5 Cara Kiraan Dividen ASB 2024

Macam mana cara kiraan dividen ASB? Amanah Saham Bumiputera (ASB) bukanlah satu perkara yang asing dalam kalangan rakyat Malaysia. Malah, boleh dikatakan kebanyakan rakyat Malaysia pada masa kini sudah mula membuka akaun ASB, sama ada untuk diri mereka atau untuk anak-anak mereka. 

Ini kerana, ASB adalah satu jenis pelaburan yang boleh di percayai dan ianya patuh Syariah. Justeru itu, tidak hairanlah jika ianya menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk membuat pelaburan bagi menjamin masa depan mereka.

Teruskan membaca artikel ini sehingga habis kerana pada akhir artikel, kami akan berikan info berkaitan dengan ASB yang patut anda tahu antaranya apa itu ASB loan, cara buka akaun ASB dan lain-lain. Jika belum ada akaun, cepat-cepat buka dan artikel ini fokus kepada cara dan tips untuk kiraan ASB.

cara kiraan dividen asb

Macam Mana Cara Yang Betul Untuk Mengira Dividen ASB?

Bagi mereka yang sudah memasang angan-angan untuk membuka akaun ASB, perkara pertama yang akan anda terfikir sudah pastilah berapa jumlah dividen yang bakal anda dapat dan macam mana cara hendak mengira dividen yang anda akan dapat? Jom saya kongsikan caranya:

Semak Dahulu Dividen ASB Untuk Bulan Tersebut

Perkara pertama sekali yang perlu anda lakukan sebelum anda hendak mengira dividen tahunan anda ialah anda perlu semak dahulu berapa dividen yang bakal anda dapat untuk tahun tersebut. Ini kerana, setiap tahun ASB akan menawarkan kadar dividen seunit yang berbeza dan mungkin juga kadar dividenya seunit sama seperti tahun-tahun sebelum ini.

Justeru itu, anda boleh menghubungi pihak ASB untuk mendapatkan pengesahan kadar dividen untuk seunit yang di tawarkan untuk tahun tersebut. Apabila anda sudah mengetahui kadar dividen yang bakal anda dapat mudahlah untuk anda membuat pengiraan

Dapatkan Baki Minimum Bulanan

Perkara seterusnya yang perlu anda lkutkan ialah dengan mendapatkan dahulu baki minimum akaun ASB anda. Baki ini merupakan baki terendah yang pernah dicatatkan di dalam akaun anda di antara 1hb sehingga hujung bulan. Seeloknya dapatkan baki minimum akaun untuk 12 bulan, iaitu bermula dari bulan Januari sehingga bulan Disember. Baki minimum ini boleh di lihat dengan sangat mudah iaitu boleh dilihat di akaun ASB anda.

Campurkan Ke Semua Baki Minimum Akaun

Selepas anda mendapatkan ke semua baki minimum akaun ASB anda selama 12 bulan, tibalah masanya untuk anda mulakan pengiraan bagi dividen yang bakal anda dapat. Caranya, sangat mudah iaitu campurkan kesemua baki minimum bulanan akaun anda untuk 12 bulan tersebut. Tetapi harus di ingatkan anda harus mengiranya dengan teliti supaya tidak berlaku salah faham nanti.

Bahagikan Jumlah Keseluruhan Baki Minimum Bulanan

Anda sudah melakukan ke semua cara di atas?

Jom kita ke langkah yang seterusnya. Perkara seterusnya yang perlu anda lakukan ialah dengan bahagikan jumlah keseluruhan baki minimum bulanan yang telah anda tambah tambah tadi. Bahagikan baki minimum bulanan tadi dengan 12 untuk mendapatkan Purata Baki Minimum Bulanan 12-Bulan, ataupun nama lainnya Baki Minimum Tahunan. 

Sama juga seperti di atas, anda perlulah melakukan dengan berhati-hati. Saya faham, anda mungkin tidak sabar-sabar menunggu dividen ASB anda keluar. Tetapi jika anda mengira dalam keadaan yang terburu-buru, ia mungkin akan membuatkan anda mendapat jumlah baki minimum tahunan yang salah dan seterusnya boleh menyebabkan berlaku salah faham sewaktu anda hendak menyemak dividen ASB nanti

Darabkan Baki Minimum Tahunan Dengan Kadar Dividen

Sudah selesai melakukan Langkah di atas?

Sekarang tiba masanya untuk anda melakukan langkah yang terakhir. Setelah anda bahagikan jumlah keseluruhan baki minimum bulanan akaun anda, langkah seterusnya yang perlu anda lakukan ialah dengan darabkan Baki Minimum Tahunan dengan kadar dividen seunit. Setelah anda selesai melakukan ke semua langkah di atas barulah anda boleh mengetahui berapa jumlah dividen yang bakal anda dapat untuk tahun tersebut.

Info Berkaitan Dengan Kewangan Lain

Teruskan pembacaan anda dalam aspek kewangan dan jangan berhenti di sini sahaja. Ada banyak lagi topik-topik berkaitan dengan pelaburan dan simpanan yang anda boleh baca dan kuasai. Berikut adalah antara beberapa topik berkaitan dengan simpanan dan pelaburan untuk tambah pengetahuan kewangan anda.

Info ASB Terkini

Selain daripada artikel cara kiraan dividen ASB ini, anda boleh teruskan pembacaan anda berkaitan dengan topik Amanah Saham Bumiputra ini dalam blog smartinvest. Berikut adalah antara beberapa artikel yang kami rekemen untuk anda baca;

ASB Adalah Salah Satu Pelaburan Yang Amat Menjadi Pilihan Ramai Pada Masa Kini

Kesimpulanya, apabila anda mendapat dividen ASB gunakanlah dividen tersebut dengan sebaiknya. Jangan mensia-siakan dividen yang anda dapat dengan melakukan benda yang sia-sia. Ini kerana, ASB adalah salah satu pelaburan yang menjadi pilihan masyarakat kita pada hari ini. Justeru itu, gunakanlah ia untuk melakukan pelaburan yang boleh menjamin masa depan anda. Harapnya, artikel cara kiraan dividen ASB ini membantu anda untuk membuat kiraan dividen dengan jelas.

Akhir kata jangan lupa untuk follow channle Telegram kami di atas ini bagi mendapatkan lebih banyak informasi terkini berkaitan dengan tips kewangan dan cara buat duit.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *