Pengalaman Guna MIDF Invest – Pro & Cons

Pernah guna MIDF Invest? Ini adalah pengalaman menggunakan MIDF Invest. Ini adalah susulan daripada artikel berkenaan dengan cara ataupun tips untuk trade saham global yang membolehkan anda untuk trade ataupun berdagang saham di luar negara. Ada banyak sebab seseorang itu cuba untuk berdagang di luar negara. Apapun, kalau anda memang bercadang nak berdagang di luar negara, boleh consider app ini.

Apabila pasaran Malaysia mengalami kejatuhan demi kejatuhan akibat daripada ketidakstabilan politik, ada beberapa pelabur mula beralih ke luar negara. Ada banyak sebab kenapa destinsi luar Malaysia menjadi pilihan, apapun, boleh ikuti perkembangan dan kenapa luar negara menjadi pilihan pelabur.

pengalaman guna midf invest

Nak Trade Saham Di Amerika, Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Semalam try test apps MIDF untuk trade di Nasdaq. Tak berani nak letak duit banyak lagi sebab dalam tempoh trial apps. Sepanjang trade, banyak pros & cons platform MIDF.

Pros.

1-Hanya shariah stock yang keluar. So kita tak perlu filter. Hanya search stock yang ingin dibeli, jika ada bila search bermaksud Shariah, jika tidak keluar bila search bermaksud Non Shariah. (Mohon betulkan jika salah)

2-Hanya Long position dibenarkan(buy bottom sell higher). Short tak dibenarkan selaras dengan shariah compliance.(Mohon betulkan juga jika saya salah)

Cons.

1-Delay 15 minit dari harga asal. Jadi amat menyukarkan untuk process jual beli jika harga tidak real live data. Jika anda jenis intraday trader, memang stress. Jika swinger or hold long term, insyaAllah tiada masalah.

2-Rate currency exchange sangat tinggi compared dgn bank dan others money exchanger. Jadi agak rugi disitu bila buat conversion profit or deposit.

3-Apps yang belum ready 100%. Masih banyak improvement yang perlu dilakukan. Mungkin masih fasa awal, perlu kesabaran sedikit.

Mungkin banyak lagi pros & cons tapi untuk saya, hanya perkara di atas agak menyulitkan keadaan.

Disclaimer : Ini adalah pengalaman pengguna yang menggunakan app ini sendiri. Keadaan mungkin berubah semasa anda menggunakan app ini, boleh cuba sendiri dan jika anda masalah, boleh hubungi pihak MIDF Invest bagi mendapatkan info lanjut berkenaan dengan info app ini.

Ini adalah perkongsian daripada Tuan Mohd Naqiuddin

Anda boleh cuba dapatkan info lanjut berkenaan dengan app ini dalam laman web mereka. Apapun, nak cuba MIDF Invest ini, ini adalah review jujur dari pengguna sendiri. 

Trade Saham Global Dengan CIMB – Info Lanjut Di Bawah

Untuk info, selain daripada platform MIDF Invest ini, anda juga boleh trade saham di pasaran global dengan menggunakan platform lain. Untuk analisa, boleh gunakan tradingview.

Antara pasaran yang anda boleh trade adalah saham di Indonesia, Singapura, Thailand, Amerika buat masa ini. Antara saham menarik yang anda boleh beli termasuklah saham Apple, Tesla, Facebook dan lain-lain. Saham-saham di Indonesia pun berikan pulangan yang menarik sebenarnya. Apapun, info lanjut berkenaan dengan saham global, boleh tengok dalam video di bawah ini;

Saham Malaysia Masih Menarik – Ketika Kejatuhan Cuba Cari Undervalue Syarikat

Ada yang berkata, ketika kejatuhan harga inilah waktu yang paling sesuai untuk mencari kaunter-kaunter yang mempunyai fundemantal yang bagus. Kenapa kerana kejatuhan ini adalah sentimen akibat daripada ketidakstabilan politik di Malaysia. Politik yang tidak stabil dan bermacam-macam perkara lain seperti Covid19 menyebabkan banyak berlaku ketidakstabilan dan penurunan harga dalam indeks KLCI.

Skill untuk cuba dapatkan harga diskaun ini adalah amat penting pada masa ini. Apapun, anda boleh cuba untuk filter kaunter-kaunter ini menggunakan platform di tradingview. Saya sangat rekemen tradingview untuk anda buat analisa. Nak daftar tradingview secara percuma untuk analisa saham global, boleh tengok di bawah ini.

Ya, anda boleh trade market global, dan di Malaysia pada waktu yang sama. Memang menarik.

Semoga Sukses Dalam Dunia Trading Anda

Apapun, teruskan konsisten dalam apa yang anda lakukan. Tak kiralah anda gunakan MIDF Invest ataupun platfom ataupun broker untuk trade saham, yang penting, konsisten analisis dan juga cuba untuk konsisten buat profit dalam saham.

Ini adalah sedikit nukilan cara dan pengalaman guna MIDF Invest dan alternatif yang ada selain daripada platform tersebut. Salam sukses dan semoga berjaya.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *