Macam mana caranya nak buka akaun Maybank online sahaja. Tak susah pun sebenarnya. Apapun, untuk buka akaun Maybank, anda kena ke mana-mana cawangan Maybank berdekatan. Selepas itu barulah boleh memulakan proses pembukaan akaun secara online di Maybank2u.
Hari ini semua orang mahukan proses yang ekspress. Tidak mahu beratur panjang, tunggu nombor giliran dan isi borang secara manual lagi. Malah dari segi kewangan dan perbankan juga, masyarakat lebih menjurus kepada online banking berbanding cara lama. Walaupun kadang kala mungkin ada segelintirnya yang begitu spektikal tentang isu keselamatan keluar masuk duit dari akaun sendiri.
Mereka takut untuk mempercayai semua yang berunsurkan online dan rasa lebih terjamin untuk melakukan segala proses secara direct face to face interection di cawangan bank berdekatan. Tetapi anda perlu ingat, dalam musim pandemik seperti sekarang, semuanya lebih efektif dilakukan secara online. Artikel pada kali ini kami akan berkongsi tentang bagaimanakah cara untuk anda membuka akaun Maybank online bagi akaun peribadi dan akaun semasa.

Cara buka personal akaun Maybank melalui Maybank2u
Langkah 1: Lawati mana-mana ATM Maybank yang berdekatan dengan tempat tinggal anda
Langkah 2: Pada menu utama, pilih “Maybank2u/Phone Banking/ATM SMS Alerts”
Langkah 3: Kemudian, pilih kemaskini telifon bimbit M2U TAC
Langkah 4: Pada ruangan tersebut, isikan nombor telifon bimbit anda dan tekan “Ya”.
Langkah 5: Layari laman web rasmi Maybank https://www.maybank2u.com.my
Langkah 7: Klik butang “Register Now” untuk anda yang pertama kali berdaftar
Langkah 8: Seterusnya, anda akan dibawa ke halaman Card/Access Number. Di sini anda perlu memasukkan nombor 12 digit dari akaun Maybank anda
Langkah 9: Masukkan pula nombor pin enam digit untuk Kad ATM anda.
Langkah 10: Tandakan “I Agree” pada ruangan Terms and Condition, menandakan yang anda bersetuju dengan segala terma dan syarat sepanjang proses ini berlaku
Langkah 11: Tekan butang “Continue”
Langkah 12: Seterusnya, anda akan dibawa ke halaman Create Your Profile. Di sini anda perlu mengisi segala butiran untuk membentuk profil peribadi anda yang menarik bagi kegunaan online banking
Langkah 13: Masukkan nama yang anda ingin gunakan sebagai nama akaun anda di ruangan Username. Anda tidak terikat untuk menggunakan nama sebenar anda sebagai Username, sebaliknya anda boleh membina nama unik sendiri
Langkah 14: Bagi tujuan keselamatan data peribadi, masukkan Password yang sesuai dan selamat bagi anda dalam ruangan Password. Nasihat kami gunakanlah kombinasi yang pelbagai seperti kombinasi huruf besar, huruf kecil, nombor, dan simbol
Langkah 15: Jika anda sudah berpuas hati dengan Password yang telah dicipta, tekan Confirm Your Password
Langkah 16: Isikan email anda yang aktif dengan betul di ruangan E-mail
Langkah 17: Untuk ruangan TAC, anda perlu masukkan nombor TAC yang boleh didapatkan dari SMS. Sebelum itu pastikan dahulu nombor telifon anda telah pun berdaftar di mana-mana kaunter bank atau mesin ATM yang berdekatan. Untuk mendapatkan SMS tersebut, tekan butang Request For TAC.
Langkah 18: Anda akan mendapat maklum balas mesej dalam beberapa minit. Kemudian masukkan nombor TAC tersebut dan klik Next.
Langkah 19: Masukkan gambar di ruangan Image bagi tujuan keselamatan akaun agar anda boleh membezakan akaun anda dengan orang lain.
Langkah 20: Masukkan pula apa-apa frasa yang anda mahukan untuk tujuan keselamatan akaun pada ruangan Security Phase. Pastikan anda ingat apa yang anda telah isi kerana sekiranya berlaku apa-apa yang melibatkan akuan anda, anda boleh menggunakan bantuan keselamatan ini.
Langkah 21: Pilih tiga soalan lagi yang anda suka dan jawab dengan tepat. Ini juga adalah bagi tujuan keselamatan akaun.
Langkah 22: Selesai dan lengkap semuanya. Tekan butang Done
Langkah 23: Status anda kini, anda telah berjaya membuat pandaftaran akaun Maybank2u
Cara Buka Akaun Maybank Semasa/Perniagaan Tanpa Introducer
Langkah 1: Layari laman web rasmi Maybank https://www.maybank2u.com.my
Langkah 2: Klik pada halaman SME First Account-i, dan tekan butang “Apply Now”
Langkah 3: Anda akan dibawa ke halaman untuk mengisi maklumat tentang jumlah pekerja, jenis perniagaan (sole proprietorship, partnership, private limited company, professional), dan lokasi perniagaan didaftarkan (West Malaysia, East Malaysia)
Langkah 4: Klik Next, jika anda sudah selesai mengisi halaman pertama tadi
Langkah 5: Isi kesemua maklumat dalam Application Form dengan betul dan tepat sehingga selesai seperti maklumat e-mail, no telifon bimbit, dan lain-lain lagi.
Langkah 6: Anda akan mendapatkan email pengesahan dan nombor pin melalui SMS dari nombor telifon peribadi yang telah anda isikan sebentar tadi
Langkah 7: Kandungan email akan memaparkan nombor akaun dan nombor ref. Perniagaan anda sekarang sudah memiliki akaun bank semasa sendiri.
Langkah 8: Untuk mengaktifkan anda mempunyai masa 10 hari sahaja. Cepat-cepat pergi ke cawangan bank berdekatan dan aktifkan akuan semasa tersebut. Jangan lupa bawa sekali dokumen yang diperlukan seperti:
- Salinan IC
- SSM sijil
- SSM yang dua keping (satu bisnes information satu lagi bisnes owner)
- Rubber Stamp (Cop warna biru. Di bahagian atas nama syarikat, nombor SSM, alamat, dan nombor telifon bimbit
- Bawa screenshoot salinan perniagaan sebagai bukti
- Bawa deposit RM1000
“Mudahnya buka akaun Maybank secara online.” Akaun peribadi atau akaun perniagaan semuanya boleh dilakukan di hujung jari sahaja. Klik, klik, dah siap. Diharapkan artikel berkenaan cara buka akaun Maybank ini dapat memberikan anda ilmu pengetahun yang berguna dan bagi anda yang sangat malu untuk bertanya pastikan anda ikuti langkah tersebut sehingga ke penghujung.
Apa Manfaat Lepas Buka Akaun Online Maybank Ni?
Ada banyak manfaat antaranya adalah anda boleh dapat apabila buka akaun secara online. Pada saya, wajib ada terutama dalam keadaan zaman sekarang dan penularan covid, adanya sistem online ni memang memudahkan. Berikut beberapa manfaat yang anda boleh dapat;
- Buat pembayaran secara online sahaja, mudah
- Nak transfer duit ke bank lain pun mudah
- Ada ewallet, MAE yang mempunyai banyk fungsi, boleh tengok video di bawah.
- Boleh beli IPO dengan Maybank 2u, menarik fungsi ni
- Boleh terima pelbagai bantuan kerajaan ke dalam bank.
Banyk lagi manfaat lain yang ada.
Tempat Simpan Alternatif Lain Selain Dari Maybank
Tahukah anda, selain daripada Maybank, ada beberapa lagi tempat yang bagus untuk anda mula membuat simpanan. Ini khusus jika anda nak memanfaatkan simpanan anda dengan mendapatkan dividen yang paling baik. Macam mana nak tahu di manakah yang sesuai untuk anda membut simpanan tu, anda boleh tengok dalam artikel di bawah ini;
Idea Tempat Untuk Anda Melabur
Duit jangan simpan banyak-banyak, rugi. Kenapa pula? Inilah yang saya belajar dalam banyak buku-buku pelaburan di Malaysia dan didunia. Cukup untuk seseorang itu mempunyi emergency saving dan lainnya, laburkan sahaja di tempat yang sesuai. Macam mana nak mul melabur? Topik nak mul melabur ini panjang, tapi, boleh tengok beberapa sumber di bawah ini bagi memaksimumkan pelaburan anda.
Cukuplah 2 artikel di atas. Apapun, kami harap anda memang tahu cara buka akaun maybank secara online ataupun offline daripada artikel ini.