Beza Enterprise dan Sdn Bhd, 11 Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Sejauh mana anda boleh menentukan tentang beza enterprise dan Sdn Bhd sebelum memulakan perniagaan? 

Hari ini, ramai rakyat Malaysia yang bekerja sebagai seorang usahawan atau menjalankan bisnes-bisnes tertentu mula sedar akan kepentingan untuk mendaftarkan perniagaan mereka di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Perkara ini termasuklah dalam halnya juga bagi individu yang melakukan perkhidmatan bisnes e-hailing seperti Uber dan Grab atau juga perniagaan secara online dari rumah. 

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan beza enterprise dan Sdn Bhd untuk memudahkan anda membuat pendaftaran perniagaan di SSM nanti.

enterprise dan sdn bhd

1. Jenis liabiliti

Liabiliti merupakan tanggungan yang wujud dari transaksi pembelian barangan secara kredit, mendapatkan perkhidmatan secara kredit, lebihan penerimaan atau pembiayaan atau pinjaman kewangan. 

Ia boleh terdiri daripada orang perseorangan (pemiutang) atau mana-mana institusi kewangan yang menyediakan perkhidmatan kemudahan kredit atau pinjaman.

Bisnes enterprise dikatakan mempunyai liabiliti tidak terhad. Dalam kata lain, tanggungan pemilik akan menjadi tidak terhad kepada model yang telah dilaburkan ke dalam perniagaan.

Sedangkan bisnes Sdn Bhd atau berhad mempunyai liabiliti terhad. Apabila anda muflis dan perniagaan terpaksa ditutup, maka anda dan aset yang dimiliki tetap akan terselamat.

Sekiranya syarikat Sdn Bhd muflis, harta syarikat akan dirampas untuk menjelaskan hitang-piutangnya tanpa diusik sedikitpun harta pemiliknya.

Jelas di sini, untuk anda yang terlibat dengan bisnes Sdn Bhd, kesan yang bakal anda tanggung hanya terhad kepada syarikat sahaja. Ini adalah point yang sangat penting untuk anda tahu.

2. Bentuk perniagaan

Terdapat dua jenis bentuk perniagaan bagi enterprise iaitu perniagaan jenis tunggal (sole proprietorship) dan perniagaan perkongsian. 

Perniagaan tunggal adalah perniagaan yang dimiliki sepenuhnya oleh seorang pemilik. Manakala perniagaan perkongsian adalah perniagaan yang dimiliki oleh sekurang-kurangnya dua orang dan tidak melebihi 20 rakan kongsi. 

Sedangkan bisnes Sdn Bhd adalah dimiliki oleh individu yang biasanya dikenali fungsinya sebagai pemegang saham

3. Pembukaan akaun perniagaan di bank

Dengan bisnes enterprise, ia membolehkan anda untuk membuat pembukaan akuan perniagaan dengan lebih mudah di bank. Anda juga tidak perlu menggunakan apa-apa akaun peribadi sendiri. 

Dengan keupayaan anda membuka akaun perniagaan tersebut, transaksi perniagaan dapat dipisahkan dari urusan kewangan peribadi. Bahkan justeru ini memudahkan lagi urusan kewangan perniagaan anda.

Dalam masa yang sama, anda juga boleh membuka akaun perniagaan untuk bisnes Sdn Bhd tetapi ia agak sukar dan memerlukan beberapa dokumen yang berkaitan. Justeru ramai yang lebih memilih membuka akaun personal sendiri bagi mengelak proses yang lebih rumit. 

4. Perundangan

Syarikat Sdn Bhd ditubuhkan dan dikawal oleh Akta Syarikat 2016 (sebelum ini Akta Syarikat 1965). Manakala perniagaan enterprise didaftarkan dan dikawal oleh Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dan Akta Perkongsian 1961 (untuk perniagaan perkongsian).

5. Keuntungan yang diperoleh

Pemilik syarikat Sdn Bhd, dikatakan tidak berhak memilki kesemua keuntungan hasil daripada syarikat. Ini kerana setiap keuntungan yang diperolehi melalui syarikat, hendaklah diagih-agihkan kepada semua pemegang saham syarikat.

Manakala keuntungan yang diperoleh oleh pemilik syarikat enterprise pula, anda berhak mendapat kesemua keuntungan dan juga menanggung segala juga kerugian perniagaan.

6. Harga kos yang berbeza

Setiap jenis perniagaan ini mempunyai kos pengurusan yang tertentu. Bagi enterprise, kos pendaftaraan perniagaan SSM atau milikan tunggal tidak begitu mahal. 

Hal ini kerana, perniagaan ini tidak perlu mempunyai Setiausaha Syarikat berlesen dan juruaudit yang kosnya boleh mencecah sehingga ribuan ringgit. Berikut adalah senarai kos yang terlibat:

  • Perniagaan pemilikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan : RM30
  • Perniagaan pemilikan tunggal atau perniagaan perkongsian menggunakan nama tred : RM60
  • Pendaftaran cawangan : RM5 setiap cawangan
  • Cetakan maklumat perniagaan : RM10.60 (termasuk GST)

Bagi kos pendaftaraan perniagaan SSM untuk syarikat Sdn Bhd pula ia lebih mahal. Berikut adalah senarai kos yang terlibat:

  • Pakej Penubuhan: Antara RM1600 – RM2500
  • Yuran syarikat setiausaha (optional) – bayaran atas pelantikan syarikat setiusaha tersebut
  • Bulanan: antara RM60 – Rm150
  • Bayaran SSM: Angaran RM1000 lebih

7. Pengecualian cukai

Pengecualian cukai adalah sebuah inisiatif yang diberikan kerajaan dan memberi banyak kelebihan kepada syarikat.

Antara pelepasan cukai tersebut termasuklah faedah ke atas pinjaman yang diambil bagi modal pusingan, gaji pekerja, komputer, kereta dan yuran audit serta cukai.

Bisnes enterprise susah untuk mendapat pengecualian cukai. Di mana cukai yang akan dikira dibawah enterprise adalah bergantung cukai pendapatan individu kira-kira 28%.

Bisnes Sdn Bhd mendapat pelbagai insentif pengecualian cukai. Cukai Sdn Bhd akan dikira atas syarikat iaitu kira-kira 19% hingga 24% bergantung atas pendapatan cukai.

8. Kreadibiliti

Umumnya, bisnes enterprise kurang kreadibiliti. Salah satu faktornya kerana pemilik tidak perlu untuk memfailkan laporan audit dan kewangan kepada SSM yang bertindak sebagai badan yang bertanggungjawab untuk memberi pinjaman yang berjumlah besar.

Namun begitu, bisnes ini mampu mempunyai kredibiliti yang lebih tinggi di kalangan pelanggan dan pihak berkuasa sekiranya ia didaftarkan secara sah. 

Berbeza dengan kreadibiliti syarikat Sdn Bhd yang mana ia dari awal sudah lebih tinggi dan diyakini oleh pihak ketiga yang ingin berurusan dengan mereka.

9. Kesinambungan

Dari segi kesinambungan, bisnes enterprise tiada kesinambungan. Perniagaan milik tunggal atau enterprise akan terbubar jika berlaku kematian salah seorang pemiliknya.

Bisnes Sdn Bhd pula bercirikan kesinambungan berterusan. Mana-mana saham pemilik boleh dipindah milik pada bila-bila masa sahaja tanpa halangan. 

Oleh sebab itulah, sesetengah syarikat apabila pemiliknya meninggal dunia, perniagaan mereka tidak terjejas dengan teruk.

10. Pemberian dividen

Mereka yang menjalankan perniagaan enterprise mempunyai keupayaan terhad sehingga menghalang mereka untuk memberikan dividen kepada pemegang saham.

Berbeza dengan perniagaan Sdn Bhd, kerana kebiasaannya, anda boleh memberikan dividen kepada pemegang saham bila mana mempunyai lebihan untung bersih kerana keupayaan jenis bisnes ini lebih luas dan dinamik.  

11. Jangka hayat

Bisnes enterprise akan tamat apabila berlaku kematian dan perlu membuat pendaftaran baru. Dalam kata lain, jika pemiliknya meninggal dunia atau hilang, maka bisnes di bawah namanya akan turut “mati” kerana bisnes dan pemilik dikira sebahagian satu entiti sahaja. 

Berbeza dengan Sdn Bhd, yang mana anda boleh meneruskan lagi bisnes walaupun  berlaku kematian atau perubahan. Syarikat juga boleh terus beroperasi seperti biasa, dan juga scale-up secara lebih meluas.

Kesimpulannya, boleh kita simpulkan bahawa syarikat enterprise mempunyai liabiliti tidak terhad, tiada kesinambungan, kurang kredibiliti dan susah bagi pemilik mendapatkan pengecualian cukai.

Bagi syarikat sendirian berhad pula, ia berliabiliti terhad, mempunyai kesinambungan berterusan, kredibiliti bertambah dan memberikan pelbagai insentif pengecualian cukai kepada pemilik.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan dengan beza enterprise dan Sdn Bhd dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama. 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *