4 Cara Bagaimana Jadi Jutawan Hartanah

Nak jadi jutawan hartanah? Sebenarnya ramai yang sudah mula berjinak-jinak untuk membuat pelaburan dalam hartanah. Tetapi tidak tahu bagaimana untuk bermula dan ingin mendapatkan info berkenaan dengan pelaburan hartanah. Ramai jutawan pelaburan hartanah muda yang saya kenal juga bermula dari bawah, dari tiada apa-apa kepada mereka yang mempunyai portfolio berjuta-juta ringgit. Semuanya bermula daripada satu pelaburan kecil yang mereka buat dan kemudian pelaburan-pelaburan yang seterusnya. Tidak mustahil jika anda juga mampu untuk melakukan perkara yang sama.

Pada akhir artikel juga, kami akan berikan beberapa alternatif lain selain daripada cara biasa untuk melabur dalam hartanah. Seperti yang anda semua tahu, kalau nak melabur hartanah mestilah buat pinjaman sehingga 35 tahun, kena sediakan deposit 10% dan juga kena sediakan kos lawyer! Akan tetapi, cara yang bakal saya tunjukkan kepada ini membolehkan anda untuk melabur juga dalam hartanah tanpa perlu keluarkan kos-kos yang saya sebutkan seperti di atas.

pelaburan hartanah

Langkah untuk jadi jutawan hartanah tanpa modal

Untuk menjadi jutawan hartanah tanpa modal, apa yang anda perlu lakukan adalah untuk melakukan dan mencari deal-deal pelaburan hartanah yang tanpa modal. Rujuk artikel ini untuk maklumat lanjut.

Note : Baca pendedahan saya 5 teknik pelaburan hartanah buat untung

Ni adalah antara beberapa strategi yang bagus untuk anda mula melabur dalam hartanah. Boleh cuba amalkan tips dan strategi ini dalam pelaburan anda.

#1 Lengkapkan diri anda dengan ilmu pelaburan hartanah

Kalau anda ingin menjadi jutawan seperti jutawan dalam pelaburan hartanah Melayu yang lain, perkara pertama yang anda kena lakukan adalah lengkapkan diri anda dengan pengetahuan tentang pelaburan hartanah. Ilmu adalah perkara yang sangat penting, dengan ilmu dan teknik yang betul insyaAllah akan ada banyak deal-deal menarik untuk pelaburan hartanah yang boleh anda dapatkan.

Kat mana nak dapatkan ilmu pelaburan hartanah ini?

Banyak info yang anda boleh dapatkan di internet, tetapi semua ini memakan masa kerana maklumat yang tidak tersusun yang ada di blog-blog di internet. Saya rekeman anda cuba mencari dan mempelajari beberapa strategi dan deal-deal hartanah yang ada. Sekarang sudah banyak strategi dan tips penting untuk anda mempelajari pelaburan hartanah di youtube.

Apapun, mulakan dengan langkah pertama untuk mula menjadi pelabur dalam hartanah.

#2 Aplikasikan apa yang anda belajar daripada pelaburan hartanah tersebut

Tidak ada gunanya kalau apa yang anda belajar tetapi tiada aplikasi daripada apa yang anda belajar. Bagi saya ebook di atas sudah memadai untuk bermula dengan pelaburan hartanah. Beli saja jangan ragu. Apa yang penting adalah pelaburan hartanah yang anda beli memberikan positive cashflow setiap bulan. Maksudnya, anda tetap dapat pulangan setiap bulan daripada pelaburan yang anda lakukan. Misalkata bayaran installment bank sebanyak RM500, sewa RM700, maka anda dapat tambahan RM200 setiap bulan. Ianya memang satu pelaburan yang berbaloi.

Di akhir artikel, strategi yang kami nyatakan juga membolehkan anda untuk mendapat pulangan ataupun positive cashflow dengan modal yang minima. Sekali lagi, boleh baca sampai habis.

#3 Mulakan pelaburan anda dengan ‘small deal’

Maksud small deal di sini adalah pelaburan yang kecil. Tidak digalakkan untuk bermula dengan rumah yang berharga RM600k, tetapi anda boleh bermula dengan pelaburan hartanah untuk rumah yang berada di bawah RM200k. Banyak rumah dan apartment yang anda boleh dapatkan dengan harga itu, dan kemudian apa yang anda boleh buat adalah menyewakan semula apartment tersebut dengan harga yang lebih tinggi daripada harga installment bank.

Lakukan pelaburan seperti ini untuk beberapa biji rumah dan sehingga anda mencapai amount yang anda inginkan setiap bulan. Small deal sebegini adalah sangat penting untuk membina keyakinan kepada anda untuk melakukan lebih lagi dalam pelaburan hartanah. Bila sudah biasa dengan small deal ini, bolehlah pergi ke fasa seterusnya di mana anda boleh memulakan pelaburan hartanah anda dan mendapatkan big deal yang ada di sekitar anda. Anda boleh membeli studio unit, komersial dan lain-lain lagi.

Kalau anda serious untuk menjadi pelabur hartanah, be serious, take action now. Sekarang pun sudah ada banyak info lain yang ada yang anda boleh dapatkan di blog-blog dan forum-forum untuk ilmu pelaburan hartanah anda. Tetapi saya tak galakkan untuk anda membaca forum kerana anda akan mendapat terlalu banyak informasi melainkan anda boleh filter semua informasi tersebut.

Alternatif Lain Pelaburan Hartanah

Cara lain untuk anda menjadi pelabur hartanah, tak semestinya kena beli rumah sama ada rumah komersial ataupun rumah kediaman sahaja. Seperti yang kita semua sedia maklum, pembelian unit ini memakan kos yang agak besar. Sehingga 35 tahun kena buat pinjaman rumah dan juga 10% deposit yang anda perlu keluarkan.

Strategi lain saya ada terangkan dalam video di bawah ini;

https://youtu.be/hFcEvtUz1WE

Dalam video di atas, kami ada berikan 2 tips ataupun strategi berkenaan dengan cara untuk anda invest dalam hartanah dengan modal yang minima, iaitu RM1000 sahaja pun sudah boleh bermula. Betul ke? Ye betul, boleh tengok dalam video di atas.

Senang sahaj tips tersebut, dan jika anda mempunyai skill analisa terknikal, akan ada sedikit advantage ataupun kelebihan tersendiri untuk menganalisa ataupun aplikasikan strategi ini.

Ataupun anda boleh baca dalam artikel di SINI. Kami ada kongsikan strategi tersebut dalam artikel ini. Boleh baca dan insyaAllah anda ada alternatif lain untuk menjadi seorang jutawan dalam pelaburan hartanah.

Semoga berjaya menjadi seorang millionaire pelaburan hartanah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *