Apa barang hantaran perempuan yang sesuai diberikan kepada bakal pasangan anda? Pada artikel kali ini, kami akan berikan beberapa tips penting bersesuaian dengan apa yang patut anda berikan kepada bakal pasangan anda.
Sememangnya, ada beza antara barang hantaran untuk lelaki dan juga untuk perempuan. Oleh itu, kami buat artikel yang berbeza dan diharap ianya dapat membantu anda untuk berikan yang terbaik semasa majlis perkahwinan nanti.
Sekali lagi kami nak beritahu yang, fokus blog ini adalah topik yang berkaitan dengan kewangan, akan tetapi, topik yang berkaitan dengan persediaan perkahwinan ini juga merupakan antara topik kewangan yang penting. Justeru, adalah lebih baik untuk kami berikan beberapa tips untuk pilihan barangan semasa hantaran agar dengan tips tersebut membolehkan anda untuk mendapatkan pelbagai barangan pada harga yang terbaik. Bila harga barangan yang anda nak beli ni pun dah murah, boleh fokuskan pada perkara lain.
Perancangan Kewangan Perkahwinan
Tak kira sama ada anda yang membaca artikel ini lelaki ataupun perempuan, perancangan kewangan adalah perkara yang sangat-sangat penting. Ianya lebih penting untuk lelaki. Saya pun pernah satu ketika dahulu seperti anda, saat-saat nak berkahwin dan apabila mengikuti kursus kahwin pula, tiada penekanan dalam aspek kewangan. Boleh baca juga pengalaman saya mengikuti kursus perkahwinan di Johor SINI.
Untuk menambah lagi ilmu berkaitan dengan kewangan, boleh baca juga artikel kami yang berkaitan dengan cara untuk kumpul duit hantaran di SINI.
Juga di akhir artikel, kami akan kongsikan beberapa tips penting untuk tambah pendapatan. Ianya juga sepatutnya anda bermula untuk tambah pendapatan walaupun sebelum kahwin. Boleh baca sehingga akhir artikel ye.
Hantaran Kahwin Perempuan
Berikut adalah antara beberapa idea terkini untuk hantaran kahwin bagi perempuan. Anda boleh ambil mana-mana idea daripada sini untuk cukupkan dulang hantaran. Lagi mudah, semua yang saya tunjuk ini anda boleh beli sahaja secara online. Berikut adalah antara beberapa item yang kami rekemen untuk anda dapatkan;
Alatan Solat & Quran
Cuba berikan alatan solat kepada bakal pasangan anda sama ada Al – Quran, sejadah ataupun telekung. Tujuannya adalah untuk memperolehi keberkatan dalam perkahwinan dan sebagai peringatan kepada bakal pasangan agar tidak lupa kepada suruhan agama. Nampak simple dan murah, tapi ianya memberikan makna yang besar dalam awal perkahwinan.
Kami rekemen untuk anda wajibkan alatan seperti ini sama ada untuk hantaran tunang ataupun untuk kahwin. Berikut adalah antara beberapa alatan penting perkahwinan.
Alatan Baju Kurung
Tiada lagi baju untuk bakal pasangan? Pun boleh masukkan dalam list barangan yang boleh anda berikan kepada mereka. Ada banyak pilihan baju mengikut fesyen terkini pada masa kini. Antara pilihan yang kami rekemen anda untuk anda berikan ataupun boleh rujuk fesyen terkini di bawah.
Anda kena pastikan saiz yang ingin dibeli itu betul, kalau tak, boleh tinggalkan dan berikan pilihan barangan lain kepada bakal pasangan.
Tudung – Pilihan Moden
Tudung tak terlalu sukar asalkan kena dengan warna dan citarasa pun dah OK. Boleh jadikan sebagai salah satu idea kepada bakal pasangan anda. Untuk pilihan tudung, boleh tengok beberapa pilihan yang ada di bawah ini.
Kain Pasang – Jahit Sendiri
Ada yang jenis pandai menjahit baju, boleh berikan kain pasang. Biar pasangan jahit sendiri. Ataupun ada yang jenis selesa dengan jahitan seperti itu pun tiada masalah. Nak dapat kain pasang pun tak susah sekarang ini kerana anda boleh ke kedai-kedai kain berdekatan. Kalau tak pun, antara pilihan yang ada adalah beberapa pilihan di bawah ini;
Pencuci Muka
Pencuci muka pun antara idea yang menarik untuk anda berikan kepada pasangan. Antara jenama yang sering digunakan adalah 2 jenama ini. Cetaphil ataupun Himalaya. Boleh cuba berikan untuk cukupkan dulang hantaran kepada bakal pasangan perempuan.
Perfume
Minyak wangi pun tidak dilupakan. Nampak eksklusif dan simple walaupun ianya tidaklah terlalu mahal. Ianya antara alatan yang bagus untuk anda letakkan dalam dulang hantaran. Pilihan yang kami rekemen untuk anda dapatkan adalah seperti di bawah;
Jam Tangan
Boleh bajet dalam RM300 hingga RM400 untuk jam tangan. Kalau kena dengan bajet anda, tidak salah dapatkan satu sebagai barang hantaran perempuan. Pilihan yang ada pun banyak. Kami rekemen jam di bawah. Alternatif lain, smartwatch pun boleh, harga pun taklah terlalu mahal dan terlalu murah.
Beg Tangan
Untuk pilihan beg tangan, lebih baik pilih yang berkualiti dan berjenama. Ada banyak pilihan yang anda boleh pilih antaranya adalah seperti di bawah;
Buah – Buahan
Ini adalah antara item yang wajib. Biasa diletakkan bersama dengan coklat dan gubahan lain. Memang menarik dan wajib ada. Kalau belum ada lagi, lebih baik cukupkan ataupun letak buah-buahan ini dalam barang hantaran anda.
Telefon & Smartphone
Sekarang ini ada trend terkini yang seseorang berikan telefon kepada bakal pasangan baik lelaki ataupun perempuan. Ada yang berikan iPhone, ada juga yang berikan sekadar Android pun tak ada masalah. Boleh tengok 2 pilihan yang kami rekemen untuk Android dan juga Apple IPhone di bawah ini;
Hantaran Kahwin Lelaki Kepada Perempuan
Hantaran Lelaki 7 Perempuan 9 adalah antara yang biasa sekarang ini. Boleh gunakan kesemua idea yang kami berikan di atas untuk tambah dulang mana yang tak cukup. Boleh juga dapatkan tips-tips dari artikel lain berkaitan dengan bajet pengantin baru di bawah;
- Idea Hantaran Untuk Tunang – Terbaik
- Hantaran Kahwin – Apa Yang Anda Perlu Tahu
- Hantaran Untuk Lelaki – Ini Antara Pilihan
Jangan lupa juga tema dan dulang hantaran. Kalau masih tiada lagi, lebih baik fikirkan dalam masa terdekat. Dulang hantaran pun masih ada alternatif yang murah yang anda boleh dapatkan dan tidak semestinya kena sewa. Boleh tengok beberapa pilihan yang kami rekemen kepada anda.
Tambah Kewangan Pasangan Baru Kahwin
Zaman sekarang ini memang ramai yang sudahpun melakukan 2 pekerjaan. Bergantung kepada rancangan anda dalam kerjaya, tiada masalah untuk mencuba idea baru tambah pendapatan. Lagilah kalau persiapan kahwin anda masih belum sempurna ataupun sedang nak cukupkan bilangan mas kahwin. Apapun, berikut adalah antara beberapa pilihan dan tips tambah kewangan untuk anda.
Harapnya, tips yang saya berikan ini dapat membuka mata anda untuk tambah pendapatan anda. Lebih baik bermula seawal yang boleh untuk tambah pendapatan.
Amalkan Tips Ini dan Jangan Lupa Berdoa
Usaha mesti disertakan dengan takawal kepada tuhan yang maha esa. Berharap agar semuanya dimudahkan dan didatangkah dengan barakah dan keberkatan. Boleh amalkan tips-tips doa murah rezeki dari kami agar perkahwinan anda ditambah rezeki yang tak putus-putus insyaAllah.