5 Info ASB Financing Sebelum Beli Rumah – 2023

Sebagai seorang yang sentiasa berhadapan dengan client dalam membuat proses untuk pinjaman rumah mereka, memang akan sentiasa berjumpa dengan bermacam-macam ragam dalam penjualan rumah mereka. Antara faktor yang seringkali terjadi adalah apabila client ada ASB loan dan ingin membeli rumah. Bukannya saving dalam simpanan ASB tu, tetapi adalah ASB financing ataupun loan dengan tujuan untuk dapatkan cash nanti.

Artikel ini kami akan fokuskan kepada kelebihan dan kekurangan ASB dalam permohonan untuk pembiayaan rumah. Memang ada kebaikan dan keburukan mempunyai loan Amanah Saham Bumiputra ini. Juga beberapa tips untuk anda gunakan kaedah ini bagi mendapatkan 10% deposit pembiayaan rumah anda dan juga kos-kos yang berkaitan dengan pinjaman perumahan anda.

asb financing

ASB Loan – Untuk Pembelian Rumah

Sekarang ini memang sudah banyak bank yang menawarkan promosi untuk pinjaman daripada Amanah Saham Bumiputra ini. Kenapa ramai yang tawarkan? Sebab ASB memberikan pulangan yang menarik setiap tahun iaitu hampir 7% – 8% setiap tahun. Dengan interest yang diberikan adalah 5% (tidak tepat, perlukan info lanjut daripada setiap bank), bermaksud, anda mempunyai kelebihan keuntungan beberapa % setiap tahun.

ASB ini mempunyai permainan dan cara tersendiri yang membolehkan anda mendapatkan aliran tunai positif setiap tahun dan merupakan satu cara “force saving” yang sangat efektif.

Untuk info, saya bukanlah seorang pakar dalam pinjaman ASB ini, perlukan kepada mereka yang benar-benar arif. Digalakkan untuk anda baca artikel ini dahulu sehingga habis untuk memudahkan anda mendapat gambaran awal apa manfaat yang anda boleh dapat daripada skim ini.

Simpanan ASB Untuk Beli Rumah?

Sebagai info, untuk pinjaman rumah, ASB ni merupakan satu komitmen anda terutama bayaran bulanan  yang anda kena bayar setiap bulan tersebut!. “Kan ada dividen, kenapa komitmen pula?” Memang ramai yang akan tanya soalan tersebut. Kebanyakan bank tak mengira dividen tersebut sebagai satu income, sebaliknya adalah satu komitmen yang anda kena bayar.

Sepanjang saya memproses pinjaman rumah, memang ada bank yang menganggap dividen dalam ASB itu sebagai satu income, nak tahu bank apa, boleh KLIK LINK ini dan kami akan hubungi anda dalam masa terdekat.

OK ke tak amik ASB Financing ini untuk beli rumah? Nasihat saya elakkan dahulu untuk amik pakej ini dalam pembelian rumah. Kalau anda ada amik pakej ini, cuba terminate dahulu dan bila rekod pinjaman ini sudah tiada dalam CCRIS rekod, barulah apply pinjaman perumahan.

Kalau dahulu, memang saya rekemen untuk gunakan teknik ASB ini, tetapi keadaan sudah berbeza sekarang ini kerana dividen ASB pun tidaklah setinggi mana. Untuk dividen ASB tahun 2019, ASB memberikan dividen sekitar 15% sahaja setahun.

Cara beli rumah menggunakan ASB

Pening kan? Tak apa, saya galakkan untuk anda langgan ASB loan ini kalau memang anda langsung tiada apa-apa rekod hutang dengan bank. Boleh baca artikel berkenaan dengan CLEAN CCRIS INI. Kalau ada memang langsung tak ada rekod hutang dengan Bank, ASB loan adalah salah satu cara untuk anda mempunyai komitmen hutang dengan bank dan bila anda mempunyai hutang, kebarangkalian untuk permohonan pinjaman anda lulus adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan kalau anda langsung tidak mempunyai apa-apa hutang dengan bank.

Jangan subscribe yang terlalu banyak, langgan yang paling minimum sahaja supaya bayaran bulanan sedikit ataupun ASB financing RM50k adalah jumlah yang paling maksimum. Pastikan ianya tidak mengganggu DSR anda ketika apply pinjaman rumah nanti.

Kalau dahulu memang anda boleh gunakan teknik dalam ASB Financing dalam Artikel INI, tetapi sekarang, tidak digalakkan kerana dividen ASB yang rendah. Kalau nak guna juga teknik yang saya sebutkan dalam artikel di atas, pastikan anda tahu apa yang anda sedang lakukan.

Bank mana yang bagus untuk ASB loan ini?

Boleh ke mana-mana branch RHB, Ambank dan CIMB untuk anda dapatkan ASB loan. 3 bank ini adalah antara yang paling popular dalam menawarkan kemudahan pinjaman Amanah Saham Bumiputra.

Sebelum subscribe ASB ini, pastikan anda tahu apa yang anda buat dan dapatkan info lebih detail daripada agen yang menjual produk tersebut.

Loan ASB, Untuk ke Rugi?

Kalau untuk pinjaman rumah, ianya memang dianggap sebagai satu komitmen dan kalau anda nak amik pakej ini, pastikan lepas anda langgan ASB ini, DSR anda masih boleh diterima untuk pinjaman rumah. Jika anda sedang dalam menilai berkenaan dengan ASB financing ini, boleh nilaikan artikel ini dan harap ianya membantu anda untuk membuat penilaian.

Tetapi kalau anda nak gunakan loan ASB ini sebab anda tidak ada apa-apa komitmen ataupun untuk wujudkan rekod dalam CCRIS rekod, ianya tiada masalah. Apapun, pastikal untuk anda tahu dulu kelebihan dan kekurangan ASB Financing ini bagi membolehkan anda untuk mendapat maklumat yang lebih lanjut berkenaan dengan apa yang ditawarkan oleh pihak ASB.

Apapun, boleh baca beberapa artikel berkaitan dengan ASB ini bagi membolehkan anda mendapatkan info lanjut berkaitan dengan ASB.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *