Petronas ini, anda boleh terus dapat simkad ini dan boleh terus buat pendaftaran secara self registration. Pendaftaran self registration ini memerlukan anda untuk ada IC depan sahaja, barcode simkad dan anda perlu untuk selfie semasa pendaftaran. Cuma in case kalau anda tak biasa nak mendaftar ataupun pendaftaran agak sukar, boleh hubungi kami di link whatsapp di atas untuk memudahkan anda membuat pendaftaran. Oh ya, sebelum terlupa, untuk no tel anda boleh memilih di dalam applikasi nanti. Ianya akan memudahkan anda nanti. Nak kekal no lama pun anda boleh buat terus dalam applikasi sahaja dan ianya memang memudahkan anda nanti.

Cara Jadi Dealer Tune Talk

Cara nak jadi dealer Tune Talk ni tak susah dan tak ada komitmen yang terlalu tinggi. Cuma bila anda fokus, insyaAllah result itu akan datang sendiri nanti.

Pertama sekali apa yang anda perlu lakukan adalah untuk anda mendaftar sebagai user Tune Talk dahulu. Untuk mendaftar sebagai user Tune Talk dan nak mendaftar sebagai seorang dealer, boleh hubungi kami dan mendaftar di bawah network dan rangkaian kami. Boleh isi borang di bawah ini untuk berhubung dengan kami.

Setelah menjadi seorang user, anda boleh terus mendaftar sebagai seorang dealer dan pendaftaran boleh di lakukan di dalam applikasi. Modal yang diperlukan untuk mendaftar sebagai seorang dealer adalah sebanyak RM70 sahaja. Murah sahaja dan itulah modal permulaan untuk memulakan perniagaan menjual simkad ini.

Nak tahu lebih lanjut, kelebihan dan kekurangan kalau jadi dealer Tune Talk, boleh tengok video di bawah ini. Video khusus penerangan berkenaan dengan bonus dan insentif jadi dealer Tune Talk.

Apa Yang Anda Dapat Dengan RM70

Starter pack untuk menjadi dealer sangatlah mudah dan murah jika nak dibandingkan dengan perniagaan lain. Kalau nak jadi agen Takaful ataupun agen Unit Trust, wajib untuk ambil kursus-kursus tertentu dan juga peperiksaan tertentu, akan tetapi nak jadi dealer Tune Talk ini tidak memerlukan anda untuk ambil kursus-kursus tersebut. 

Beberapa pengesahan dan juga mungkin sedikit starter pack untuk bermula. Apa yang anda dapat adalah;

  • Jersi Halo Telco Tune Talk
  • 10 keping simkad
  • Flyers

Kos pemulaan yang sangat rendah dan sangat berbaloi untuk anda bermula.

Kelebihan Berada Di Rangkaian Kami

Anda serious nak membina perniagaan dan menjadi dealer Halo Telco Tune Talk ni. Tak ada masalah dan sangat dialu-alukan. 

Ada beberapa strategi khusus untuk mereka yang tak tahu macam mana nak bermula. Strategi yang bakal kami ajarkan ini adalah strategi untuk anda mendapatkan prospek secara online sahaja, dan percayalah, ianya tidaklah susah dan anda mesti boleh lakukan. 

Strategi ini akan memanfaatkan platform Facebook dan Whatsapp untuk tujuan marketing dan insyaAllah anda boleh mendapatkan 20 prospek sebulan tiada masalah. Nak tahu lebih lanjut berkenaan dengan strategi ini, anda boleh isikan borang di bawah.

Button

Kelebihan Perniagaan Simkad Tune Talk

Ada beberapa kelebihan Halo Telco Tune Talk ini berbanding pesaingnya yang lain. Berikut adalah antara beberapa kelebihan simkad ini yang anda perlu tahu;

  • Khairat kematian RM800
  • Personal Accident Takaful 
  • Boleh jadi dealer dan menjana income

Ini adalah antara beberapa kelebihan simkad ini berbanding dengan pakej telekomunikasi daripada syarikat lain. Anda bayar dengan jumlah yang sama dan mendapat banyak manfaat daripada apa yang anda bayar. Berbaloi? Memang sangat berbaloi untuk guna jangka masa panjang.

Pakej Menarik Tune Talk Halo Telco

Ada banyak pelan data daripada Tune Talk Halo Telco ini dan berikut adalah 2 pelan menarik yang saya rekemen untuk anda gunakan.

Tune Talk Plan RM48

Pelan ini berharga RM48 dan pastinya, ada banyak kelebihan yang anda boleh dapat daripada pelan ini. Tak nak cakap banyak, kami pun ada buat review berkenaan dengan pelan ini. Anda boleh dapatkan info berkenaan dengan pelan ini di SINI.

Hi 35 

Ini adalah antara pelan menarik alternatif kepada TuneUNL 48. Dengan hanya RM35, anda boleh mendapat;

  • Data sebanyak 35GB
  • Unlimited Call 
  • 5GB Hotspot

Menarik? Pada saya sangat menarik. Boleh juga tengok poster di bawah untuk info lanjut berkenaan dengan pelan ini.

Jangan Fikir Banyak, Terus Mula

Nak jadi dealer Tune Talk tak susah pun. Dealer Tune Talk near me? Anda boleh whatsapp kami terutama kalau anda nak dapatkan simkad Tune Talk berdekatan. 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *