4 Tips Cara Beli Saham Bank Rakyat -2020

Antara bank yang mendapat tempat dalam masyarakat di Malaysia adalah bank rakyat. Ianya merupakan antara bank komuniti yang banyak membantu masyarakat dalam mendapatkan banyak kemudahan pinjaman. Kali ini, saya nak menceritakan tentang saham bank rakyat yang merupakan antara pilihan pelaburan yang popular yang menjanjikan pulangan yang lumayan sehingga 15% setahun.

Kebanyakan dana hanya memberikan pulangan dividen sebanyak 8% setahun, tetapi yang unik berkenaan dengan bank rakyat ini adalah, pulangan yang dijanjikan adalah sebanyak 15% dan ianya merupakan satu jumlah yang besar untuk dana yang diberikan. Khusus untuk kali ini, kami ingin memberikan beberapa tips dan cara untuk beli saham bank rakyat ini agar anda mendapat manfaat daripada pulangan dividen yang tinggi.

saham bank rakyat

Mula Dengan RM500

Untuk pengetahuan anda, apa yang bakal anda laburkan ini adalah merupakan unit trust. Anda memberikan duit anda kepada pihak ketiga dalam kes ini adalah Bank Rakyat untuk diuruskan. Pihak bank memang akan mengenakan cas kepada anda sebagai kos pengurusan dan apa yang anda dapat, adalah pulangan daripada pelaburan yang anda lakukan. Boleh baca artikel panjang lebar dari kami berkenaan dengan unit trust atau unit amanah di SINI.

Sebenarnya, adalah lebih baik kalau anda sendiri yang menguruskan duit anda, tetapi kalau memang anda seorang yang sibuk dan tidak sempat untuk menguruskan dana simpanan anda, boleh mulakan dengan beli saham-saham ini.

Apapun, untuk bank rakyat ini, memang anda boleh memulakan pelaburan anda dengan hanya RM500. Ianya adalah modal permulaan untuk menyertai unit amanah yang diuruskan ini. Macam mana nak daftar? Anda hanya perlu ke cawangan bank rakyat terdekat dan , beritahu kepada pihak yang berkaitan, yang anda mahu menyertai skim pelaburan atau saham bank rakyat. Masa datang, sediakan RM500 untuk memudahkan pelaburan anda.

Takkan RM500 Je?

Kalau setakat melabur RM500 memang susah, jadi untuk itu, anda perlu tunggu bila lagi saham untuk bank rakyat ini akan dibuka lagi. Bila dibuka, barulah anda masuk semula dan sertai lagi. Untuk ini, memang anda perlu membuat permohonan untuk sertai lagi dan kadangkala, bank rakyat akan beritahu sama ada permohonan anda berjaya dan berapa jumlah yang anda boleh tambah di dalam surat yang akan dihantar ke rumah.

Selain daripada itu juga, perlu lihat notifikasi dan berita untuk perkara ini, memang kadangkala, pihak bank akan membuat kenyataan akhbar menyatakan yang kemasukan dana baru boleh dilakukan. Masa ini bolehlah anda datang dengan wang tambahan. RM500 adalah modal permulaan untuk cara beli saham bank rakyat.

Tambah Ilmu Untuk Lebih Sukses

Apa yang penting adalah, ilmu dan teknik pelaburan kena jelas. Kalau anda masih muda, banyak risiko yang anda boleh ambil untuk pelaburan anda. Salah satunya adalah untuk mempelajari pelaburan saham yang merupakan antara beberapa jenis pelaburan yang sentiasa hangat dan ramai yang ingin belajar. Apapun, boleh dapatkan info lanjut pelaburan saham di SINI.

Sebagai bonus, jangan lupa untuk mendapatkan ebook percuma signal penting dalam pelaburan saham di SINI. Ianya adalah kompilasi signal-signal penting dalam pelaburan saham untuk anda sukses dalam pelaburan yang anda lakukan. Dengan teknik dan kemahiran yang betul, memang membolehkan anda untuk sukses dalam pelaburan yang anda lakukan.

Apapun jangan berhenti belajar dan yang penting sekali, lakukan dari sekarang. Sediakan RM500 dan pergi ke kaunter bank rakyat terdekat untuk membukan akaun pelaburan ini. Lagi cepat anda bertindak, lagi cerah peluang anda untuk berjaya.

Alternatif Kepada Saham Bank Rakyat

ASB

Alternatif terbaik kepada pelaburan di Bank Kerjasama Rakyat ini adalah, kami paling rekemen ASB. Kenapa ASB? Kerana anda boleh tambah pelaburan pada bila-bila masa sahaja. Nak tambah pelaburan, nak buka akaun dan nak buat pengeluaran pun mudah. Berbanding dengan Bank Kerjasama Rakyat ini di mana saham yang dibuka adalah terhad. Ini mungkin untuk menjaga kualiti daripada pergi ke pelaburan yang tidak memberikan pulangan yang baik. Apapun, kalau anda nak tahu cara buka akaun ASB boleh tengok ARTIKEL INI.

Kami juga rekemen untuk anda memanfaatkan 3 teknik ASB loan INI bagi membolehkan anda mendapat pulangan yang baik. Boleh baca dahulu 3 teknik ini dan tentutkan sama ada ianya berbaloi ataupun sebaliknya.  Ianya merupakan salah satu teknik yang unik yang anda boleh manfaatkan.

Saham

Saham lebih agresif dan ada kemungkinan untuk anda buat keuntungan, ada juga kemungkinan untuk pelaburan anda bertambah rugi. Ianya sejenis ilmu dan juga seni yang anda boleh pelajari dari masa ke semasa. Untuk saham, anda perlu untuk membuat analisa sama ada secara teknikal dan fundemantal. Anda perlukan tools di bawah ini untuk membuat analisa. Tak Perlu KLIK link di bawah kalau tak nak tahu apa alat khas yang kami maksudkan.

Dah ada alatan khas ini, barulah mudah untuk membuat analisa saham dan yang paling penting sekali adalah untuk bermula pelaburan dalam saham. Ianya mesti bermula dengan ilmu dan teknik yang betul.

FCPO

FCPO adalah satu jenis pelaburan yang sangat agresif tetapi menjanjikan pulangan pelaburan yang sangat lumayan. “high risk high return” katanya. Ianya merupakan salah satu pelaburan patuh syariah di Malaysia yang dikelola oleh Bursa Malaysia. Jadi, untuk pelaburan ini, memang anda tak perlu was-was.

Untuk detail berkenaan dengan FCPO ini, tak perlu KLIK LINK INI kalau tak nak belajar ilmu baru berkenaan dengan FCPO.

Apapun, untuk beli saham daripada Bank Rakyat, ini adalah info yang anda perlu tahu.

36 Comments

  1. betty February 26, 2018
    • smartinvest101 June 20, 2018
  2. Ezwanizan Ibrahim April 24, 2018
  3. ali August 6, 2018
  4. Mohamad juipri Mahasim August 29, 2018
    • smartinvest101 September 1, 2018
    • aziz September 4, 2018
  5. aziz September 4, 2018
    • Suaid abdullah January 10, 2019
      • aziz March 19, 2019
  6. fadli September 13, 2018
  7. Sharifah Bee November 1, 2018
  8. Young kaide November 18, 2018
  9. Suaid abdullah January 10, 2019
  10. khairul January 12, 2019
    • Iman July 27, 2019
  11. NORSHUHADA BINTI JUSOH February 14, 2019
  12. Hafiz February 20, 2019
  13. faizah March 5, 2019
    • Rizal January 28, 2020
  14. Md Fuadi bin Abdul Latif March 11, 2019
  15. aziz March 19, 2019
  16. AZIZ102 March 22, 2019
  17. Shaffiz Shaharim July 13, 2019
  18. razdams July 26, 2019
  19. rahim September 21, 2019
  20. Sarihash December 10, 2019
    • Ika December 19, 2019
  21. Natasha December 13, 2019
  22. Sheri December 13, 2019
  23. Ika December 19, 2019
  24. Norriza Idris January 23, 2020
  25. Rizal January 28, 2020
  26. Nurul Syakilah February 5, 2020
  27. Hariz February 6, 2020
  28. PJS Roslee February 17, 2020

Leave a Reply

Pin It on Pinterest