8 Info Apa Itu Saham? 2020

Apa itu saham? Seringkali anda dengar apa itu saham. Tapi, apa sebenarnya saham dan macam mana anda boleh manfaatkan agar anda boleh mendapat keuntungan daripada pelaburan saham tersebut. Bagi anda yang mula nak berjinak-jinak dalam pelaburan saham, tahniah kerana anda berada di tempat yang betul.

Pastikan untuk anda membaca artikel ini sampai habis kerana pada artikel ini, kami akan berikan pengenalan apa itu saham, sedikit info berkaitan dengan teknik bagi pelaburan saham. Tidak lupa juga broker saham yang anda patut pilih dan akhir sekali adalah, alternatif kepada pelaburan saham. Harapnya persoalan yang berlegar di minda anda berkaitan dengan saham terjawab nanti.

apa itu saham

Pengenalan Saham

Ramai yang kata pasal pelaburan saham, tapi satu persoalan, saham itu apa sebenarnya. Contoh mudah,kalau anda perge ke pasar raya, nampak produk Nestle ataupun gunakan talian telefon seperti Digi ataupun Telekom Malaysia, Tenaga Nasional Berhad untuk elektrik dan Petronas untuk minyak dan lain-lain. Pernah terfikir tak kalau nak jadi sebagaian daripada syarikat tersebut.

Sebenarnya, anda boleh memiliki pegangan dalam syarikat-syarikat ini dengan melabur dalam pasaran saham. Ada banyak sebenarnya syarikat-syarikat dalam pasaran saham yang anda boleh laburkan. Di Malaysia, ada lebih kurang 1000 kaunter saham yang anda boleh laburkan dan menjadi sebahagian daripada syarikat. Kalau anda nak bermula, adalah lebih baik fokus kepada tips dan teknik untuk mendapatkan keuntungan dalam syarikat tersebut.

Beli Syarikat – Anda Jadi Sebahagian Dari Syarikat

Secara ringkas, saham adalah sebahagian kecil daripada pegangan syarikat. Anda boleh menjadi pemilik ataupun sebahagian daripada syarikat dengan membeli saham-saham milik mereka. Apapun, lebih baik untuk anda tahu “game” pelaburan anda sebelum pergi lebih jauh.

Ini adalah serba ringkas berkaitan dengan saham. Kalau anda mempunyai syarikat sendiri pun tiada masalah untuk jadikan ianya sebagai satu terbitan saham awam. Sebagai contoh bagaimana saudara Zam Saham ingin menerbitkan saham awam untuk pasukan bola sepak kelantan dan jadikan ianya sebagai satu terbitan awam (Initial Public Offering). Link berkaitan dengan Zam Saham ingin terbitkan IPO untuk pasukan bola sepak Kelantan ini anda boleh dapatkan di link akhir di bawah.

Inilah serba sedikti berkaitan saham. Jadi akan timbul persoalan lain, macam mana nak berjual beli saham ini?

Peranan Bursa Saham di Malaysia

Kalau nak berjual dan membeli saham, kenalah memalui bursa saham di Malaysia ini. Ianya umpama pasaran yang mengumpulkan pembeli dan penjual pada satu-satu masa untuk membeli dan menjual saham-saham di Malaysia. 

Selain daripada saham, ada beberapa lagi produk lain yang anda boleh dapatkan info lanjut. Antaranya adalah;

  • Futures ataupun option – Pasaran hadapan untuk produk komoditi.
  • Warrants 
  • Exchanged Traded Fund
  • Real Estate Investment Trust

Ini adalah antara beberapa produk utama yang anda boleh lakukan proses menjual dan membeli di pasaran saham. Selain daripada saham, kami akan ceritakan berkenaan dengan pasaran hadapan ataupun komoditi ini di akhir artikel bagi anda mendapatkan info lanjut berkaitan dengan produk pelaburan ini.

Tips Untuk Sukses Pelaburan Saham

Kalau nak melabur saham, penting untuk melabur dan mendapatkan informasi yang betul. Antara teknik pelaburan yang sering digunakan bagi membuat pelaburan adalah dua teknik di bawah ini;

Teknikal Analisis

Kalau nak melabur dalam saham, teknikal analisis adalah antara tips penting untuk anda sukses dalam pelaburan anda. Ada banyak info dan artikel yang anda boleh baca berkaitan dengan teknikal analisis ini. Apapun, asas kepada teknikal analisis termasuklah, support dan resistant, indokator, candlestick chart dan lain-lain.

Buat anda yang baru nak bermula dalam saham dan ingin mendalami tips dan ilmu berkaitan dengan teknikal analisis, kami rekemen anda tengok tips sistem saham di bawah ini.

Ianya adalah antara asas teknikal analisis yang bagus kepada anda yang nak bermula dalam pelaburan saham. Sebagai alternatif, boleh juga baca info lain berkaitan dengan teknikal analisis di dalam artikel di SINI.

Apapun, ilmu berkaitan dengan teknikal analisis ini sangat luas dan perlukan masa dan pengalaman untuk betul-betul bagus dalam aplikasi ilmu ini untuk berdagang. Apapun, kalau saham, satu lagi ilmu yang anda perlu tahu iaitu ilmu berkaitan dengan fundemantal analisis.

Fundemantal Analisis

Fundemantal analisis ini merupakan satu lagi cabang ilmu yang agak sedikit berbeza dengan teknikal analisis. Ianya adalah analisa sesuatu syarikat berdasarkan kepada kekuatan kewangan sesebuah syarikat tersebut. Adakah kewangan syarikat itu sihat?, adakah keuntungan mendatar ataupun bertambah dari tahun ke tahun?, apa rancangan pihak pengurusan dalam pengembangan syarikat?. Semua ini anda boleh tahu dan dapatkan kalau anda betul-betul serious untuk mendalami ilmu berkaitan dengan fundemantal analisis.

Gabungan Fundemantal Dan Teknikal Analisis

Gabungan kedua dua strategi ini bakal membolehkan anda untuk mendapat keuntungan yang tinggi dalam pasaran. Pilih kaunter berdasarkan kepada fundemantal analisis dan apabila nak berdagang nanti, gunakan teknikal analisis untuk entry dan exit. Nampak macam mudah tetapi ianya tidaklah semudah yang disangka dan pastinya anda perlukan pengalaman demi pengalaman untuk sukses dalam pasaran saham ini

Boleh juga tengok video di bawah ini di mana kami berikan penerangan ringkas berkaitan dengan tips dan cara untuk sukses dalam pelaburan saham. Juga sedikit ringkasan berkaitan dengan tips gabungan antara fundemantal dan teknikal analisis.

Pilih Broker Saham Terbaik

Dah tak sabar nak berdagang saham kan? Saya tahu, mesti tak sabar terutama dah tahu saham apa nak beli dan lain-lain.

Kalau nak berdagang tu, ada satu step ataupun langkah yang anda perlu lakukan sebeleum anda boleh mula berdagang di dalam pasaran saham. Ianya adalah, buka akaun CDS ataupun akaun untuk berdagang saham.

Kami tak nak cerita panjang lebar berkenaan dengan cara buka akaun ini dan broker yang terbaik kerana info berkaitan dengan akaun CDS ini telahpun kami berikan di dalam video di bawah ini;

Sebagai alternatif, anda juga boleh membaca artikel kami berkaitan dengan cara buka akaun CDS saham di SINI.

Jangan lupa untuk anda cuba dalami dan fahami ilmu yang nak disampaikan dalam teknik SISTEM SAHAM INI.

Alternatif Kepada Saham

Berikut adalah antara beberapa alternatif kepada pelaburan saham. Tak semua orang sesuai melabur dalam saham dan anda yang memilih untuk melabur dalam pasaran lain seperti komoditi dan juga forex. Pada artikel ini, kami berikan beberapa alternatif kepada anda untuk pasaran lain.

Harap artikel apa itu saham ini berikan anda penjelasan berkenaan dengan saham. Juga sedikit tips dan cara untuk melabur saham. Apapun, boleh klik link di bawah di mana kami akan berikan kepada anda 16 ebook percuma pelaburan di Malaysia.

Banyak lagi artikel dan info menarik yang bakal kami kongsikan dalam channel tersebut. Selamat melabur.

https://www.utusan.com.my/sukan/2020/09/zamsaham-sah-beli-kelantan/

Leave a Reply

Pin It on Pinterest