Macam mana cara simpan duit ASB? Kali ini kami akan berikan beberapa tips penting untuk anda membuat simpanan ASB. Apapun sekarang ini zaman sudah berubah, sudah ada bermacam aplikasi dan teknologi bagi memudahkan anda untuk membuat pelaburan terutama kalau nak buat penambahan duit. Begitu juga kalau anda nak buat simpanan ASB, semua berada di hujung jari sahaja sekarang ini.
Kalau dulu kena ke kaunter untuk tambah duit ataupun nak buat pengeluaran dana Amanah Saham Bumiputra ini, tetapi sekarang ini sudah tak perlu. Untuk penambahan duit, anda boleh lakukan secara online sahaja tanpa perlu ke kaunter berhampiran. Jadi macam mana cara simpan duit ASB ni.

Kemudahan Online
Bagi memudahkan anda untuk menyimpan dengan lebih efektif, apa yang anda perlukan adalah 2 perkara iaitu;
- Dah buka akaun ASB? Kalau belum buka lagi, jemput baca artikel INI.
- Dah daftar ASB secara online ke? Kalau belum baca di SINI.
Apabila anda dah buka akaun ASB dan dah daftar secara online dengan MyASNB, barulah anda dapat buat simpanan dengan ASB. Memang mudah. Untuk melakukan transaksi pula, terutama kalau transaksi secara online, ada satu lagi alat yang diperlukan. Memang tak digalakkan untuk anda gunakan smartphone kerana takut bercampur dengan alatan lain. Alatan yang saya maksudkan ada di bawah.
Dah ada alat ini barulah mudah untuk membuat transfer secara selamat dan berkesan. Juga kalau nak melakukan perkara-perkara lain, alatan di link atas memang lebih berbaloi untuk anda gunakan.
Menanam Tabiat Menyimpan
Tabiat menyimpan merupakan satu amalan mulia dan sangat digalakkan untuk diamalkan walaupun masih kecil lagi. Teringat waktu kecil dulu, mak dan ayah akan bawa ke Bank selepas raya untuk “bank in” duit raya dalam bank. Ianya tradisi yang masih saya kekalkan lagi kepada anak-anak. Tabiat menyimpan ini membawa banyak kebaikan berbanding dengan keburukan.
Apapun, ternyata rakyat Malaysia mempunyai masalah dalam membuat simpanan.
Menurut kajian yang diperoleh daripada Bank Negara Malaysia (BNM), didapati bahawa 75 peratus daripada rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan sebanyak RM1,000. Keadaan sebegini boleh digambarkan seperti, daripada empat individu yang ditemui, tiga orang daripada mereka tidak ada simpanan sebanyak itu. Sedangkan amatlah disarankan untuk mempunyai sekurang-kurangnya tiga kali ganda daripada gaji bulanan sebagai simpanan yang diletakkan sebagai tabung kecemasan. (sumber : SInar Harian)
Cuba bayangkan, kalau anda jumpa 4 orang rakyat Malaysia, 3 orang tiada pun RM1000 di dalam simpanan mereka. Oleh itu, kami terpanggil untuk buat artikel ini supaya anda mempunyai cara yang baik untuk simpan di ASB.
Cuba niat untuk membuat simpanan sehingga 6 bulan gaji. Ianya akan memberikan anda ketenangan sewaktu sesak.
Cara Simpan Duit ASB di Pejabat Pos
Anda boleh simpan melalui pejabat Pos. Untuk cara ini memang kena ke kaunter pejabat pos yang terdekat untuk melakukan transaksi ini. Bukan sahaja nak simpan, nak buat pengeluaran pun boleh dilakukan si pejabat Pos.
Caranya pergi ke kaunter dan ambil borang penambahan duit ASB ataupun pengeluaran. Kalau tak pasti, boleh tanya kepada mereka yang bertugas. Mereka pasti akan menolong anda.
Cara Simpan Duit ASB Melalui Maybank2u
Kalau nak gunakan medium maybank2u pun tak susah dan kami lebih galakkan untuk anda gunakan method ini. Cepat dan pantas dan yang paling penting tak perlu nak ke kaunter. Boleh ikuti step by step seperti di bawah.
Login ke Maybank2u macam biasa.

Pergi ke bahagian transfer,

Pada bahagian transfer to, pergi ke ASNB.

Masukkan detail akaun anda untuk transfer.
Mudah sahaja kan, semua boleh dilakukan secara online.
Jika Tiada Maybank2u, nak transfer macam mana?
Kalau tiada maybank2u pun tiada masalah, nak transfer boleh gunakan MyASNB. Kalau gunakan MyASNB, anda boleh transfer lebih dari 40 bank yang ada di Malaysia, sama ada bank tempatan dan antarabangsa. Sekali lagi, nak info untuk membuat pendaftaran secara online, baca dulu ARTIKEL KAMI DI SINI
Cara Simpan ASB untuk pelajar
Jika anda seorang pelajar pun tiada masalah untuk memulakan amalan menyimpan di ASB ini. Jika ada duit lebih ataupun duit raya yang tekumpul, boleh masukkan ke dalam ASB melalui 3 cara yang kami beritahu di atas. Sebagai seorang pelajar pun, anda sudah boleh memulakan ataupun mencari pendapatan sampingan. Kami rekemen anda cari info berkenaan dengan cara buat duit dengan youtube dan cara buat blog ini.
Ianya boleh dilakukan secara part time dan tidak memerlukan kos yang terlalu tinggi. Cuma perlukan peralatan seperti laptop dan smartphone pun, anda dah boleh untuk bermula.
Bank yang selamat untuk simpan duit
ASB adalah antara tempat yang selamat untuk simpan duit. Bank lain pun sama juga kerana, bank terjaga daripada kecurian berbanding dengan anda simpan di bawah bantal. Kami rekemen ASB kerana, ianya senang untuk simpan duit, tetapi nak keluarkan duit itu agak leceh sikit kerana perlu pergi ke kaunter.
Apabila susah nak keluar, lagi selamat la duit anda betul tak? Ianya juga merupakan satu tempat yang memberikan dividen yang agak tinggi berbanding dengan bank lain dan merupakan tempat simpanan yang menguntungkan.
Alternatif Cara Simpan Duit di Tabung Haji
Kalau nak simpan duit, memang alternatif terbaik adalah antara ASB dan Tabung Haji kerana kedua-dua institiusi ini memberikan pulangan yang lebih baik sedikit daripada bank-bank tempatan. Tetapi, anda perlu ingat, jika anda membuat simpanan di ASB ini, anda WAJIB membayar zakat atas keuntungan.
Zakat ASB mempunyai haul dan nisab tersendiri. Apa tu? Kalau anda dah pernah dengan apa tu Haul dan Nisab, Tak PERLU TEKAN LINK INI. Boleh teruskan pembacaan. Apapun pilihan di tangan anda untuk tentukan sama ada ianya berbaloi ataupun sebaliknya.
Pilihan Yang Ada
Sebelum anda teruskan untuk menyimpan di ASB, kami rekemen anda membaca 2 artikel penting berkaitan dengan ASB di bawah ini;
Ini sedikit sebanyak berkaitan dengan ASB yang anda perlu tahu untuk dapatkan kepastian. Selamat melabur.