Salah satu daripada aspek perancangan kewangan adalah tambah income melalui sumber pendapatan dan pada masa yang sama, cuba untuk kawal perbelanjaan anda. Salah satu cara yang saya jumpa untuk tambah pendapatan semasa browsing untuk cari idea adalah Jutawan Apps ini. Post kali ini, kami akan cuba lihat sama ada Jutawan Apps penipu ataupun sebaliknya.
Saya tergerak untuk berikan review berkenaan dengan app ini dan memberikan awareness kepada mereka. Paling tidak, kepada sesiapa yang nak join app ini, boleh baca dahulu apa kandungan di blog ini dan kemudian boleh teruskan untuk buat keputusan. Saya dapat beberapa email berkaitan dengan program ini dan ada beberapa sanak saudara yang “approch” untuk mengikuti program ini dengan mereka. Apapun, ini review saya.

Boleh Percaya ke Jutawan Apps ni?
Ramai yang cakap dah dapat income dari app ini. Ramai juga yang kata masih belum untung 1 sen pun lagi. Nak tahu betul atau tak, memang kena cuba sendiri dan modal untuk mencuba hanyalah RM390. Bagi saya RM390 untuk mencuba sesuatu app ni tidaklah terlalu besar jika app itu scam, sebab memang dah banyak kali dengan mereka yang terlibat dengan skim-skim penipuan yang habis berpuluh ribu ringgit akibat terpedaya dengan janji manis dan bermacam lagi.
Apapun, perlu diingatkan, review saya pada kali ini adalah berdasarkan kepada pembacaan di forum, artikel lain dan mereka yang dah pernah ikuti program ini. Saya sendiri belum pernah join app ini dan artikel ini hanyalah satu reminder dan review semata-mata.
Tak nak cakap banyak, anda kaji sendiri dari awal sampai habis, pertama anda ke sales page jutawan apps ini di SINI. Baca sampai habis ye lepas tu blh tengok kembali review dari kami.
Apa itu jutawan apps?
Ianya adalah android app, ya anda perlukan smartphone android untuk app ini berfungsi. Nak tahu lebih lanjut, saya quote je dari sales page.
JUTAWANAPP ADALAH SEBUAH APLIKASI MARKETING TOOL YANG BOLEH BERJALAN DI TELEFON ANDROID ANDA. SILA PASTIKAN TELEFON ANDA MENGGUNAKAN OS ANDROID UNTUK MENGGUNAKAN APLIKASI INI.
JUTAWANAPP BUKAN SEBUAH APA-APA PROGRAM, PROGRAM SKIM CEPAT KAYA, SKIM PELABURAN ATAU MLM YANG PERLU DI SERTAI UNTUK MENJANA PENDAPATAN. IA ADALAH PENJUALAN SEBUAH PRODUK BERUPA APLIKASI YANG BOLEH DI PASANG DI TELEFON BIMBIT ANDROID YANG BERFUNGSI UNTUK MENJADI SEBUAH MARKETING TOOL UNTUK PEMBELI.
Nak jumpa petikan ini, anda perlu membaca sampai ke bahagian paling bawah dan di situ, ada tools disclaimer pendapatan, anda akan dapati ayat yang sama
Macam Mana Jootawan Apps ni berfungsi?
Saya dapat tahu perkara ini pun daripada beberapa pembacaaan user yang sudi berkongsi dan daripada laman web jualan Jutawan Apps. Dari situ dapat tau apa keguaan app ini.
App ini gunakan robot dan robot ini akan ke email subscriber atau database email mereka dan blast email di sana. Jika ada yang beli dari email tersebut, anda akan mendapat sedikit komisyen. Jika penerima email tertarik dengan iklan dan beli, rezeki anda dapat sikit komisyen. Ianya mempunyai bisnes model yang menarik akan tetapi, betul ke ianya berfungsi seperti dinyatakan?
Secara mudah ianya adalah sistem untuk jual app ini juga kepada yang lain. Terus menjual sampai tiada yang mahu beli lagi.
J Apps Tipu? Spam ke Scam atau Memang betul boleh buat duit?
SEBELUM ANDA TERUS MEMBACA APA-APA DI LAMAN WEB INI DAN BERSETUJU UNTUK MELAKUKAN SEBARANG PEMBELIAN PRODUK DI LAMAN WEB INI, SILA PASTIKAN ANDA TELAH MEMBACA KESELURUHAN TERMA DAN SYARAT DI BAWAH. ANDA BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA UNTUK MEMAHAMI SEGALA TERMA SYARAT SEBELUM MELAKUKAN SEBARANG PEMBELIAN BARANG.
JUTAWANAPP.COM MEMBUAT SEGALA USAHA UNTUK MEMASTIKAN IA MENERANGKAN DENGAN JELAS MENGENAI PRODUK DENGAN TEPAT DAN SEGALA POTENSI PENDAPATAN MEREKA. ANGGARAN PENDAPATAN DAN KEUNTUNGAN YANG DIBUAT OLEH JUTAWANAPP.COM DAN PELANGGANNYA ADALAH ANGGARAN TENTANG APA YANG JUTAWANAPP.COM FIKIR ANDA MUNGKIN BOLEH DAPAT DAN JUGA BERDASARKAN PENDAPATAN YANG DIPEROLEHI SENDIRI OLEH TUAN PUNYA LAMAN INI. TIADA SEBARANG JAMINAN BAHAWA ANDA AKAN DAPAT MEMBUAT TAHAP PENDAPATAN INI DAN ANDA TERIMA BAHAWA PENDAPATAN DAN KEUNTUNGAN DARI PENGGUNAAN APLIKASI ADALAH BERBEZA BAGI SETIAP INDIVIDU.
Sama ada spam atau scam anda sendiri yang tentukan.
Kalau anda meminati perniagaan lain yang diyakini, boleh dapatkan info lanjut berkenaan dengan Atomy. Saya sendiri telah menjadi ahli dan dalam proses untuk menjana pendapatan dengan Atomy ini. Nak tahu info lanjut, boleh baca di Apa Itu Atomy SINI.
Adakah anda boleh mendapat income Beribu-ribu ringgit seperti yang diiklankan?
Iklan memang seperti yang dijanjikan, tetapi, nak dapat hasil yang sama, tiada jaminan. Boleh baca lagi di bahagian disclaimer ini.
SEPERTI MANA-MANA PERNIAGAAN, HASIL ANDA MUNGKIN BERBEZA-BEZA, DAN AKAN BERDASARKAN KEUPAYAAN ANDA, PENGALAMAN PERNIAGAAN, KEPAKARAN DAN TAHAP KEINGINAN MASING-MASING. TIDAK ADA SEBARANG JAMINAN MENGENAI TAHAP KEJAYAAN YANG MUNGKIN DI CAPAI. CONTOH YANG DIGUNAKAN ADALAH BERDASARKAN HASIL YANG LUAR BIASA, YANG TIDAK BERLAKU UNTUK PEMBELI RATA-RATA, DAN TIDAK DIMAKSUDKAN UNTUK MEWAKILI ATAU MENJAMIN BAHAWA SESIAPA PUN AKAN MENCAPAI HASIL YANG SAMA ATAU SERUPA. KEJAYAAN SETIAP INDIVIDU BERGANTUNG PADA LATAR BELAKANG, DEDIKASI, KEINGINAN DAN MOTIVASI MEREKA.
TIDAK ADA JAMINAN BAHAWA CONTOH PENDAPATAN MASA LALU BOLEH DIDUPLIKASI UNTUK MASA AKAN DATANG. JUTAWANAPP.COM TIDAK DAPAT MENJAMIN HASIL DAN / ATAU KEJAYAAN MASA DEPAN ANDA. TERDAPAT BEBERAPA RISIKO YANG TIDAK DIKETAHUI DALAM PERNIAGAAN DAN DALAM PERNIAGAAN INTERNET YANG JUTAWANAPP.COM TIDAK DAPAT JANGKA YANG DAPAT MENGURANGKAN HASIL DARI APA YANG DI PAPARKAN DI LAMAN INI. JUTAWANAPP.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SETIAP TINDAKAN ANDA.
PENGGUNAAN MAKLUMAT, PRODUK DAN PERKHIDMATAN JUTAWANAPP.COM HARUS BERDASARKAN KETEKUNAN ANDA SENDIRI DAN ANDA BERSETUJU BAHAWA JUTAWANAPP.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KEJAYAAN ATAU KEGAGALAN PERNIAGAAN ANDA YANG SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG BERKAITAN DENGAN PEMBELIAN DAN PENGGUNAAN JUTAWANAPP MAKLUMAT, PRODUK DAN PERKHIDMATAN.
Maksudnya, tiada jaminan yang anda boleh mendapat result yang sama seperti mereka juga.
Alhamdulilah – Jutawan App Memang Membayar
Jutawan app ni nampak menarik, kenapa? Sebab ianya memang membayar. Di bawah ini adalah income dalam dashboard sales daripada team smartinvest101 sendiri.

Nampak menarik kan! Saya sendiri dah cuba dan alhamdulillah sudah nampak sedikit hasilnya. kepada anda, tak ada masalah pun nak mencuba program ini. Fahami betul-betul terma dan syarat dan kemudian boleh cuba sendiri.
Boleh dapat balik ke duit lepas beli?
Berikut adalah pendetailan berkenaan dengan jaminan 60 hari seperti yang dinyatakan dalam sales page tersebut.
Pembelian ini dilengkapi dengan jaminan wang balik 60 hari dengan terma dan syarat seperti berikut:
(A) jaminan itu HANYA sah di mana pembelian telah dibuat oleh anda sebagai bahan semata-mata bertujuan untuk anda seorang sahaja. Apa- apa permintaan bayaran balik perlu memasukkan kenyataan / pengesahan bahawa anda, sebagai pembeli, membeli bahan-bahan ini dengan suci hati;
(B) untuk mendapatkan bayaran balik, anda mesti terlebih dahulu memulangkan bahan-bahan dan apa-apa cetakan kepada JutawanApp.com, salinan atau sebahagian daripadanya serta semua URL memuat turun dan semua akses kepadanya dalam keadaan asal tanpa sebarang kerosakan apapun. Permintaan pengembalian dana anda mesti mengandungi pengesahan kepada fakta dan jika pada masa kami menemui sebarang bukti bahawa pengesahan anda salah (sama ada secara sengaja atau tidak), permintaan pengembalian akan ditolak dan anda akan kehilangan hak ke atas bayaran balik secara kekal;
(C) bayaran balik ini HANYA sah jika anda membayar balik dalam tempoh 60 hari dari penerimaan produk dan apabila JutawanApp.com menerima kembali bahan dalam tempoh 60 hari dari penerimaan bahan oleh anda;
(D) anda perlu memberikan bukti yang JELAS dan tidak dapat disangkal lagi bahawa pembayaran melalui deposit bank memang jelas dibuat untuk pembelian bahan tersebut. Pengesahan deposit bank dari bank anda menunjukkan bahawa wang telah dipindahkan ke akaun bank JutawanApp.com harus disediakan dan anda adalah pemilik akaun bank tersebut. Jika pembayaran dilakukan melalui mesin deposit tunai, pastikan nama dan email anda tertera pada resit deposit tunai tersebut secara terang. Juga pengesahan dari bank perlu ada untuk memastikan bayaran tersebut telah benar-benar dilakukan oleh anda;
(E) dengan meminta pengembalian wang dan mengesahkan perkara di atas, anda bersetuju dengan liabiliti kerosakan yang tidak dapat diperbaiki ke JutawanApp.com sekiranya didapati bahawa anda telah menyimpan salinan atau bahagian bahan atau memberikannya kepada pihak ketiga. Liabiliti ini berdiri walaupun tanpa permintaan pengembalian dana, tentu saja, kerana ia adalah sebahagian daripada hak cipta dan lesen produk maklumat;
(F) mempunyai hak untuk mendapatkan bayaran balik, anda mesti membuktikan bahawa anda telah mematuhi batasan hak cipta produk maklumat ini dan tidak memberikan apa-apa salinan atau mana-mana bahagian kepada SETIAP pihak ketiga;
(G) bayaran balik HANYA boleh dilakukan untuk sebarang KEROSAKAN PADA PRODUK seperti masalah teknikal yang tidak dapat diselesaikan. Bayaran balik tidak boleh dilakukan untuk apa-apa tujuan lain selain dari ini. Tidak mendapat pendapatan bukan sebab yang dibenarkan untuk mendapat bayaran balik. Disebabkan sifat produk digital aplikasi, kami tidak boleh memberikan bayaran balik jika anda hanya mengubah fikiran anda selepas membelinya. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan anda mempunyai segala peralatan yang secukupnya dan memenuhi kriteria seperti yang diceritakan di laman sebelum melakukan pembelian produk;
(H) hak bayaran balik ini tidak dimaksudkan sebagai peluang untuk melihat dan menggunakan bahan-bahan dalam laman web secara percuma. Jangan teruskan untuk mendapatkan dan melihat bahan- bahan melainkan jika anda benar-benar berminat dengan subjeknya dan berhasrat untuk menilai cara untuk mencapai kawalan yang lebih baik terhadap kewangan anda dan mencapai kebebasan kewangan.Alasan bahawa produk tidak memenuhi apa yang di tawarkan tidak boleh diterima. Segala maklumat tawaran adalah berdasarkan apa yang di letakkan di laman web jutawanapp.com sahaja. Sebarang tawaran lain atau janji lain tidak di ambil kira. Anda mesti memberikan keterangan dan bukti lengkap (jawatan media sosial, sms, mesej e- mel yang dihantar dan lain-lain) yang telah anda jalankan dan cuba SEMUA kaedah yang diterangkan dalam ebook panduan. Tanda-tanda permintaan bayaran balik adalah sangat khusus dalam industri maklumat dan jika kami mendapati tanda-tanda yang ada dalam permintaan anda, ia mungkin ditolak atas dasar yang anda menyalahgunakan jaminan wang untuk mendapatkan bahan-bahan secara percuma, dengan itu berniat memperoleh keuntungan dengan penipuan;
(I) pembelian asal anda mesti dibuat atas nama anda sendiri dan dalam permintaan bayaran balik anda, anda mesti memasukkan tarikh pembelian asal anda, ID keahlian nama dan laman web yang diberikan oleh kami kepada anda; DAN
(J) semua yuran pemprosesan, kos pembungkusan, YURAN AFFILIATE, kos penghantaran dan penghantaran dan semua perbelanjaan lain yang berkaitan dengan proses penyerahan bahan kepada anda AKAN DITOLAK dari bayaran balik kepada anda.
Kami tidak berunding dengan pelanggan mengenai format permintaan pengembalian yang betul selain membuat halaman ini tersedia. Terpulang kepada anda untuk memastikan permintaan bayaran balik anda mengesahkan perkara-perkara di atas dari permulaan dan jika tidak, permintaan anda akan ditolak. Semua keputusan penolakan adalah muktamad. Kami memohon maaf atas perlunya syarat-syarat khusus ini untuk mendapatkan bayaran balik, meminta dan memproses bayaran balik. Langkah-langkah ini malangnya perlu kerana sesetengah individu telah menyalahgunakan dasar pembayaran balik kami untuk mendapatkan produk percuma. Jaminan wang balik 60-hari bermaksud apa yang dikatakan selagi anda membeli bahan tersebut dengan niat penuh untuk menggunakannya dan, sekiranya anda benar-benar tidak puas hati, hantarkan permintaan bayaran balik anda mengikut kaedah yang di nyatakan di atas.
Maksudnya, jika anda baca sekali lalu, memang agar sukar untuk mendapat balik duit yang anda keluarkan setelah anda laburkan.
Saya tak join ataupun beli program ini. Iklan daripada blog ini hanyalah display advertising daripada google dan sedikit link affliliate komisyen jika anda pembeli. Kerana saya nampak app ini dan buat sedikit review sama ada ianya berbaloi atau sebaliknya dan buat keputusan untuk tulis satu artikel untuk app ini. Boleh sekali lagi ke sales page dan nilai sendiri. Bagi saya, RM390 tu bukan satu kehilangan besar untuk mencuba.
Saya lagi rekemen kalau anda cuba dapatkan info lanjut untuk perniagaan yang saya yakini seperti Atomy INI. Ianya merupakan satu perniagaan tanpa modal terbaik yang saya pernah jumpa. Info lanjut berkenaan dengan Atomy anda boleh cuba dapatkan di ARTIKEL ATOMY SINI.
Tapi Saya Masih Nak Cuba Juga, Jangan Halang Saya!
Terpulang, tiada masalah kalau anda nak cuba juga. Cuma mintak jasa baik kepada mereka yang dah mencuba app ini untuk berikan review ikhlas dan jujur agar ramai lagi boleh tahu sama ada app ini betul boleh buat income dan jana pendapatan ataupun sebaliknya. Sekali lagi anda boleh tengok sales page Jutawan Apps di SINI dan nilaikan sendiri.
Jika anda berjaya buat duit daripada program ini, boleh berikan komen di bawah agar ianya menjadi satu testimoni kepada mereka yang baru tau dan berminat nak join. Kalau yang dah beli dan tak dapat apa-apa pun boleh kongiskan diruangan komen di bahagian bawah.
Fokus Kepada Buat Duit Dengan Blog
Kami lebih fokuskan kepada perniagaan online iaitu membuat blog dan menjana pendapatan dengan blog. Ianya sebagai salah satu alternatif kepada jutawan apps dan cara untuk anda dapatkan pendapatan sampingan yang pasif. Kami rekemen anda baca dulu 2 artikel kami berkaitan dengan blog.
Semoga berjaya dalam promosi anda. Anda pun boleh fokus kepada buat android app sendiri sepeti video di bawah.
macam mana dengan duit cloud ?
maaf saya tak faham apa itu duit cloud, blh berikan info lanjut dan link berkaitan?
Saya ingin sertai JT APPS . Adakah saya patut meneruskan ? Kerana saya hidup mengaggur dan saya ingin cuba sertai .please respond tq☺️
Takut nak mencuba. Masih mencuba dapatkan info pasal apps ni.
boleh dapatkan info lanjut dulu tak ada masalah.