Macam mana cara promosi perniagaan anda? Kali ini kami nak kongsikan beberapa tips penting kepada anda untuk promosikan perniagaan anda. Sekarang ini dunia memang berkembang dengan pesat terutama dengan adanya internet. Jadi, atas sebab itu juga, cara untuk promosikan business anda juga semakin berbeza dulu dan sekarang.
Jika anda mempunyai perniagaan sendiri, berikut adalah antara beberapa tips penting supaya perniagaan anda mendapat tempat dan diingati di seluruh Malaysia. Kami kongsikan beberapa tips agar memudahkan anda untuk sukses dalam perniagaan anda. Kalau marketing anda power, insyaAllah perniagaan anda pun akan menunjukkan hasil yang sama.
Strategi Pemasaran Perniagaan
Kami mulakan dengan strategi pemasaran yang penting untuk perniagaan anda. Nak tahu macam mana?
Lantik Agen
Cara paling mudah adalah dengan melantik agen untuk perniagaan anda. Kalau anda mempunyai business produk seperti kosmetik dan lain-lain, melantik agen yang bakal menjalankan atau mempromosikan perniagaan anda adalah cara paling cepat untuk mempromosikan perniagaan anda. Ianya adalah seakan-akan seperti konsep Dropship.
Dengan ini, lebih banyak produk anda yang bakal terjual dan pada masa yang sama, lebih banyak agen yang akan mempromosikan perniagaan anda.
Cara Marketing Berkesan – Ikut Kelas Marketing
Sekarang ni ada banyak kelas marketing sama ada secara online ataupun offline. Daripada kelas-kelas seperti ini, anda boleh dapatkan banyak info dan input terkini berkenaan dengan teknik marketing seperti Facebook ads, google ads dan lain-lain lagi. Teknik marketing seperti ini membolehkan anda mendapat info terkini berkenaan dengan teknik marketing yang anda tak pernah dengar sebelum ini dan juga, boleh bina networking yang konsisten.
Bina ada kelas marketing, cuba pergi dan dapatkan info terkini dari sana. Mana tahu dengan menghadiri kelas seperti ini membolehkan anda untuk menambah peluang untuk anda mengembangkan perniagaan anda.
Buat Blog – Marketing Berterusan
Blog merupakan satu cara yang efektif sebagai satu medium pemasaran daripada dulu dan sekarang. Anda post satu artikel dan artikel tersebut membolehkan anda untuk mendapat pembaca dan menukar kepada pelanggan. Bergantung kepada apa yang anda nak tuliskan dalam blog anda tersebut, anda bakal memperolehi banyak pelanggan berdasarkan kepada topik yang anda tulis.
Apapun, blog merupakan satu channel pemasaran yang efektif dan patut untuk anda letakkan dalam teknik marketing anda. Macam mana nak buat. Boleh ikuti beberapa langkah ini;
- Bina laman web/blog – untuk personal branding – step by step di SINI
- Cara untuk dapatkan income – idea untuk tambah pendapatan dengan blog
Youtube Channel
Sekarang ini semakin ramai yang mencari sumber kandungan video di youtube. Semakin hari, ianya menjadi satu medium yang penting untuk pemasaran anda. Pun tidak kurang ada yang menjadikan youtube sebagai satu kerjaya kerana ianya boleh juga menjadi sumber income yang menarik jika dilakukan secara konsisten
Apapun yang anda lakukan secara konsisten, insyaAllah akan mendapat hasil yang menarik dan lumayan. Nak tahu berkenaan dengan apa yang anda boleh lakukan untuk mendapatkan hasil yang konsisten dengan youtube, boleh baca artikel kami di SINI.
Strategi Pemasaran Perniagaan – Aktifkan Social Media Anda
Ada banyak pilihan media social yang ada di Malaysia ini antaranya adalah Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain. Lagi banyak post ataupun artikel menarik yang anda tulis untuk laman media social anda, lagi banyak pengunjung yang bakal datang dan bakal bertukat menjadi pelanggan. Untuk media social ini, anda perlu tulis artikel ataupun sesuatu itu secara konsisten dan menarik agar artikel yang anda tulis itu terus releven dan berkensan.
Kalau boleh, cuba menulis artikel yang boleh menjadi viral dan disebarkan ke seluruh Malaysia. Ianya membolehkan jenama anda akan lebih dikenali dan terus mendapat sambutan ramai. Ini adalah antara cara promosikan perniagaan yang efektif.
Jual di Shopee
Bila jual produk, mesti bukak kedai. Betul ke? Tetapi sekarang ini tidak semestinya kena ada kedai, kalau anda mempunyai kedai online di Shopee ini pun sudah sangat membantu untuk menambah jualan dan pada masa yang sama meningkatkan awareness untuk produk anda. Nak mula menjual di Shopee ini tidaklah terlalu susah kerana cuma perlukan beberapa langkah mudah sahaja, anda boleh mula menjual di sana.
Kalau anda sudah ada idea nak jual barang apa di sana akan jadi lebih mudah, tetapi kalau masih tak tahu lagi nak jual apa, jangan risau kerana kami akan kongsikan beberapa tips untuk bermula dan menjual di Shopee. Boleh baca artikel INI untuk mendapatkan info terkini berkenaan dengan cara untuk bermula dan menjual di Shopee.
Teknologi Terkini – EWallet
Penting kalau anda mempunyai kedai dan kedai tersebut paling kurang boleh menerima ewallet. Ada banyak pilihan ewallet dan anda boleh pilih berdasarkan kepada populariti. Ini artikel kami berkenaan dengan Touch & Go EWallet. Jika kedai anda menerima EWallet ini, barulah ramai yang akan pergi ke kedai anda dan sekali lagi saya ingatkan, penting untuk menerima teknologi terkini dalam transaksi pembayaran untuk perniagaan anda.
Iklankan di Bill Board
Jika anda mempunyai modal, apa salahnya untuk pergi iklankan perniagaan anda dengan cara seperti ini. Modal untuk gunakan cara ini mungkin agak besar dan kalau anda rasakan ianya berbaloi, boleh cuba cara dan tips ini.
Flyers – Hantar
Ianya mungkin cara yang agak lama, tetapi saya nak ingatkan yang ianya juga merupakan antara cara yang efektif jika dilakukan secara konsisten. Caranya, anda lakukan secdiri dan hantar flyers dari rumah ke rumah ataupun, anda boleh upah ramai orang untuk lakukan perkara ini. Hantar flyers dan lihat hasilnya. Kalau tak cuba cara ini, anda tak akan tahu hasilnya.
Idea Tambah Pendapatan
Apapun, ini adalah antara idea untuk tingkatkan jenama ataupun antara cara promosi perniagaan anda. Kalau anda sudahpun mempunyai perniagaan sendiri, boleh teruskan menggunakan cara ini. Kalau anda masih lagi tak tahu nak berniaga apa, nak jual apa dan lain-lain, boleh baca artikel kami ini untuk anda mendapat idea terkini perniagaan.
Lakukan secara konsisten dan insyaAllah anda akan berjaya.