Saya tengok ramai yang mencari info berkenaan dengan DDNK penipu? Banyak pula tu, dan saya yakin, ramai yang mencari info ini tentu nak ubah hidup dengan saham. Mana taknya, Dato Dr Nazri Khan ini merupakan satu selebriti ataupun influencer dalam dunia pelaburan khususnya, pasaran saham di Malaysia.
Nak ubah hidup dalam dunia pelaburan saham ini, nak “take control” untuk kewangan anda dan nak tahu betul ke DDNK penipu, boleh baca artikel pada kali ini. Banyak yang akan kami kongsikan kepada anda berkenaan dengan DDNK dan juga pelaburan saham amnya. Tipu ataupun scam, anda tentukan sendiri.

Siapa DDNK
Sebelum pergi lebih lanjut, anda perlu ketahui dahulu siapa DDNK ini.
Dato Dr. Nazri Khan (License No: eCMSRL/B9561/2019) adalah lulusan Ijazah Ekonomi Dan Kewangan dari Universiti Manchester, United Kingdom. Beliau kini adalah pengurus wang bertauliah Inter-Pacific Asset Management, anak syarikat Berjaya Corporation Group di dalam pasaran saham global. Dua dari Dana Amanah yang dikendalikan beliau (Dana Safi Syariah dan Dana Ekuiti Dinamik Interpac) adalah yang terbaik di Malaysia untuk Januari – April 2020 mengikut sumber Lipper Investment.
Sebelum ini beliau adalah Naib Presiden Kanan Pelaburan Phillip Capital Management dan Naib Presiden Kanan Affin Hwang Bank selama 10 tahun. Beliau berpengalaman selama hampir 23 tahun sehingga ke peringkat antarabangsa didalam ekonomi dan pasaran saham serantau. Beliau juga telah dilantik sebagai Adjunct Professor oleh Universiti Multimedia, Cyberjaya Malaysia sebagai pengiktirafan terhadap kepakaran beliau di dalam dunia pelaburan saham.
https://menangsaham.com/ddnk-profile/
Anda boleh nampak sendiri biodata DDNK ini, nampak sangat berpengaruh dan yang pasti banyak award yang telah dimenangi oleh beliau.
Tak Hensem Takpe Janji Kaya
Slogan ataupun tagline ini merupakan antara tagline yang agak popular, kelakar dan agak catchy. Ianya menarik minat pembaca yang nak tahu dengan lebih lanjut berkenaan dengan pelaburan saham. Tetapi, ada betul juga, biar tak hensem pun tak apa, asalkan kaya. Saya pun agak tertarik dengan tagline ini sehingga makcik-makcik dan pakcik-pakcik di kampung pun tahu tagline ini.
Pelaburan Saham Tidak Semuanya Indah
Pelaburan saham tidak semuanya indah. Bila dah melabur lama dalam saham ini, apa yang saya nampak, ianya bukanlah satu skim cepat kaya. Yang menawarkan janji-janji manis, seseorang yang dah biasa dengan pasaran saham pun kadangkala boleh termasuk dalam kaunter yang tidak memberangsangkan dan boleh rugi. Rugi itu pasti dalam pasaran saham ini, tetapi apa yang pelabur perlu lakukan adalah untuk kurangkan jumlah kerugian.
Sebab itu perlunya untuk anda tahu teknikal analisis dan fundemantal analisis dalam saham. Ni khusus untuk pelabur baru. Kalau yang dah lama dalam pasaran saham, apa yang anda perlu lakukan adalah untuk cara ataupun ikuti trading plan ataupun trading setup yang berkualiti dan mempunyai kebarangkalian yang tinggi. Tidak semestinya trading plan daripada DDNK, sesiapa pun boleh tiada masalah.
Cara Main Saham DDNK
Pelabur-pelabur seperti DDNK ataupun pelabur lain pastinya mempunyai trading plan yang tersendiri. Dalam beberapa video DDNK, yang saya nampak trading strategi beliau adalah dengan cuba cari kaunter yang “jerung” masuk, kemudian, anda sebagai pelabur runcit masuk dalam kaunter tersebut.
Mungkin ada trading plan lain, tetapi kena ikuti seminar beliau. Sebenarnya, memang ada entry yang ikut “jerung” ini. Jerung yang dimaksudkan dalam pasaran saham adalah syarikat-syarikat pelaburan seperti Tabung Haji, Permodalan Nasional Berhad, Public Mutual dan lain-lain yang mempunyai dana yang besar.
Kemasukan mereka memang dapat dikesan kerana apabila mereka masuk ke dalam sesuatu kaunter, pelabur memang dapat melihat penghasilan “volume” yang tinggi dalam kaunter tersebut. Macam mana nak tengok? Kenalah buka akaun CDS dan kami cuba tunjuk strategi ini nanti. Strategi ikut jerung ini tak salahpun anda nak masukkan dalam trading plan anda.
Untuk analisa saham, saya rekemen untuk anda gunakan platform tradingview yang anda boleh daftar secara Percuma di SINI.
Dengan tradingview, agak mudah untuk buat analisa saham dan tak terhad kepada saham sahaja, anda boleh juga analisa aset lain seperti FCPO, Bitcoin dan lain-lain.
Tentang Pelaburan Saham di Malaysia
Mungkin anda mempunyai persepsi berkenaan dengan pelaburan saham. Berbaloi ataupun tidak, ianya bergantung kepada anda juga. Bagi saya, pelaburan saham adalah salah satu instrumen pelaburan yang anda boleh kawal sendiri. Kalau anda nak cuba kawal sendiri kewangan anda, memang pelaburan saham adalah salah satu cara untuk kawal kewangan anda.
Apabila dah ada trading plan yang tersendiri, mana tahu pelaburan saham ini boleh jadi sumber pendapatan utama anda.
Apapun, anda kena bermula sekarang. Cuba membuat pelaburan dalam saham, cuba belajar beberapa strategi dalam saham dan akhir sekali, cuba untuk melabur dalam saham. Individu ataupun sifu seperti DDNK hanyalah sebagai guidance untuk anda mula melabur dalam saham. Akhirnya anda sendiri yang perlu melabur dan tanggungjawab sama ada rugi ataupun untung ini bergantung kepada anda sendiri.
Private Mandate DDNK Penipu?
Baru-baru ini saya dapat info berkenaan dengan Private Mandate DDNK ini. Berkenaan dengan topik ini, saya akan cuba ulas pada lain waktu ataupun artikel lain berkaitan dengan topik ini. Cuma beberapa ringkasan berkenaan dengan dana ini adalah.
- Telus, dana dilaburkan di mana, anda dapat nampak harga buy and sell, profit dan loss semua ada dalam statement. Ianya agak telus jika nak dibandingkan dengan dana dalam unit amanah.
- Minimum modal permulaan adalah Rm50,000. RM50,000 bukan sikit-sikit, ianya merupakan satu jumlah yang agak besar dan tak semua mampu. Jika anda mempunyai simpanan Rm50,000 sahaja dan nak laburkan semua dalam Private Mandate ini, saya tak rekemen. Misalkata anda mempunyai Rm500,000 dan nak laburkan RM50,000 dalam private mandate ini memang tiada masalah.
- Dana diuruskan oleh fund manager profesional dan tidak semestinya DDNK.
Ini adalah info ringkas berkenaan dengan private mandate yang dapat saya tulis pada kali ini. Info lain insyaAllah bakal menyusul nanti.
Buka Akaun CDS Sekarang
Kalau anda nak orang lain laburkan duit anda, boleh cuba ke Unit Trust, Wahed Invest dan lain-lain. Tetapi kalau anda nak laburkan sendiri wang anda boleh cuba trade saham. Yang penting kena ada akaun CDS dahulu untuk mula menjual dan membeli saham di Malaysia. Tak ada akaun CDS memang tak boleh nak mula menjual dan membeli saham.
DDNK Scammer?
Akhir sekali, betu lke DDNK penipu dan scam? Ianya terpulang kepada anda. Yang saya nampak, DDNK lebih fokus kepada pelaburan saham dan jika anda nak belajar saham, boleh belajar dari kelas saham DDNK ataupun tidak semestinya DDNK.
Trade saham perlu ada ilmu. Untung kita punya, rugi pun kita punya
Setuju,
kalau tak ada ilmu, nanti akan rugi je.
Benda ni simple… Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai..
Saya juga kehilangan sedikit wang kepada broker yang tidak dikawal beberapa bulan yang lalu. Saya mendapat kembali wang saya melalui transaksi yang saya buat daripada akaun bank saya ke akaun coinbase saya dan kemudian saya menghantar wang dari coinbase ke dompet penipu menggunakan syarikat caj balik bernama Amendall .net. Saya sudah fikir saya telah kehilangan wang saya sehingga Syarikat Pemulihan Amendall membantu saya mendapatkan semula wang saya yang hilang. Mereka sangat baik dan pantas dalam memulihkan wang yang hilang daripada semua penipu dalam talian ini.
wawww…hebat nya….sya nk try tp takut ttipu maklum la sya bkn sntiasa duit..tp ingn mencuba tp belum pernah cuba lagi sbab bila dtnya smua ok jujur…sya research ..takut kna tipu..mungkn org lain 1k tu kecil org mcm sya susah 500rm pn dah bsyukur apatah lg 1k
bole ada sya ni
bole sis ajar saya…..dh dpt skli pulangan dah bbloi sya bole modal bniaga utk kluarga saya
hati2 dengan pelaburan yang too good to be true ni