Gaji 2000 Beli Rumah – Biar Betul!

Boleh ke gaji 2000 beli rumah? Jawapan ringkas kepada soalan ini adalah boleh. Tak ada masalah nak beli rumah walaupun gaji RM2000 yang penting kena tengok harga rumah dan juga kena lihat semula komitmen bulanan anda. Kalau gaji RM2000 akan tetapi, komitmen bulanan sahaja sudah lebih dari separuh gaji, memang sangat susah untuk pihak bank meluluskan pinjaman anda.

Gaji RM2000 pun tiada masalah, artikel pada kali ini akan cuba untuk membantu anda dapatkan pinjaman perumahan daripada pihak bank. Boleh baca artikel ini sampai habis ye. Yang paling penting, anda dapat beli rumah idaman anda. Anda mungkin tak dapatlah nak beli rumah idaman dengan gaji RM2000 ini, tapi bolehlah ada rumah sendiri kalau nak dibandingkan dengan menyewa rumah.

gaji 2000 beli rumah

Nak Beli Rumah Melalui Bank Mana?

Untuk pengetahuan anda, memang kebanyakan bank mengenakan syarat yang ketat kalau nak beli rumah. Nak beli rumah gaji bersih paling kurang kena RM3000. Kalau tak boleh seorang, pendapatan isi rumah paling kurang RM3000. Sebagai contoh;

  • Gaji suami RM2200
  • Gaji Isteri RM1500
  • Jumlah gaji RM3700

Dalam keadaan macam ini tak ada masalah nak buat loan rumah dan beli rumah. Tapi kena tengok dan lihat juga komitmen bulanan anda. Kalau komitmen tak banyak, tak ada masalah untuk buat pinjaman. Tapi kalau komitmen pun dah menghampiri 50% daripada gaji, memang susah nak buat pinjaman rumah!

Jadinya, kalau memang gaji RM2000, tak boleh nak beli rumah ke?

Skim Rumah Pertama

Cara lain adalah, pastikan anda memohon pinjaman rumah di bank yang ada skim rumah pertama dan menawarkan skim tersebut. Nak tahu apa itu skim rumah pertama, boleh tengok video di bawah ini dan juga boleh baca artikel berkaitan.

Nak tahu lebih lanjut skim rumah pertama di SINI.

Kalau gaji bawah RM3000 biasanya sekitar RM2000, memang kena gunakan skim rumah pertama. Tak ada masalah.

Cuma kena pastikan yang komitmen bulanan tak terlalu tinggi. Kalau komitmen terlalu tinggi, memang susah nak lepas pinjaman loan rumah ini. Kalau nak buat pinjaman, boleh buat pinjaman melalui skim ini.

Nak kami tolong untuk pinjaman rumah skim rumah pertama pun tak ada masalah. Boleh klik je butang di bawah dan kami akan hubungi nanti.

CCRIS Report Untuk Lihat Komitmen Bulanan Anda

Adalah lebih baik untuk anda mula mengurangkan komitmen bulanan anda dengan bank dan jika ada hutang seperti hutang PTPTN, boleh cuba untuk buat bayaran hutang PTPTN anda. Ini kerana kalau ada hutang tertunggak, memang sukar nak buat pinjaman terutama sekali kalau nak buat pinjaman rumah.

Kalau anda ada hutang yang berkaitan dengan PTPTN, boleh cuba dapatkan info di bawah ini. Jika anda tiada hutang PTPTN tertunggak, boleh abaikan video di bawah ini. Video ini adalah penerangan berkaitan dengan hutang PTPTN yang anda perlu tahu terutama jika ada masalah tunggakan.

Oleh sebab itu, adalah lebih baik untuk anda cuba dapatkan CCRIS report. 

“Saya rasa saya macam ada tunggakan PTPTN la, memang tak pernah bayar pun!”

Kalau anda rasa yang anda ada buat pinjaman dengan pihak PTPTN dan memang langsung tak pernah buat apa-apa bayaran, adalah lebih baik untuk anda periksa rekod CCRIS anda. Untuk periksa rekod CCRIS, biasanya ada 2 cara untuk anda periksa rekod CCRIS anda.

Dapatkan CCRIS rekod di Bank Negara – Walk In

Walk in sahaja di mana-mana branch Bank Negara di terdekat. Biasanya tak banyak cawangan berdekatan dan ada di bandar-bandar besar sahaja. Bila sampai di cawangan Bank Negara nanti, anda walk in je, dan nanti kena thumb print cap jari dan IC anda. 

Bagus kalau anda sentiasa periksa rekod CCRIS anda secara berkala ini. Mana tahu ada tunggakan, lebih mudah nak buat pembayaran dan juga kalau anda ada buat pinjaman seperti kad kredit ke ataupun kereta yang diluar pengetahuan anda.

Beli Rekod CCRIS secara online

Satu cara lagi anda boleh beli sahaja rekod CCRIS secara online. Paling mudah, anda beli sahaja melalui Touch N Go Ewallet anda. Di sana nanti cari CTOS. Beli sahaja report CCRIS dalam TNG E Wallet yang berharga RM20 tersebut. Kalau ada promosi, mungkin akan jadi jauh lebih murah dan berbaloi untuk anda beli. 

Saya rekemen beli je rekod CCRIS untuk tahu berapa komitmen bulanan anda dan tunggakan. Kalau ada tunggakan, memang kena selesaikan tunggakan tersebut sebelum apply pinjaman rumah.

Komitmen Terlalu Tinggi? Rendahkan Komitmen Anda

Kadang-kadang kita nak beli rumah tapi komitmen terlalu tinggi. Personal loan, ptptn dan juga loan kereta adalah antara penyebab komitmen yang tinggi dan anda tak boleh nak buat loan rumah. 

Kalau komitmen anda tinggi, memang sukar nak buat pembiayaan rumah dan cara paling mudah adalah untuk anda rendahkan sedikit komitmen bulanan anda. Caranya adalah cuba untuk buang pinjaman yang tak perlu seperti personal loan dan kad kredit. Kalau kad kredit mempunyai baki “outstanding balance” yang tinggi sehingga RM5k, cuba sikitkan baki tersebut sebelum buat apa-apa pinjaman. Baki yang tinggi dalam kad kredit ini tak elok pada pandangan pihak bank.

Jadi, sehabis boleh cuba untuk rendahkan komitmen bulanan anda ye!

Clean CCRIS – Kalau Boleh Ada rekod

Satu lagi masalah bila langsung tak ada apa-apa rekod pinjaman dengan pihak bank. Ada banyak loan pun susah, tak ada apa-apa pinjaman langsung pun susah. Kalau tak ada apa-apa pinjaman ini dipanggail sebagai kes CLEAN CCRIS.

CLEAN CCRIS ni pun bank susah nak approvekan pinjaman. Antara cara lain adalah untuk anda wujudkan 1 pinjaman dengan pihak bank, pinjaman pada kadar paling minima. Kad kredit dan ASB loan adalah antara pilihan yang baik. Untuk anda yang membaca artikel ini, cuba sehabis baik kalau nak buat pinjaman rumah, kalau boleh wujudkan 1 hutang paling minima. Jangan biarkan CCRIS rekod anda kosong. Susah nanti untuk buat pinjaman rumah.

Cuba Tambah Pendapatan

RM2000 memang tak besar dan daji 2000 memang boleh beli rumah. Cuma kalau boleh, anda tak digalakkan untuk berada di paras yang sama beberapa tahun yang akan datang. Ubah hidup anda dengan tambah pendapatan anda. Pendapatan sama ada secara part time ataupun full time yang anda boleh lakukan. 

Paling mudah, anda boleh jadi dealer simkad Tune Talk Halo Telco. Idea perniagaan yang simple sahaja akan tetapi boleh menjana pendapatan pasif yang konsisten setiap bulan. Nak tahu lebih lanjut, boleh ke laman INI untuk dapat info lebih detail.

Sampai sini sahaja, dan harapnya, anda lebih berani beli rumah lepas ni walaupun gaji anda RM1500, RM1800 dan sebagainya.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *