Telco Unlimited Data Paling Berbaloi 2023

Ada ke Telco unlimited data sekarang ini. Sekarang ini sudah ada banyak syarikat telekomunikasi yang menawarkan pakej unlimited data dalam pelan mereka. Hampir kesemua syarikat daripada telco yang besar di Malaysia yang menawarkan pakej unlimited data kepada pelanggan mereka.

Sebagai pengguna, kita boleh buat pilihan untuk penggunaan yang maksima dan mana yang terbaik. Akan tetapi sebelum itu, wajib kena lihat semua pada coverage di sesuatu kawasan sama ada bagus ataupun sebaliknya. 

Tak semua pengguna perlukan paket data yang besar kerana ada sesetengah pengguna sudah mempunyai wifi di rumah dan ditempat kerja. Apapun, pada kali ini, kami akan senaraikan beberapa pakej dan juga syarikat yang mempunyai unlimited data dalam pelan milik mereka. Berbaloi ataupun tidak itu, anda boleh buat pilihan sendiri.

telco unlimited data

Bergantung Pada Penggunaan

Tak semua pengguna perlukan pakej unlimnted data dalam pelan mereka. Ada yang 30GB pun tak boleh nak gunakan sampai habis kerana sudah mempunyai wifi di tempat kerja dan di rumah. Penggunaan peribadi itu sudah tak terlalu banyak pun kerana banyak. 

Anda boleh lihat pada penggunaan anda setiap bulan sama ada berbaloi untuk anda gunakan ataupun sebaliknya. Kalau memang anda seorang pengguna yang agak kerap dan boleh dikatakan seorang “heavy user” ada beberapa pelan yang sesuai untuk anda gunakan seperti di bawah ini.

Pelan yang bakal kami kongsikan ini adalah kebanyakannya daripada syarikat Tune Talk yang menggunakan coverage Celcom. Nak dapatkan pelan ini, anda beli je daripada mana-mana syarikat ataupun dealer berhampiran dengan rumah anda. Kalau leceh nak cari dealer, boleh beli terus di kedai Shopee kami. Terus sampai ke rumah dan tak perlu mencari ataupun tunggu terlalu lama. Boleh terus ke kedai Shopee kami di bawah ini.

Setiap pembelian dan penggunaan data langganan daripada simkad yang anda beli di atas ini akan membolehkan kami untuk terus menulis konten seperti ini pada masa akan datang.

Pelan Dari Tune Talk

Tune Talk untuk pengetahuan anda yang membaca artikel ini, menggunkan coverage Celcom. Kalau di tempat anda, coverage Celcom tiada masalah, insyaAllah tiada apa-apa isu. Kalau coverage Celcom anda ada masalah, boleh tinggalkan Tune Talk dan cuba cari alternatif lain yang ada di pasaran. 

Tune Talk keluarkan banyak pelan dan boleh dikatakan antara Telco unlimited data yang anda boleh dapatkan pada harga dan pelan yang menarik. Dalam artikel ini, kami akan berikan review berkenaan dengan beberapa pelan unlimited data yang ditawarkan oleh pihak Tune Talk dan kemudian terpulang sama ada anda nak dapatkan pelan ini ataupun sebaliknya.

Penggunaan Data Rakyat Malaysia Setiap Bulan

Penting untuk anda tahu berapa purata penggunaan data rakyat Malaysia setiap bulan. Memang akan ada “outlier” ataupun penggunaan pengguna yang agak “heavy user” akan tetapi, kebanyakan penggunaan adalah pengguna biasa sahaja.

Mak dan ayah di kampung, biasa tak banyak pun penggunaan mereka sekadar Whatsapp, Youtube dan Tiktok je kan.

Orang yang dah ada wifi di rumah, penggunaan mereka pun akan jadi minima…

OpenSignal kini telah mengeluarkan data berkaitan penggunaan data mudah-alih pada suku pertama 2021 yang lepas. Melalui data yang dikeluarkan, sebanyak lima negara mempunyai angka pengguna peranti mudah-alih yang menggunakan data lebih 20GB sebulan – iaitu Taiwan, Malaysia, Korea Selatan, Arab Saudi dan juga Thailand.

Di Malaysia sendiri, penggunaan data purata dikalangan pengguna adalah 25.7GB pada suku pertama 2021 yang lepas. Data daripada OpenSignal ini dilihat selari dengan pengumuman Celcom sebelum ini yang mengatakan pengguna menggunakan data purata sebanyak 21.8GB sebulan pada suku pertama 2021 lepas. [sumber]

Saya nak bawak statistik ini sebelum pergi lebih detail berkenaan dengan penggunaan data setiap bulan.

Bebas55

Pelan unlimited data pertama adalah dari Bebas55 (FUP 100GB) dan antara pelan yang paling laju dan paling bagus untuk anda yang nak cari pelan dengan coverage yang besar. Nak buat live streaming, nak streaming bola, Netflix dan lain-lain tak ada masalah terlalu besar. Asalkan penggunaan tak lebih 100GB tak ada masalah.

Pelan ini unik juga kerana ianya didatangkan dengan hotspot yang mempunyai jumlah data yang sama dengan data asas. Boleh dikatakan Hotspot adalah juga 100GB. Banyak tu memanglah banyak, tapi kalau dah memang heavy user, tak banyak mana pun 100gb ni. Seminggu boleh habis. Kalau korang memang heavy user tak digalakkan untuk gunakan pelan ini.

Saya boleh kata yang kebanyak pengguna biasa tak akan gunakan lebih dari 100GB pun dan ianya memang fakta yang diakui di atas. Oh ya, nak dapatkan pelan ini, tak susah pun nak dapat, anda boleh terus ke link Shopee kami DI SINI.

Nak beritahu siap-siap yang pelan ini ada 3 jenis pembayaran. Bayaran bulanan adalah RM68, bayaran secara 3 bulan terus dan 12 bulan terus. Nak tahu lebih detail dan lebih lanjut boleh tengok dalam video di bawah. Nak terang kat sini panjang sangat pulak.

Banyak info berkenaan dengan pelan ini anda boleh ambil tahu.

Fokus40

Pelan ini pun sangat bagus dan berbaloi. Harga tak terlalalu mahal dan didatangkan dengan pelan unlimited data (80GB FUP). Antara pelan yang bagus dan sangat berbaloi untuk anda cuba sendiri.

Berbaloi atau tidak, kena lihat kepada penggunaan anda sendiri. Kalau anda kerap buat live streaming di Shopee dan Tiktok, nak tengok rancangan dalam Netflix, pelan ini memang antara pelan yang sangat berbaloi untuk anda sendiri cuba.

Pun didatangkan dengan pakej unlimited call ke semua rangkaian. Jadinya, kalau nak buat panggilan telefon itu, bukan satu masalah besar. Pada saya pelan ini sangat OK dan sangat berbaloi untuk anda cuba gunakan setiap hari dan setiap bulan. Kalau misalkata pengunaan anda lebih banyak, boleh bertukar ke Bebas55 pada bulan berikutnya.

Kalau penggunaan anda tak berapa nak banyak, bulan depannya, boleh cuba pelan Fokus33 pula.

Fokus33

Pelan Fokus33 ini pun antara pelan yang agak berbaloi untuk anda sendiri cuba. Sama sahaja seperti pelan lainnya, ianya didatangkan dengan pakej unlimited call ke semua rangkaian.

Ianya didatangkan dengan pakej unlimed data (60GB FUP) dan sangat berbaloi. Kadangkala itu, jauh lebih berbaloi jika nak dibandingkan dengan beberapa syarikat telekomunikasi lain yang ada di Malaysia. 

Nak langgan pelan ini, beli je 1 simkad Tune Talk, boleh daftar no baru, nak kekal no lama pun tak ada apa masalah. Boleh langgan terus dalam app Tune Talk, berbaloi, memang sangat berbaloi.

BestBasic28

Ini pelan agak baru berbanding dengan pelan yang lain. Pelan ini beza 2 benda sahaja,

  • Internet tanpa had (FUP 30GB)
  • Speed 3 MBPS

Memang bukan untuk mereka yang heavy user dan sangat berbaloi untuk mereka yang sudah ada wifi di rumah. Pelan ini memang untuk anda.

Jom Dapatkan Sekarang

Telco unlimited data ini lebih fokus kepada Tune Talk. Nak ataupun tak itu, anda tentukan sendiri. Kalau berbaloi, boleh terus beli 1 simkad dan langgan pelan ini dalam app Tune Talk.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *