Beza Refinance dan Top Up Loan – Info Untuk Anda

Ramai yang PM kami berkenaan dengan Top Up loan dan beza dengan refinance ataupun pembiayaan semula rumah. Kalau anda datang ke blog ini dah mencari info berkenaan dengan perbezaan antara apa itu topup loan dan pembiayaan semula, anda datang ke tempat yang betul. Apapun, post ini adalah kaitan dan perbezaan yang anda perlu tahu walaupun tidak semestinya anda nak lakukan kedua-dua perkara ini sekarang.

Kehendak dan keperluan seseorang ini tidak sama, sebab itu adanya kedua-dua produk ini untuk “cater” keperluan yang berbeza-beza. Ada sesetengah client yang kami rekemen untuk topup loan dan sebaliknya. Jadi, buat anda yang bercadang untuk dapatkan info yang lebih detail berkenaan dengan perbezaan ini, boleh baca artikel ini.

Info Lain Berkenaan Dengan Refinance Yang Anda Perlu Tahu

Sebelum saya melakukan sesuatu yang berkaitan dengan bidang kewangan, memang wajib bagi saya untuk dapatkan seberapa banyak info yang ada di internet. Bagi memudahkan anda, berikut adalah beberapa topik yang pernah saya tulis berkenaan dengan refinance dan pinjaman perumahan yang mana, tak rugi pun anda tambah pengetahuan berkenaan dengan perkara ini.

1 Dokumen untuk Refinance Rumah – Mudahkan urusan anda
2 Pengalaman Refinance Rumah saya sendiri – info untuk anda
3 2 Jenis Pembiayaan Semula Rumah, Loan Consolidation atau cash
4 Clean CCRIS, antara sebab loan anda kena reject
5 Pinjaman Rumah Untuk Kerja Sendiri

Ada beberapa lagi artikel lain berkaitan dengan topik pinjaman rumah yang ada dalam blog ini, harap anda boleh cari dan ianya sedikit sebanyak membantu anda untuk refinance rumah anda.

Apapun, kembali kepada topik perbezaan antara refinance dengan topup loan

Hartanah Cepat Naik Harga

Ramai yang beli rumah teres di kawasan bandar-bandar besar seperti Selangor, Johor Bahru, Pulau PInang dan mengharapkan kenaikan harga pasaran. Beli rumah di Johor Bahru pada tahun 2013 pada harga RM200k. Tahun 2019 harga sudah boleh naik RM500k, kenaikan yang banyak bukan, lagila kalau tempat yang anda beli mempunyai akses kemudahan awam seperti shopping mall, highway dan lain-lain.

Konsep Mudah Refinance – Tukar dari Bank A ke Bank C

Katakan anda ada satu rumah teres di Bangi yang anda beli pada harga RM200k pada tahun 2011. Pada tahun 2019, harga pasaran telahpun naik sebanyak RM500k. Anda boleh refinance rumah tersebut dengan harga RM500k. Maksud refinance adalah tukar pinjaman perumahan dari bank A ke bank C. Tetapi bank C cuma akan bagi pinjam sebanyak 90% x rm500k sahaja.

Katakan baki hutang rumah teres ini adalah RM150k. Jadi, jumlah cash out anda adalah seperti berikut, RM500k x 90% – (baki hutang) = RM300k. Ya, cashout anda adalah RM300k, banyak yang anda boleh dapat dan boleh gunakan pendapatan untuk untuk membuat pelaburan lain atau nak perbesarkan lagi perniagaan.

 

Topup Loan Macam mana pula?

Pada tahun 2011, beli rumah dengan harga RM200k, harga pasaran pada tahun 2019 adalah RM500k. Topup loan adalah anda buat semula pinjaman perumahan menggunakan bank yang sama iaitu bank A.

Kelebihan dan Kekurangan Topup Loan Banding dengan Refinance

Topup loan proses lebih cepat dan kos guaman akan menjadi lebih murah. Ini kerana peguam hanya berurusan dengan 1 bank sahaja. Sebab tu ianya jauh lebih cepat berbanding dengan refinance. Pembiayaan semula rumah melibatkan 2 buah bank yang berbeza dan paling cepat proses mengikut pengalaman saya adalah selama 3 bulan.

Kekurangan adalah, topup loan hanya ambil masa 10 tahun sahaja untuk tempoh pembiayaan manakala refinance boleh membuat pinjaman sehingga 35 tahun. Maksudnya kalau topup loan, installment bulanan akan jadi jauh lebih besar umpama pinjaman peribadi yang mencagarkan rumah anda.

Ini adalah apa yang anda perlu tahu, apapun, kalau nak refinance dan nak dapatkan harga pasaran percuma, boleh KLIK link ini untuk dapatkan info lanjut.

Leave a Reply