Cara Aktifkan Shopeepay Later 2024

Macam mana cara aktifkan Shopeepay later? Aktiviti membeli belah secara atas talian hari ini lebih mudah. Bukan sahaja boleh membeli tanpa perlu bersemuka atau menghabiskan banyak masa untuk berjalan-jalan di pasar raya tetapi kita juga boleh membeli secara dalam talian dengan konsep “beli sekarang bayar kemudian”. 

Ciri unik ini diperkenalkan sendiri oleh Shopee Malaysia yang berjaya menambat banyak hati pengguna di kalangan rakyat Malaysia sendiri. Apakah yang dimaksudkan dengan Shopeepay Later dan bagaimana pula cara aktifkan Shopeepay Later ini? Artikel yang akan kami kongsikan kepada anda khusus untuk anda yang teringin menggunakan ciri pembayaran SpayLater sekarang!

shopeepay later

Apa itu ShopeePay Later?

Banyak orang bertanya bagaimana cara untuk aktifkan ShopeePay Later? Namun sebelum kita bercakap lebih lanjut soal cara dan syarat yang perlu diikuti, apa kata kita berkenalan dulu dengan ciri terbaru dari Shopee iaitu ShopeePay Later.

ShopeePay Later adalah servis atau perkhidmatan kaedah pembayaran terbaru yang membolehkan pengguna membeli belian serta merta dan membayar pada bulan berikutnya. Pembeli yang layak boleh memilih untuk membuat bayaran ansuran selama 2, 3, atau 6 bulan. 

Yuran servis (service fee) dikenakan sebanyak 1.25% sebulan. Di samping itu, caj lewat sebanyak 1.5% sebulan dikenakan sebagai denda bayaran ansuran lewat.

Nama lain yang digunakan untuk servis ini adalah Shopee’s Buy Now Pay Later. Menariknya, sistem ansurans di Shopee tidak memerlukan penggunaan kad kredit pengguna sama sekali hanya patuhi cara aktifkan ShopeePay Later seperti di bawah ini.

ShopeePay Later lebih jimat berbanding pembelian tunai biasa?

Mungkin ramai orang yang bermain dengan stigma ansuran itu adalah sistem pembayaran yang berat dan memeningkan. Sebenarnya anda silap kerana secara umumnya penggunaan ShopeePay untuk sesuatu barang yang mahal dan berharga memang ada penjimatannya yang tersendiri.

Adanya banyak diskaun yang diberikan, cashback sehingga 100%, pada nilai 1 sen sahaja, dan apabila ada tawaran istimewa dari Shopee andalah orang pertama yang akan mendapat keistimewaan tersebut seperti acara ShopeePay Day atau sebagainya.

ShopeePay adakah patuh syariah bagi pengguna Islam?

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Shopee Malaysia, mereka sudah mengemukakan pensijilan patuh syariah daripada Amanie Advisors, firma penasihat Syariah terkemuka di Malaysia. Malahan, Shopee juga telah menarik kembali caj pembayaran lewat sebanyak 1.5% atau membekukan akaun pelanggan jika mempunyai tunggakan.

Akaun tersebut boleh sahaja diaktifkan kembali dengan membayar tunggakan selain denda RM10 yang dikenakan oleh pihak Shopee Malaysia. Dalam masa yang sama Shopee turut menaikkan fi pemprosesan dari 1.25% kepada 1.5% setiap bulan bagi mereka yang mahu membuat pembayaran secara ansuran bergantung kepada jumlah pembelian.

Justeri itu, pengguna beragama Islam tidak perlu lagi risau kerana ciri-ciri khusus yang ditawarkan SpayLater memang diakui sudah patuh syariah oleh badan bertanggungjawab yang memantau.

Cara Aktifkan ShopeePay Later

Syarat utama untuk layak menggunakan ShopeePay Later adalah telah mengaktifkan My Kad di akaun Shopee, merupakan warganegara Malaysia, dan berumur 18 tahun ke atas. Sekiranya anda sudah melepasi semua syarat ini, di bawah adalah cara aktifkan ShopeePay Later.

Ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Buka aplikasi Shopee dan pergi bahagian ‘Me’ > ‘SPayLater’
  2. Kemudian klik ‘Activate Now’
  3. Anda perlu masukkan kod pengesahan yang dihantar di no. telefon anda
  4. Upload gambar MyKad anda dan masukkan butiran yang diperlukan
  5. Kemudian perlu melalui ‘facial verification’ dengan ambil gambar selfie
  6. Selesai! Kin SPayLater anda sudah diaktifkan

Namun perlu diingatkan ciri ataupun syarat kelayakan untuk mengaktifkan ShopePay Later ini adalah berbeza-beza mengikut nilai yang anda terima seperti RM1000, RM2000 atau sehingga RM3000.

Cara bayar menggunakan ShopeePay Later

Selepas berjaya mengaktifkan akaun ShopeePay Later anda, pastinya anda juga mahu tahu bagaimana cara membuat pembayaran menggunakannya. Ikuti langkah-langkah yang diajarkan seperti dibawah:

  1. Buat pesanan seperti biasa di Shopee. Seperti contoh, anda ingin beli iPad Air 4th Generation.
  2. Klik ‘add to Cart’ > ‘Check Out’
  3. Kemudian pada bahagian Payment Method, pilih ‘SPayLater’
  4. Pilih plan pembayaran anda. Samada bayar kesemuanya pada bulan hadapan tanpa caj atau 2x, 3x atau 6x dan klik ‘Confirm’
  5. Masukkan pin ShopeePay anda
  6. Akhir sekali, anda akan menerima pengesahan bayaran. Selesai!

Kebaikan Dan Keburukan Guna Shopee Pay Later

Shopee pay later ini datang dengan kebaikan dan beberapa keburukan yang anda perlu tahu. Ianya anda boleh gunakan sebagai satu dana kecemasan terutama kalau anda sudah ketiadaan duit satu hari nanti.

Apapun, boleh teruskan baca di bawah perkongsian dan luahan mereka yang bekerja dengan Shopee Pay Later sebagai pengajaran dan pedoman.

Ni perkongsian jujur di laman twitter mein. Boleh jadikan pedoman kepada anda yang nak mula berjinak dengan Spaylater ni. Apapun, untuk detail kelebihan dan keburukan Shopee Pay Later ini, anda boleh baca artikel kami dengan lebih jelas di Kebaikan dan keburukan SPayLater.

Cara bayar bil dari akaun ShopeePay Later

Apabila berlaku tunggakan bayaran pembelian anda, anda wajib membayar bil tersebut dahulu untuk mengelakkan dari akaun dibekukan oleh pihak Shopee dan dikenakan denda RM10. Ini adalah langkah-langkah yang perlu anda ikuti untuk membuat pembayaran bil berikutnya:

  1. Pergi ke aplikasi Shopee dan tab ‘Me’ > SPayLater.
  2. Pada halaman SPayLater, klik ‘Pay Now’
  3. Pada bahagian ‘My Bills’ anda boleh lihat bil yang anda ‘dah bayar’ atau ‘belum bayar’ mengikut bulan (paid dan unpaid)
  4. Klik bahagian yang belum bayar atau ‘unpaid’ dan pilih kaedah bayaran sama ada perbankan online, cash di 7-eleven atau menggunakan ShopeePay
  5. Masukkan no. pin ShopeePay
  6. Anda akan menerima pengesahan bayaran selepas bayaran berjaya
  7. Selesai!

Tips sebelum menggunakan sistem Buy Now Pay Later

Konsep Buy Now Pay Later yang diperkenalkan Shopee diibaratkan seperti pinjaman peribadi yang lebih bersifat digital dari atas talian dengan pembayaran secara berperingkat. Justeru sebenarnya cara ini mudah dan selamat digunakan seandainya pengguna faham akan limitasi yang perlu diterapkan dalam setiap pembelian. 

Merancang pembelian setiap bulan dengan berhemat dan elak dari beban hutang yang menjerat diri itu penting bagi mengelakkan kita susah dikemudian hari. Ini adalah beberapa perkara yang boleh anda lalukan:

  • Ambil masa dan jangan tergopoh-gapah bersetuju sebelum baca dan teliti terma dan syarat dengan sebaik mungkin. 
  • Berbelanja mengikut kemampuan diri sahaja
  • Fahamkan dahulu skor kredit yang ditetapkan oleh sistem ini
  • Semak setiap kadar caj pembayaran yang ditetapkan dan pastikan anda tahu jika ada caj tersembunyi
  • Lakukan pembayaran awal dan jangan bertangguh

Diharapkan perkongsian mengenai cara aktifkan ShopeePay Later ini dapat memberikan anda informasi yang bermanfaat dan berguna untuk menjadikan ia salah satu kemudahan yang mendatangkan faedah kepada anda bukan sebaliknya. Apa-apa pun jangan lupa amalkan perbelanjaan yang sihat sentiasa!

Related Posts

14 thoughts on “Cara Aktifkan Shopeepay Later 2024

    1. welcome, memang berbaloi cuba dan guna shopeepay ni.

  1. Power la Shopee. Makin banyak kemudahan disediakan untuk pengguna. Moga pengguna bijak dan tidak menyalahgunakannya.

    1. shopee antara platform yang best dan senang digunakan. Ianya pun sedikit sebanyak mengubah dan membantu menjana ekonomi keluarga.

    1. setuju, ada kebaikan dan ada keburukan. Fokus pada kebaikan insyaAllah akan membantu

  2. ohh wowo….this is really useful guide on shopeepay activation. thanks for this. I’ve done activated. cheers Siennylovesdrawing

    1. thanks for coming, shopeepay really convenient.

  3. Perkongsian yang bermanfaat bubat yang tak tau untuk atifkan shopee pay latter.. iena dah aktifkan… baru sekali je guna. Kalau betul2 terdesak baru guna sebab ada charge huhuhu..so if ade duit byr sndri je hehe

    1. betul, kalau tiada baik bayr sendiri je, memang ada caj. Kalau terdesak je guna shopeepay later ni

  4. Shopee PayLater ni bagi akak sangat membantu bagi suri rumah yang tiada sumber pendapatan tetap tapi berduit. Sebab nak apply tidak serumit memohon kad kredit. Jumlah kredit dalam Shopee PayLater juga bergantung kepada Shopee untuk beri berapa banyak. Ada kriteria yang disediakan. Minumum RM 2,000 kalau tak silap. Tempoh hutang selama 6 bulan setiap kali kita guna tu dah cukup untuk beri tanggungjawab kepada kita. Jangan lama, nanti liat membayar balik. Setiap kali lewat bayar pada tarikh ditentukan, RM 10 akan Shopee cas. Ini untuk kos pentadbiran dan peringatan telefon, sms dan segala medium untuk menjejak penculas bayar hutang. Jadi, kena ada sikap bertanggungjawab dan setiasa patuh dateline bayar hutang. Panjang akak reply. Harap membantu! Hahahaha.

    1. ni pun satu pandangan yang bagus, betul juga, dan saya setuju sebagai salah satu alternatif kepada kad kredit.

  5. Saya pun ada dapat spaylater ni, tapi masa nak aktifkan permohonan ditolak , disuruh mohon semula bulan depan.. sy baca artikel lain betulkah sebab2 pengaktifan spaylater ditolak kerana app shoppe tak update, ralat sbb Line data slow dan lain2 lagi?

  6. s pay later saya dah kene block…ada problem sikit.. tp sy da hbis bayar semua.. da 3 bulan selesai..mcm mne saya nak aktifkan balik s pay later saya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *