Sekarang ni ramai yang nak cuba bisnes makanan viral, akan tetapi, berbaloi ke nak cuba. Benda-benda viral ni bermusim, kalau boleh tak nak la kita jual makanan yang bermusim kan, pening kepala nak kejar trend tiap-tiap kali musim bertukar.
Apapun, perniagaan makanan ini memang mendapat tempat di mana sahaja tentu sekali kalau anda dapat jaga pelanggan dan rasa makanan yang sedap. Bukan setakat sedap, akan tetapi rasa masakan ini tetap sama walaupun dah berpuluh tahun berniaga. Ini adalah antara aspek penting dalam nak sukses perniagaan makanan.
Macam mana nak bermula, berapa banyak modal berniaga makanan? Semua persoalan ini akan kami cuba rungkaikan satu persatu agar setiap persoalan anda bakal terjawab. Yang penting adalah anda boleh terus mula perniagaan makanan.
Modal Kecil – Idea Jualan Makanan
Bergantung kepada modal anda, kalau anda baru nak mula dan modal anda kecil, tak salah untuk mula berniaga makanan dari rumah dahulu sebelum membuka booth ataupun kedai. Kalau misalkata anda sudah ada kedai sendiri dan nak besarkan kedai, boleh tambah menu makanan ataupun besarkan kedai.
Semua bermula dengan modal kecil dahulu. Tak ada masalah pun kalau nak mula berniaga dan bermula dari rumah. Mulakan dengan modal yang kecil dahulu dan kemudian, boleh terus besarkan perniagaan makanan anda. Kalau nak mula dari rumah, boleh baca perkongsian di bawah ini.
Ada banyak kelebihan yang anda boleh lakukan kalau mula dengan berniaga dari rumah dahulu. Selain dapat menjimatkan kos, anda ada masa yang lebih fleksible dan mungkin boleh fokus kepada perkara lebih penting iaitu faktor marketing untuk perniagaan anda. Faktor marketing ataupun pemasaran ini akan kami berikan ataupun detailkan di akhir artikel nanti.
Makanan Viral Simple Untuk Di Jual
Sekarang ini memang banyak idea makanan viral untuk dijual. Makanan viral kerap bertukar ganti daripada pisang goreng cheese, murtabak cheese dan bermacam lagi menu viral yang lain.
Kekurangan makanan viral adalah, anda perlu untuk ikut trend terkini dan sentiasa bertukar menu makanan. Anda perlu kejar trend yang bertukar hampir setiap bulan dan tahun dan ianya bukan sesuatu yang mudah. Adalah lebih baik pada pandangan saya, kalau anda nak bermula, boleh cuba dengan anda menjual makanan viral yang simple dan mudah untuk dijual serta mendapat permintaan banyak.
Berfikir untuk jangka masa panjang adalah penting untuk kelangsungan perniagaan. Pada artikel kali ini, kami tak nak sentuh sangat idea makanan viral kerana topik ini telahpun kami sentuh dalam artikel di SINI. Boleh baca artikel tersebut untuk anda dapat lebih banyak info bisnes makanan viral yang mudah untuk dijual.
Ataupun anda boleh tengok video di bawah berkenaan dengan idea makanan viral yang anda boleh jual.
Makanan Sentiasa Mendapat Permintaan
Perniagaan makanan memang sentiasa mendapat permintaan yang tinggi di mana sahaja walaupun dalam keadaan ekonomi yang tak menentu seperti semasa Covid 19. Ketika perniagaan lain terpaksa tutup perniagaan mereka, perniagaan makanan mendapat tempat yang baik dan boleh untuk teruskan perniagaan mereka.
Di dalam pasaran saham juga, perniagaan yang berasaskan mahan makanan adalah antara syarikat yang stabil dan mempunyai kedudukan kewangan yang baik.
Jika anda memang ada niat nak berniaga makanan, teruskan niat anda kerana ada banyak manfaat yang bakal anda dapat dalam mengembangkan perniagaan anda.
Boleh Cuba Jual Makanan Frozen
Ada juga idea untuk anda cuba jual juga makanan frozen. Sekarang ini pun sudah banyak makanan frozen seperti nasi lemak frozen, sphegeti frozen, takoyaki frozen dan lain-lain lagi.
Mungkin anda jual sahaja makanan macam biasa dan pada masa yang sama jual makanan frozen dan cari peluang dan ruang untuk anda cuba jual makanan frozen jenama anda sendiri. Mana tahu satu hari nanti anda boleh dan mula menjual makanan frozen jenama anda sendiri.
Ada banyak peluang yang ada sebenarnya. Yang penting teruskan usaha dan jangan berhenti belajar. Ada banyak yang anda boleh lakukan untuk kembangkan perniagaan anda. Makanan frozen adalah antara beberapa idea perniagaan sampingan disamping perniagaan utama menjual makanan.
Apa Kelebihan Anda Berbanding Pesaing
Orang lain pun jual makanan, kedai lain pun jual makanan yang sama. Salah satu kelemahan perniagaan makanan adalah, anda akan ada ramai pesaing. Ianya memang satu perkara yang tak dapat dielakkan.
Baru sahaja buka kedai pisang goreng ataupun kedai burger, dan bila nampak maju sikit sahaja, akan ada pesaing lain datang dan cuba meniru stail yang sama. Ianya mamang lumrah dalam mana-mana perniagaan.
Untuk itu, adalah lebih penting untuk anda cuba keunikan perniagaan ataupun produk anda berbanding pesaing lain. Mungkin anda ada guna sistem agen, anda ada sistem penghantaran sendiri. Makanan frozen anda tu anda boleh dapatkan di Shopee ke ataupun bermacam lagi kelebihan yang anda ada. Apa kelebihan yang anda ada untuk mengatasi pesaing anda dan ini adalah sangat penting untuk jangka masa panjang.
Macam mana nak tahu tentang kelebihan ini, anda boleh kaji sendiri perniagaan anda dan apa yang anda boleh tawarkan kepada anda. Sentiasa cuba cipta keunikan seperti ini dan ianya akan membantu perniagaan anda untuk jangka masa panjang.
Berniaga dari rumah pun adalah antara keunikan apapun ianya bagus untuk permulaan. Apapun baca perkongsian abag Spheggo akan sedikit sebanyak membantu anda untuk bermula.
Strategi Marketing – Jual Makanan Guna Whatsapp
Antara strategi lain adalah dengan cuba menggunakan platform Whatsapp untuk tujuan pemasaran. Anda boleh gunakan whatsapp untuk menjual pelbagai produk makanan anda dan mungkin menerima tempahan secara online sahaja.
Topik berkenaan dengan strategi menggunakan Whatsapp ini agak panjang dan mungkin perlukan tutorial yang berkesan. Apapun, Whatsapp adalah antara strategi yang simple dan efektif untuk anda tingkatkan jualakan untuk kedai makanan anda. Kalau anda nak dapatkan lebih lanjut berkenaan dengan cara untuk jual makanan dengan Whatsapp dan gunakan whatsapp secara efektif, Boleh cuba baca artikel kami di SINI.
Sentiasa Jual Makanan Di Facebook
Makanan viral biasanya viral di Facebok dahulu dan kemudian baru muncul di social media lain seperti Tiktok, Instagram dan lain-lain. Nak sesuatu artikel menjadi viral bukanlah satu perkara yang mudah sekarang ini.
Apapun, anda boleh gunakan Facebook untuk strategi lain iaitu strategi untuk anda perkenalkan produk anda dan tingkatkan jualan di kedai anda. Macam mana tu? Kena pakai Facebook ads ataupun iklan di Facebook ke?
Kalau nak pakai iklan di Facebook agak mahal, tetapi kami ada strategi lain. Strategi ini membolehkan anda mendapat jualan dengan kos yang minima sahaja. Antara strategi yang wajib untuk anda tahu. Nak tahu lebih lanjut, boleh baca di SINI.
Jom Jual Makanan Anda
Anda boleh mula menjual makanan yang anda mahukan dalam kadar segera. Dah ada niat tak ada masalah untuk anda mula menjual. Mungkin boleh bermula dengan 1 menu dan kemudian boleh tambah menu dan seterusnya.
Ini adalah antara idea bisnes makanan viral yang anda perlu tahu sebelum bermula.