11 Idea Doorgift Kahwin Murah 2020

Mana nak dapat doorgift kahwin murah? Penting bagi bakal pasangan pengantin baru mengurus kewangan mereka dengan sebaiknya. Salah satu aspek yang perlu diambil kira dalam pengurusan kewangan bakal pengantin adalah perbelanjaan yang bakal mereka lakukan untuk majlis perkahwinan. 

Selepas covid-19, pastinya majlis perkahwinan tidak akan sama lagi seperti sebelum ini. Kalau ada pun, doorgift akan jadi lebih simple dan tidak terlalu mewah kerana bilangan pengunjung yang dihadkan kepada beberapa orang sahaja. Dari aspek perancangan kewangan, ianya lebih bagus untuk elakkan perbelanjaan yang tak perlu dan pembaziran yang tidak sepatutnya.

Kali ini, kami akan berikan beberapa idea untuk doorgift bagi majlis perkahwinan anda. Daripada idea ini, boleh berikan anda beberapa info penting dan tips penjimatan hebat dan menarik terutama kalau anda nak dapatkan lebih banyak penjimatan semasa urusan perkahwinan anda.

doorgift kahwin murah

Gunakan Apa Yang Ada – Tak Perlu Personal Loan

Perlu ke buat personal loan untuk majlis perkahwinan anda termasuklah perbelanjaan doorgift dan lain-lain? Ianya bergantung kepada keadaan tetapi dalam aspek perancangan kewangan, sangatlah tidak digalakkan untuk anda membuat personal loan bagi tujuan perkahwinan. 

Melainkan kalau anda tahu apa yang anda sedang lakukan, tak mengapa, kalau tidak, boleh tengguhkan dahulu niat untuk buat personal loan. Untuk info lebih lanjut berkenaan dengan personal loan ini, anda boleh lihat dan baca artikel kami di SINI yang memberikan info terkini berkenaan dengan personal loan untuk majlis perkahwinan.

Beli Sahaja Secara Online Lebih Murah

Sekarang ini memang banyak pilihan untuk membeli pelbagai barangan secara online sahaja. Ianya termasuklah doorgift dan peralatan perkahwinan yang anda boleh dapatkan secara online. Selalunya barangan yang anda beli secara online ini jauh lebih murah dan agak menjimatkan kerana tidak perlukan kos-kos seperti minyak kereta dan tol kalau ke pasar raya. 

Asalkan anda mempunyai talian internet yang bagus, sudah mencukupi untuk anda dapatkan pelbagai barangan yang anda mahukan. Kali ini, kami berikan beberapa idea barangan untuk doorgift perkahwinan yang hampir kesemuanya anda boleh dapatkan secara online sahaja. 

Kicap

Kicap adalah antara barangan yang sering dijadikan doorgift sekarang ini. Ianya adalah trend terkini, kalau dulu mesti bunga dan telur rebus, sekarang ini, kicap pun boleh jadi doorgift. Memang menarik kan!

Nak beli kicap pun tak susah anda boleh je survey harga kicap murah pada harga borong di bawah ini. Lagi banyak anda beli, lagi murah barangan yang anda dapat.

Jam Dinding

Jam dinding sangat sesuai sebagai hadiah terutama kepada mereka yang tidak menerima tetamu yang ramai. Apapun terpulang kepada anda. Kalau tetamu itu VVIP, boleh jadikan jam ini sebagai salah satu bahan untuk hadiah untuk tetamu yang datang berkunjung. Seperti biasa, akan timbul persoalan, di mana nak dapatkan barangan ataupun jam seperti ini pada harga yang murah?

Kami rekemen untuk anda dapatkan pilihan terbaik jam tangan dinding di SINI untuk info lanjut berkenaan dengan jam dinding tersebut.

Air Soya

Air soya adalah antara pilihan barangan mudah dan menarik yang pastinya anda boleh dapatkan sebagai idea untuk doorgift kahwin murah anda. Simple dan mudah. Anda boleh barikan yang bersaiz besar ataupun yang bersaiz kecil tak ada masalah. Macam mana nak dapatkan air soya ini pada harga yang bagus? Anda boleh ke SINI untuk dapatkan info lanjut berkenaan dengan pilihan harga terbaik air soya.

Sos

Sekarang pun ramai yang jadikan sos sebagai hadiah kepada pengunjung. Tidak terhad kepada kicap sahaja, sos sama ada sos tomato ataupun sos cili adalah antara pilihan terbaik untuk anda pilih. Ada banyak pilihan jenama yang ada di pasaran sekarang ini dan anda boleh lihat harga sos murah di lazada.

Search sahaja sos dan bandingkan harga anda.

Mug – Cawan

Ianya merupakan idea yang sering digunakan sebagai hadiah kepada tetamu yang datang. Sama ada anda berikan hadiah kepada semua yang datang ataupun anda berikan kepada tetamu istimewa sahaja. Ianya sangat bergantung kepada bajet dan pilihan yang anda mahukan. Apapun, boleh tengok pilihan mug special di sini.

Tuala Mandi

Tuala mandi sama ada bersaiz sederhana ataupun besar adalah antara pilihan yang saya rekemen untuk anda berikan kepada pengunjung yang hadir. Nampak simple sahaja, tapi ianya memberikan impak yang baik kepada pengunjung yang hadir. Lagila kalau boleh letak nama anda dalam tuala mandi tersebut, pastinya memberikan memori kepada mereka yang bakal hadir.

Apapun, boleh tengok dan survey harga tuala mandi tersebut di SINI.

Sabun

Sama ada sabun dalam bentuk packaging kecil ataupun sabun buku, terpulang kepada kreativiti anda sebagai penganjur. Banyak pilihan sabun yang anda boleh dapatkan secara online ataupun di kedai-kedai berdekatan dengan rumah anda.

Mini Sejadah

Sekarang ini disebabkan oleh Covid-19, masjid-masjid memang menggalakkan ahli kariah yang nak menunaikan solat berjemaah membawa sendiri sejadah masing-masing ke masjid. Kalau anda berikan kepada pengunjung sejadah mini, memang antara idea ataupun alternatif terbaik untuk majlis anda.

Mini sejadah ni, nak cari tak susah pun, anda boleh cuba dapatkan di kedai online di SINI. Jangan lupa untuk tengok pilhan dan bajet yang anda ada sebelum membeli.

Yasin

Berikan bacaan surah Yasin pun adalah antara pilihan yang baik kepada bakal pengunjung yang hadir. Macam mana nak dapatkan pilihan bacaan surah yasin ini, boleh dapatkan terus di SINI.

Minyak Wangi

Banyak pilihan minyak wangi yang saya boleh rekemen kepada anda sama ada di Lazada ataupun kedai online yang lain. Harga minyak wangi tidaklah terlalu murah, tetapi tak salah kalau nak dapatkan minyak wangi sebagai hadiah. Sekali lagi, terpulang kepada bajet anda sewaktu melaksanakan majlis perkahwinan itu nanti.

Buku Nota

Buku nota pun antara idea yang baik dan simple. Kalau nak berikan buku nota, boleh dapatkan di kedai online ataupun kedai-kedai berhampiran dengan rumah anda.

Doorgift Buat Sendiri

Tidak lupa juga yang anda boleh mendapatkan pelbagai bahan asas dan buat sendiri hadiah perkahwinan anda. Ada banyak bahan asas yang anda boleh dapatkan seperti kotak, riben dan lain-lain di Lazada. Dapatkan pelbagai barangan ini dan pastinya, doorgift kahwin murah anda akan jadi jauh lebih menarik dan berbaloi untuk anda gunakan.

Manfaatkan Majlis Perkahwinan

Manfaatkan majlis perkahwinan anda agar lebih berseri dan menyerlah jauh daripada biasa. Biar nampak simple tetapi bermanfaat untuk jangka masa panjang.

Kalau anda sedang merancang untuk mencari idea barang hantaran untuk majlis perkahwinan anda, boleh tengok beberapa idea dan pilihan terbaik majlis perkahwinan di bawah;

Mulakan merancang berapa jumlah bajet untuk doorgift kahwin murah anda. Berapa ramai tetamu yang akan dijemput dan bolehlah pilih berdasarkan kepada idea yang kami berikan tadi. Yang penting, asalkan kena dengan bajet anda, semuanya akan jadi jauh lebih mudah.

Leave a Reply

Pin It on Pinterest