Keburukan Pinjaman Wang Berlesen – Lintah Darat Moden?

Ada beberapa keburukan pinjaman wang berlesen ini yang anda perlu tahu dan kadangkala ianya agak menekan peminjam. Akan tetapi, syarikat ini terus wujud dan mendapat perminataan yang ramai kerana ada permintaan. Jika ada permintaan, mereka akan terus wujud dalam masyarakat walaupun kadangkala interest rate yang dikenakan itu adalah agak tinggi.

Boleh percaya ke pinjaman wang berlesen ini? Boleh percaya atau tak ini anda sendiri yang tentukan. Saya cuba menulis untuk memandaikan rakyat Malaysia agar tidak mudah terjerat dengan skim seperti ini yang kadangkala hanya bersembunyi di belakang lesen yang ada, tetapi sekali masuk, terus tak boleh keluar dan tiada jalan keluar. 

Boleh baca artikel ini sampai habis di mana kami dedahkan beberapa keburukan pinjaman berlesen ini dan beberapa tips macam mana nak keluar dari bebanan hutang. Bebas merdeka daripada hutang dan kalau tak boleh pun, hanya biarkan hutang yang perlu seperti hutang rumah dan kereta, hutang seperti pinjaman berlesen ini, cuba untuk elakkan.

keburukan pinjaman wang berlesen

Pinjaman Wang Berlesen (Kredit Komuniti) Mirip Along

KUALA LUMPUR: Ditekan dengan kadar faedah melampau sehingga lima peratus sebulan, tidak diberikan salinan perjanjian pinjaman, diminta menandatangani perjanjian kosong, selain kad mesin pengeluaran automatik (ATM) peminjam dipegang wakil syarikat.

Itu antara modus operandi dikesan digunakan sesetengah syarikat Kredit Komuniti berdaftar dengan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), beroperasi tidak ubah seperti pemberi pinjaman wang haram atau along.

Lebih parah, terdapat juga syarikat mengancam peminjam dengan ugutan untuk memalukan mereka seperti menyebar gambar, selain menghantar ejen atau kakitangan ke rumah jika peminjam culas membuat bayaran balik.

Kredit Komuniti dijenamakan semula daripada syarikat pemberi pinjaman wang (PPW) berlesen oleh KPKT pada April 2019 bagi mengelakkan orang ramai, khususnya peniaga kecil meminjam daripada ceti haram. [sumber]

Mulakan Tabiat Kewangan Yang Baik

Macam-macam iklan pinjaman wang berlesen ini nak tarik peminjam. Tak perlu dokumen seperti slip gaji dan KWSP, kelulusan dalam 24 Jam dan lain-lain. Peminjam yang terdesak mungkin terpaksa buat pinjaman yang perlukan kelulusan segera seperti ini. Persoalannya adalah sampai bila anda harus seperti ini?

Komitmen terlalu tinggi sampai terpaksa buat pinjaman, betul, dan kami sendiri pernah alami situasi yang sama. Sambil-sambil itu, cuba untuk kurangkan perbelanjaan bulanan anda, mana yang tak perlu boleh potong dahulu, antara yang saya rekemen untuk anda jimatkan adalah bill telefon bulanan dan boleh bertukar ke Tune Talk.

Cara untuk mempunyai habit kewangan yang baik adalah membaca dan terapkan dalam ilmu seharian. Boleh baca tips bebas hutang di bawah ini kerana ianya banyak membantu saya melalui fasa-fasa sukar dalam kehidupan terutama dalam keadaan kewangan yang tak menentu.

Setiap kali ada masalah kewangan je cari pinjaman wang berlesen. Sampai bila-bila pun masalah anda tak akan selesai. Cuba perbaiki kewangan sedikit demi sedikit dan mulakan dengan pembacaaan dan pelaburan ilmu.

Kadar Faedah Yang Tinggi

Pinjaman Wang Berlesen memang akan kenakan kadar faedah yang tinggi. Itu betul kerana, kalau nak rendah, anda pinjam sahaja dengan institiusi perbankan. Disebabkan mereka tahu yang peminjam tak layak nak buat pinjaman di institiusi bank, maka mereka akan kenakan sedikit kadar faedah yang tinggi. Nak selamat, periksa kadar faedah, caj-bayaran, dan syarat-syarat pinjaman dengan teliti. Pastikan anda memahami semua kos dan syarat yang berkaitan dengan pinjaman tersebut.

Pinjaman Adalah Bukan Islamik

Saya tak rasa pinjaman daripada kredit komuniti ini adalah pinjaman islamik dan ada panel syariah bertauliah pula. Ada sesetengah yang tak kisah, akan tetapi untuk mereka yang kisah;

“Orang-orang yang makan riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Yang demikian itu disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.”

(Al-Baqarah 2:275)

Tak Ada Maklumat Terperinici Dan Perjanjian

Ini terjadi apabila tiada maklumat pinjaman, berapa bayaran bulanan, semua detail tak ada. Untuk elak daripada ditipu ataupun diperas dikemudian hari, cuba minta maklumat pinjaman, interest berapa, jumlah bayaran bulanan dan lain-lain.

Pihak yang berlesen biasanya akan memberikan maklumat yang terperinci mengenai pinjaman mereka, termasuk tempoh pinjaman, bayaran bulanan, dan caj-bayaran yang berkaitan. Pastikan anda memahami dengan jelas semua butiran ini sebelum bersetuju.

Cuba Survey Pilihan Lain

Jangan pergi ke satu kredit komuniti dan terus buat keputusan. Cuba cari tempat lain juga untuk dapatkan maklumat lanjut. Untuk info, anda juga boleh membuat permohonan pinjaman peribadi dengan Maybank di butang bawah.

Pertimbangkan pilihan lain sebelum membuat keputusan. Kadang-kadang, terdapat alternatif yang lebih baik, seperti pinjaman bank atau koperasi kredit, yang mungkin menawarkan kadar faedah yang lebih rendah.

Cari ulasan dan maklumat mengenai pihak yang menawarkan pinjaman. Ketahui tentang reputasi mereka dan pengalaman orang lain yang pernah berurusan dengan mereka.

Jangan Terpedaya Dengan Janji-Janji Manis

Seperti yang saya katakan di perenggan atas, janji manis ataupun tawaran yang “to good to be true” ini adakalanya sangat bahaya.

“Gerenti lulus dalam 24 jam”

“Kelulusan tanpa slip gaji”

“Blacklist pun boleh”

Jika tawaran pinjaman terdengar terlalu baik untuk menjadi kenyataan, ia mungkin menjadi penipuan. Waspadai tawaran yang menjanjikan pinjaman dengan kadar faedah yang sangat rendah atau tiada semakan kredit sama sekali.

Perlu Ke Anda Nak Buat Pinjaman Ini

Kalau nak senaraikan keburukan pinjaman wang berlesen ini, memang ada banyak lagi yang anda perlu waspada. Saya lebih galakkan untuk anda buat pinjaman dengan institiusi perbankan, akan tetapi, tahap dan keadaan kewangan seseorang adalah berbeza-beza. Ada yang sudah ketagih, ada yang mungkin sudah terjerat sampai tak boleh nak keluar daripada belenggu hutang.

Cuba dapatkan khidmat nasihat dan jangan lupa untuk berdoa agar dipermudahkan urusan anda untuk keluar dari belenggu hutang. Tambah pendapatan tambahan, ada pendapatan tambahan dah sangat bagus dan membantu anda untuk membayar hutang-hutang seperti ini. Ini idea pendapatan tambahan yang anda boleh terus amalkan dan usahakan. 

Setiap masalah ada jalan keluar dan anda boleh keluar daripada masalah tersebut. Apapun, semoga dipermudahkan urusan.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *