Berapa Bulan Tak Bayar Rumah Kena Lelong?

Berapa bulan tak bayar rumah kena lelong? Topik pada kali ini khusus bagi menjawab persoalan ini. Nasihat saya, cuba lakukan sedaya mungkin untuk buat bayaran pinjaman rumah. Kami akan ulas panjang dalam artikel ini.

Cuba beli rumah yang anda rasakan anda mampu dari segi kewangan anda. Siapa tahu kan, apa bakal terjadi pada masa hadapan. Biasanya pinjaman rumah memang memakan kos yang sangat tinggi terutama untuk komitmen bulanan anda. Berlakuk apa-apa dalam kerjaya memang akan berikan kesan kepada komitmen bulanan dalam pembayaran pinjaman rumah.

Kalau terjadi apa-apa pada gaya hidup ataupun kerjaya, dan tak mampu lagi bayar rumah, apa yang anda boleh lakukan? Lagilah kalau ada tunggakan sehingga 2 atau 3 bulan, memang akan berikan kesan kepada pinjaman anda.

Berapa Bulan Tak Bayar Rumah Kena Lelong

Paling Cepat 3 Bulan Tertunggak – Ada Yang Boleh Kena Lelong

Ya betul, kalau ada tertunggak selama 3 bulan pun ada bank yang boleh memanggil anda untuk lelong rumah. Ianya akan jadi sangat rugi jika baki pinjaman dah tinggal sedikit dan kemudian terpaksa untuk lelong rumah anda. 

Biasanya, rumah akan dilelong oleh bank setelah pemilik atau peminjam gagal membayar hutang bulanan dan tunggakan selama 3 bulan. Pihak bank akan mengeluarkan surat peringatan sebanyak tiga kali, dengan jarak antara surat tersebut sekitar 1 hingga 3 minggu. Jika hingga surat peringatan ketiga tidak ada tanggapan atau penyelesaian dari pihak debitur, maka bank akan memulakan proses penyitaan aset rumah1. Ingatlah untuk selalu memastikan pembayaran ansuran bulanan agar mengelakkan situasi ini

Elakkan untuk tertunggak lebih daripada satu bulan untuk elak banyak perkara yang tidak bagus antaranya adalah interest rate bank meningkat berganda-ganda. 

Cara Untuk Elak Daripada Kena Lelong

Memang mahu atau tidak, anda kena cuba sedaya upaya untuk elak daripada rumah kena lelong. Berikut adalah antara beberapa cara yang saya boleh rekemen kepada anda.

1 Mula fikir untuk ada pendapatan sampingan 

Jika anda rasakan yang pendapatan anda sekarang ini semakin tak menentu. Ataupun mula kurangkan perbelanjaan anda. Saya rekemen anda tukar bil telefon anda kepada Tune Talk untuk kurangkan perbelanjaan bulanan. Cari cara untuk tambah pendapatan bagi membolehkan anda untuk bayar tunggakan dari elak rumah kena lelong.

2 Bayar tunggakan kalau ada. 

Pastikan anda sentiasa membayar ansuran bulanan pinjaman rumah. Jika anda menghadapi kesukaran, berbincang dengan pihak bank untuk mencari penyelesaian.

3 Dapatkan Khidmat Nasihat. 

Anda boleh mendapatkan nasihat daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk menguruskan kewangan anda. Mereka boleh tolong anda untuk berikan kaunseling bagi membolehkan anda untuk atur semula kewangan anda.

4 Jual Rumah Jika terpaksa

Pertimbangkan untuk menjual rumah sebelum ia dilelong. Boleh hubungi agen terdekat dengan anda bagi membantu proses jual beli. Jika anda berada di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan juga Selangor, boleh berhubung dengan kami bagi kami bantu jualkan rumah anda. 

Boleh isikan borang di bawah ini untuk kami bantu anda sama ada nak jual rumah ataupun nak buat pembiayaan semula rumah.

5 Pengeluaran KWSP 

Jika anda betul-betul sesak. Anda juga boleh menggunakan simpanan KWSP untuk membantu menyelesaikan hutang. Lagilah sekarang ini ada KWSP akaun 3 yang dinamakan akaun fleksible bagi membantu untuk keluarkan cash pada bila-bila masa. 

6 Berbincang dengan Pihak Bank. 

Jangan takut berkomunikasi dengan pihak bank jika menghadapi masalah kewangan. Mereka mungkin boleh membantu anda mencari penyelesaian. Kalau dapat panggilan telefon daripada pihak bank tu, cuba angkat dan berbincang dengan bank. Jangan lari, hadapi sahaja itulah yang terbaik.

Keburukan Kalau Rumah Anda Kena Lelong

Ada banyak keburukan kalau anda dalam proses lelong dan kalau boleh elakkan sampai jadi seperti ini. Memang ada kalanya lelong ataupun jadi muflis ini lebih baik, boleh baca di keistimewaan muflis sini. Akan tetapi, kalau boleh elak, cuba anda elakkan kerana ianya akan berikan kesan yang lebih teruk pada masa akan datang.

Rumah Turun Harga 10% Jika Tiada Pembeli

Kalau rumah tak ada orang yang nak beli, rumah akan masuk dalam lelongan seterusnya. Biasanya, harga akan turun 10% di sini. Harga rumah akan turun untuk menarik pembeli. Kalau masih tak laku, rumah akan masuk lelongan lagi dan harga akan terus menurun. Proses ini akan berulang sehingga ada orang yang membeli rumah tersebut.

Namun, apabila ada pembeli, harga yang ditawarkan mungkin jauh daripada harga pasaran semasa. Perbezaan ini, tuan rumahlah yang kena bayar. 

Boleh Diisytiharkan Muflis

Bayangkan seorang pemilik rumah mempunyai hutang sebanyak RM200,000 dengan bank. Namun, kerana keadaan kewangan yang mencabar, bank hanya berjaya menjual rumah tersebut pada harga RM160,000.

Baki hutang yang masih perlu dibayar oleh pemilik adalah RM40,000 (RM200,000 – RM160,000). Jika pemilik gagal membayar baki ini dan jumlahnya melebihi RM40,000, bank berhak mengambil tindakan undang-undang untuk menuntut kebankrapan pemilik.

Usahakan Sebaiknya Agar Rumah Tak Kena Lelong

Saya tak nak cerita banyak agar artikel berapa bulan tak bayar rumah kena lelong ini nanti akan jadi terlalu panjang. 

Cuba gunakan tips yang saya nyatakan dalam artikel ini untuk anda bayar jumlah yang tertunggak. Jika tiada cara lain, tak ada masalah pun sebenarnya kalau anda nak jual rumah anda. Tak ada masalah pun dan saya pasti ramai agen yang akan membantu kalau anda nak jual rumah.

Dapatkan khidmat nasihat daripada AKPK ataupun jika anda masih ada kudrat untuk bekerja, cuba kerja dengan niat untuk bayar tunggakan ataupun elak daripada rumah kena lelong.

Amalkan juga doa pembuka pintu rezeki bagi memudahkan anda mendapatkan jalan keluar daripada masalah rumah kena lelong.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *