Apa itu OPR (overnight policy rate) yang sering di sebut-sebut dan kadangkala, kalau diumumkan ada kenaikan OPR, ianya menjadi igauan ngeri bagi mereka yang mempunyai hutang dengan bank. Dalam artikel ini, kita akan kupa keburukan dan kebaikan OPR serta apa yang anda perlu tahu berkenaan dengan OPR ini.
OPR ini adalah kadar faedah asas yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) yang ditentukan oleh Jawatankuasa Dasar Monetari (NPC). Pengumuman mereka memang sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh pelabur dan mereka yang mempunyai hutang pinjaman rumah dan juga pinjaman lain yang berkaitan.
OPR ini ditetapkan oleh bank pusat iaitu BNM yang menentukan kadar faedah kerana institiusi kewangan yang melakukan aktiviti meminjam wang antara satu sama lain dalam tempoh satu malam. Rizab tunai bank sentiasa berubah-ubah, dan ianya bergantung kepada aktiviti peminjaman yang berlaku dalam bank, serta deposit pengeluaran yang dibuat oleh pelanggan mereka.
Kalau anda rasa susah nak faham, tak mengapa, kami akan cuba ringkaskan untuk anda.

Kesan OPR Naik
Kalau OPR naik ianya memberikan kesan kepada mereka yang mempunyai pinjaman perumahan ataupun pinjaman lain seperti hutang peribadi, kereta dan lain-lain. Kenapa ada kesan? Kerana bayaran bulanan mereka juga akan bertambah!
Kesan lain jika anda mempunyai simpanan dalam Fixed Deposit, kadar faedah dalam fixed deposit pula yang akan naik. Ianya berbaloi kepada mereka yang mempunyai simpanan dalam Fixed Deposit dan juga satu mimpi ngeri kepada mereka yang mempunyai pinjaman bank seperti pinjaman rumah terutamanya dan lain-lain.
OPR naik memang tak berikan kesan positif kepada pengguna, akan tetapi, tujuan besarnya adalah ianya menunjukkan langkah seimbang bank pusat Malaysia (Bank Negara Malaysia) untuk seimbangkan semula pertumbuhan ekonomi. Ianya juga tidak lain, apabila perbelanjaan aliran tunai perlahan, dapat meningkatkan simpanan negara dan mengelakkan inflasi dari terus meningkat naik.
Kesan OPR Turun
OPR memang boleh turun dan kali terakhir turun mendadak adalah semasa Covid19 sebelum ini. Penurunan adalah disebabkan oleh keadaan ekonomi yang agak perlahan pada waktu covid19 tersebut dan ianya bertujuan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi.
Logiknya, apabila OPR menurun, kadar faedah (interest rate) pun menurun dan ramai yang akan mula membuat pinjaman baru. Pinjaman rumah, refinance rumah, pinjaman personal loan dan lain-lain lagi. Kesemua pinjaman baru ini secara tidak langsung akan merangsang pertumbuhan ekonomi di Malaysia.
Penurunan adalah bersifat positif terutama kesediaan bank pusat untuk membantu memulihkan ekonomi negara. Dengan adanya penurunan OPR ini, ianya sedikit sebanyak membantu dasar fiscal negara.
Tindakan penurunan ini membantu rakyat untuk mempunyai simpanan yang lebih tinggi apabila rakyat hanya membayar kadar faedah yang lebih rendah. Penawaran moratorium ke atas banyak pinjaman terutamanya pinjaman perumahan pun turut membantu rakyat pada masa kegawatan ekonomi. Ianya merancakkan ekonomi pada keadaan pasaran yang agak suram semasa covid19.
Apa Itu OPR – Terkini
Kadar faedah ataupun OPR sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan. Terkini, kadar faedah adalah pada kadar 3% dan ianya boleh berubah, boleh naik dan boleh kekal.
JAWATANKUASA Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) telah menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 3.00 peratus, kenaikan pertama sejak November 2022.
Bank pusat itu berkata, kadar siling dan tingkat lantai koridor OPR juga meningkat masing-masing kepada 3.25 peratus dan 2.75 peratus.
Bank pusat itu berkata ekonomi global terus didorong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan disokong oleh keadaan pasaran buruh yang kukuh, dan pemulihan ekonomi China yang lebih kukuh daripada jangkaan. [sumber]
Anda boleh periksa kadar OPR semasa dengan mengikuti berita media arus perdana. Penurunan dan kenaikan itu adalah perkara biasa, tapi apa yang lebih penting untuk kadar kewangan individu, itulah yang lebih utama.
Saya akan kongsikan beberapa tips untuk elak daripada anda terbeban dengan kenaikan dan penurunan OPR.
Cuba Kurangkan Hutang – Tambah Pendapatan
Mereka yang terkesan dengan kenaikan OPR terutamanya adalah mereka yang mempunyai banyak hutang. Sebolehnya, cuba untuk meminimalkan kadar hutang yang anda ada. Tak semestinya terpaksa hidup tanpa hutang, tapi cuba sebolehnya untuk minimakan penggunaan hutang ataupun terpaksa berhutang untuk perkara yang perlu sahaja.
Untuk rumah, tak ramai yang boleh beli rumah secara cash, ada masa terpaksa berhutang juga. Kalau terpaksa berhutang, kalau boleh rumah yang kita tak terasa terbeban dengan bayaran bulanan hutang. Untuk hutang kereta pun, tak perlu nak ambil kereta yang membuatkan kita terbeban dengan hutang. Terutama kepada mereka yang baru sahaja graduate ataupun mereka yang masih student ataupun baru sahaja masuk ke dunia pekerjaan.
Selain hutang, anda pun boleh cuba untuk tambah pendapatan. Jika sekarang sedang bekerja, alhamdulillah, cuba untuk cari pendapatan lain selain daripada apa yang anda ada sekarang.
Cara paling mudah untuk anda tambah pendapatan secara pasif (duduk sahaja pun, duit masuk) adalah dengan menjadi dealer syarikat telekomunikasi. Nak tahu apa yang anda boleh dapatkan dengan jadi seorang dealer tune talk, anda boleh dapat tahu di dealer Tune Talk sini.
Idea lain untuk anda tambah pendapatan, anda boleh tengok di SINI.
Tak Terbeban Dengan OPR
Sama ada anda kurangkan hutang anda, ataupun anda tambah pendapatan, itu adalah antara strategi yang utuh untuk buat anda rasa tak terbeban dengan hutang.
Kurangkan untuk buat hutang yang tak perlu seperti hutang kad kredit, hutang personal loan dan lain-lain. Semuanya untuk membuatkan anda rasa tak terbeban terutama apabila kadar OPR naik.
Sampai sini sahaja info berkenaan dengan apa itu OPR. Teruskan membaca, kurangkan hutang dan tambah pendapatan.